Followers

Saturday, August 11, 2012

BuahHati :))

Tengah bertungkus lumus dengan resume. Al-maklumlah. Study dah habis. Kerja la pulak. Dulu kalut sangat nak kerja kan? Tadi tengahari keluar tangkap gambar untuk resume. Actually, nak buat empat keping je. Sebab nak CD tu aje. Senang sikit kan. Sebab resume nak hantar guna emel. Tapi, tersilap sebut 12 keping. Sekarang ni ada 12 keping lah kat aku. Nasib baik comel. Ha ha ha. Nak tengok tak? Sila tengok kecomelan aku ok? Mintak jangan rasa nak pelempang sudah. 


Tadaaa. Ha. Ambik. Extra large aku buh. Ha ha ha. Diorang tu touchup muka aku sampai putih sikit dari warna asal. Lantak lah. Asalkan masih muka aku ye dak? :)). Comel tak? Hik hik hik. 

Update tetengah malam ni sebab tadi masa masuk bilik air tetiba teringat En BuahHati. Aih. Sampai dalam bilik air boleh teringat. Tetiba. Nak buat macam mana. Tapi En BuahHati aku ni dah tidur dah la. Memang tidur awal pakcik ni. Paling lewat pun 2 pagi cam tu je. Kalau tidur lambat dari tu, harus la mengamuk tak tentu pasal. Letih jugak kalau tetiba mengamuk je. Itu la kesayangan saya. Tapi kejap aje la dia mengamuk. Bila tidur tu hilang la. Ha ha ha. 

Dah lama lama lama tak letak gambar En BuahHati kat sini kan? Meh nak letak. Tapi kan, selama aku berblog ni, aku pernah letak gambar-gambar BF aku yang sebelum ni. Tak pe la. Malas nak buang. Malas nak cari entry tu. So, biarkan je la. Nama pun blog ni cerita pasal hidup aku kan. :)). 

Nanti anak-anak aku boleh la baca cerita-cerita aku ni ha. Hi hi hi. Okeyh-okeyh. Jom, tengok En BuahHati aku yng sekarang ni. Makin sweet. :P


Comel kan? Ha ha ha. Okeyh tipu. Rasanya ramai kenal kot mamat ni sape. 




Semua baju sama kan? Memang dia suka pakai baju ni. Setiap kali jumpa baju kesayangan aku ni warna hitam atau putih je. Susah nak tengok pakai baju colour lain. Tak minat kata dia. Ikutlah. Jangan tak berbaju sudah la ye. Gambar last ni masa kat Alor Star. Memula tu cantik dah. Elok aku snap je, buat muka camni ha. Geram betoi. 

Kami ada satu perangai. Bila keluar, jarang nak ambil gambar berdua. Aku ambil gambar dia, dia ambil gambar aku. Guna handphone memasing. Padahal sebelum keluar tu dah pesan masing-masing. Nanti ambil gambar sekali tau. Tapi bila keluar, hampeh, tak ada pun. Bila dah balik, baru ingat and cakap 'Eyh, tadi kita tak ada ambil gambar sesama pun kan?'. Padahal masa keluar tu, banyak je masa untuk ambil gambar. Peel apa pun tak tau. Ha ha ha. 

Tapi sekurangnya terjaga la gambar kami dari tersebar. Ye dak? Kang ada yang sampai ke sepupu sepapat. Tu yang payah tu. Malas nak menjawab banyak. :)). Tapi, memula dulu, first jumpa, ada jugak la gambar berdua. Itupun sebab tempat tu tak ada orang. So, tak malu sangat la nak snap. Hik hik hik. Okeyh. Sebenarnya malu nak ambil gambar kat depan orang ramai. Ha ha ha. Salah satu sebab la tu. :)).

Dah lewat. Jom. Tidur. 

Nyte peeps. 

.................................................................................

:Nyte kesayanganku. Love you much. 



No comments: