Followers

Friday, April 15, 2011

Merajuk- saja aku nak cakap pasal ni jugak. Kau nak merajuk dengan aku ke, taknak bagi aku baca blog kau dah??

Baru lepas baca blog SARKASIS. Entry hari ini pasal merajuk gedik-gedik couple-couple satu dunia. Sorry lah Encik Badek, aku memang sengaja nak cakap pasal ni jugak. Jangan nak tacing pulak, nanti buat entry pasal aku curik idea kau. Aku bagitahu siap-siap ni ha. 

Ni nak tulis dari sudut pandangan aku pulak. Setiap orang ada opinion masing-masing kan? 

Merajuk dengan BF/GF, normal. Tambah-tambah kalau perempuan. Tomboy ke tak tomboy ke, semua mesti ada merajuk punya. Tipu kalau tak merajuk. 

Setengah manusia ni tak suka kalau orang merajuk. Kata gedik lah, poyo lah, menyampah nak tengok lah. Tapi, tak ada pun suruh korang layan orang-orang merajuk ni. Lantak dia lah. Dia merajuk dengan GF/BF dia, bukan dengan sesiapa yang tak ada kena mengena dengan dia. Yang orang lain yang nak menyampah kenapa? Tak pernah merajuk ke? 

Bagi aku lah kan, benda-benda macam ni tak yah la orang lain nak sibuk. Dia nak merajuk sampai tertungging kepala ke bawah kaki ke atas pun biarlah. Hak dia. Bukan mengacau duit siapa-siapa pun. Lainlah kalau orang yang merajuk tu effect diri korang. Wajib marah. Wajib bengang. 




p/s: Encik, jangan merajuk dengan aku plak....hahaha.....umum...

No comments: