Followers

Wednesday, November 13, 2013

Biar.

Biar.

Biar mereka lihat kau ketawa.
Biar mereka lihat kau tersenyum.
Biar mereka lihat kau bahagia.
Biar mereka lihat kau bersuka ria.
Biar mereka lihat kau bergurau senda.
Biar mereka lihat kau sentiasa ceria.
Biar mereka lihat itu.

Biar mereka tak tahu di dalam kau bagaimana.
Biar mereka tak tahu hati kau berkata apa.
Teruskan hidup kau macam biasa.
Pamerkan diri kau macam tak ada apa.

Biar.

BIAR hanya aku TAHU susah kau bagaimana.
BIAR hanya aku TAHU di dalam kau bagaimana.

Biar hanya aku.

Thursday, November 7, 2013

Berita buruk. :(

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Selamat makan. :)

Dua hari lagi. But, aku masih ada di Kuala Lumpur nan indah ni. Memberi sepenuh-penuh kepercayaan pada family aku untuk uruskan segalanya yang patutnya aku yang uruskan. Haih. Nak buat macam mana. Terpaksa. Sebab aku tak punya masa. Aku tak punya ruang untuk buat semua benda. Yang mana aku boleh sediakan dari sini, dah siap-siap aku prepare. Yang di kampung sana, aku tak tahu. Setakat ni, mak ayah aku tak cakap apa-apa, so aku consider everything is okay. Semoga segala yang dirancang semua berjalan lancar. Moga-moga. 

.

Tapi sekarang aku tengah stress. Sebab muka aku, teruk sangat sekarang. OMG. Rasa nak jerit kuat-kuat. Hanya kerana teringin nak mandi pantai aku pergi PD. And, semua nya bermula dari situ. Muka sunburn. Tangan sunburn. Semua terbakar. Paling obvious sekali tentulah muka aku. Mengelupas, terbakar teruk, tinggal belang hitam sekeliling muka, tebal pulak tu. Dan, bos aku cakap aku nampak macam orang sakit. 

Teruk sangat ke? Teruk la tu kalau dah dilabel orang sakit sedangkan aku tak ada masalah pun. Cuba make up kan untuk nampak okay. Tak boleh juga. Aku dah habis ikhtiar. Majlis tinggal dua hari. Orang kata guna aloevera. Woi. Mana aku nak cari dekat KL ni. Kat apartment tu tak ada pun aku tengok orang tanam aloevera. 

So, aku buat satu decision semalam. Disebabkan muka aku akan jadi kelabu bila make up,  jadi aku akan make up very simple. Macam pergi ofis je. Ha ha ha. Pakai bedak and foundation untuk hilangkan semua kesan parut jerawat dan tempek bedak baby kat muka. Pastu, kat bahagian mata tu just letak eyeliner tebal sikit pastu maskara bagi bulu mata lentik sikit. Kemudian tempek lipstik, lip gloss. Dan tudung, akan dililit ikut belang-belang hitam kat muka tu. Muka mengelupas? Ha, sebelum makeup letak ais dulu, lepas tu, toner. Pastu tempek je lah segala mak nenek aku cakap tadi. 

Agak-agak okay tak?

Tunggu la dua hari lagi. Masa tu nanti aku update. Okay ke tidak. Di masa-masa aku ada majlis lah, semua ni nak jadi. Geram. Grrrr. 

Ada lagi satu berita tak baik. Kereta aku. 

Ini sumpah nak menangis rasa. Bercalar and kemik kat bahagian depan sebelah kiri pintu kereta. Haih. Duit lagi. Jadi kat tempat parking. Tak tahu siap gesel kereta aku. Tengok-tengok je dah calar. Sabar sungguh aku dapat berita yang macam ni. Dalam hati, menangis. Sungguh, aku diuji satu demi satu. Ya Allah. Mula-mula terfikir, ini balasan dosa aku ke? Tapi, kemudian aku macam tersedar, Tuhan itu memang akan menguji setiap hamba-hamba Nya. Tak apalah. Kereta tu masih boleh pakai. Dan mujur jadi di tempat parking. Kalau jadi kat tengah jalan raya, harus terbabas. Kan? Jadi, lap air mata, keluarkan duit, hantar pergi bengkel. Sekarang kereta tu ada di kampung. Dan lepas ni, aku taknak bawak kereta tu ke KL lagi. Biarlah. Biar duduk di kampung. Mak guna. 

p/s: Ada denganku. Sudah cukup buat aku bahagia.