Followers

Friday, September 5, 2014

Rezeki ALLAH swt yang tentukan.

Assalamualaikum and morning.

Seperti tajuk, hari ni nak cakap pasal rezeki. 

Semua orang tahu, rezeki setiap manusia di atas muka bumi ni, Allah swt yang bagi. Bukan dari manusia, bukan dari binatang, bukan dari benda-benda. Manusia, cuma jadi perantara. Hakikatnya, semua dari Allah swt. 

Sebenarnya, aku sangat terasa dengan statement one of my husband's friend. Nak kata statement pun tak jugak, sebab itu lebih kepada suggestion dari dia. 

Aku nikah dah tiga bulan lebih. Tapi, aku tak ada tanda mengandung. Bila kawan-kawan tanya, kami akan jawab, belum ada lagi. Tapi, semalam, mungkin husband aku jawab soalan dia, belum ada isi lagi, jadi dia cakap, kalau dah dekat empat bulan nikah, belum ada apa-apa lagi, kena pergi berurut. Dulu, dia dan isteri pergi berurut untuk dapatkan zuriat, walaupun baru nikah tak sampai empat bulan. 

Aku diam. Rasa kecik hati sangat. Macam kata kami bermasalah. Tapi tak boleh nak marah, sebab kawan tu pun tak ada depan aku. Dia cuma cakap dengan suami aku saja. Seolah aku dah nikah empat tahun. If, aku dah menikah selama bertahun, masih tidak dikurniakan anak, aku akan senang hati terima cadangan yang macam tu. Cuma masalah sekarang, kami ni consider pengantin baru lagi. Empat bulan pun belum masuk lagi. Kasi la peluang sampai setahun, baru bagi cadangan. Cadangan jumpa doktor ke, jumpa bidan ke, atau apa-apa. In Shaa Allah, aku ikut semua. Usaha tangga kejayaan kan? Doa kemudian tawakkal. 

Mungkin rezeki aku untuk rasa nikmatnya mengandung, belum ada lagi. Siapa yang tak mahu rasa nikmat mengandungkan anak sendiri? Siapa yang tak mahu rasa jadi ibu? Siapa yang tak mahu jadi isteri sempurna yang boleh teruskan keturunan si suami? Siapa yang taknak jadi menantu yang boleh bagi cucu kat mertua? Siapa yang taknak jadi anak yang boleh bagi cucu kat mak ayah sendiri? 

Bukan nak berprasangka buruk dengan kawan yang bagi cadangan tu (tapi kalau macam ni, maksudnya aku dah tersangka buruk kan?). Aku faham niat baik dia yang nak membantu, cuma aku rasa kecik hati jugak sikit. Haih. Malam-malam, masa tengah nak tidur, dibagi cadangan yang macam gitu, terus rasa tak boleh tidur. Semalam, pukul tiga pagi, baru lah rasa mengantuk. Lelap pukul berapa, tak tahu pulak. 

Aku cakap dengan husband aku, kalau setahun, aku masih belum ada tanda apa-apa, kita jumpa doktor. Umur semakin naik. Risau jugak kalau ada masalah dalam badan. Mungkin perlu ikhtiarkan sesuatu. Tapi sekarang kami baru nikah tak sampai empat bulan, aku minta diberi tempoh sampai satu tahun. Bagi peluang la. Untuk rasa diri ni masih normal. 

Rezeki Allah swt, bila pun kita tak tahu kan? Contoh lagi. Kalau nasik yang dah ada dalam tangan kita pun, tinggal disuap dalam mulut je, kalau Allah dah tentukan itu bukan rezeki kita, tak dapat jugak kita makan nasik tu kan. Mungkin tumpah, atau apa-apa. 

Kadang kita tengok, orang ini cepatnya dapat anak, cepatnya jadi kaya, cepatnya pergi umrah/haji, kita rasa macam cemburu. Cemburu sebab kita rasa kita dah usaha lebih dari mereka, tapi kita tak dapat apa yang mereka dapat. Padahal sebenarnya, kita tak tahu pun apa amalan diorang, apa susah senang yang diorang dah lalu untuk capai semua tu. Lagipun, rezeki kan milik Allah swt. Kita tak tahu. Dulu, mungkin aku akan fikir negatif, tapi sejak aku dah mula belajar terima yang segalanya bukan milik kita, aku mula belajar fikir positif. Ada lah kebaikan yang dibuat diorang, sampai rezekinya melimpah ruah. Kita bukan tahu kan? Semua kerja Allah. 

Rezeki. 

Ada di mana-mana. 

Sabar, usaha, doa dan tawakkal. 

In Shaa Allah, ada. 

Ok bai. 



Thursday, August 28, 2014

Lelaki yang guna minyak guna-guna, perempuan sila hati-hati.

Assalamualaikum. Dan hai.

Ha. Tajuk kemain panjang. Sebenarnya tak tahu macam mana nak pendekkan. 

Baru ni aku balik kampung. Sebab pernah janji dengan suami, yang aku akan balik kampung setiap minggu. Walaupun mak abah mertua aku busy time tu, aku balik jugak. Cumanya dah nak balik baru sempat jumpa dua-dua. Padahal duduk serumah ni. Ha ha ha.

Sebelum aku balik Sg Petani balik, aku pergi rumah makngah aku dulu. Saja. Melawat. Kongsi berita, makan-makan buah. Tiba-tiba, makngah aku cakap,

"Sya, budak tu kena tangkap lagi. Dia pekena orang asing kat KL sana."

Aku diam. Tengok makngah aku. Pastu aku cakap aku tak tau pun. Makngah aku ingat aku tahu pasal benda tu. Dia pun dapat tahu dari anak dia. Dah 2 minggu dah dia tahu. Terus otak aku duk teringat apa yang dia pernah buat dekat aku. Memang celaka sangat.

Aku marah, geram, bengang, benci, semua ada. Walaupun aku terima benda tu sebagai salah satu ujian hidup aku, still aku rasa bengang yang amat sangat dekat dia. Bukan seorang, tapi dah berorang-orang dia kenakan. Celaka sangat perangai macam tu.

Untuk kes baru ni, dia kenakan warga asing, entah la warganegara mana. Dia cakap passport dorang tak boleh pakai. Passport tu kena buat baru and dia mintak RM 1000 untuk setelkan hal tu. Dengan kerja sebagai polis, kononnya dia dapat la nak kaburkan mata orang asing tu. Tapi, alhamdulillah, orang asing tu bijak sikit dari dia. Tangkap dia bawak pergi balai. Kebetulan pulak, adik ipar anak makngah aku ni kerja polis Bukit Aman, so dia khabarkan pada cousin aku.

Warga KL, hati-hati lah. Lelaki ni bijak memainkan perasaan perempuan. Tambah pulak perempuan bujang yang berduit. Mula-mula dia buat-buat dia tu sedih gila hidup. Untuk tarik simpati kau. Bila dah tarik simpati, mula buat ayat pasal family. Memang, apa yang dia cerita pasal family pasal diri dia tu betul. Tapi, dia akan tambah perencah sikit, bagi perempuan ni sedih, simpati and sampai tahap tak sanggup kalau tak tolong. Dalam masa yang sama, dia guna minyak setan, yakni minyak guna-guna tu. Sampai kau tak boleh nak cakap NO langsung. Aku kalau jumpa laki ni, memang aku jampi. Nak jampi aku sangatkan? Tunggu la balasan Allah swt bagi nanti. Lelaki ni sebenarnya polis. Tak tahu la masih berkhidmat ataupun tak. Tapi, dia suka buat masalah and ada masalah mental agaknya sampai sanggup tak pergi kerja semua. Siap belajar guna-gunakan orang dengan Siam mana tah. Muka, bolehlah tapi kalau tengok lama-lama rasa seram. Kulit tak cerah tak gelap. Sedang-sedang. Tinggi dalam 170. Badan berisi sikit. Suka bawak beg belakang. Suka pakai cap. Mata warna coklat. Mangkuk ni pukau pakai mata dia. Pernah dengar tak orang pesan jangan tengok sangat mata kalau bercakap dengan orang? 

Umum tahu kan, kalau Siam punya minyak guna-guna agak power jugak kan. So, belajar ilmu hitam untuk kenakan orang. Jahat nak mati. Bapak angkat pun asal dari Siam. Siapa-siapa yang jumpa budak ni, yang cakap dia ada bapak angkat Siam, duduk dekat bengkel bapak angkat dia, kena kutip sebab kena halau dengan family, sila hati-hati. Dia ni bukan ja duk pekena pompuan, dalam masa sama duk jual dadah. Dalam hati, dalam kepala nak duk ingat la segala surah atau ayat nak menentang jin and pelindung diri sendiri. Ah, kalau jumpa siapa pun, sila baca doa pendinding diri. Bukan nak kata semua orang jahat, cuma beringat, tak semua baik. 

Tapi, yang aku pelik, kenapa bila masuk lokap, dia akan dilepaskan semula? Sebab, dia polis ke macam mana? Bukti tak ada? Hm, beratus report atas nama dia, dan sangat famous di balai polis area KL tu. 

Sebabkan polis yang tak ambil tindakan apa langsung, setakat tangkap pastu esok lepas, aku jadi tak yakin dah dengan polis-polis ni. Agaknya nak kena jadi dekat anak-anak depa dulu kot, baru tau akai nak tangkap rimbuk budak tu. Hm. 

Tapi, tak apa. Kau lepas kat dunia, akhirat kau belum tentu lepas lagi. 

.

Alhamdulillah aku ni sihat walafiat tak kena sakit mental. Mak bapak aku, husband aku, sedara-sedara aku mujur kuat nak lawan setan ni.

Okbai. Bos tetiba sebut nama, terkejut kiterr. Ha ha ha

Wednesday, August 27, 2014

RHB call lagi. Hihi

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Waktu lunch macam ni biasanya ofis lengang, so aku amek kesempatan. Walaupun dorang ni tak segregate lagi kerja dekat aku, takkan aku nak toktektoktek menaip dak? Pelik pulak orang nanti. Lainlah kalau dapat laptop ha. Memang senyap tak bunyi apa la menaip laju-laju pun. Ha ha ha. Ok. Masuk cerita.

RHB call aku hari-hari, sampai satu tahap, aku dah tak boleh nak dengar suara perempuan pemanggil tu. Macam trauma, macam fobia. Duit, duit, duit. Aku tahu hutang aku. Dia ingat aku nak mati dalam hutang agaknya. Aku pun belajar agama. Aku tahu dosa tak bayar hutang tu macam mana. Sibuk menengking aku, aku balas balik. Nak sangat. Dah lama aku diam, ye kan aja walaupun aku tahu aku tak boleh bayar dalam masa terdekat. Asyik sibuk mintak duit, aku cakap dengan dia, 

" Bak sini duit awak, saya nak buat bayar hutang." 

Diam dia sekejap, beberapa saat je la. Sebelum sambung berleter, itu ini ini itu. 

Aku dah dapat surat amaran dari dorang, if aku tak bayar, ada la akan dapat 'imbuhan' dari court and macam-macam. Lepas tu bawah tu siap bagi no fon, if nak rujuk apa-apa atau tanya solution apa-apa. 

Yang menjadi masalahnya, dorang bukan bagi solution, tapi bagi tekanan. Tulis dalam surat, kemain baik lagi. Tapi kalau telefon dorang, ataupun jawab call dorang, dah macam loan sharks. By the way, debt collectors, please lah. Jangan rendahkan effort orang nak membayar awak even amount sangat sikit compared to apa yang dia hutang. Jangan tengking-tengking, buat orang makin tension. And call orang waktu pejabat. its not allowed kan? Aku baca debt collector's law. Aku memang sakit hati sangat. Aku dah cakap, bulan ni aku start bayar, still nak cakap macam-macam sampai aku letak phone macam tu je. Next time, kalau dia call lagi, aku nak accept pastu letak phone atas meja. Ko tengking la meja tu sampai esok. Sampai hilang suara. 

Tujuan duk kejan sangat ni bukan sebab apa. Sebab nak kan insentif. Komisyen ke apa tah. Entahlah. 

Bagi aku, boleh je diorang nak call, tak kisah pun tapi jangan seminit sekali. Lemas. Sehari 10 panggilan. Selagi tak bayar. Aku dah cakap aku akan bayar. Lantak lah. Janji lepas ni aku bayar macam biasa since aku pun dah ada kerja balik. Agaknya dorang suka kot kalau orang bank call 100 kali sehari? Hm.

Dan panggilan yang banyak-banyak tu memang buat aku rasa nak belasah orang. Biar lembik, biar lunyai, biar mati. Hidup menyusahkan orang. Bukan setakat aku, ramai lagi yang nak bunuh budak ni aku rasa.


HUTANG JANGAN DIBUAT. 

Bahaya sangat-sangat. Perempuan dari fitrahnya lembut lemah gemalai, boleh jadi macam harimau lapar, bila time mintak hutang. Ha ha ha. 

Okbai. 

Wednesday, August 20, 2014

Hari yang bosan di ofis.

Assalamualaikum. Selamat sejahtera sekalian alam. 
Ha ha ha. Gila mereng kejap. Mula entri dengan gelak. Tapi tak apa. Tak ramai yang membaca blog aku. :)

Blog ni pun dah jadi macam tempat aku meluahkan perasaan kalau aku rasa tak senang hati, tak sedap duduk, sedih ataupun happy. Macam diari maya. Apa-apa. Blog yang bukan jenis informatif atau membina fikiran orang lain sebab yang ni semua apa yang aku rasa je. 

Hari ini hari ke duabelas dah aku masuk kerja sini. Rasa macam dah sebulan. Sebabnya, bosan. Serius. Adanya aku kat sini macam saja-saja nak cukupkan kuota pekerja. Bagi nampak ramai, bagi nampak meriah. And I also don't know what is my job scope. Kata depa aku akaun eksekutif. Tapi kerja aku sampai hari ni cuma baca cerpen dan novel dalam penulisan2u tu je. Kadang-kadang main game dalam tablet. 

Dalam hati, mungkin depa ni tak bincang lagi kot skop kerja aku apa. Bos yang nak ajar aku pasal company ni pun, tak datang ofis. Sibuk ke sana sini. Salah time masuk kot. Kebetulan masa aku start kerja kat sini, masing-masing tengah sibuk dengan audit. So, redhalah, dan bercinta la dengan masa-masa senggang macam ni. Sebab nanti-nanti aku tahu tak akan ada peluang nak duduk santai-santai macam ni lagi. Kan?

Aku membayangkan bertimbun-timbun fail akan ada atas meja aku ni tak lama lagi. And aku takkan ada masa banyakkkk (nak menunjukkan masa yang betul betul banyak) macam ni sampai boleh update blog dan membaca online cepren dan novel lagi. 

Dalam ofis ni ada beberapa department, yang mana setiap department tu ada sorang dua ja kakitangan. Dan bahagian akaun ada tiga orang. Paling banyak setakat ni. Sebelum ni seorang, masuk aku dan Athirah, jadi tiga orang. Athirah, kerani akaun kat sini. Well, dia lagi lama dari aku. Dah tiga bulan kerja sini. Dan seorang senior account executive. Nama tak payah didedahkan. Ha ha ha. Very nice woman. Marah pun nampak comel lagi. Hi hi hi. Tapi jarang sangat la dia marah. Kalaupun marah masih dia selitkan senyuman and gelak ketawa dia tu. Apa orang cakap pun dia okay, and dengar je. 

.

Sabtu nanti, ada makan-makan sikit kat ofis ni. Setiap seorang kena bawak makanan. Ingat nak bawak kek je. Malas nak memasak-masak. He he. Tapi dibuatnya semua bawak kek dengan kuih, takkan nak makan itu aje? Hoh. Sengkak perut nanti. Kena balik bincang dengan tukang masak dulu ni. Hm.

Okbai. Nak melangut sambil tunggu jam 5 petang. Hoyeah. 
 

Tuesday, August 19, 2014

Hutang

Assalamualaikum.

RHB telefon banyak kali. Sejak lepas raya hari tu lagi. Surat pun dah bermacam kaler aku dapat. Hm. Aku nak buat macam mana. Aku tak ada cara. Pandai pulak RHB ni cari aku. Tak dapat nombor telefon aku, dorang dapat nombor suami aku. Bila entah aku letak suami sebagai penjamin. Entah. Tahu-tahu, aku dihubungi melalui nombor tu. 

Semua pasal hutang. Ah. Menyesal pun tak guna. Aku dah buat hutang dan aku dah guna duit-duit tu semua. Personal loan ni bahaya okay. Sumpah. Lepas ni tak akan ada satu jenis hutang aku buat lagi. Cukuplah yang mana ada. 

Hutang pertama aku dengan RHB. RM 3000. Tahun 2013. Masa ni terlalu taksub dengan satu produk sampai aku berhasrat untuk turut serta. Perlukan RM 2400 sebagai modal. Jalan mudah, loan. Tapi masa tu ada krisis rumah sewa. Terpaksa aku dulukan duit tu untuk rumah sewa. Aku kemudin berhutang dengan ofis tempat aku bekerja. RM 1000. Aku join produk ni, dan memang dapat hasilnya. Untuk bulan pertama, aku berjaya bayar hutang kepada ofis. Tapi, hutang yang berbaki lagi tu, aku bayar bulanan. Masa tu ada pekerjaan. So, tak aku kisah. 

Dalam masa yang sama aku buat asb loan. RM 30000 monthly RM 190. Tahun pertama aku bayar dengan jayanya. Tapi pengurusan kewangan aku lemah. Sepatutnya dividen tahunan yang aku dapat aku jadikan monthly installment, tapi tak. Aku guna. Sebenarnya aku terpaksa guna. Atas urusan tertentu. Bukan untuk aku pun. 

Tahun ini, aku tambah hutang. Dalam masa aku gila sekejap hari tu (aku tak pasti aku cerita di entri sebelum in atau tak), aku tambah personal loan sebanyak RM 22000. Satu jumlah yang sangat besar yang aku tak terfikir pun akan aku buat. Allahuakbar. Lepas sedar diri, baru rasa nak hantuk kepala kat dinding atas kerja bodoh yang aku buat. Asb loan juga ikut bertambah. Lagi RM 40000 monthly installment RM 250. Masa tu jadi apa dengan fikiran aku entahlah. Mungkin disebabkan aku di bawah pengaruh tak baik. jadi aku tak boleh nak berfikir. Padahal, kerap kali aku merungut pada teman serumah, gaji aku cuma cukup-cukup saja. Cukup-cukup untuk bayar hutang yang ada. Cukup-cukup untuk bayar sewa rumah. 

Semua itu dah habis digunakan. Bukan untuk aku. Tapi orang lain. Menyesal memang sangat menyesal. Tapi tak guna. 

Sekarang, pihak bank cari aku. Aku nak bayar pakai apa? Aku minta tangguh sehingga aku gaji, pun tak boleh. Alasannya dah 3 bulan tertunggak. Ye lah. Sejak dari kes hari tu, aku memang terus berhenti kerja. Salah aku. Apa nak kata lagi? Diam sambil cakap, saya cuba. Cumanya aku tak berjanji. Soalan dari pegawai perempuan tu. 

'Awak kan ada suami. Tak boleh ke mintak suami tolong bayarkan?'. 

Allah. Kalau lah dia tahu hidup kami macam mana. Mulut senang je bercakap, tanpa fikir. Ya. Kalau aku pun, aku akan tanya benda yang sama. Bukan salah dia. Tapi suami aku bukan juga dikalangan orang yang sentiasa ada duit. Lagi, aku malu nak minta dengan suami. Hutang aku suami bayarkan? Malunya. 

Tapi aku mengadu juga dengan suami. Suami cakap dia akan bayarkan. Terus rasa bersyukur sangat dapat suami yang macam ni. Terima kasih Allah bagi aku suami macam ni. Yang sanggup apa pun untuk si isteri. Tapi dalam hati aku, aku janji aku akan bayar balik. Sebab itu hutang aku, bukan hutang dia. 

Bahayanya berhutang. Aku dah tahu apa padahnya. Hm.