Followers

Friday, September 11, 2015

I am a mother ?????

Assalamualaikum.

Hampir setahun aku diam dari blog aku ni. Kesian dia kan. Bersawang-sawang tak bersapu.

Okay. First of all, Alhamdulillah. Aku dah dapat title 'MOMMY'. Macam tak percaya. Tapi kena percaya jugak sebab memang bangun tidur hari-hari menghadap budak kecik ni ha.

Mengandung hujung tahun lepas seperti yang ditarget. Dari bulan 12, 2014 sampai bulan 8, 2015. Due supposed to be on 29 August 2015, tapi disebabkan ada beberapa masalah, keluar awal anak aku ni. Apa pun alhamdulillah keluar dengan sihat sejahtera.

Perasaan? Seronok, sedih, semua ada. Bercampur-campur. Seronok dapat anak. Sedih sebab tak merasa bersalin normal. Tak merasa sakit sebelum bersalin. Sakit lepas bersalin je rasa. Okay. Bab ni simpan dulu. Next entry.

Entry ni just nak inform yang aku dah jadi mak orang. Mak budak. Mak baby. Tapi kan, masih husband aku kata aku budak-budak. Padahal dah beranak anak dia ni. Hahaha.

Iloveyou husband !!!

Dan birthday tahun ni, hadiah untuk aku, anak aku la kot. Hadiah keluar dari perur sendiri. Kuikuikui.

Agak-agak husband aku ingat tidak birthday aku ni? Ahahaha. Okay la. Nak kena tidur sebelum suara nyaring berbunyi kejap lagi. Kalau dah bunyi, nak diamnya lambat sikit. Maklumlah, baru jadi mak. Mana reti diamkan anak. Huu.

Goodnight !!!

Tuesday, December 16, 2014

Company Gila. Ha ha. Bukan rezeki aku di sini.

Last week. 

Aku dipanggil menghadap Head of Accounts. Ikut sama menghadap Senior Acc Exec and HR Manager. Aku ingat nak panggil untuk confirmkan aku kat sini. Tapi tak. Lain pulak yang jadi. 

Aku diminta untuk berhenti dari sini. Dalam bahasa kasar, kena buang kerja. 

Alasan 1. 

Untuk cut cost.

Alasan 2.

Kerja tak banyak.

Alasan 3. 

Company tak stabil sangat.

Aku diam. Tak kata apa. Bila ditanya aku ok ke tak, aku jawab aku ok saja. Hanya sepatah tu aku jawab. Tapi, depa tak tau, dalam hati aku menyumpah seranah. Ha ha ha. 

Alasan 1. Memang tak masuk akal. Yang diminta berhenti aku sorang saja. Yang diminta lepaskan jawatan aku sorang saja. Yang mana gaji aku tak sampai 2000 pun. 

Aku geram sebab, kalau nak cut cost, bukan aku yang patut dibuang. Head Acc punya allowances yang patut dipotong. Bil-bil dia semua company bayar. Line handphone, company bayar. Sewa rumah company bayar. Gaji dia 20K lagi. Dan dia masuk lagi lambat dari aku. Hanya sebab dia kawan bos, dia boleh masuk sini. 

Alasan 2. Tak banyak? Aku tengok senior acc tunggang terbalik buat kerja. Punya la banyak benda dia duk buat. Setiap hari mesti balik lambat. Sebab buat kerja. Apa salahnya segregate benda tu. Ajar aku benda yang aku tak paham. Ajar aku buat. Aku bukan bodoh sangat sampai tak boleh nak pick up apa yang depa ajar. Aku lulusan ijazah. Bukan nya SPM. Budak tak lulus SPM korang bagi naik jadi purchasing manager. PA boss lagi. Company ni gila ka apa? 

Alasan 3. Tak stabil tu aku tahu lama dah. Tak stabil sebab ada manusia-manusia yang tak masuk akal macam depa ni la. Dulu masa aku mai interview, boss dah cakap, company tak berapa stabil. Tapi, akan stabil. Sekarang tengah cuba untuk buat semua jadi sistematik. And sekarang bagi alasan, company tak stabil. Aku harap company ni terus lingkup. Biar tak stabil terus sampai bila-bila. 

Habis alasan. 

Gaji pekerja, tak pernah naik. 10 tahun dah, sama je. Kesian. Tambah-tambah budak dalam kilang. Kesian. Sebab susah nak dapat kerja lain, terpaksa kerja kat sini. Gaji 700 naik jadi 900. Sama dengan budak yang baru masuk, 900 jugak. 

Hoh. 

Mungkin bukan rezeki aku kat sini. Walaupun aku geram, dalam masa yang sama, aku lega. Aku lepas dari kilang yang bagi aku memang cekik tenaga orang, gaji bagi ciput. 

Okbai. 


Thursday, December 4, 2014

Gajiii. Ohhh. Gajiii...

Lambat sikit bulan ni. Hari ni dah December 4, masih belum ada gaji lagi. Normal kalau 1st week of month baru dapat gaji. Tapi tak normal kalau 2nd week of month baru dapat gaji. Dalam law of labour pun paling lambat should be on 7th. 

Kesian kan aku? Sabar je la. Nak marah pun bukan dapat duit pun. Nak taknak kena tunggu next week jugak. Tapi tak tahu la by next week tu on what day akan dapat gaji. Hopefully cepat. Kalau tak, dua minggu makan maggi lah kat ofis. Duit cukup untuk minyak kereta je. Hikhikhik. 

Okbai.

Cuti-cuti Malaysia - Eagle Ranch & Pedas Wet Waterworld

Sambungan entry sebelum. 

Selepas habis wedding, terus pakat gerak ramai-ramai pergi PD. Hohoho. Konon untuk bercuti la. Sambil berkenduri sambil makan angin. Alhamdulillah. Orang bawak kita, kita ikut aje la ye dok. Tapi yang pergi cuma family Paklang, Makteh, Pakcik, Paktam, Paknot. Yang lain tak pergi pun. Keluarga Pakngah sah-sah la tak pergi kan? Sibuk melayan orang datang kenduri. 

Dari Senawang ke PD, dalam satu jam dah sampai. Satu jam tu pun sebab jem teruk gila. Kereta bergerak perlahan. Ramai sangat-sangat kat Teluk Kemang tu. Tempat yang selalu orang berhenti mandi manda. PD kan. Musim cuti sekolah. Mesti busy gila. 

Beberapa hari sebelum pergi Seremban, FIL & MIL dah pesan. Nanti nak pergi PD. So, aku beringat-ingat la. Nak pergi sana, mesti aku pun nak terjun sama dalam laut kan? So, dah siap-siap baju nak mandi semua. Nasib baik la PD tu memang tempat yang terbuka, yang tak ada kawasan bertutup. Kalau ada aku nak tempah untuk aku dengan laki aku je. Pastu pakai bikini jalan-jalan tepi pantai. Ha ha. Ok. Mengarut. Kau ingat kau omputih????

So, masa dah sampai Teluk Kemang tu macam excited gila. Sebab aku ingat resort tu mesti around that je. Rupanya tak. Resort tu jauh lagi. Jauh sangat. Atas lagi dari kem tentera. Bila sampai, terus tanya, mana pantai? Tak ada pun. Lepas tu tengok bilik pulak. Mengecewakan. Sebab dalam gambar yang dia tunjuk lain. Bila tengok kat luar lain. Kecik je. Kalau ikutkan boleh je tidur situ. Tapi, yang tak bestnya bila tak ada apa-apa permainan langsung. Cuma ada kolam for kids mandi berenang-renang. 

But for me, I dont really care. Bukan aku nak mandi sangat pun. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, duduk dalam bilik tidur aje la. Badan kan penat. Tapi lain pulak for husband and his brother. Parents pun lain. Diorang rasa macam kena tipu. And after a few minutes of argument, pakat bawak balik beg masuk kereta. Bukan semua la. Ada yang stay. Yang blah cuma PIL aku, and kami laki bini, adik ipar aku, and Paknot's family. 

Bukan apa. Bila aku google balik. Tengok apa ada dekat situ, baru aku perasan. Eagle Ranch ni sesuai for adults. For kids pun boleh tapi bukan semua la untuk kids main. Macam sesiapa yang suka sukan lasak, boleh datang sini. Enjoy-enjoy. Hidup macam koboi. Corak dinding kat dalam bilik pun corak western. Omputih. Bilik mandi pun open kat bumbung. Kalau ada yang panjat pokok kelapa belakang tu. Dah boleh nampak orang mandi. Ha ha. 

Tapi, tak dinafikan. Setiap bilik cantik dengan gaya tersendiri. Not bad la. Ada go-kart. Ada macam-macam. Nak tengok boleh google http://www.eagleranch.com.my/

Actually kami cari resort atau homestay atau hotel atau chalet yang dekat dengan pantai. Tapi tak tersangka akan jadi macam tu. Last-last, terpaksa balik Senawang. Sewa homestay yang kami duduk a night before. Dengan harga yang lebih murah. Malam tu spend time dekat uptown sebelah Giant Senawang. Lepas tu, balik tidur. 

Esok pagi-pagi, pakat bangun mandi. Konon nak pergi Terminal 1 Seremban. Ada jualan murah la kononnya. Tapi tak jadi. Pakat pergi Pedas Wet Water World. Pukul 10 lebih dah terpacak kat sana. Mula-mula ada gaduh-gaduh sebab sorang nak ke sana, ke sini. Tapi akhirnya semua berkubang dalam pantai buatan tu je. Siap berkubang 3 jam. Sampai terbakar kulit. Muka berbelang, lengan berbelang.

Okay. Dah malas dah nak taip panjang-panjang. Sebab lepas tu semua balik. Ha ha ha ha ha.

Wedding - Senawang, Negeri Sembilan.

30 November lepas, aku off to Seremban. Dengan keluarga sebelah suami. Untuk kenduri sepupu dekat sana. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat juga pulang tanpa ada masalah. Kalau ada masalah, tak la aku boleh menulis kat sini kan?

Alhamdulillah juga majlis kat sana berjalan dengan sangat lancar. Tak ada banyak benda sangat nak update pasal majlis tu sebab aku bukan salah seorang yang menguruskan majlis. Tapi, majlis okay. Dibuat dekat dewan pusat Islam Paroi. Dewan cantik. Pelamin cantik. Pengantin cantik. Makanan okay. Semua serba serbi okay. Pengantin lelaki nama Badrul Hisyam. Perempuan nama Puteri Nur Faizah. Macam nama laki aku. Laki aku nama Kamarul Hisyam. Aku pulak Puteri Nur Lateesya. Eh. Tetibeeeerrr. Ha ha. Gurau. Nama aku Nur Lateesya sahaja ok. Jap. Nak belanja gambar sekeping dua. 





Pasangan pengantin dengan my MIL
 


 Family pengantin lelaki

 

Pakngah and Makngah (Parents pengantin lelaki)
 

Ini kami. VVIP seats hokeh. Haha.

Gambar ehsan dari suami. Hik hik.

Semoga kekal hingga ke syurga hendaknya. Selamat bercinta pada abang dan kakak berdua. :)


Wednesday, November 26, 2014

Bila nak dapat kerja lain ni?

Assalamualaikum. 

Jadi minggu lepas. 

Aku bengang tahap hati-rasa-nak-terajang-orang. Sampai tahap macam tu. 

Sampai hari ni, aku ingat lagi. Aku duduk diam-diam dekat meja aku, tak buat apa-apa, masih ada orang nak kacau. Aku paling bengang orang usik aku tanpa sebab. 

Memang. Memang betul aku main game. Tapi, aku main game sebab aku tak ada kerja. Aku nak hadap siapa kalau aku tak main game. Kerja pun tak bagi orang. Jenis tak percaya orang bos-bos kat sini. Habis tu ambik aku kerja buat apa? Saja-saja nak bayar gaji? Aku redha je la kalau memang itu niat depa. Depa macam nak kata aku tak boleh buat kerja. Korang ingat korang hebat sangat. 

Yang kata aku main game tu lagi lawak. Kau Microsoft Excel pun tak pandai guna, on pc sebab nak tengok cerita Korea, guna wifi ofis macam wifi nenek kau, aku tak bising pun. Siap pergi report kat bapak aku, kata aku main game waktu kerja. 

Entah, memang aku ada salah aku. Tapi yang aku geram, dia pergi cakap dengan bapak aku. Tak pasal-pasal aku kena ceramah pendek yang free of charge. Itu aku boleh tahan lagi. Tak tahan bila dia tengok aku macam aku ni banduan yang baru keluar penjara bulan lepas. Serius aku memang bengang gila. Aku ada alasan. Aku tak diberi kerja. Aku pun nak tengok sampai bila bos aku ni nak biar aku amek gaji tapi buat kerja sikit-sikit je. 

Yang kata aku main game tu PA bos besar. Aku main game guna tab yang laki aku beli. Guna PC ofis pun tidak. Guna wifi ofis, lagi la tidak. Password pun aku tak tahu. Dia cakap serupa dia duduk dengan aku 8 jam aku kat ofis ni. Padahal dia datang sekejap-sekejap. Kebetulan masa tu aku main game. Aku pun tak ada la mengadap game sepanjang 8 jam tu. 

Sebelum ni ada hati jugak aku nak senyum walaupun dia tengok aku macam aku banduan lari dari penjara. Tapi mula dari minggu lepas, pergi jahanam. Aku tak ada hati nak senyum dekat kau. Kau pun bukan murah senyuman sangat. So, aku rasa tak payah la aku bersedekah dengan kau lagi. Berlagak mengalahkan CEO. Tapi CEO tu berlagak jugak. Patut la PA pun sama naik berlagak. 

Huh. Lemas. 

Allahuakbar. Bila nak dapat kerja lain ni?

Kenduri orang lain tapi gambar aku.

Assalamualaikum. 

Selesai kenduri jiran dekat rumah mak mertua aku. Aku bukan kalut sangat pun dengan kenduri tu. Sebab aku balik kampung pun hari Sabtu. Malam. Sampai sana dah nak dekat pukul 11 malam. Mana nak menolong. Pergi tengok-tengok je, lepas tu balik rumah membuta. Letih tambah mengantuk. 

Ahad, kenduri sebelah rumah perempuan. Persalinan merah. Tapi bukan persalinan je merah, semua merah. Terkejut mata aku. Tak boleh nak cerna mana pengantin mana pelamin. Hikhikhik. But its okay, as long as the bride and groom suka, biar je lah. Pelamin pun buat sendiri, jimat kos. Semua pun boleh kata buat sendiri. Baju pengantin khabarnya ditempah. Simple saja. Sedap mata melihat. Selesai kenduri, aku balik Sungai Petani semula. 

Jadinya, kenduri jiran aku tu aku tak pergi sebab kenduri menyambut hari Isnin. Aku pos laki aku je balik. Ha ha ha. Lagipun dekat je kampung aku dengan Sungai Petani. Persalinan serba hijau untuk kenduri sebelah lelaki. Tak ada pelamin pun. Buat meja makan je. Simple but nice orang kata. Sedap-sedap mata tengok. 

Malangnya, aku tak ada gambaq depa. Tapi aku belanja gambaq aku nah? Ha ha ha. 

Padahal memang nak letak gambar kenduri sendiri kan? Gambar dari kamera. Tanpa edit.



Okbai. Hikhikhik

Friday, November 7, 2014

Cuba-cuba.

Assalamualaikum.

Pertama kali bawak kereta lepas accident seminggu yang lalu. Pheww. Berpeluh jugak walaupun di awal pagi. Mujur husband nak meneman. Kalau tidak, entah pukul berapa aku sampai. Bawak pulak kereta wira yang dah berapa lama aku tak bawak tu. Tadi dekat Shell pun terseret dekat pum tu. Tak sengaja. Tak perasan pulak terlalu dekat. Dah terseret sportrim wira tu. Mujur tak ada kecederaan serius. Kalau tak satu hal lagi aku nak kena menjawab dengan bapak aku. Hal hari tu baru setel ja. Entah bila nak dapat balik kereta Persona tu. Wira ni makan minyak. Jenuh la aku nak isi hari-hari nak datang kerja ni. Sabar tinggi betul. Kalau Persona tu, jimat sikit minyak kereta. RM10 sehari pergi balik. Kalau Wira, Rm15 pergi balik. Bulan ni expenses banyak sikit la nak dibanding dengan bulan-bulan lepas. 

Tadi, nervous jugak. Aku jadi terlalu berhati-hati. Tengok motor aku takut, tengok yang besar-besar lagi aku takut. Tadi pun aku pilih jalan selamat. Jalan yang jarang ada orang di hari Jumaat macam ni. Jalan Semeling. Kalau aku ikut Laguna Merbok, dah tentu-tentu banyak kereta, cuma tak sebanyak hari biasa la. 

Dan, aku sampai ofis dengan selamatnya. 

Bila sampai ofis pulak, senior pulak tak ada. Mungkin hari ni dia cuti, tapi tak cerita pun. Ah, tak kisahlah. Bukan aku yang menjaga kehadiran orang ke tak. Cumanya kerja mungkin sikit tergendala la.

Oh ya. Sebelum simpang masuk kilang, ada accident. Ketaq jugak tengok tadi. Van putih terbalik terus. Tayar kot atas. Ha. Menambah nervous untuk aku bawak kereta. Esok, mai ofis nak naik motor ja. Suruh laki anta naik motor. Senang sikit. Letih woi naik kereta. Letih minyak. 

Okbai. Nak buat kerja.

Tuesday, November 4, 2014

Peringatan Kecil

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, masih aku bernafas di bumi Allah swt ni. 

Beberapa hari lepas, aku accident. Kereta bertembung kereta. Dalam otak duk ingat mati dah. Allah hu akbar. Terkejutnya hanya Allah yang tahu. Aku terlanggar kereta wira aeroback dalam perjalanan balik dari ofis. Bukan sebab mengantuk. Bukan sebab aku bawak laju. 

Hari tu hujan lebat. Sampai satu traffic light, aku nampak dari merah bertukar hijau. Dari jauh aku dah nampak. So, aku drive macam biasa. Bila aku nampak lampu dah tukar hijau, aku bajet orang depan-depan aku dah jalan. Walaupun aku tak nampak kereta depan tu jalan sebab kereta depan aku lebih besar, and bawak laju macam pelesit. Tiba-tiba kereta yang laju tadi tu, mengelak sesuatu bila dia tiba-tiba masuk lane kiri cepat-cepat. Aku yang dibelakang, aku ingatkan kereta depan dah jalan dengan laju la disebabkan nampak kereta depan aku tu laju. Rupanya tak. Rupanya kereta laju macam pelesit tu elak kereta depan dia yang belum jalan lagi. Kereta tu pulak macam masuk ke lane kanan tapi tak sepenuhnya. (Aku di lane kanan tau). 

Dalam keadaan yang macam tu, aku gabra gila. Aku menjerit kuat-kuat. Dari jauh, sepanjang 2 meter aku rasa aku membrek dari kelajuan 70km/h. Aku tekan brek tapi malangnya brek macam tak makan. Dalam keadaan hujan yang dah sederhana lebat tu, kereta aku melongsor laju atas jalan terus BAMM!!!! Langgar belakang kereta tu. Mujur, kereta depan dia Axia, sempat jalan. Kalau tak berderet-deret la. 

Pergh. Pertama kali aku langgar kereta. Aku rasa macam nak tercabut nyawa. Menangis terketar-ketar aku keluar dari kereta. Sampai aku terlupa cara nak bukak pintu kereta. Pakcik tu pulak mujur macam tak marah. Cuma sengih gelak-gelak tengok aku menangis terketar-ketar. Nak call mak, kredit habis. Terpaksa pinjam handphone pakcik tadi. Ya Allah. Memang sungguh-sungguh mengajar aku supaya lebih hati-hati lain kali. 

Dalam kelam kabut, hantar whatsapp dekat suami. Cerita apa yang jadi. Laki aku memang kelam kabut gila. Dia pulak dalam perjalanan balik dari Ipoh. Malam tu pukul 12 malam dia sampai rumah aku. Dalam keadaan tak berehat langsung. Lesu muka, tapi wajah risau dia lebih kelihatan. Mak mertua pun sama risau. Tapi, alhamdulillah aku tak ada apa. Kereta saja masuk wad. 

Bagi aku, itu peringatan kecil untuk aku dari Allah. Mungkin aku terlupa akan Dia, yang buat Dia bagi aku ingatan kecil tu. 

Alhamdulillah. Lepas ni kena berusaha untuk tutup aurat sepenuhnya dan lain-lain lagi. In Shaa Allah.

Friday, October 17, 2014

Tiada motif 1

Assalamualaikum.

Sesungguhnya aku amat la bosan di kala ini.






Hohoho. Masa ni muka tanpa cela. Kalau pun ada cuma jerawat yang seketul dua saja, yang mana jerawat tu kecik sangat. Masa ni tengah guna Royal White Expert. Tapi sekarang muka tak macam ni dah. Lepas aku berhenti guna, aku tukar produk, terus muka naik cela. Tu la masalah aku. Dah elok-elok dah, gatai tukar produk. Jadi la muka macam sekarang ni. Jerawat naik bertompok. Huh. Next month kena beli balik Royal White Expert ni. Kalau tak, muka aku tak boleh lega langsung. Ha ha ha.

Gambar sekarang? Hm. Tak payah la. Segan. Ha ha ha.

Wednesday, October 8, 2014

Annabelle

Assalamualaikum, selamat pagi !!!

First of all, Selamat Hari Raya Aidiladha. He he he. Maaf la. Baru nak ucap. 

Bercuti selama empat hari, sungguh buat aku lemau nak masuk ke ofis. Perasaan malas memang melampau-lampau sekarang ni. Duk fikir tanggungjawab ja buat hati kuat pergi kerja. 

Okay. Sebenarnya duk rancang nak tengok wayang dah lama dah. Dah beberapa minggu. Cuma masa tak ada. Kadang-kadang bila ada masa, suami pulak tak ada. Hikhik. 

So, semalam dalam perjalanan dari kampung nak balik ke rumah kat Tikam Batu, suami ajak tengok wayang. Cerita Anak Jantan katanya. Aku setuju je lah memandangkan jam baru pukul 9 lebih. Kami pergi Village Mall. Masa naik escalator, aku perasan ada banner Anak Jantan. Tengok tarikh, 30 October 2014. Eh. Aku tengok suami, aku cakap, kita baru masuk bulan 10. Belum nak habis. Anak Jantan ni end of October nanti. Lepas tu, aku decide nak tengok Dracula Untold. Tapi sebenarnya niat di hati nak tengok Annabelle. Sekali Dracula Untold dah mula dah. Alamak. Terpaksa tengok Annabelle jugak. 

Wayang start pukul 9.30 malam, aku beli tiket 9.28 malam. Macam tak sempat. Aku ingat sini sama macam panggung kat KL sana. Masuk on time pun still movie tak main lagi. Tapi rupanya salah. Masuk je dalam 9.32 macam tu, wayang dah start. Hadei. Terlepas 1st scene. Tapi tak apa. Panjang lagi ceritanya. 

Well, Annabelle. Kisah seram mengenai anak patung yang berhantu yang mengganggu sebuah keluarga. 

Bagi aku, agak seram. Padahal aku memang penakut pun sebenarnya. Cerita ni seram jugak. Scene terkejut tu tak lah terkejut sangat, cuma banyak bermain dengan emosi. Tambah-tambah bila difokuskan kepada patung Annabelle tu. Macam menanti apa yang patung tu akan buat. Kedip mata ka, sengih ka, tapi semua tu tak dak pun. Nak kata dia berjalan kehulu kehilir pun tidak jugak. Cuma masa nak last-last tu ada jugak lah scene terbang-terbang bagai. Itu je lah. But still pengarah dia boleh hidupkan rasa takut tu. Padahal, aku memang penakut dari azali lagi.

Tapi, personally lah kan, kalau ada orang offer patung yang muka macam tu, tobat lahung aku tak beli. Tengok muka dia at the first place pun dah seram. Tak nampak mana comel nya patung tu. Dan ini salah satu sebab aku tak suka patung sejenis yang macam tu. Rasa macam dia hidup. Okay. Sebenarnya aku sorang ja yang fikir macam tu, ke ada yang fikir macam aku jugak?

Annabelle. Nak letak gambar kat sini. Tapi macam seram pulak. Nanti menghantui blog pulak, acano? Ha ha ha. Tengok tu. Mengarut tak habis-habis.

Okbai. Masa untuk fokus buat kerja yang tak ada.

Thursday, October 2, 2014

Minyak oohh Minyak

Assalamualaikum. Salam oktober 2014. Ha ha.

Seperti sedia maklum. Wall FB aku penuh isu minyak. Aku pun tak terkecuali. 

Entah. Kali ni aku rasa marah, geram, nak maki semua ada. Tapi, bila fikiran rasional aku dah balik, aku rasa tenang sikit. Sabar. Duk pujuk diri sendiri, dengan sabar. Sabar mana ada had, so sila sabar wahai hati. 

Tapi ada sikit rasa kecewa dan terkilan dengan pemimpin kita. 

Sungguh, aku sangat kecewa. Kesabaran paling penting sekarang. Nak atau taknak, semua terpaksa. 

Aku nak tahu harga pasaran minyak dunia berapa. 

Okbai. 

Saturday, September 27, 2014

Sabtu. Cuti kan best?

Assalamualaikum.

Sabtu. Half day. Duduk office ni mencangak je kerja nya. Kerja tunggu next month, baru dapat full report. So, before raya haji kena siapkan semua. 

Tapi kan, apa salahnya kalau Sabtu yang setiap minggu sangat indah ni dijadikan cuti je. Esok Ahad, tak sempat nak buat apa, dah Isnin balik. Sungguh bosan. Bila lah aku boleh buat company sendiri ni. Memang Sabtu Ahad aku bagi cuti. Hari lain datang kerja. Pukul 8.30 sampai 5.00. Standard lah. 

Yang ada anak boleh bawak. Dalam office buat satu bilik for kids, cari orang yang boleh jaga baby dari umur sehari sehingga lah 5 tahun. 6 tahun dah masuk sekolah kan? Tapi aku dulu umur 4 tahun dah pergi tadika. So, mothers, tak payah risau sangat. Anak-anak depan mata, bila-bila boleh jenguk. Kalau menangis teruk-teruk, senang. Mak bapak ada. Tapi janganlah asyik duduk kat bilik anak je. Nanti turun jawatan jadi pengasuh. He he he.

Okay. Berangan. Tak apa free je. 

Cek FB, ada wedding kat Taiping hari ni. Mintak maaf la kawan. Cek tak buleh nak pi. Tak dak sapa nak bawak cek. Laki pun tak dak kat sini. 

Tudia. Kalau boleh merapu. 

Lagi satu, terasa macam nak tulis novel la. 

Hm. 

Okbai. 

Friday, September 26, 2014

Mengantuk.

Assalamualaikum. 

Hari ni aku mengantuk. Otak tak boleh nak berfikir. Tapi update blog boleh pulak eyh. Ha ha. Pelik sikit kat situ. 

Aku sebenarnya nak habiskan hari ni dengan study costing untuk kilang ni. Tapi tu lah, macam aku dah mention tadi, otak aku tak nak berfungsi bila tengok nombor. Bila dah terlalu lama, aku di'biar'kan dalam ofis ni tanpa buat apa-apa, macam ni la jadinya. Lemau semacam. 

Semalam aku tidur awal dari biasa. Belum 10.30 malam aku dah terlena. Biasanya pukul 12 tengah malam baru aku cari bantal. Kes tidur awal pun sebab tak ada siapa nak layan aku. Mak aku pun tidur awal. TV cerita tak best semua. Ayah aku duk melayan adik aku yang kecik tu. Aku apa lagi. Memerap dalam bilik, mengadap siling bilik yang super tinggi tu. Mesej suami pun tak boleh sangat. Sebab dia main badminton semalam. So, malas kacau masa dia dengan kawan-kawan. 

Disebabkan aku jarang tidur awal, pagi ni bangun, aku rasa macam aku mengantuk sangat. Kalau boleh taknak bangun dari katil, taknak datang kerja. Gila mengantuk. Aku rasa nak tidur sepanjang hari. Bila bangun je dah malam balik. Boleh? Tapi semua tu cuma perasaan je la. Tetap aku bangun mandi malas-malas, siap malas-malas, lepas tu bawak kereta pun malas-malas. Susah benor nak fokus driving bila mengantuk. Berhenti tepi jalan beli nasik lemak, baru rasa lega sikit. Tengok makanan je terus lega. Ha ha ha. 

Dah sampai ofis, sindrom mengantuk tambah malas tu datang balik. Tiba-tiba bahu terasa lenguh, pinggang lenguh, badan lenguh. Aih. Memang mintak bantal dengan tilam ni. Toto pun boleh. Letak kepala, confirm aku lena gila-gila. On PC, kemas meja, bukak file yang berkaitan, lagi bertambah mengantuk. Kemudian teringat, ada beli jajan semalam. Selongkar laci la pulak cari makanan. Buat hilang mengantuk. Tapi tipu je. Mengantuk tak hilang, mata makin layu. Padahal pagi lagi ni. Aku update ni pun pagi-pagi hari, pukul 9.45 pagi. Sekarang dah pukul 9.50. Menggeliat, menguap, semua ada. 

Kenapa eyh macam ni? Sungguh, aku mengantuk. Rasa tak larat nak buat apa. Kepala pun pening. 

Pernah dengar orang kata, kalau tidur awal tapi mengantuk jugak, maksudnya terlebih tidur. Itu yang kepala pening, mata mengantuk tu. 

Ye ke macam ni? 

Mungkin lah. 

Okbai. Aku nak sambung 'study'. Huwarghhhhhh. 


Thursday, September 18, 2014

Older Posts

Assalamualaikum. 

Pagi ni, masuk ofis, on pc, belek blog gosip, belek blog sendiri. Scroll post lama. Saja nak tengok apa yang aku tulis tahun-tahun sudah. 

Belek punya belek, terjumpa pasal pakwe lama. Adeh. Masih dalam simpanan ke? Aku ingat aku dah buang habis dah. Masih ada lagi sisa yang tertinggal. Bukan maksud aku pun nak simpan semua tu. Kalau boleh tak nak la simpan lagi. Nanti kalau dibaca suami, tak ke naya saya. Hehehe. Walaupun aku tahu suami aku sangat open orangnya. Tak kisah apa pun kisah silam aku. Terima buruk baik aku. 

Padahal kalau aku, cemburu tahap gila kalau sebut pasal awek lama dia. Ha ha ha. Tapi, suami buat derk je lah kalau aku cemburu pun. Sebab dia tahu kalau dia layan je, aku naik tocang. 


Okbai. Nak mengemas kini blog ni. Teruk sangat dah. Walaupun blog ni dah macam diari aku je, sebab ye la mana siapa baca sangat pun kan. Its totally a personal blog. Ha ha ha. Actually, aku nak menulis dalam buku, but I do feel malas nak pegang pen. Aku rasa lebih rajin untuk tekan-tekan keyboard ni. Itu yang boleh ada blog ni. Takkan nak tulis dalam FB pepanjang gini. Mengamuk member-member ha. Nanti Mark Zukenberg tu confuse pulak, ni FB ke blog ke. Hi hi hi. 

Okbai. 

Wednesday, September 17, 2014

Hari Jadi Ku

Assalamualaikum.

Hari ni, hari jadi aku. 

Yang ke 26 tahun. 

Dah meningkat umur aku, sedangkan pencapaian hidup belum ada lagi. Menjadi seorang isteri, itu pencapaian terbesar aku buat masa sekarang. 

Suami tanya, 

'Sayang nak hadiah apa?' semalam dia tanya aku sebelum aku tidur. 

Aku diam. Tak tahu nak jawab apa. Aku geleng je lah. 

Padahal, banyak yang aku nak. Tapi aku faham kondisi aku sekarang macam mana. Apa yang aku boleh mintak, apa yang aku tak boleh mintak. Apa yang aku akan dapat, apa yang aku tak boleh dapat. 

Tahu tak apa yang aku nak? He he he. 

1) Babies. Kembar. Moga Allah swt mengizinkan. Tak kembar pun tak apa. 
2) Handphone. Camera depan belakang terang dan original. Jenama apa pun tak kisah la. Asalkan memuaskan hati. 
3) Laptop. Dan internet. Penting ni kehendak yang ni. Dah lama nak buat kerja dari rumah, tapi aku tak ada dua ni. Susah aku nak mula.

Ha ha ha. Well, memang ini lebih pada kehendak berbanding keperluan. Kalau keperluan, aku cuma nak DUIT. 

1) Untuk hantar mak ayah ke Makkah. 
2) Untuk tanggung adik-adik belajar.
3) Untuk tolong husband lengkapkan mana yang tak cukup.
4) Untuk besarkan rumah mak ayah. Ah, senang cerita, sediakan rumah baru. 
5) Untuk belikan kereta baru mak ayah.
6) Untuk mak abah mertua aku. 

Keperluan aku adalah DUIT. Tapi yang ini lah aku susah sangat nak dapat. 

Aku sedih bila tengok family aku, yang sangat sederhana, tersepit sebab masalah duit. Paling sedih, bila aku tak mampu nak menolong. 

'Allah. Tolonglah. Senangkan mak dengan ayah aku. Murahkan rezeki mereka. Dunia dan akhirat. Mudahkan perjalanan hidup mereka di dunia, dan jugak di akhirat nanti. Aamiin.'

Aku bukan gila duit okay. He he he. 

Okbai. Ini je keinginan aku di hari jadi yang tak bersambut ni. Dapat wish dari husband pun dah cukup baik dah. 

Monday, September 15, 2014

Wedding di Pahang

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Pada 11/09/2014 hari tu, gerak ke Pahang, untuk wedding pada hari Sabtu. Sebelum sampai Pahang, singgah di Bangi dulu, rumah adik. Sesaja singgah, untuk mandi-manda. Maklumlah, gerak dari Sungai Petani pun dah malam, pukul 9 malam. Sampai sana dah nak pagi. Dalam perjalanan tu pulak, tayar kereta pancit, sampai pecah keping-keping. Mujur dah dekat dengan R&R Sungai Perak. Berhenti makan, minum, segarkan badan, kemudian tukar tayar kereta yang makan masa lebih dari satu jam. Lepas tu gerak slow-slow, sebab pakai tayar ganti je. Tayar ganti yang sekarang ni pulak, kecik je. Tak macam dulu-dulu punya. Dulu punya ikut size tayar kereta kan? 

Sampai Bangi around 4.30 am. Hoh. Berejam atas jalan raya je. Letih punggung. Duduk je. Nak tidur nyenyak-nyenyak kesian dekat driver. 7 jam campur dengan masa kecemasan campur dengan cari jalan ke Bangi. Sebenarnya tersalah jalan masa nak pergi Bangi. Ha ha ha. Itu yang geram tu. KL ni pulak pantang salah satu simpang, terus jadi bersimpang-simpang. 

Sebenarnya gerak Khamis malam sebab nak ke Menara Olympia tu Jumaat esok nya. Ada sikit urusan. Then, kami gerak ke Pahang dalam pukul 12.00 tengahari. Sampai dalam pukul 3 lebih petang. Sebabnya duk sesat nak keluar KL cari signboard Kuantan tak jumpa. Ha ha ha. Lokasi di Jengka 16. Tapi dalam KL ni mana ada signboard yang tulis Jengka kan. Tu yang banyak sesat tu. Mujur la bila sampai tu terus bawak pegi homestay. Penat tak ingat. Terlalu lama duduk. Malam tu berlangsungnya majlis akad nikah pengantin yakni sepupu aku dari sebelah ayah. 


Majlis nikah di Masjid Jengka 16. Credit gambar pada Shida Sis, kawan pengantin. 

Esoknya, 13/09/2014, berlangsungnya majlis persandingan mempelai. Sama cantik sama padan. Pakai baju warna turqoise. Pengantin pun lawa, cantik sangat dengan baju tu. Tapi malam tu, aku ada pegang jugak baju pengantin. Pergh. Berat habaq hang. Manik penuh. Aku duk bayang macam mana pengantin pakai. Duk rasa berat la kot. Ha ha. Jangan tumbang sudah, sebab pengantin tu kurus je. Hihi. 

Layan gambar je la. Pictures credit to Mohd Izwan (Lovely Lounge Pictures). 





Gambar cantik kan? So, kalau nak photographer yang best ni, boleh lah click Mohd Izwan (Lovely Lounge Pictures) ni. Mesti lawa. Aku dah tengok FB dia, gambar memang semua cantik. Hah. Kasi large, bior senang click. Harga pakej ke apa ke, jangan tanya aku, tanya Mohd Izwan ni ye. 

Gambar di bawah ni pulak credit to Ocot Omey. Kakak pengantin. 



Ini keluarga pengantin perempuan. 


Okay. Kalau tanya mana gambar dari aku, aku tak ada gambar. Sebab aku mana sempat amek gambar guna kamera aku. Kawan pengantin ni ramai gila. Tak sempat nak menyelit pun. Ha ha ha. Tengok je la dari sebelah. 

Selesai satu majlis di Pahang. Ada lagi 3 anak dara dan 1 teruna. Hoh. Mungkin tahun depan kot next wedding di Jengka 16, Pahang. Semoga berjumpa lagi. Ha ha ha. 

Btw, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Akma dan Lan. Semoga sentiasa di bawah rahmat Tuhan, dan semoga sentiasa sabar, memahami, bertolak ansur antara satu sama lain. Hidup berdua sangat lain dari zaman bercinta. Banyak kekurangan yang akan terjumpa. So, banyak-banyak sabar ye. 

Okbai. 

*Nak pi brekfest. He he.





Tuesday, September 9, 2014

Aku BUKAN racist tau

Entry KHAS ofis. 

Assalamualaikum.

Morning. 

Aku BUKAN racist tau.

Tiba-tiba, aku rasa menyampah dengan pekerja 'Cina' dalam ofis ni. 

Cara depa tu buat aku sangat-sangat tak suka. 

Kelebihan dalam ofis ni, ah, senang cakap dalam kilang ni, tempat aku kerja ni semua depa ja la yang dapat. Padahal yang tertungging sampai sakit, terkeluar buasir, semua Melayu. Depa ni yang racist. Politik pejabat sangat teruk kat sini. Semua ditentukan oleh depa. 

Okay. Macam ni la. 

KALAU, level of education yang jadi ukuran, mereka ni tak layak pun untuk pegang jawatan tinggi. Kerani, layak. 

KALAU, experience yang jadi ukuran, mereka ni tak layak pun untuk dapat jawatan tinggi. 

Tapi, 

KALAU kipas mengipas yang jadi ukuran, mereka memang sangat layak. 

Dan, KALAU bangsa merupakan kriteria utama untuk sandang jawatan besar bergaji besar, mereka ni lebih pada layak. 

Nampak tak, apa yang buat depa dapat jawatan besar dan gaji besar?

Aku bukan racist okay. Ini permainan politik dalam ofis ni. 

Melayu, kalau nak gaji besar jawatan besar dalam ofis ni, kena super duper pandai mengipas big boss. Plus, kena jadi macam lembu cucuk hidung. Lepas tu buat janji yang takkan ditepati. Hanya untuk sedapkan hati Melayu lain saja. 


Cina : Most of them SPM saja. No offence ya yang SPM holder sahaja. Ni entry khas untuk ofis. Experience kerja 2 3 years. Gaji, RM 6000.00. Bersih every month. 

Melayu : Level sama. SPM. Experience more than 15 years. Gaji, RM 2500.00. Bersih every month. 

(Aku racist ka depa racist?) 

.

Bagi aku, macam ni tak adil la. Memang ada yang berpelajaran tinggi dan dapat jawatan tinggi, setimpal dengan kelayakan depa. Yang itu aku tak kisah pun. Selayaknya dapat. 

Yang tak adil, bila bangsa Melayu kat sini macam dipijak-pijak. Dilambakkan kerja yang bermacam-macam. Lepas tu pulak, bila yang Melayu ni nak berhenti, depa tahan. Tak bagi. Alasan, kata orang penting. Tak boleh tinggal company. Tak kenang budi la bagai. Orang penting jadahnya kalau gaji macam orang tak penting. 20 tahun dulu dengan sekarang gaji naik dua tiga ratus saja. Compared to bangsa depa, gaji naik puluh ribu. Aku pun pernah kerja company lain. Bangladesh lagi. Tapi perangai tak la super haram macam ni. Ni rakyat Malaysia sendiri, buat macam tu. Semua hasil kerja orang lain, ada hati nak claim kata kerja depa. Gila. 

Nak mengipas depa ja, kerja lain tak jalan la. Tengok orang Melayu macam semua salah. Tambah-tambah tengok aku ni, yang baru masuk. Dengan kelayakan yang aku ada, aku sepatutnya boleh beat depa la. Kalau nak kira bab education la. Tapi, konon junior exec, tak banyak pengalaman, banyak nak kena belajar, so, aku faham. Cuba kalau orang depa, sah-sah la gaji beriban, no need experience, and any academic qualification. Asal bos suka dah boleh. Sakit mental la bos ni. 

I do respect pekerja yang boleh kerja kat sini selama 20 tahun lebih tanpa menjadi GILA. 



This week akan masuk staff baru. Tak baru la, pekerja lama. Head of account. Aku nak tengok level dia tahap mana. Setanding tak dengan gaji belasan ribu dia dapat tu. Dari cerita aku dengar, dia tak la pandai sangat buat kerja. Setakat nak sign-sign tu pandai la. Tak nak dengar cerita sebelah pihak ja, sebab tu aku menunggu sangat dia masuk. Nak tengok sendiri, dia jenis yang macam mana. 

Dan, 

Aku BUKAN racist okay? 

*Tak tahu kenapa, minggu ni aku sangat negatif. Erghhhh. Benci betul sifat negatif tu. 

Okbai.

Monday, September 8, 2014

Stress tak ada kerja. Hoihoi

Assalamualaikum. 
Selamat pagi diari maya. :)

Stress ni. Ha ha ha. Stress kat tempat kerja. Tahu sebab apa? Sebab tak ada kerja. Kalau stress sebab kerja banyak, logik la. Tapi aku terbalik. Bila tak ada kerja aku jadi stress. Orang kampung aku kata tak torah. Sebab tak tahu nak buat apa. Orang kanan, depan aku semua ada kerja masing-masing. Tu yang buat aku stress tu. Kalau pakat tak ada kerja, okay jugak la. Ada geng. Kalau tak ada kerja macam ni, baik aku duk rumah ja. Macam mai duk saja, and dibayar gaji. 

Tapi nak kata aku tak ada kerja langsung, ada. Cuma sikit sangat. Lima minit siap. Format semua ada siap dah. Tinggal masukkan beberapa data saja. Dan aku dah cukup hafal format bagai. Dengan calculation sekali. Punya tak ada kerja. Padahal menatang tu tak payah hafal pun tak apa. Tapi, untuk kesenangan di hari depan, hafal je la. Mana tahu berguna, ye dak?

Last week, big boss cakap nak send one file through e-mail. Punya la aku tunggu, sampai hari ni tak ada. Dengan boss-boss pun tak ada. Melangut lagi la aku bulan ni. Orang lain kalau tak ada kerja, rasa seronok. Tapi aku tak. Aku rasa otak aku tak berjalan. Aku rasa otak aku ni makin hari makin tak berfungsi. Dah tak boleh nak berfikir secara kritikal. Yang mana ada saja. Kalau hanya sesekali tak ada kerja, aku terima jugak la. Boleh hilangkan stress buat kerja. Tapi kalau dalam kes aku ni macam mana?

Cari kerja baru la kan? Ha ha ha.

Bosan. 

Cumanya yang jadi untung sebab aku dapat gaji. Ha ha ha. So, bertahan la sementara cari kerja baru. Kalau dulu aku rasa company yang aku kerja tu bermasalah, sini, lebih dari masalah. Company besar yang baru nak meningkat naik balik. Pekerja okay, yang tak berapa okay, sistem. Tapi, siapa aku nak complain kan? Tengok, dan dengar. Lagipun, tak berkaitan sangat dengan aku melainkan akaun sahaja. He he. 

Tiba-tiba rindu dengan suami la pulak. Time tak ada kerja macam ni memang seronok berangan. Seronok fikir zaman bercinta dulu ni. Seronok fikir bergaduh dengan suami. Seronok bercinta-cinta dengan suami. Ha ha ha. 

Dah la. Nak main game. Nak release tension. Hikhikhik. 

Lepas ni kalau lemau nak buat kerja, semua salah big boss nah. 

Lapaq pulak.

Okbai. 

Friday, September 5, 2014

Rezeki ALLAH swt yang tentukan.

Assalamualaikum and morning.

Seperti tajuk, hari ni nak cakap pasal rezeki. 

Semua orang tahu, rezeki setiap manusia di atas muka bumi ni, Allah swt yang bagi. Bukan dari manusia, bukan dari binatang, bukan dari benda-benda. Manusia, cuma jadi perantara. Hakikatnya, semua dari Allah swt. 

Sebenarnya, aku sangat terasa dengan statement one of my husband's friend. Nak kata statement pun tak jugak, sebab itu lebih kepada suggestion dari dia. 

Aku nikah dah tiga bulan lebih. Tapi, aku tak ada tanda mengandung. Bila kawan-kawan tanya, kami akan jawab, belum ada lagi. Tapi, semalam, mungkin husband aku jawab soalan dia, belum ada isi lagi, jadi dia cakap, kalau dah dekat empat bulan nikah, belum ada apa-apa lagi, kena pergi berurut. Dulu, dia dan isteri pergi berurut untuk dapatkan zuriat, walaupun baru nikah tak sampai empat bulan. 

Aku diam. Rasa kecik hati sangat. Macam kata kami bermasalah. Tapi tak boleh nak marah, sebab kawan tu pun tak ada depan aku. Dia cuma cakap dengan suami aku saja. Seolah aku dah nikah empat tahun. If, aku dah menikah selama bertahun, masih tidak dikurniakan anak, aku akan senang hati terima cadangan yang macam tu. Cuma masalah sekarang, kami ni consider pengantin baru lagi. Empat bulan pun belum masuk lagi. Kasi la peluang sampai setahun, baru bagi cadangan. Cadangan jumpa doktor ke, jumpa bidan ke, atau apa-apa. In Shaa Allah, aku ikut semua. Usaha tangga kejayaan kan? Doa kemudian tawakkal. 

Mungkin rezeki aku untuk rasa nikmatnya mengandung, belum ada lagi. Siapa yang tak mahu rasa nikmat mengandungkan anak sendiri? Siapa yang tak mahu rasa jadi ibu? Siapa yang tak mahu jadi isteri sempurna yang boleh teruskan keturunan si suami? Siapa yang taknak jadi menantu yang boleh bagi cucu kat mertua? Siapa yang taknak jadi anak yang boleh bagi cucu kat mak ayah sendiri? 

Bukan nak berprasangka buruk dengan kawan yang bagi cadangan tu (tapi kalau macam ni, maksudnya aku dah tersangka buruk kan?). Aku faham niat baik dia yang nak membantu, cuma aku rasa kecik hati jugak sikit. Haih. Malam-malam, masa tengah nak tidur, dibagi cadangan yang macam gitu, terus rasa tak boleh tidur. Semalam, pukul tiga pagi, baru lah rasa mengantuk. Lelap pukul berapa, tak tahu pulak. 

Aku cakap dengan husband aku, kalau setahun, aku masih belum ada tanda apa-apa, kita jumpa doktor. Umur semakin naik. Risau jugak kalau ada masalah dalam badan. Mungkin perlu ikhtiarkan sesuatu. Tapi sekarang kami baru nikah tak sampai empat bulan, aku minta diberi tempoh sampai satu tahun. Bagi peluang la. Untuk rasa diri ni masih normal. 

Rezeki Allah swt, bila pun kita tak tahu kan? Contoh lagi. Kalau nasik yang dah ada dalam tangan kita pun, tinggal disuap dalam mulut je, kalau Allah dah tentukan itu bukan rezeki kita, tak dapat jugak kita makan nasik tu kan. Mungkin tumpah, atau apa-apa. 

Kadang kita tengok, orang ini cepatnya dapat anak, cepatnya jadi kaya, cepatnya pergi umrah/haji, kita rasa macam cemburu. Cemburu sebab kita rasa kita dah usaha lebih dari mereka, tapi kita tak dapat apa yang mereka dapat. Padahal sebenarnya, kita tak tahu pun apa amalan diorang, apa susah senang yang diorang dah lalu untuk capai semua tu. Lagipun, rezeki kan milik Allah swt. Kita tak tahu. Dulu, mungkin aku akan fikir negatif, tapi sejak aku dah mula belajar terima yang segalanya bukan milik kita, aku mula belajar fikir positif. Ada lah kebaikan yang dibuat diorang, sampai rezekinya melimpah ruah. Kita bukan tahu kan? Semua kerja Allah. 

Rezeki. 

Ada di mana-mana. 

Sabar, usaha, doa dan tawakkal. 

In Shaa Allah, ada. 

Ok bai.