Followers

Wednesday, November 7, 2012

Perlis :). With him. :)

Assalamualaikum.

Ini sepatutnya entry sebelum raya hari tu. Tapi tak sempat nak update sebab duk kalut dengan nak raya bagai, lepas tu dengan nak interview bagai. So, aku tangguhkan sehingga ke hari ini. 

Berapa haribulan entah, aku pun tak ingat, aku pergi Perlis sebab nak ambil kad siswa. Bertolak dari sini naik bus je. Sampai Alorstar En BuahHati saya yang baikhati tu tolong bawakkan ke Perlis. Siapa suruh beli kereta kan? Hikhikhik. Kebetulan pulak lah En BuahHati dah membeli kereta, so, moh kite buli dia sebentar. Untuk aku, takkan tak boleh kan? Dah jadi lain kalau tak boleh tu. :)

Tapi masa sampai Alorstar tu, aku nampak Lamborghini tu ha. Dalam pekan Alorstar. And I was like, wah-bestnya-dapat-kereta-macam-ni-terasa-nak-jugak-naik. Ha. Tengok je kereta tu. Biasalah, aku kan budak kampung so jakun sikit la tengok kereta mahal-mahal gitu. Orang bandar tak kisah dah ha, tapi aku ni kekampungan sikit, so jadi jakun tak hengat. Ha ha ha. Siap amik gambar you. Tapi from the bus je la. Nampak bontot Lambo je. Tapi sebenarnya, aku bukan suka sangat kereta jenis tu. Penyek. Cewwah, kau bila tak da kereta macam tu mula keluar ayat sebenarnya itu ini kan? Ha ha ha. Padaha jeles jugak tengok kan? Ngek betoi. Sat. Tengok bontot dia yang aku amek ni. Tak kalah aih dengan ratu Malaysia. :))


Tapi, bila sampai tu geram sebab En BuahHati tak da. Tak tunggu aku pun. Kesian kan. Time tu jugak nak memerut. Aish. Actually dia dekat je ha dengan Shahab Perdana tu. Sebab tempat kerja pun belakang-belakang tu je. :)).

Paling geram bila dia biar aku melilau-lilau cari dia padahal dia dah ada kat situ duduk duduk lepak lepak atas kerusi. Geram betol. Tapi, macam comel pulak. Hi hi hi. Then we off to Perlis. Here we come UiTM Arau. Aku datang nak tuntut kad siswa. Tapi, elok je sampai, kaunter dah tutup. Owh kesiannya. Kena tunggu pukul 3. Jadi sempat la makan dulu, lepak kat Kuala Perlis. Ha. Masa tu hari Jumaat. En BuahHati pergi solat, aku dengan sepupu aku duk bergmabar kot tepi pantai yang tak berapa nak pantai sangat tu. Lupa nak mention, aku ke sana bawak jugak sepupu aku tu ha. 








Ini sebahagian dari gambar-gambar kami ambil. :))

Then, pergi makan. Lapar tak hengat dah ni. Punya la sengal aku tengah-tengah hari macam tu aku makan Koeytiow tomyam. Adeh. Sepatutnya nasi. Hihihi. En BuahHati dah tentu-tentu la nasi pilihan dia. Tapi sebelum tu terjumpa member aku. Dah lama sangat tak jumpa. Sempat la borak-borak tunggu dia naik Feri nak balik Langkawi. 


This is HIM. :)). Love love love. :P

Ha. Mula-mula tadi nak masuk UiTM kena pakai pas pelawat. Dan aku rasa macam pelik gila. Bertahun aku duk situ tak pernah-pernah la ada pas pelawat. Elok hari tu ada pulak. Tapi bila kami pergi for the second time, tak ada pulak pas pelawat tu. Pelik tau. Kalau dah mula-mula tadi bagi, sepatutnya selepas tu pun bagi jugak la. Kenapa tak payah pulak kan? Tapi gaya macam lain-lain guard yang jaga. Sebab tu la kot. :P.

Lepas tu balik je la. En BuahHati mengantuk sangat muka dia sampai tak nak teman aku lama-lama. Kecik hati jugak. Mengamuk-ngamuk jugak aku sebab duk buat muka macam tu. Lama-lama tu aku okay je. Lepas tu aku ajak pergi Menara tu ha. Owh. Untuk pengetahuan, seumur hidup aku tak pernah pun pergi Menara tu. Tengok dari jauh je. So, ini first time pergi dengan En BuahHati la ni. Terasa nak upload gambar dia. Boleh kan? Hikhikhik


Ini BuahHati aku. Eyh, bukan yang atas ni. Yang bawah ni ha. 




Okay. Memang muka aku je beriya kat situ. 

Tapi, masih ada yang nak buat cerita antara kami. Nak cakap yang setakat ni kepercayaan kami kepada satu sama lain tak pernah berubah. Harap-harap tak ada lagi la yang kacau. 

Dan, entry kali ni macam budak-budak sikit kan? Bercerita what happened all the day, memang agak kebudakan sikit. Hik hik hik. 

..........................................................................................

: I believe in YOU. Any problems, let us face it together. :))

2 comments:

Anonymous said...

Even we trust someone, do not give it 100%. Maybe we'll regret it later.

TSYA'Z (~_^) said...

Yes. Anon. Ive already regret it. Hm.