Followers

Tuesday, June 7, 2011

Mr Uzer

Baru-baru ni genap dua bulan mengenali hati budi perangai Huzair. Walaupun kenal dah lama sangat, tapi tak sama dengan kenal yang sekarang ni. Samalah dia pun. Kenal aku pun baru dua bulan. Dua bulan terasa cepat. Tak macam yang sebelum ni. Masa dah jadi sangat cepat kan sekarang?

4 June 2010 lepas, orang sebuk kenduri kendara, aku sebuk duk pikir cara jumpa dia. Kebetulan dia ada kenduri dekat kampung aku. Sempat lah aku jumpa dia walaupun sekejap sangat. Tak sempat nak sembang-sembang sangat pun. Aku tengok dia, dia tengok aku. Itu je. Hilang lah rindu sikit. Itu first time jumpa lepas dua bulan couple. Huh, gila kan? Couple dah dua bulan jumpa baru sekali tu pun berapa minit sangat. 

Love your hair sweety. 

Tapi serius nervous. Jantung aku ni macam nak tercabut je. Bongok sungguh. Tangan aku menggigil je. Bongok jugak tangan ni. 

Nampak dia buat pertama kali setelah dua bulan bercinta, hurm, dia masih sama macam dulu. Gaya berdiri dia tak pernah berubah. Sama macam first time aku kenal dia. Pakaian pun macam tu jugak. Long sleeves, and tangan tu dilipat-lipat naik atas. If not mistaken lah. He he he. 

Aku teringin nak tengok mata dia, tapi tak boleh. Jadi segan. Ada tak orang segan jumpa BF sendiri? Ke aku sorang je yang macam tu? Tapi sempat la belek-belek muka dia sampai la ke kaki. Ha ha ha. Dalam duk segan kambing tu sempat jugak membelek. 

Hujung minggu ni baru berangan nak pergi jumpa dia, tapi masalah. Dia dah kena panggil pergi office. Baru sangat dia balik kampung. Jadinya, tak dapat lah jumpa sebab sorang kat ibu negara, sorang dekat utara. Jauh tu. Enam jam kalau nak sampai sana naik bus. Naik kereta, mustahil pulak sebab dua-dua tak ada kereta. Kalau ada kereta sendiri, dah lama dah aku sampai KL tuh. 










p/s: I miss you.

No comments: