Followers

Sunday, November 20, 2011

Haih, rindu pulak die :))

Rasa rindu yang melampau dekat En BF. Pelik betul. Rindu lain macam. 

.

Tak sabar nak tunggu habis praktikal. Tinggal berapa hari je lagi. Kalau ikut minggu, tinggal seminggu setengah. Haih, memang tak sabar nak angkat kaki. Aku tak sangka aku boleh bertahan. Enam bulan terasa sekejap je, dan aku ingat enam bulan akan mengubah aku jadi seorang yang lebih peramah, tapi ubah aku jadik pendiam lagi adalah. Ha ha ha. 

Tapi bukan sombong ye!!

Semalam kelmarin dulu, touching sikit dengan En BF. Memang geram sangat, tapi sabar je lah. Ada pulak buat ayat macam tu, rasa macam nak tumbuk-tumbuk je. Tapi tumbuk-tumbuk sayang je la. Kalau betul-betul kang, tak comel lagi lah En BF nanti. Tetiba dapat mesej ni.

: Goodnight sayang. Thanks sebab bersabar dengan kerenah abang, and faham abang.

OMG. Rasa nak melompat tinggi-tinggi tau tak. Aku tidur duk menyengih samapi mimpi-mimpi. Ha ha ha. 

Bila aku fikir balik, sangat mudah nak bahagiakan hati aku, sangat mudah nak senangkan hati aku. Sebab tu even aku nak lelaki yang sweet romantis habis, tapi En BF tak la romantis tahap dalam novel-novel cinta tu, tapi aku tetap senang and bahagia dengan dia. 

Tak perlu ayat-ayat manis sangat, sebab aku pun macam allergic je dengan ayat-ayat manis gula terlebih ni. Aku tak mudah percaya dengan ayat terlampau manis. Manis-manis buah pun okaylah. Kena dengan selera aku.

Mujur, En BF memahami perangai aku yang satu, tapi entah dia faham or tak. Or maybe dia pun sebenarnya macam tu. Jenis yang tak sweet sampai boleh kena penyakit kencing manis tuh. 

Cuma satu yang aku sangat pasti pasal En BF. Dia suka kalau dimanjakan. Sangat comel lelaki manja ni, tapi kalau kena pada tempat lah. Kalau tak, rasa nak kena pusing dengan angin twister aku, buat lah manja tak kena tempat. Dapat lah habuan. 

.

Untuk makluman, dulu ada berangan nak panggil 'ABANG' kan if dah kahwin. Okey, tak sempat kahwin lagi pun dah mula macam tu. Bila cakap dekat En BF, kita macam biasa dah la, sebab nak cakap gini if dah kahwin, tapi dia macam setuju je pulak if sekarang dah mula guna panggilan tu. Siap takmau tukar-tukar lagi. Ha ha ha. 

Okeyh, miss him so much so tak dapat nak elak bercerita pasal En BF malam ni :))


No comments: