Followers

Thursday, December 6, 2012

20 bulan

Assalamualaikum.

5.12.2012.

Ada kisah sedih nak kongsi dengan semua. 

Secara official nya, aku single lagi. 20 bulan aku bertahan, berharap untuk sampai ke jinjang pelamin, berharap untuk sampai bila-bila, tapi keadaan yang sedia ada memaksa kepada perpisahan. Sengketa selama sebulan, berakhir semalam. Sengketa melibatkan orang ketiga, berakhir semalam. 

Sedih memang sedih. Sebab hubungan tu dah sampai 20 bulan. Lama tu. Satu masa yang panjang untuk kenal hati masing-masing. Dan kami pulak kenal dari zaman persekolahan lagi. Cuma peritnya kurang terasa. Sebabnya aku dah bersedia. Aku bersedia sejak dari awal sengketa tu. Jadi, pahit tu kurang terasa. Sedih tu ada. 


Aku rasa doa aku diperkenankan. Sebab aku selalu minta kalau-kalau aku berpisah lagi, aku mintak dikurangkan rasa sakit tu, digantikan dengan rasa bahagia. Alhamdulillah. Bukan la rasa bahagia, cuma rasa sakitnya kurang. Kali kedua aku jadi macam ni. Banyak kenangan aku dengan En BuahHati. Dari jauh sampai dekat, sampai ada orang ketiga. Aku terpaksa lepaskan dia. Untuk dia belajar apa itu setia. Dan untuk dia belajar buat keputusan sendiri. Dan untuk dia tahu apa itu cinta. 


Biarlah. Aku ambil jalan yang paling mudah. Lepaskan. Lepaskan semua. Tanpa ikatan, lebih senang otak nak berfikir dengan waras. Lebih senang nak tentukan hala tuju sendiri. Lebih senang untuk diri sendiri merangka kehidupan masing-masing. Bila dah stabil, baru la kita cari pelengkap itu. Itu pun kalau ada jodoh aku di muka bumi ni. Kalau tak ada, redha je la. Semua dah ditentukan. Kita ikut saja. 

Nak kata aku serik bercinta, tak jugak. Andai aku bercinta lagi, cewah, tajuk lagu kan, haha, andai la aku bercinta lagi, aku dah takkan bawak si dia balik kerumah jump mak ayah. Kecuali kalau dia berniat untuk merisik, meminang dan sebagainya. Kalau saja-saja bawak balik, NO. Memang takkan. Aku tak mau dah. Itu InsyaAllah, aku kotakan. 

Dan En BuahHati, aku harap dia bahagia. Dengan keputusan yang aku buat ni, untuk kebaikan ketiga-tiga pihak. Bukan untuk aku seorang. Kalau aku boleh bertahan dengan perpisahan ni, kenapa tidak dia. Dia lelaki. InsyaAllah En BuahHati akan berjumpa dengan wanita yang sesuai dengan dia. Aku tidak menolak jika dia memang jodohku di masa depan. Sebab jodoh itu rahsia Allah. Sedar. Dah sedar sekarang. Berkawan la berapa lama pun, bercinta la berapa lama pun, kalau bukan jodoh, takkan bersatu jugak. Kan? 

Aku pernah kata, yang aku takkan mintak putus dari dia. Tapi kata-kata tu terpaksa aku lupakan sebab keadaan memang sangat memaksa. Kalau dia baca, harap dia faham. :)). 

......................................................................

: Saya harap awak bahagia. 

No comments: