Followers

Wednesday, November 13, 2013

Biar.

Biar.

Biar mereka lihat kau ketawa.
Biar mereka lihat kau tersenyum.
Biar mereka lihat kau bahagia.
Biar mereka lihat kau bersuka ria.
Biar mereka lihat kau bergurau senda.
Biar mereka lihat kau sentiasa ceria.
Biar mereka lihat itu.

Biar mereka tak tahu di dalam kau bagaimana.
Biar mereka tak tahu hati kau berkata apa.
Teruskan hidup kau macam biasa.
Pamerkan diri kau macam tak ada apa.

Biar.

BIAR hanya aku TAHU susah kau bagaimana.
BIAR hanya aku TAHU di dalam kau bagaimana.

Biar hanya aku.

Thursday, November 7, 2013

Berita buruk. :(

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Selamat makan. :)

Dua hari lagi. But, aku masih ada di Kuala Lumpur nan indah ni. Memberi sepenuh-penuh kepercayaan pada family aku untuk uruskan segalanya yang patutnya aku yang uruskan. Haih. Nak buat macam mana. Terpaksa. Sebab aku tak punya masa. Aku tak punya ruang untuk buat semua benda. Yang mana aku boleh sediakan dari sini, dah siap-siap aku prepare. Yang di kampung sana, aku tak tahu. Setakat ni, mak ayah aku tak cakap apa-apa, so aku consider everything is okay. Semoga segala yang dirancang semua berjalan lancar. Moga-moga. 

.

Tapi sekarang aku tengah stress. Sebab muka aku, teruk sangat sekarang. OMG. Rasa nak jerit kuat-kuat. Hanya kerana teringin nak mandi pantai aku pergi PD. And, semua nya bermula dari situ. Muka sunburn. Tangan sunburn. Semua terbakar. Paling obvious sekali tentulah muka aku. Mengelupas, terbakar teruk, tinggal belang hitam sekeliling muka, tebal pulak tu. Dan, bos aku cakap aku nampak macam orang sakit. 

Teruk sangat ke? Teruk la tu kalau dah dilabel orang sakit sedangkan aku tak ada masalah pun. Cuba make up kan untuk nampak okay. Tak boleh juga. Aku dah habis ikhtiar. Majlis tinggal dua hari. Orang kata guna aloevera. Woi. Mana aku nak cari dekat KL ni. Kat apartment tu tak ada pun aku tengok orang tanam aloevera. 

So, aku buat satu decision semalam. Disebabkan muka aku akan jadi kelabu bila make up,  jadi aku akan make up very simple. Macam pergi ofis je. Ha ha ha. Pakai bedak and foundation untuk hilangkan semua kesan parut jerawat dan tempek bedak baby kat muka. Pastu, kat bahagian mata tu just letak eyeliner tebal sikit pastu maskara bagi bulu mata lentik sikit. Kemudian tempek lipstik, lip gloss. Dan tudung, akan dililit ikut belang-belang hitam kat muka tu. Muka mengelupas? Ha, sebelum makeup letak ais dulu, lepas tu, toner. Pastu tempek je lah segala mak nenek aku cakap tadi. 

Agak-agak okay tak?

Tunggu la dua hari lagi. Masa tu nanti aku update. Okay ke tidak. Di masa-masa aku ada majlis lah, semua ni nak jadi. Geram. Grrrr. 

Ada lagi satu berita tak baik. Kereta aku. 

Ini sumpah nak menangis rasa. Bercalar and kemik kat bahagian depan sebelah kiri pintu kereta. Haih. Duit lagi. Jadi kat tempat parking. Tak tahu siap gesel kereta aku. Tengok-tengok je dah calar. Sabar sungguh aku dapat berita yang macam ni. Dalam hati, menangis. Sungguh, aku diuji satu demi satu. Ya Allah. Mula-mula terfikir, ini balasan dosa aku ke? Tapi, kemudian aku macam tersedar, Tuhan itu memang akan menguji setiap hamba-hamba Nya. Tak apalah. Kereta tu masih boleh pakai. Dan mujur jadi di tempat parking. Kalau jadi kat tengah jalan raya, harus terbabas. Kan? Jadi, lap air mata, keluarkan duit, hantar pergi bengkel. Sekarang kereta tu ada di kampung. Dan lepas ni, aku taknak bawak kereta tu ke KL lagi. Biarlah. Biar duduk di kampung. Mak guna. 

p/s: Ada denganku. Sudah cukup buat aku bahagia. 


Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014

Banyak komen negatif dan positif. Aku belum sempat nak kaji lagi. Ha ha ha. Lots of economist tengah membincangkan perkara ni dalam laman sosial terfemes tu.

TERUK sangat ke?

Hm. Akan dikaji nanti. Sekarang kurang masa. TV pun tak tengok. Sibuk kerja. Yang aku dengar, GST GST GST je. Goods and service tax kan?

Okay lah. Nak buat hal sendiri dulu. Nanti nak belek hal negara pulak.

Daaaa. Bye.

Tuesday, October 22, 2013

High heels @ Kasut tumit tinggi

Gambar hiasan ehsan google-image

Perempuan dengan 'high-heels' macam adik beradik. For most of girls lah. Bukan semua okay? 

Dalam beberapa hari ni, setiap kali naik lift kat rumah tu, ada je yang pakai 'high-heels' feeling good-good gitu. Dan mata aku ni tak lepa memandang setiap yang berkasut tumit tinggi. Entah lah. Mungkin kerana aku suka. Yep. Aku suka tengok orang pakai 'high-heels'. Nampak berkarisma ha. 

Lagipun, aku pun suka dengan kasut tumi-tumit sampai 4 inci ni ha. (Yang pernah aku pakai almost 4-inch). Owh. Actually, do you think wearing high-heels is good for you girls? Dari pembacaan-pembacaan aku, dari hasil google-google, aku simpulkan tak berapa elok pakai 'high-heels'. Umum tahu, ia akan memberi kesan tak baik dekat tapak kaki, dan juga bahagian badan yang lain. TAPI, BUKAN ini yang aku nak cakap hari ni.

Sesetengah event/function (betul ke ejaan?) memerlukan kita (ladies) pakai kasut tumit tinggi tak kisahlah berapa inci pun tapi paling kurang 2 inci kan? Sebab masa majlis konvokesyen aku, aku kena pakai 2 inci punya tumit. Aku sendiri pun ada koleksi kasut tumit tinggi, dan tak pakai pun. Buat hiasan atas rak kasut, dan last sekali mak aku humban masuk dalam kotak je. Siap cakap lagi, 'Nak lagi tak kasut tu? Kalau taknak, nak buang.' Ewah. Sesedap hati mak je tau. Kesian I nih mak. Mak jual lagi bagus dari buang tau. Ha ha ha. 

Ehsan google-image. Menarik kan?

Okay. Sebenarnya, aku cuma nak cakap je, cara orang-orang yang aku nampak beberapa hari ni pakai 'high-heels' tak betul. Cara jalan tu ha. Ya Allah. Macam seksa sangat tengok diorang berjalan. Aku tahu memang seksa pun. Kesian aku tengok. Maybe diorang pakai sebabnak attend meeting or jumpa client ke, tak tahu lah. Tapi, serius sangat terseksa tengok. Tumit kasut kecik satu hal, kasut tinggi sampai 4 inci satu hal, cara jalan satu hal.

Cadangan aku, yang pertama, apa kata kalau pakai kasut flat je, lepas tu dah sampai tempat nak tuju tu, sarung la kasut tumit tinggi yang cantik tu. Ha. So, dalam masa nak pergi tu tak adalah macam seksa sangat. Yang kedua, kalau nak jugak pakai 'high-heels', practise dulu kat rumah, jalan lah kat mana rasa okay. Bukan sekali, bukan dua, tapi lebih. So, tak akan rasa canggung. Yang ketiga, masa beli tu, sila make sure kasut tumit tinggi tu sesuai dengan bentuk kaki kita, jadi, akan rasa selesa bila memerlukan berjalan jarak jauh dengan kasut tu. Yang keempat, masa berjalan tu, lenggokan pinggul tu kena lebih sikit. Baru stabil. Keras kematu je memang nampak macam orang bongkok berjalan. Yang kelima, sila jangan jalan di atas jalan yang berlubang. Ha ha ha. Lekat heels kau ha. 

Ha ha ha. Its more like peringatan to me. For others, tak tahu lah. Terasa nak tegur, tapi kang tak pasal kena lempang 5 das. Mahu pengsan aku kat situ. 

Mak aku, salah seorang penggemar kasut tumit tinggi. Hoho. Bermacam jenis kasut, jenama kasut, ada kat rumah. Dan she is really really good in wearing high heels. Tak canggung, tak bongkok, tak pelik langsung. Sangat cantik. Bila berjalan tak pelik. Cantik tersusun je. Even berlari pun still okay. Dan mak aku seorang yang pandai pilih kasut. Kasut yang dia beli semua cantik, kena dengan kaki. 

Aku pulak, tak berapa reti. Aku pun macam perempuan-perempuan kat atas ni jugak. Pakai ikut suka, jalan ikut suka, dah macam nenek kebayan. Berangan konon lawa, padahal bila orang tengok, buruk ya amat. So, sedar diri dan kurang dah pakai kasut cenggitu. La ni, kasut tumit I banyak dah takdak. Kena buang. Ha ha ha. 

Borak kosong di tengahari. Jom keluar LUNCH. Bos pandang pelik sebab dari tadi toktektoktek tak berhenti. Okay. Bye.
 

Sunday, October 20, 2013

Jodoh

Jodoh ditentukan untuk kita sejak kita berumur 4 bulan di dalam rahim ibu. Ini yang aku dengat dari Ustaz. Jadi, memang ada la jodoh setiap makhluk yang bernama manusia kat Bumi ni. Ada orang kata, jodoh kena cari juga walaupun sebenarnya dah ditentukan. Ada orang kata, nanti jodoh itu datang sendiri. Ada juga yang kata, jodoh pilihan ibu bapa yang terbaik. Ada yang kata, pilih sendiri untuk lebih kenal hati budi.

Aahh. Macam-macam. Kalau sebut jodoh, macam-macam yang akan kita dengar. Serabut.

Dan, aku juga tak lari dari memikirkan soal jodoh setiap kali aku dengar orang sembang-sembang pasal jodoh. Setiap kali topik ni dibicarakan, setiap kali itu aku berfikir.

Siapa jodoh aku? Di mana jodoh aku? Kerja apa dia? Jadi apa dia? Rupa macam mana, hitam ke putih ke? Tinggi ke rendah?

Orang kata, jangan tanya soal jodoh. Jodoh bukan urusan kita. Tu urusan Tuhan. Oh. Baiklah. Aku diam. Aku tak bertanya. Orang lain pula yang bertanya soal jodoh aku. Ah. Aku ambil langkah mudah. Diam. Buat tak tahu. Paling paling senang jawab je entah. Apa mereka kata, lantakkan saja. Setiap usai solat, pasti, aku tak lupa berdoa dipertemukan jodoh, berharap jodoh itu terbaik untuk diri. Aku lupa. Semua dah ditentukan Tuhan. Tahulah Tuhan apa yang terbaik untuk hambaNya, kan? Kalau dapat yang baik, alhamdulillah. Dapat yang kurang baik, ujian lah tu. Kan?

Kadang, stress juga. Ye lah. Asyik ditanya. Serabut. Mana nak fikir jodoh, mana nak fikir kerja, mana nak fikir masalah. Ha ha ha.

.

Aku. Jodoh aku. Mungkin dah sampai. Sebab aku sekarang tengah dalam fasa-fasa pinang-meminang. Dalam fasa-fasa berdebar menunggu. Belum kahwin lagi ni dah berdebar. Gedik sikit. Ha ha. Aku cuma mengharapkan yang terbaik. Keluarga pula, main tarik tali. Haih. Buat aku fikir banyak-banyak kali. Betul ke apa aku buat? Betul ke apa keputusan aku? Betul ke? Betul ke tak? Ha. Jerawat timbul toing-toing merata muka. Punca, stress. Hihi.

Ah. Malas nak fikir panjang. Kalau itu benar jodoh aku, Tuhan tetap akan satukan kami. Kalau bukan, bukan la. Ye dop?

Okie. End sini. Saja ja nak borak kosong petang macam ni.