Followers

Friday, November 30, 2012

Hari Konvokesyen Saya :)

Assalamualaikum.

28th November 2012.

Dah macam tajuk karangan pulak kan. Ye. Hari ni hari konvokesyen saya. Yeehaaa. Saya suka sangat sangat sangat.

Alhamdulillah.

Now, I am officially graduated from UiTM. Bachelor of Accountancy (Honor), ha, tu dia. Tu kursus yang aku ambil sepanjang 2 tahun setengah untuk Ijazah ni. Dan dengan 2 tahun setengah tu menjadikan keseluruhan pembelajaran aku di UiTM adalah lima tahun setengah. Lama tu. Untuk dapatkan diploma, 3 tahun, dan ijazah 2 tahun lebih.


Alhamdulillah lagi sekali. Berjaya jugak aku graduate on time. Bukan senang nak dapatkan Ijazah ni. Macam-macam masalah. Masalah emosi, masalah pelajaran, dan macam-macam lagi la. So, sekarang dah boleh bersungguh-sungguh cari kerja. Dulu bukan tak sungguh-sungguh, tapi tak ada rezeki. Sekarang kena lebih sungguh la.

Untuk hari ini, ayah mak adik adik ada datang. Gerak dari rumah jam 6.30 pagi. Sampai UiTM Arau jam 8.10 pagi. Ha. Memang cepat jugak la kan sampai. Terima kasih sebab nak datang ye. Hik hik. Tapi adik aku nombor dua tak datang. Tak cuti kata dia. Eleh. Padahal dah bagitahu awal-awal dah bila aku konvo. 

Imran, Ayah, Deani, Mak. <3 i="i">

Dan bertambah-tambah bahagia lagi aku bila En BuahHati, my mr Hero, terpacak depan muka before aku masuk dewan. Ha ha ha. Suka gila. Rasa nak melompat-lompat kat situ jugak. Okey. Over. Tapi memang betul sangat suka.

Terima kasih abang sebab datang. Walaupun En BuahHati cuti, tapi sebenarnya dia kena kerja jugak. Banyak kerja En Huzair saya ni. Macam-macam nak kena buat. Macam-macam orang nak kena jumpa. Sibunya mengalahkan bos dia dah. Rasa macam nak ajak dia buat sales dengan saya. Aci tak? :P. 

Inilah kami. Mengada nak jugak gambar berdua. Ha ha. Nasib mak aku tak membebel. 

Actually, masa ni aku punya scroll holder tu hilang. Macam mana boleh aku lupa pun aku tak tahu. Sebab mulanya aku duk sibuk nak pegang baby Anis, aku bagi holder tu pada Uya. Last-last hilang. Ha ha ha. Menangis aku. Tapi sempat lagi ambil gambar semua ni. Dalam masa duk mencari holder tu, aku kehulu kehilir dengan En BuahHati. Lepas tu rasa macam dah penat cari, aku cari mak aku pulak. Pusing-pusing tak ada. Tanya En BuahHati, mak ayah mana, dia jawab mak ayah naik keretapi kecik. Ha. Sudah. Camera? Kat mak ayah la. 

Adoiiiii. Huuuu. Nak menangis rasa. Tak ada camera, macam mana aku nak ambil gambar dengan kawan-kawan. Aku call mak aku, tapi disebabkan Handphone yang tetiba buat perangai, rasa nak campak-campak handphone tu. Rupanya mak aku duk bersiar-siar di ladang dalam UiTM tu. Huuuu. Menjerit aku. Kalau ya pun nak berjalan, camera tu bagi aku. Ini tak. Tinggal aku terkedek-kedek ke sana sini dengan En BuahHati. En BuahHati pulak tengok je la aku kelam kabut ha. Malu tau tak dekat dia, tapi buat muka tak malu jugak. Haih. Entah apa dia fikir aku pun tak tahu la. It suppose to be my sweet moments forever, tapi, benda dah nak jadi. Sweet tu tetap sweet jugak la. Sebabnya En BuahHati tak merungut apa pun. Ikut je aku kehulu kehilir. Thanks yer. 







Ni lawak. Deani takut rusa jinak. Kalau aku, aku pun lari. Ha ha ha. 

Mak ayah pulak, happy-happy naik ketapi kecik melawat ladang. Tak apa la. Aku tumpang camera orang lain. Mencelah je kerja aku. Sadis kisah aku hari tu. Ha ha ha. Sebenarnya nak ayah mak aku pakai jubah tu, tapi, dah mak ayah aku ke ladang, aku pun hantar je lah jubah. Owh ye. Aku dapat balik dah scroll tu. Kalau tak mana boleh nak hantar jubah kan? 

Below, ada sikit gambar yang sempat aku ambil, before kejadian-kejadian tak diingini itu berlaku ye. 
















Ini sikit-sikit aje lah dari Hari Konvokesyen aku. Almaklumlah. Macam-macam jadi. 

Tahniah buat semua kawan-kawan. Seronok sangat tengok muka happy masing-masing hari tu. Alhamdulillah. Berjaya jugak kita semua menggengam segulung Ijazah. Setelah berpenat lelah bertahun. Alhamdulillah. Semoga berjumpa lagi. 

Dan untuk kawan-kawan yang nak sambung Master tu, sambung la lagi. Jangan jemu belajar. Aku pun nak sambung jugak. Cuma tak tahu bila. :). Doakan aku jugak okay!! :)


..........................................................................................

: Love u'olllllsss.


No comments: