Followers

Thursday, July 26, 2012

Kenangan Hari Itu :))

Seperti yang dijanjikan, ini ada sikit je dari gambar-gambar malam dinner untuk batch kami. Makanan pulak lupa nak amik gambar sebab bila dah habis makan baru teringat ye kat makanan tu. :P

Tapi, alhamdulillah, majlis kecil-kecilan ini berjalan lancar, meraikan hari terakhir kami semua di Perlis dan juga sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Perlis. InsyaAllah, semua berjaya. Amin. 

Owh ye. Makanan sedap-sedap je. Mungkin sebab itu majlis meraikan diri sendiri dan jugak majlis perpisahan, so apa yang ditelan tu terasa sedap la. Cuma satu, mee kari, kurang umphh sikit. Ha ha ha. Ada jugak yang aku nak complain kan? Okey. Cukup la kot. Jom tengok gambar-gambar ni. 






























Ini je la sikit-sikit ha. Owh ye. Kepada semua kawan-kawan, blogger-blogger, and sesiapa pun jua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. tak terlewat lagi rasanya nak ucap kan? Kita baru 5 hari puasa kan? :))

.........................................................................

: En BuahHati, mai la umah. :P. Berbuka kat sini ye???

Tuesday, July 17, 2012

Final year. Done. :))

Penat kemas barang tak hilang lagi ni sebenarnya. :))

............................................................

Rasa nak melompat tinggi tinggi tinggi sebab exam dah habis. Final exam. Habis dah. Bebas. Merdeka. Tapi dalam duk bebas merdeka ni, hati duk ketaq je ni. Tunggu result keluar awal Ogos ni. Cepat pulak keluar result kali ni. Harap-harap aku lepas semua paper dengan cantik la ye. Doakan aku ye semua. Ha ha ha. 

Malam semalam, before balik ke tempat asal masing-masing, ada dinner. He he. Semua fully handle by Part 8. Kami la tu. And dinner tu pun memang untuk kami yang sikit ni je pun. So, boleh la kan makan sedap-sedap sikit ye dak? Bajet boleh tahan. :P

Buat orang-orang yang study di Perlis, mesti tahu Putra Brasmana Hotel kan? Ha, buat dinner kat situ la. Makan boleh tahan. Semua sedap.  Aku nak share jugak gambar-gambar dinner semalam, tapi aku rasa nanti kat entry lagi satu la. Sebab aku nak membebel dulu and gambar pun belum dapat sepenuhnya. Nak letak gambar mestila yang grand-grand kan. So, KIV dulu la yang tu. 

Aku cakap tadi aku dah final exam kan. So, tetiba terasa dah tua. Duk fikir balik baru sedar okey yang aku ni 24 tahun dah. And dah nak hujung tahun. Berapa bulan je lagi akan masuk angka 25. Oh my. Tua dah ke tu? Belum lagi capai cita-cita. Banyak angan-angan aku ni ha. Nanti aku cerita apa angan-angan aku tuh ye. Lain-lain entry la. Kalau semua selambak dalam ni, pening pulak orang ye dak?

Actually kan, rindu dah ni. Rindu kawan-kawan. Rindu tepuk tampar. Rindu bergaduh. Rindu bertekak. Paling ingat sekali waktu nak buat assignment. Semua perangai keluar. Tekanan punya pasal. Tapi, itu lah yang jadi kenangan terindah. Sedih. Sangat sedih. Nasib baiklah malam semalam tak ada yang nyanyi lagu sedih. Kalau tak banjir la Perlis tu sekali lagi. Ha ha ha. Over okeyh aku ni. 

Sekarang dah jam 00:46. 

Maksudnya dah malam. So, jom tidur. Dah merepek panjang lagi ni, tapi kureng mood menulis pulak. Bye. Adios. 



Sunday, July 8, 2012

:)) Suka.

Duduk berdua je kat rumah ni memang bosan. Aih. Nak bercakap penat dah. Sebab dua orang je yang bercakap. Kalau 4 orang, boleh la bahagi sama banyak kan? Hikhikhik. 

Belum mandi lagi ni. Teruk kan anak dara ni. Lewat malam, mandi pun belum. Alah. Bukan selalu ye dak? Ha ha ha. Tadi Maghrib singgah di masjid dekat Kuala Perlis. Ya Allah. Nyaman sangat. Duduk-duduk sekejap kat tepi-tepi masjid after solat. Sejuk. Angin nyaman. Masjid tu pun wangi je bau. 

Paling seronok, bila tengok lelaki-lelaki keluar dari masjid. Lelaki berumur macam tak kisah sangat. Ini lelaki-lelaki muda. Bahagia tengok. Alhamdulillah. Ada lagi lelaki yang nak bersolat di masjid. Cuma masjid tu tempat solat untuk perempuan terhad. Mungkin diorang ingat perempuan tak payah pergi masjid kot. Sangat susah nak solat dengan keadaan yang terbukak macam tu and cuma ada penghadang tali je. Tudung nak pakai lagi, telekung lagi. Menyulitkan jugak la. 

:))

Heeee. Seronok rupanya solat di masjid. Masjid yang macam tu punya besar dan cantik. Macam mana la rupa masjid-masjid di Makkah kan? Teringin sangat nak tengok. Bila nak ada rezeki ke sana, belum tahu lagi. Harap-harap sempat la. :))

.......................................................................

: Rindu. 

Saturday, July 7, 2012

Puan diorang panggil aku???

Dulu dulu dulu ni di UiTM Segamat. Aku tak pasti aku ada tulis ke tak pasal kejadian ni dalam blog. Lagipun  dah lama kan blog ni wujud. :P

Masa tu nak pergi kelas. Hari Isnin. Pakai baju kurung. Kebetulan kasut hari tu kasut tumit tinggi. Berjalan tak nampak orang. Aku jarang pakai high heels melainkan ada presentation. So, aku rasa hari tu aku ada presentation nak kena buat. 

Ada satu lorong ni. Nak naik tangga ke kelas. Kat lorong tu student ramai baru keluar dari kelas. Ramai budak lelaki. Aku tengok je lah muka sorang-sorang. Nak kata aku malu macam tak je. Dengan confident aku lintas kumpulan-kumpulan tadi. Kemudian, ada dengar suara. 

"Assalamualaikum puan. Selamat pagi puan". Aku angguk je la. Sengih. 

Dalam hati, duk menyumpah dah. Aku nampak macam lecturer ke. Hampeh sungguh. Ha ha ha. Rasa macam nak pusing and cakap, aku bukan lecturer la. Tapi masa tu pulak aku dah lambat ke kelas, jalan terus je la naik tangga. Adeh. Sabar je la.


Macam ni punya muka ada muka LECTURER ke? Adeiii. Siap panggil PUAN lagik. Tu yang macam nak marah tu. Hello. Saya bukan Puan la. Kahwin pun belum tau. :P

...........................................................................

: Miss you laaa. :))

keHIJAUan :P

Malam ni mengidam makan laksa sebenarnya. Pergi la pasar malam. Tapi tapi tapi sedih. Laksa yang sedap tu dah habis. Jemmm. Tak sempat nak membeli. Tu la. Pergi malam lagi. :P

Lepas tu beli je la mee goreng. Makan dengan satay kat warung tepi jalan. Habis makan, sambung round pasar malam tu. Sebab niat asal ke pasar malam tu adalah untuk membeli skirt warna hijau tak pun warna merah. 

Membelek bagai nak rak, tapi tak beli pun. Tak ada yang berkenan ha. Ada yang cantik tapi kain pulak yang tak menepati selera aku. Aku taknak yang jenis kain melekat kat bontot tu. Seksi you. Kain yang jenis streching tu ha. Kan melekap je. Owh. Sangat tidak selesa aku rasa. Then, ada satu yang polka dot. Cantik. But aku tak berapa berkenan sangat la pulak. Tak tau kenapa. Cantik memang cantik. 

Maybe sebab dalam kepala hotak aku ni nak skirt labuh warna HIJAU or MERAH. Striking. Okeyh. Itu syaratnye. Ha ha ha. So, dah tak ada tu, melewaq la pulak ke tempat jual tudung. (Melewaq itu adalah 'jalan-jalan-buang-masa-kat-tempat-lain-pulak' hehe). Dah nampak tudung pulak. Gila nak membeli. Dua jenis tudung. Satu ada awning, satu bawal biasa je. RM30 habis di situ ye. (~_^). 

Ha, petang tadi keluarkan duit, malam dah habis dah. Senget betoi. Sakit hati ha. Tapi puas hati jugak kot sebab dapat tudung. Hik hik hik. 

Dua-dua warna HIJAU. Aku sangat suka warna HIJAU sekarang. Semua yang warna hijau akan menarik perhatian aku. Adeh. 

Menarik kan warna HIJAU? Hi hi hi. Warna MERAH dah terlalu sinonim dengan aku. So, aku tak heran kalau aku beli sesuatu yang berwarna merah. Tapi HIJAU macam pelik dan tak sesuai dengan aku. Tapi aku pedulik hape. Pakai sudah. Ye dak? :P

Okeyh. Itu je nak merepek hari ni. Pasal aku beli tudung HIJAU dua helai. Itu je. :P

.................................................................................

: En BuahHati, saya nak novel la. Beli saya satu novel boleh? :P

Thursday, July 5, 2012

Maceh Mokmok. :P

Tengah duk online sesuka hati baca novel, then ada call. En BuahHati. Rasa macam pelik pulak. Jarang dia call waktu macam tu. Lepas dapat call, tersengih sorang-sorang sebab BOIPREN menyanyi kot. 

Ha ha ha. Jemm. Otak aku duk mencerna apa yang dia duk nyanyi. Bahagianya. Hak hak hak. Rasa macam nak lempang diri sendiri. Macam mimpi pun ada. 

Rupanya pakcik ni pergi karok. Dengan  adik dia la tu. Menyanyi. Owh. Terharu den. Seminggu beriya tak nak, semalam nyanyi jugak. Happy.

Ha ha ha. Okeyh. Korang meluat kan dengan aku? Sekali sekala je pun aku buat entry gedik. :P

Hm. I love you la Mokmok. Macehhhhh.

Wednesday, July 4, 2012

Nyanyi je pon. :((

Hari ini entry pasal Boipren. Aku bagitau siap-siap. Yang takmau baca pasal boipren boipren ni buleh pangkah kat atas sana. Ataupun boleh pergi ke entry aku yang lain ye. Terima kasih. :))

...............................................................................................

Macam ni. Aku ni En BuahHati cakap suka merengek. Orang Kedah kata suka meghap. Mengada-ngada, gedik-gedik. Ha, macam tu la lebih kurang. Lepas tu baru-baru ni, tak baru sangat la, aku ni duk mintak la En BuahHati ni menyanyi kat aku. Rasa macam sweet la pulak kan, bila duk tengok Aqasya tu duk menyanyi dalam TV tu. So, teringin la jugak.

Duk meghap hari-hari, merengek hari-hari, tapi tak dapat apa pun. Gaya macam aku duk mintak 50k. Padahal duk mintak nyanyi je. Bukan selalu ye dak. Jawapan En BuahHati, nanti la. Kita pergi karaoke. Adoi. Tak mau boleh. Tak mau yang karaoke tu.

Tak suka. Nak yang tak ada lagu kat belakang. Nak suara je. Suara je. Kalau hebat sikit, main la guna gitar lepas tu menyanyi. Tak payah susah-susah nak bayar RM30. RM30 tu awak boleh belanja saya makan, tak pun boleh beli buah mempelam tiga kilo kat saya. 

Mintak nyanyi je pon. Dari orang yang sangat dekat dengan aku. Tapi, permintaan tu tak dilayan. Adeh. Tak tau la kenapa mengada sangat aku ni ha. Nak suruh dia menyanyi bagai. Rindu kot. :P

Dah En BuahHati cakap taknak nyanyi, tak pe lah. Takkan nak suruh lagi kan? Dah seminggu duk mintak, tak dapat pun. Redha je. Janji dah taknak mintak lagi. Tapi lepas tu En BuahHati cakap dia sedih pulak. Sebab, aku tak nak merengek agi dah.

Heh. Itu pulak yang dia suka. Suka aku duk mengada-ngada, merengek-rengek, menggedik-gedik macam tu kat dia. Tak faham la aku. Kalau laki lain dah tentu rimas dapat Gelpren macam aku ni. Kerja merengek je. Adoi. Comel pulak perangai. Tapi geram. Sebab apa yang aku mintak tak dapat. Hm. Biar je la. 

Frust, tapi biarkan je la. Mintak benda-benda la pulak. Boleh? Baju ke, kasut ke, handphone ke. Agak-agak dapat tak? Mintak sesuatu yang tak payah keluar duit tak dapat, sekarang nak mintak benda pulak. Biar kena keluar duit. Hah. Baru tau rasa. Kan?? Ha ha ha. 

Materialistik pulak. Kan? Ha ha ha. Okey la. Tak buat macam tu. Tak mintak apa-apa dah. :))

........................................................................................

: Tekanan pulak rasa. Ada yang willing nak menyanyi untuk aku tak? ha ha ha. 

Monday, July 2, 2012

Esok Audit, hari ni boleh update lagi ye. Ha ha ha.

Bangun tidur dengan terkejut bunyi telefon. Ingatkan siapa. Baru nak marah, tengok-tengok mak. Adeh. Mak ni macam taktau la anak mak bangun pukul berapa. Dengan keadaan henpon yang kadang okey kadang tidak tu, lagi la aku bengang ha. "Abang, nak henpon baru. Nak telefon mak hari-hari."

Ingatkan nak apa. Rupanya nak tanya pasal UPU. Adik la ni. Nak masuk universiti. Nak sambung study tapi tak tau langsung macam mana nak buat. Nak kata buta IT macam mustahil pulak. Tetiap hari duk main pesbuk, duk bukak macam-macam. Aih. Last-last mak aku jugak la yang duk fikirkan macam mana nak masukkan adik aku kat universiti. Kalau baru nak ambik diploma, aku boleh la maafkan kalau taktau. Ini tidak, IJAZAH kot. Die ni nak belajar ke nak main aku pun tak tau la.

Mak dah bersungguh-sungguh dah tu. Dengan adik pulak, bila pergi cari kerja semua mintak ijazah. Diploma tak laku. Sabar je la. Itu yang nak jugak dia ambik ijazah, tapi tu la nak cari peluang masuk tu yang susah. Dah terlepas peluang hari tu. :)). InsyaAllah ada la rezeki nanti tu ye dak. 

Situ je la pasal dia. Sekarang aku pulak. 

Lagi empat paper. Esok AUDIT. Okey. Gerun. Aku ni lemah betol la audit. Paper menghafal. Bila kerja tak ada pun teori-teori semua ni. Saja nak suruh amek exam. Buat sakit hati je la kot. Sabar je la. :))

Pagi-pagi dah membelek gambar kahwin Irma and Reza. Ya Allah. Sangat padan. Bertuah Reza, bertuah Irma. Suka sangat tengok. Harap bahagia la. Lepas tu, sempat jugak bukak pesbuk tengok kawan-kawan yang dah menikah semua. Bahagia muka masing-masing. Lengkaplah hidup masing-masing dengan adanya suami dan isteri. Yang ada anak lagi lengkap lah. Kan? Alhamdulillah. Semua bahagia. Semua aku suka. 

Aku pulak. Bila ditanya soal kahwin, diam. Diam, dan terus diam. Nak buat apa lagi kan. Sabar je la. Mak dengan ayah tanya jugak. 

Serius ke dengan kawan tu.
Betul ke nak kat dia tu.
Confirm dah ke ni.
Dah tu bila nak meminangnya.

Aih. Semak kepala. Sabar ye mak ayah ye. Tak habis lagi exam ni. Laki tu pun baru je nak belajar hidup. Tak puas lagi dia nak membujang. Sya ni pun tak sedia lagi kot nak kahwin. Seram. 

Dulu, beria nak kahwin. Tapi bila dah pergi kursus kahwin baru ni, ha amek kau. Takmau kahwin pulak. Pening kepala En BuahHati bila aku cakap takmau kahwin. Dia boleh gelak lagi kat aku. Ha la. Susah tau. Banyak tanggungjawab. Macam-macam nak kena buat. Aih. Tunggu je la. 

:)).

Dah. Nak pergi study dah. Papai.

......................................................................

: Saya sentiasa tunggu awak. :))