Followers

Friday, September 16, 2011

Perihalku #1

Aku seorang yang sensitif sebenarnya. Aku mudah terasa. Tapi walau macam tuh, aku bukan jenis yang nak buat muka terasa. Aku akan buat bodoh je. Tahan je sudah. Kalau aku terasa sangat pun aku menangis sorang-sorang. Itu je. Paling teruk pun aku balas dengan kata-kata. 

Aku tak boleh tertekan. Airmata akan jadi teman aku kalau aku tertekan. Tapi, yang best kalau aku menangis macam mana pun, mata aku tak akan merah teruk macam sesetengah orang. Tak akan nampak kesan nangis pun. Dua tiga minit merah pastu hilang. So orang tak boleh detect aku menangis. Ha ha ha. 

Aku suka berfikir. Macam-macam aku fikir sampai aku sendiri tak tahu mana patut fikir mana tak patut fikir. Adoilah. Ini yang buat aku tertekan ni. Ha ha ha. 

Aku even sensitif tapi aku elakkan merajuk-merajuk. Aku cuba elakkan. Aku jarang nak merajuk. Dengan En BF, belum pernah aku merajuk. Sebab aku tahu, aku tak akan dipujuk. So, I trained my self supaya if rasa macam merajuk tuh, sila pujuk hati dan diri dengan sendiri. If not, akan makan diri sebab tak ada siapa yang nak pujuk kau. Tapi, teringin untuk rasa dipujuk. Ha ha ha. 

Aku tak suka cari gaduh. Aku tak suka cari pasal. Aku tak suka buat hal. Kalau ada bunga gaduh dengan sesiapa tu, aku akan cuba tak bergaduh. Tapi, if orang cari pasal dengan aku, itu kali akhir dia cari pasal. Sebab lepas tu, aku akan buat tak kenal je dengan orang-orang macam ni. Dengan En BF, ada jugak gaduh, krisis bagai, tapi biasalah. Hubungan mana yang tak bergaduh. Tapi, sebolehnya aku kawal suara aku. Masih maintain macam tak ada apa hal. Tinggi suara? Dengan adik beradik aku je. Dengan orang lain tak ade. 

Ada orang cakap mulut aku laser. Laser kalau kau cari pasal dengan aku. Memang kau dapat la habuan. Ha ha ha. Padan muka kalau ada yang pernah kena. Sape suruh kacau hidup aku. Nasib lah. 

Ini serba sedikit perangai aku. Ada banyak lagi. Sekali sekala berkongsi perangai busuk. Tak salah kot :)

...........................................................................

: En BF, saya harap awak masih sayang saya even saya ni kadang-kadang serabutkan pikiran awak. :) Love you a lot B. 

Thursday, September 15, 2011

Sebab sayang lah :)

Kepingin punya anak sendiri, dilahirkan dari rahim sendiri. Bila? Wallahualam. 

....................................................................


Owh, nak sambung cerita kelmarin. 

Jumpa dengan mak ayah En BF. Seronok tapi nervous, gelisah semua ada. Sebab itu first time seorang lelaki yang berstatus kekasih bawak aku jumpa mak ayah. Actually aku cakap kat dia nak jumpa parents dia. Tak sangka dia tunaikan, sebab aku sendiri pun tak yakin nak jumpa ha. Bila tanya En BF, jawapan senang dia bagi.


: Sebab sayang lah. Sebab B sayang kat sayang. Kalau tak, tak ada nak bawak jumpa. 

Okeyh, saya pun sayang awak En BF. He he he. 

Bersembang dengan mak En BF, even nervous ayat semua lekat kat anak tekak ayat-ayat semua, tetap gagahkan jugak. Takkan nak jadi batu aje, ye dok? Bertanya jugak la. Yang best nya mak En BF, guna loghat utara dengan aku. Aku apa lagi, bantai speaking Kedah la. Ha ha ha. 

Padahal dengan En BF, berlagak gila kami. Cakap bahasa standard, tak ada loghat-loghat ha. Macam asal Kuala Lumpur. Asal usul padahal satu daerah aje. Daerah Hulu Perak. Lawak betul. Tapi serius, aku and En BF selesa guna bahasa standard, sebab masa kat sekolah pun cakap macam tu, plus member-member semua cakap macam kami. 

Okeyh, back to story. Sembang dekat dua jam jugak. Pastu, biasalah kalau anak dara. Kena faham sesuatu okeyh. Kalau anak dara, pergi rumah orang-orang mana pun, HARUSLAH mengangkat pinggan mangkuk cawan segala yang dah guna letak di sinki, dan SILA BASUH SAMPAI BERKILAT. 

Ha, ini kena ingta. Even makcik tuh berbuih mulut dia cakap jangan jangan jangan, buat jugak yer. Sebab itu macam nak test si anak dara ni biasa idak ke dapur. 

Ha ha ha. Itulah yang aku biasa buat sekarang ni. Kalau dulu, harapan aje ye. Pemalas sikit. Sekarang ha baru buat macam tuh. Kalau tak nanti, tak ada yang nak buat menantu. Menangis ha aku. Ha ha ha. 

Sempat jugak dalam duk basuh pinggan tu, pusing-pusing keliling, tengok semua ceruk rumah, belakang rumah semua. Ha ha ha. Aku suka rumah dia. Persekitaran kampung. Memang aku suka. 

Lepas tu, balik lah. Apa lagi kan. Ha ha ha. 

Rindu En BF. 

..................................................................

: En BF, cepat balik tau. Love you. :)

Wednesday, September 14, 2011

Sayang, kahwin nanti pengantin jangan lambat :)

Ahad lepas. Aku ke Gerik, Perak Darul Ridzuan. 

Heading to Kampung Padang Kunyit. Rumah siapa lagi. Rumah En BF. Kebetulan dia dapat balik sebab kena ambil kursus di ALAM. Kursus apa tu, aku tak pandai nak sebut. Bridge apa tah. 

Mula-mula janji sampai pukul 12 tengahari. Tapi bertolak dari sini dah lambat. Dengan hujan and sebagainya. Lepas tu, aku berperangai budak pagi-pagi hari tak tahu kenapa. Kemudian gerak dari rumah pukul 10.15, pergi ambil Cik Wani di Tikam Batu. Lepas tu, mak pesan singgah rumah makngah hantar makanan. Kemudian, dah sampai rumah makngah mesti nak duduk-duduk, minum air bagai. Jam dah 12 tengahari. En BF dah tanya bila nak sampai.

Kemudian dekat pukul 1 petang, baru gerak pergi Gerik, which kena pergi Maybank dulu sebab makngah mintak tolong. Adoi lah. Macam-macam sungguh. Pening kepala den ha. 

Dapat satu mesej dari En BF

: Sayang, nanti kahwin pengantin jangan lambat. 

Ha, kan dah kena. Janji waktu lain, sampai waktu lain. 

Sampai pukul 2 petang. Tengok En BF, dia dah berisi sikit. Berat dia pun dah naik sikit kata dia. Alhamdulillah cukup makan lah tu. :)

Jumpa mak En BF, nervous gila. Sangat-sangat. Nak cakap macam-macam tapi semua lekat kat anak tekak. Adoi lah. Mujur bawak adik-adik, so, ada diorang tak ada la takut sangat. 

Hoh, kena out dah. Nanti sambung lagi. Salam. 

Saturday, September 10, 2011

Sekali Lagi

Sekali lagi. 

Aku tak alert dengan hati and perasaan En BF. Aku tak sedar dalam aku bergurau senda, bergelak ketawa, En BF sedang kecik hati. 

I am so sorry dear. Tak sengaja. Well, promised wont do that again. Patutlah macam ada yang tak kena. 

Yes aku mengaku yang aku agak kasar kalau bergurau. Dulu pernah buat sekali, ini sekali lagi. Aku lupa En BF seorang yang sensitif. Itulah manusia, kadang-kadang terlupa nak fikir hati perasaan orang lain bila cakap sesuatu or dah buat sesuatu. Inilah orang cakap 'bertindak tanpa berfikir'. 

Harap-harap En BF, tak terasa lama-lama. Saya sayang awak, AHMAD HUZAIR. :)

Thursday, September 8, 2011

MAri tengok ni. Cepat !!!!

MONDAY = AWESOME (by Aiman Razak :p )

TUESDAY = _______________

WEDNESDAY = WORDLESS

THURSDAY = SPONTANEOUS

FRIDAY = ________________

SATURDAY = SENTIMENTAL ( By Aiman Razak. :p )

SUNDAY = _______________


Fill in the blank please. :-))