Followers

Saturday, July 7, 2012

Puan diorang panggil aku???

Dulu dulu dulu ni di UiTM Segamat. Aku tak pasti aku ada tulis ke tak pasal kejadian ni dalam blog. Lagipun  dah lama kan blog ni wujud. :P

Masa tu nak pergi kelas. Hari Isnin. Pakai baju kurung. Kebetulan kasut hari tu kasut tumit tinggi. Berjalan tak nampak orang. Aku jarang pakai high heels melainkan ada presentation. So, aku rasa hari tu aku ada presentation nak kena buat. 

Ada satu lorong ni. Nak naik tangga ke kelas. Kat lorong tu student ramai baru keluar dari kelas. Ramai budak lelaki. Aku tengok je lah muka sorang-sorang. Nak kata aku malu macam tak je. Dengan confident aku lintas kumpulan-kumpulan tadi. Kemudian, ada dengar suara. 

"Assalamualaikum puan. Selamat pagi puan". Aku angguk je la. Sengih. 

Dalam hati, duk menyumpah dah. Aku nampak macam lecturer ke. Hampeh sungguh. Ha ha ha. Rasa macam nak pusing and cakap, aku bukan lecturer la. Tapi masa tu pulak aku dah lambat ke kelas, jalan terus je la naik tangga. Adeh. Sabar je la.


Macam ni punya muka ada muka LECTURER ke? Adeiii. Siap panggil PUAN lagik. Tu yang macam nak marah tu. Hello. Saya bukan Puan la. Kahwin pun belum tau. :P

...........................................................................

: Miss you laaa. :))

keHIJAUan :P

Malam ni mengidam makan laksa sebenarnya. Pergi la pasar malam. Tapi tapi tapi sedih. Laksa yang sedap tu dah habis. Jemmm. Tak sempat nak membeli. Tu la. Pergi malam lagi. :P

Lepas tu beli je la mee goreng. Makan dengan satay kat warung tepi jalan. Habis makan, sambung round pasar malam tu. Sebab niat asal ke pasar malam tu adalah untuk membeli skirt warna hijau tak pun warna merah. 

Membelek bagai nak rak, tapi tak beli pun. Tak ada yang berkenan ha. Ada yang cantik tapi kain pulak yang tak menepati selera aku. Aku taknak yang jenis kain melekat kat bontot tu. Seksi you. Kain yang jenis streching tu ha. Kan melekap je. Owh. Sangat tidak selesa aku rasa. Then, ada satu yang polka dot. Cantik. But aku tak berapa berkenan sangat la pulak. Tak tau kenapa. Cantik memang cantik. 

Maybe sebab dalam kepala hotak aku ni nak skirt labuh warna HIJAU or MERAH. Striking. Okeyh. Itu syaratnye. Ha ha ha. So, dah tak ada tu, melewaq la pulak ke tempat jual tudung. (Melewaq itu adalah 'jalan-jalan-buang-masa-kat-tempat-lain-pulak' hehe). Dah nampak tudung pulak. Gila nak membeli. Dua jenis tudung. Satu ada awning, satu bawal biasa je. RM30 habis di situ ye. (~_^). 

Ha, petang tadi keluarkan duit, malam dah habis dah. Senget betoi. Sakit hati ha. Tapi puas hati jugak kot sebab dapat tudung. Hik hik hik. 

Dua-dua warna HIJAU. Aku sangat suka warna HIJAU sekarang. Semua yang warna hijau akan menarik perhatian aku. Adeh. 

Menarik kan warna HIJAU? Hi hi hi. Warna MERAH dah terlalu sinonim dengan aku. So, aku tak heran kalau aku beli sesuatu yang berwarna merah. Tapi HIJAU macam pelik dan tak sesuai dengan aku. Tapi aku pedulik hape. Pakai sudah. Ye dak? :P

Okeyh. Itu je nak merepek hari ni. Pasal aku beli tudung HIJAU dua helai. Itu je. :P

.................................................................................

: En BuahHati, saya nak novel la. Beli saya satu novel boleh? :P

Thursday, July 5, 2012

Maceh Mokmok. :P

Tengah duk online sesuka hati baca novel, then ada call. En BuahHati. Rasa macam pelik pulak. Jarang dia call waktu macam tu. Lepas dapat call, tersengih sorang-sorang sebab BOIPREN menyanyi kot. 

Ha ha ha. Jemm. Otak aku duk mencerna apa yang dia duk nyanyi. Bahagianya. Hak hak hak. Rasa macam nak lempang diri sendiri. Macam mimpi pun ada. 

Rupanya pakcik ni pergi karok. Dengan  adik dia la tu. Menyanyi. Owh. Terharu den. Seminggu beriya tak nak, semalam nyanyi jugak. Happy.

Ha ha ha. Okeyh. Korang meluat kan dengan aku? Sekali sekala je pun aku buat entry gedik. :P

Hm. I love you la Mokmok. Macehhhhh.

Wednesday, July 4, 2012

Nyanyi je pon. :((

Hari ini entry pasal Boipren. Aku bagitau siap-siap. Yang takmau baca pasal boipren boipren ni buleh pangkah kat atas sana. Ataupun boleh pergi ke entry aku yang lain ye. Terima kasih. :))

...............................................................................................

Macam ni. Aku ni En BuahHati cakap suka merengek. Orang Kedah kata suka meghap. Mengada-ngada, gedik-gedik. Ha, macam tu la lebih kurang. Lepas tu baru-baru ni, tak baru sangat la, aku ni duk mintak la En BuahHati ni menyanyi kat aku. Rasa macam sweet la pulak kan, bila duk tengok Aqasya tu duk menyanyi dalam TV tu. So, teringin la jugak.

Duk meghap hari-hari, merengek hari-hari, tapi tak dapat apa pun. Gaya macam aku duk mintak 50k. Padahal duk mintak nyanyi je. Bukan selalu ye dak. Jawapan En BuahHati, nanti la. Kita pergi karaoke. Adoi. Tak mau boleh. Tak mau yang karaoke tu.

Tak suka. Nak yang tak ada lagu kat belakang. Nak suara je. Suara je. Kalau hebat sikit, main la guna gitar lepas tu menyanyi. Tak payah susah-susah nak bayar RM30. RM30 tu awak boleh belanja saya makan, tak pun boleh beli buah mempelam tiga kilo kat saya. 

Mintak nyanyi je pon. Dari orang yang sangat dekat dengan aku. Tapi, permintaan tu tak dilayan. Adeh. Tak tau la kenapa mengada sangat aku ni ha. Nak suruh dia menyanyi bagai. Rindu kot. :P

Dah En BuahHati cakap taknak nyanyi, tak pe lah. Takkan nak suruh lagi kan? Dah seminggu duk mintak, tak dapat pun. Redha je. Janji dah taknak mintak lagi. Tapi lepas tu En BuahHati cakap dia sedih pulak. Sebab, aku tak nak merengek agi dah.

Heh. Itu pulak yang dia suka. Suka aku duk mengada-ngada, merengek-rengek, menggedik-gedik macam tu kat dia. Tak faham la aku. Kalau laki lain dah tentu rimas dapat Gelpren macam aku ni. Kerja merengek je. Adoi. Comel pulak perangai. Tapi geram. Sebab apa yang aku mintak tak dapat. Hm. Biar je la. 

Frust, tapi biarkan je la. Mintak benda-benda la pulak. Boleh? Baju ke, kasut ke, handphone ke. Agak-agak dapat tak? Mintak sesuatu yang tak payah keluar duit tak dapat, sekarang nak mintak benda pulak. Biar kena keluar duit. Hah. Baru tau rasa. Kan?? Ha ha ha. 

Materialistik pulak. Kan? Ha ha ha. Okey la. Tak buat macam tu. Tak mintak apa-apa dah. :))

........................................................................................

: Tekanan pulak rasa. Ada yang willing nak menyanyi untuk aku tak? ha ha ha. 

Monday, July 2, 2012

Esok Audit, hari ni boleh update lagi ye. Ha ha ha.

Bangun tidur dengan terkejut bunyi telefon. Ingatkan siapa. Baru nak marah, tengok-tengok mak. Adeh. Mak ni macam taktau la anak mak bangun pukul berapa. Dengan keadaan henpon yang kadang okey kadang tidak tu, lagi la aku bengang ha. "Abang, nak henpon baru. Nak telefon mak hari-hari."

Ingatkan nak apa. Rupanya nak tanya pasal UPU. Adik la ni. Nak masuk universiti. Nak sambung study tapi tak tau langsung macam mana nak buat. Nak kata buta IT macam mustahil pulak. Tetiap hari duk main pesbuk, duk bukak macam-macam. Aih. Last-last mak aku jugak la yang duk fikirkan macam mana nak masukkan adik aku kat universiti. Kalau baru nak ambik diploma, aku boleh la maafkan kalau taktau. Ini tidak, IJAZAH kot. Die ni nak belajar ke nak main aku pun tak tau la.

Mak dah bersungguh-sungguh dah tu. Dengan adik pulak, bila pergi cari kerja semua mintak ijazah. Diploma tak laku. Sabar je la. Itu yang nak jugak dia ambik ijazah, tapi tu la nak cari peluang masuk tu yang susah. Dah terlepas peluang hari tu. :)). InsyaAllah ada la rezeki nanti tu ye dak. 

Situ je la pasal dia. Sekarang aku pulak. 

Lagi empat paper. Esok AUDIT. Okey. Gerun. Aku ni lemah betol la audit. Paper menghafal. Bila kerja tak ada pun teori-teori semua ni. Saja nak suruh amek exam. Buat sakit hati je la kot. Sabar je la. :))

Pagi-pagi dah membelek gambar kahwin Irma and Reza. Ya Allah. Sangat padan. Bertuah Reza, bertuah Irma. Suka sangat tengok. Harap bahagia la. Lepas tu, sempat jugak bukak pesbuk tengok kawan-kawan yang dah menikah semua. Bahagia muka masing-masing. Lengkaplah hidup masing-masing dengan adanya suami dan isteri. Yang ada anak lagi lengkap lah. Kan? Alhamdulillah. Semua bahagia. Semua aku suka. 

Aku pulak. Bila ditanya soal kahwin, diam. Diam, dan terus diam. Nak buat apa lagi kan. Sabar je la. Mak dengan ayah tanya jugak. 

Serius ke dengan kawan tu.
Betul ke nak kat dia tu.
Confirm dah ke ni.
Dah tu bila nak meminangnya.

Aih. Semak kepala. Sabar ye mak ayah ye. Tak habis lagi exam ni. Laki tu pun baru je nak belajar hidup. Tak puas lagi dia nak membujang. Sya ni pun tak sedia lagi kot nak kahwin. Seram. 

Dulu, beria nak kahwin. Tapi bila dah pergi kursus kahwin baru ni, ha amek kau. Takmau kahwin pulak. Pening kepala En BuahHati bila aku cakap takmau kahwin. Dia boleh gelak lagi kat aku. Ha la. Susah tau. Banyak tanggungjawab. Macam-macam nak kena buat. Aih. Tunggu je la. 

:)).

Dah. Nak pergi study dah. Papai.

......................................................................

: Saya sentiasa tunggu awak. :))