Followers

Monday, May 26, 2014

Aku dah kahwin!!!

Assalamualaikum.

Hoyeah. Lompat tinggi-tinggi sebab dah berjaya kahwin. Ha ha ha. My dream come true. Nak kahwin tahun ni, tercapai jugak. Dan nak ada baby dalm tummy this year harap tercapai. In Shaa Allah, jika diberi peluang dan keizinan Allah s.w.t. Amin.

Okay. Tup tup aku kahwin. Untuk sampai ke sini panjang cerita. Banyak yang aku kena hadapi. Dugaan masa bertunang yang cukup hebat, yang sangat mendera hati dan perasaan kami, suami isteri. Masa tu tunangan lagi la. Yang salah itu aku. Terhanyut seketika, sampai ada yang ambil kesempatan. Berkali aku dengar orang kata--KL tu bahaya, hati-hati. Tapi, dalam aku berhati-hati tu lah, dugaan demi dugaan timbul. Dari soal kerja sampai soal perhubungan.

Dugaan kepada aku, dugaan kepada tunang aku, dugaan kepada keluarga aku. Alhamdulillah, aku punya keluarga yang sangat mengambil berat, yang sedar setiap sesuatu yang jadi pada aku, yang sedar lain nya diri aku waktu itu. Alhamdulillah, sebelum aku hanyut dan hilang dalam dunia lain, ada yang tarik aku balik ke dunia aku yang sebenar. Tunang aku, sekarang dah jadi suami, sangat sabar. Ikut rentak aku walaubagaimanapun aku waktu tu.

Its black magic. Ada yang cuba menggunakan aku. Melalui syaitan. Allah. Allah. Allah. Hati berbolak balik. Tidur rasa tak tenang. Solat tunggang langgang. Yang pastinya, hati. Hati paling rasa tak aman. Paling rasa ada yang tak kena. Aku bercerita bukan untuk meminta simpati. Tidak. Tapi untuk peringatan. Peringatan pada gadis di luar sana. Berhati-hati dalam berkawan. Tak kira siapa. Tolong lah cari pendinding diri. Pendinding ni bukan ambil sebarangan. Guna ayat-ayat Al-Quran. Tanyalah ustaz ustazah, In Shaa Allah, depa akan bagitau. Its black magic. Orang yang amalkan ni, depa lupa ilmu Allah lagi tinggi, depa lupa kuasa Allah lagi besar.

Dan Alhamdulillah, aku di sini sihat. Dengan izinNya. Sampai kahwin dengan lelaki yang aku pilih untuk menjadi imamku dunia akhirat.

To my bestfriend, if you read this, Im sorry, I didnt invite you to my wedding. Sebabnya I tak tahu condition you macam mana. Last I tahu, ada something wrong with you. Which I cant even contact you. Im sorry for that. Being me at that time, I have to be very careful. I have to choose, whether myself or you, and I choose myself. I have to.

Okay. Ini gambar belanja. Nikah tuari. Haha. Saya sayang suami saya. Saya cinta suami saya selagi dia mencintai Allah s.w.t.

Tuesday, March 11, 2014

Ku relakan jiwa- Hazama

Sekarang, lagu ni bermain-main dalam kepala aku. Sebelum ni, tak pernah aku suka lagu ni. Tapi, sekarang lagu ni seolah-olah lagu yang menggambarkan perasaan aku.

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Setiap bait-bait lirik menceritakan tentang aku sekarang ni. Hati dalam taman. Saja aku letak lirik lagu ni. Untuk melambangkan perasaan aku selain dari perasaan kacau yang ada sekarang. Yang sedang berbunga untuk lelaki lain. Damn. Teruknya aku.

Aku jadi penipu paling besar. Menipu diri sendiri dan orang lain jugak. Selama ni, tak pernah aku rasa gelisah, bersalah, macam ni. Tidur aku memang tak lena. Makan memang tak kenyang. Sebabnya aku tak makan. Jantung aku pantas berdegup. Perasaan aku kacau bilau. 

Takdir. Yang membawa aku ke sini. Yang membuka hati aku kepada orang lain. Yang buat aku rasa aku tersalah langkah. Ini dugaan untuk aku ke? Ini aku klasifikasikan sebagai ujian pertunangan yang paling hebat untuk aku redah. Aku terpaksa berperang dengan diri aku sendiri. Aku terpaksa berfikir sendiri. Hati aku kacau. Aku nak juga tanya pendapat orang lain, tapi mustahil aku akan dapat jawapan kepada segala persoalan tu. 

Boleh dikatakan aku hampir gila. Menangis aku dalam hati, aku je yang tahu. Berat sungguh apa yang aku lalui sekarang. Aku kena memilih antara dua. Hati aku tak boleh jadi pengadil. Sebab nanti berat sebelah. Akal aku pun tak boleh jadi pengadil. Sama akan berat sebelah jugak. Hoh. Aku harap aku dapat selesaikan masalah dalam jiwa aku ni. Kacau.

Cara terbaik-- Istikharah.

In Shaa Allah. Akan aku buat. Apa pun jawapan, aku tahu itu pasti yang terbaik untuk aku. Itu adalah perancangan dari-NYA. Mudah-mudahan.

Monday, February 17, 2014

Keracunan makanan- Cirit birit

Assalamualaikum dan hai. 


Malam tadi, mimpi best gila. Mimpi orang kahwin, mimpi kenduri kendara. Tapi tetiba perut memulas. Damn. Rosak mimpi aku. Bangun terus masuk jamban. Membuang. Dua hari perut aku meragam. Salah diri sendiri. Makan ikut suka jadi la macam tu. Tapi ini pertama kali aku cirit birit macam ni. Sebelum ni cirit birit jugak tapi kali ini lain sikit. Aih. Ada ke cerita pasal tahi kat sini. Aku duk pikir-pikir jugak apa yang aku makan. Aku rasa sebab steambot dan jagung cawan tu. Petang sabtu, aku makan jagung. Tapi pagi-pagi Sabtu tu aku bedal dua biji buah epal. Mungkin ini salah satu penyumbang proses penghadaman aku menjadi 'terlalu lancar'. Malam Sabtu, steambot di Flamingo, Setapak. Alahan aku pada ketam, udang dan sotong aku buat tak tahu je. Bedal semua makan. 

Dan hari Ahad, perut aku sakit sangat. Tak memulas. Tapi sakit. Pastu macam keras je bila tekan-tekan kat perut. Ha ha ha. Bongok kan cerita pasal tahi kat sini. Dan start semalam jugak, aku ulang masuk tandas membuang sisa-sisa kumbahan. Padahal nak kata aku sembelit, tak de pun. hari-hari aku membuang. Bila cirit je, tetiba macam tak berhenti. 

Dan sekarang, LAPAR.

Pasal mimpi tu. Dah dua hari berturut-turut mimpi orang kahwin and nak kahwin. Ha ha ha. Sorang is my close friend and sorang lagi is my cousin. Wah gitu. 

Ke SEBENARNYA aku yang tak sabar nak kahwin sampai terbawak dalam mimpi. Siap tema warna putih, macam wedding Arianna Rose tu. Ha ha ha. 


Okay. Bye. Curi masa office. Kang petang ganti balik. Huwwa. Ada macam tu? 

 

Tuesday, February 11, 2014

Salah guru ke salah budak?

Assalamualaikum dan hai!

Berita pasal bapak repot polis sebab anak kena tekanan emosi bila kena marah dengan cikgu sebab tak buat kerja sekolah.

Ini salah guru ke salah ibu bapa? Setakat halau balik rumah tu, benda biasa. Setakat kena marah tu, dah lali di telinga. Budak sekarang terlalu manja ke macammana?Sengih sorang-sorang aku baca berita ni. Lawak dan kesian. Lawak sebab benda kecik camni sampai ke polis. Kesian kat budak tu. Dapat malu tak buat kerja sekolah heboh satu Malaysia.

Dulu-dulu ni, mak bapak lagi suka anak dipiat, dipulas telinga dan perut bila anak nakal, bila anak tak buat kerja sekolah, bila anak malas. Siap tolong bagi rotan kat cikgu sambil cakap 'Nah, cikgu boleh rotan anak saya kalau dia buat silap. Cuma jangan sampai patah riuk sudah'. Ha. Betapa terbukanya mak bapak time tu. Termasuk la mak ayah aku. Balik sekolah mengadu cikgu marah, sah sah lepas tu aku kena rotan. Mak kata cikgu marah bersebab. Mesti ada yang tak betul sebab tu cikgu marah. Sebab tu la aku tak pernah mengadu cikgu marah aku. Nanti sudahnya aku yang kena balik.

Cara didikan berbeza mungkin. Aku kena macamni, orang lain kena macam lain. Tapi jarang la budak yang dulu-dulu mengadu domba macamni. Walaupun berbeza cara didikan mak ayah. Cikgu sekarang hanya diberi tugas untuk mengajar bukan mendidik. Kesian pada cikgu-cikgu sekarang. Nak mendidik jadi lebih baik, tapi terhalang lantaran sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan. Tapi mak bapak pun kena la siasat dulu benda apa yang terjadi sebenarnya. Bukan hentam kromo je buat repot atau ambil apa-apa tindakan melulu. Kadang-kadang anak ni, depan mak ayah pijak semut tak mati, belakang lain pulak. Adei. Susah jugak ada anak ye? 

Huwawa. Okay. Dah takut nak kahwin.

* This is just my point of view. Tak ada kena mengena dengan apa-apa. Terpulang pada individu. Apa-apa pun, jadi lah guru yang baik dan penyayang, ye? Dan berwibawa.





Saturday, February 8, 2014

Oh My English

Assalamualaikum and hai.

Oh My English. 

DI office ni, aku kena cakap bahasa inggeris. Penuh. Tersekat tersangkut cuma akan buat orang salah faham dengan kau kalau kat sini. Tapi aku hentam kromo je. Aku campur kan hampir semua dengan Bahasa Melayu. Sebab aku tak reti nak cakap English. Aku faham dan boleh menulis dengan baik. Kalau tak, tak ada la score A. Cuma yang jadi masalahnya, bila bercakap, dah macam bunyi Bangla cakap Melayu. 

Jadi, aku ambil keputusan untuk belajar English. Tak payah pergi kelas pun. Cuma parktiskan apa yang kau dengar hari-hari dari manager. Dan bercakap. Manager aku yang lama tu, dia ni Bahasa Melayu kaput gila. Padahal duduk Malaysia 2 tahun lebih. Benda ni jadi memudahkan aku untuk belajar sebab ada dia. Untuk cakap apa pun, I need to speak in English, or else he wouldn't understand me. Dari situ la aku belajar memperbaiki bahasa inggeris aku ni ha. Memang besar la jasa dia pada aku.

Sekarang ni, aku rasa aku improve. Tak berbelit lidah aku. Boleh cakap dengan manager baru, CEO dan jugak customer, dan jugak staff-staff kat sini. Nak maki dorang pun aku pandai dah sekarang. Ha ha ha. 

Okay. Tak lah sampai memaki hamun. :P

-----------------

Aku ni macam tengah cerita semua benda yang tak sempat aku nak cerita sebelum ni. Hari ni  3 entry aku bagi. Ha. Amek. 

Okay. Bye.