Followers

Tuesday, March 11, 2014

Ku relakan jiwa- Hazama

Sekarang, lagu ni bermain-main dalam kepala aku. Sebelum ni, tak pernah aku suka lagu ni. Tapi, sekarang lagu ni seolah-olah lagu yang menggambarkan perasaan aku.

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Setiap bait-bait lirik menceritakan tentang aku sekarang ni. Hati dalam taman. Saja aku letak lirik lagu ni. Untuk melambangkan perasaan aku selain dari perasaan kacau yang ada sekarang. Yang sedang berbunga untuk lelaki lain. Damn. Teruknya aku.

Aku jadi penipu paling besar. Menipu diri sendiri dan orang lain jugak. Selama ni, tak pernah aku rasa gelisah, bersalah, macam ni. Tidur aku memang tak lena. Makan memang tak kenyang. Sebabnya aku tak makan. Jantung aku pantas berdegup. Perasaan aku kacau bilau. 

Takdir. Yang membawa aku ke sini. Yang membuka hati aku kepada orang lain. Yang buat aku rasa aku tersalah langkah. Ini dugaan untuk aku ke? Ini aku klasifikasikan sebagai ujian pertunangan yang paling hebat untuk aku redah. Aku terpaksa berperang dengan diri aku sendiri. Aku terpaksa berfikir sendiri. Hati aku kacau. Aku nak juga tanya pendapat orang lain, tapi mustahil aku akan dapat jawapan kepada segala persoalan tu. 

Boleh dikatakan aku hampir gila. Menangis aku dalam hati, aku je yang tahu. Berat sungguh apa yang aku lalui sekarang. Aku kena memilih antara dua. Hati aku tak boleh jadi pengadil. Sebab nanti berat sebelah. Akal aku pun tak boleh jadi pengadil. Sama akan berat sebelah jugak. Hoh. Aku harap aku dapat selesaikan masalah dalam jiwa aku ni. Kacau.

Cara terbaik-- Istikharah.

In Shaa Allah. Akan aku buat. Apa pun jawapan, aku tahu itu pasti yang terbaik untuk aku. Itu adalah perancangan dari-NYA. Mudah-mudahan.