Followers

Friday, October 28, 2011

"Abang" , sound sweet je :) hehe

Kan? 

Sejak dari dulu aku bercinta, (huh, macam banyak sangat bercinta) tak pernah aku panggil abang dekat boypren. En BF pun aku tak panggil abang jugak. 

Hoho, tetiba rasa teringin nak panggil abang. Ha ha gedik. 

Ini semua sebab terpengaruh dengan novel. Penuh perkataan abang je. Lepas tuh, dari muka surat first sampai habis ada perkataan abang. Jealous okeyh. Jealous ni saya tak ada abang. :) Ini statement mintak pelangkung dari En BF. 

Tapi serius, kadang-kadang teringin nak panggil special dengan panggilan abang. Sebab bunyik abang tuh macam sweet je, boleh lah buat perangai adik-adik kalau panggil abang macam tuh ye dak? Ha ha ha. 

Abang. Abang. Abang. Sweet lorh.


Ini "ABANG" kiter. :p


..............................................................

: En BF ni mesti gelakkan aku kalau tetiba aku buang tebiat panggil dia Abang. Mau kena gelak dua tahun. :)

Bahan bacaan waktu senggang :)

Dulu dulu dulu ni, aku peminat setia novel. Bagi je lah novel apa pun, sure boleh habis baca dalam beberapa jam je. Lepas tu, dalam sehari boleh bantai dua buah novel sekaligus baca. Memang gila novel tak boleh blah.

But but but, sekarang ni kegilaan itu hilang. Nak kata dah hilang interest tu tak jugak sebab hari tu baru beli je dua buah novel. Okeyh, satu dah khatam, tu pun ambil masa tiga hari, and satu lagi on the way. Adeh, malas betul nak baca lah kalau banyak konflik. Tapi bukan novel lah kalau tak konflik macam tu kan?

Owh, aritu aku beli novel tajuk "TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH" and "JIRANKU KEKASIHKU". Ha, dua ni je pun berpeluh nak habis. Memang aku bercinta dengan bantal je untuk habiskan satu pun.

Dalam tak habis baca dua buah tu, bulan depan dah plan nak beli karya Siti Rosmizah. Tebal gila novel tuh, memang aku tak tahu lah bila agak habis. He he he. Plus with one more novel. Ingat nak beli karya Hlovate, "CONTENGAN JALANAN". Dia punya cover nampak sangat menarik. :)

Terasa nak mengumpul novel semula. Sekarang plus novel Bahasa Inggeris. Dah tengok kat kedai buku arituh, nampak menarik je. 

Owh, yang pasal novel "TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH" tu, bila aku baca aku terasa macam ada yang tak berapa nak kena. INI PENDAPAT AKU SAHAJA. Ayat mudah difahami, syukurlah, kalau tak, larat nak baca ayat bunga-bunga. Boleh muntah darah aku. Bagi aku ada lah sedikit yang tak berapa nak kena. Dari segi kelogikan (Betul eja macam ni? Garu kepala) . Aku bukan penulis, pemuisi atau apa untuk komen orang, tapi aku seorang pembaca yang mahu penulis itu menjadi lebih bagus lagi. 

Lagipun, ini penulisan pertama beliau yang diterbitkan menjadi novel, yang sebelum ni beliau menulis di dalam Penulisan2u je. So, semoga bertambah-tambah idea kreatif beliau untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik di masa akan datang. Best of luck for u. :)

Now, dah nak habes novel kedua. Ini pun ada sikit lawak. Tapi ayat-ayat beliau sangat menarik hati aku. He he he. 

Inilah yang aku buat masa senggang aku. Membaca. And aku ada jugak baca READERS DIGEST, MASTIKA, INFINITI, DARA, REMAJA, WANITA, and apa-apa bacaan yang boleh buat hilang bosan. Ha, tak lupa majalah siswa. Dulu rajin beli, sekarang je dah jarang beli. Heeee :p
....................................................................

: En BF, miss you :)

Tuesday, October 25, 2011

taktahudahnakletaktajukapa :)

Banyak benda bengang nak cakap ni ha.

Hari Ahad hari tu, pergi hospital melawat cousin aku yang baru bersalin. Anak perempuan. The mommy, nampak sihat aje, but the baby, aku tak dapat jumpa lagi, sebab baby duduk dekat ICU. 

Tak tahu nak cakap salah siapa. Masa nak lahirkan baby girl tu, doctor dalam ambulance tu tak bagi beersalin dulu. Suruh tunggu sampai hospital. Tapi jauh lagi kot nak sampai. Aku tak rasa if seorang ibu nak deliver baby, dia boleh tahan-tahan. Baby boleh lemas kan? Betul tak?

Tapi, cousin aku ni disuruh tahan-tahan, last-last tak tahan jugak, dia bersalin dalam ambulance tuh jugak. Apa nak buat tak boleh nak tahan. 

AND

Nasib baik dia bersalin. If not anak dia maybe tak dapat nak diselamatkan. Sebab baby masuk ICU pun sebab tertelan apa tah kat dalam perut. Terasa macam nak salahkan the nurses, the doctor yang dalam ambulance tuh. Tapi, benda dah nak jadi. Terima ajelah.

One more, yang nak melenting sangat bila pergi hospital tak ada tempat nak duduk. Hmmmm.

Okay, dah dekat hospital.

Dekat office pulak. Adoih. Hari-hari. Aku sampai naik pusing. Macam nak sumbat roti je masuk mulut dia biar diam sekejap. Dari pagi, eyh, dari turun kereta sampai petang dah nak naik kereta balik rumah, still tak diam. Entah apa yang dicerita tiap-tiap hari tanpa henti. Letih dengar. 

......................................................................

: I miss you lovely. 


Sunday, October 23, 2011

Pizza full, minggu minggu depan baru pergi lagi :)

Menonton wayang adalah agenda utama hari ni plus with makan pizza. Tapi, tak dapat makan pizza sebab table full. Siap ada orang tunggu beratur beratur bagai dekat depan pizza. So, akan makan next next next week, after gaji. :)

Tengok wayang cerita best punya. Heh, if I know Real Steel tu memang best sangat sangat sangat, dah lama dah tengok. Serius suka sangat tengok Real Steel. Excited gila tengok citer tu. Agak-agak ada tak orang macam aku yang nak tepuk-tepuk tangan bila super excited tengok movie. 

Hm, ada aku rasa sebab tadi ada yang tepuk tangan. Cerita best macam tuh, memang la aku rasa excited nak lompat-lompat dari kerusi. Ha ha ha.

.

Okeyh, lepas tuh nak balik terus, tapi hujan lebat kat luar sana.  So, jalan jalan jalan pusing CS. Habis duit kalau lama lama lama lama sangat duduk pusing dalam CS tu. Hari ni je dah habis banyak jugak. Sebab beli novel sampai dua buah. 

Sekarang ni, novel dua buah depan mata pun tak berapa excited nak baca. Tak tahu lah kenapa. Kalau dulu, boleh habiskan membaca novel sebuah dalam masa sejam dua, tapi sekarang ni, adoilah, malas pulak nak baca tekun-tekun macam dulu. Padahal novel tuh, novel terlaris okay. 

Next month, ingat nak beli Contengan Jalanan lah pulak. Dan jugak buku tulisan Siti Rosmizah. Aku lupa tajuk buku dia, tapi nampak macam menarik. Beberapa hari lepas, novel tuh still ada kat Popular tuh, tapi hari ni, dah tak ada. Means buku tu laris. So, nak kena beli lah. :)

Lepas tu, eyh, masa sebelum beli novel tu, member beli beg dulu. Lupa nak cakap, tengok wayang dengan Cik Gelpren aku kat opis tuh. Cik Hani nama dia ye. He he he. Beg macam handbag, tapi tali panjang, orang panggil sling bag, yer? Ha, yang itu lah. Kaler merah, merah hati bukan merah garang. Aku berkenan jugak dekat satu beg tuh, tapi, tak sampai seru nak beli.

Dan kemudian, pergi tengok kasut-kasut. Adoi, santek okeyh. Sumbat-sumbat kaki, memang cukup cukup saiz aje, tapi kalau beli pun, bila nak pakai. Tapi, serius berkenan.

Lepas tuh tengok jugak kasut untuk lelaki. Ada satu kedai tuh, memang cantik kasut. Duk bayang En BF aku pakai kasut tu, nak beli tapi I need him to try it himself. Memang tahu saiz kaki, tapi kasut ni bukan ikut sangat saiz standard kan? Tu yang risau jugak nak beli apa-apa dekat dia. Same goes to baju, tapi baju aku boleh agak lagi saiz dia pakai. Seluar pun. 

Ha, seluar ada yang smart tadi. Harga kira okay lah macam tu. Seluar lelaki. Cantik. Bagi aku segak la, sebab aku suka kaler seluar tuh, and kain dia pun okay. :)

Okeylah, penat dah nak tulis panjang-panjang. Bye. :)

......................................................................

: En BF, kite sayang awak ketat ketat :)


Thursday, October 20, 2011

Kalau pasal kahwin, aku memang excited :)

Dua hari lepas En BF agak excited. Cerita pasal persalinan pengantin dengan pelamin dengan meja makan pengantin semua, makeup pengantin dengan harga berpatutan aku rasa. Only RM 2,800. 

Teruja okeyh. 

Actually, both of us memang dah mula fikir pasal ni. Even orang cakap nanti fikir, muda lagi, rumah belum ada, kereta pun tak ada lagi, kerja belum tetap lagi Cik Tsya ni, tapi, aku nak fikir jugak. Sebab ini masa depan aku, bukan masa depan mereka-mereka yang bercakap tu. Eyh, masa depan kami. Lagipun soal ni semua En BF yang timbulkan so, aku as his girl yang mengada-ngada kena la tolong fikir sekali. Sebab sebab sebab aku yang nak jadi pengantin dia. He he he. Okeyh, cukup gedik kat situ. 

InsyaAllah. Harap semuanya menjadi. Ye kan En BF kan? 

Okeyh okeyh sambung yang tadi. 

Serius aku agak tak sangka dengan harga yang macam tu. Bagi aku murah la, sebab macam berpatutan harga yang diorang letak. Itu package yang paling mahal sekali kat butik tu. Just imagine, kalau yang paling murah berapa? Tapi, berpadanan lah dengan tempat tu. Its just a small town, so, harga macam tu kira okay la. Kalau Kuala Lumpur, jangan harap nak dapat itu punya harga. :p

Tapi, my mom pernah cakap, kalau beliau sihat walafiat time aku nak kahwin nanti, mak aku nak buat baju sendiri, pendek kata semua sendiri.  Takmau order-order. Adeh, agak-agak bajet tuh sampai tak?? Ha ha ha.  

Doakan aku cepat kahwin dengan En BF. 

Dan doakan En BF sempat kumpul duit untuk buat kahwin.  :)

......................................................................

: I LOVE YOU MR UJER :)

Tuesday, October 18, 2011

Fuhh!! Lega sangat-sangat hari ni :)

Sebab hari ni lecturer dah datang visit. Sangat lega. Report dah submit, buku log pun dah ditanda. Bos pulak bagi full support, oh, ini sangat tak disangka ye, sebab selalu jugak cari pasal dengan bos. Kuikuikui. 

Cuma belum hantar evaluation form form employer aje. :) Itu akan settle kemudian.

.

...........................................................................

: En BF, mana awak ni ?? 

Saturday, October 15, 2011

Helmet hilang :( huu sedih ..

Kesian aku kan? Helmet kena curi. Gara-gara pergi tengok wayang dekat village mall. Adeh. Ada pakguard kat situ, so aku tanya kalau-kalau nampak, tapi pakguard cakap itu biasa berlaku. Damn.

Kalau dah tahu selalu jadi, kenapa tak ada sebarang pencegahan? Serius pakguard kat situ memang ramai. Lepas tu boleh siap cakap, motor pun ada kena curi. Lepas tu, pakguard cakap letak helmet dekat tempat tengok wayang. Boleh bawak masuk pulak padahal ada cop merata-rata, jangan bawak helmet. 

Rupanya, cop-cop tuh, tanda-tanda tu, maksud sebenar dia jangan pakai helmet di dalam mall. Adoi. Biar terang jelas boleh? Benci kalau tak faham tanda. 

Okay dah.

.

Ini lain cerita pulak. Ini pendapat aku je lah. Bukan mengata, cuma terpanggil untuk berkata-kata je. Ceewwaaahhh ayat hang. Ha ha ha. 

Tadi, baca dekat FB. Ada kawan marah kawan yang lagi satu. Normal kalau marah-marah ni, tapi bagi aku cara dia tu agak melampau. Aku mengaku aku memang laser, tapi selalunya apa yang aku cakap tu, fakta. Aku tak memfitnah. Aku tak bercakap tanpa aku dengar kedua belah pihak. Kadang-kadang memang terlepas cakap jugak, tapi apa yang aku cakap itu memang benda yang betul jadi and memang tak tipu. 

A word can change everything. Itu yang aku selalu fikir sekarang. Pelbagai jenis orang, pelbagai jenis ragam, akan ada pelbagai tafsiran. Sebelum bertindak, atau bercakap, lebih baik berfikir dulu. And elok dengar dari kedua pihak. 

Kes dengan bos di office atau berkaitan, sila abaikan :)

......................................................................

: En BF :)

Thursday, October 13, 2011

Ini entry tak tipu, memang macam Uncle!!!

Pagi tadi termasuk lambat. Alah, 5 minit je lewat. But still lewat kan? Heee sorry bos.

Ha, nak cakap ni, pagi tadi terkejut. Aku nampak seorang lelaki, muka macam Uncle Gedek. Serius aku cakap. Tak tipu. Memang sejibik. Masa aku tengok tuh, lelaki tu tengah lintas jalan, dia dalam kereta dia lah, nak pergi pasar pagi kot. Mujur aje lampu merah, kalau tidak aku kena hon la jawabnya, sebab duk tengok lelaki yang muka macam Uncle Gedek tu.  

Adeh. His kembar maybe. One of the seven. Eyh, yang kedua la. Uncle yang pertama, kan? Heeee :p Orang cakap kita ada 7 orang yang muka seiras, so, yang itu kembar Uncle lah kan?

Ke, Uncle memang ada kembar yang duduk di Sg Petani ni? 

Konpius!!!

Tuesday, October 11, 2011

Kerusi baru office


Mula-mula kita tengok gambar ni dulu. Ha, lebar senyumnya kan? Balik kerja tengok muka baby, senangnya lah hati :)

.

Semalam aku tulis pasal kerusi office keras buat pinggang aku sakit kan? Hari ni ada kerusi baru, tapi bukan untuk trainee. Huu kecik hati. 

Semua untuk orang bahagian audit. Heh, pinggang kami lagi sakit tau, berbanding mereka-mereka yang memang duduk atas kerusi lembut tuh. Sabar je lah. 

........................................................................

: I miss you :)

Tak suka sakit pinggang !!!

En BF, kalau spend time dengan kawan kawan kawan kawan dia, memang aku jadi senget tengok henpon yang tak da mesej. Huh. Nak mesej-mesej dia, tapi dah janji takmau kacau dia if dia dengan kawan dia. Tapi, tadi terhantar jugak satu mesej. Heeee :p

...................................................................

Dah la tadi mengadu dekat dia, tapi tak dilayan. Kecit hati ha, tapi takpe, ngadu kat blog aje lah. 

Sebenarnya, sejak mula kerja as a trainee, pinggang asyik sakit aje. Adeh. Dah 4 bulan bertahan. Nak salahkan kerusi yang bos bagi, boleh? Huuu

Kerusi tuh tak best langsung nak duduk, and kalau orang yang ada masalah tulang belakang, lagi tak boleh guna. Sangat sangat sangat tak bagus. Aku ni dah la tulang belakang tak stret, duduk kat kerusi tu, lagi tak stret tau. Sampai rasa takmau bersandar dekat kerusi tu. Tapi kalau tak sandar, letih jugak. Tapi, pinggang sakit ha kalau sandar. Mencik betol.

Lepas tu pulak, semalam aku menguap. Ter-extra bukak mulut, terus rahang sakit. Tadi nak makan roti, tu pun sakit, sebab mulut kena bukak bila makan roti. Huu, lepas ni taknak menguap besar-besar lagi. 

.......................................................................

: En BF, I need you :)

Sunday, October 9, 2011

Out for movie, jom!!

Baru lepas layan cerita

BINI-BINIKU GANGSTER. 

Agak menarik. 

Okeyh2, korang mesti dah lama tengok kan? Adeh, a bit ketinggalan. Not my fault. Its my work. Ha ha ha.

.................................................................

Looking forward to go out for a movie. Who wanna join me, raise your hands? Ha ha ha. 

Jom-jom pergi membuang masa next Sunday? Kita tengok dua movie sekali. Mau? 

..............................................................

: Take care En BF. 

Perihalku #2

Aku suka bergurau. Kadang-kadang lembut, kadang-kadang kasar, kadang-kadang out of topic. Semua tu aku buat tanpa aku ambil kira hati perasaan limpa jantung orang lain. But, bila aku mula besar and mula belajar di tempat orang, aku kawal diri aku dari bergurau secara kasar. 

Aku tengok dulu macam mana perangai-perangai orang sekeliling aku, then baru aku akan cakap dengan diorang. Baru gurau-gurau. Sebabnya kadang-kadang antar sedar atau tidak, bila bergurau, sama ada kita sakit hati, atau sebaliknya. And sebolehnya aku elakkan. 

Sama jugak bila dengan En BF. He is a very sensitive man. Itu yang kadang-kadang terkasar dengan dia. He he he. Sorry ye sweetheart. Love you. 

Selain bergurau senda, aku sedar aku suka memerhati. Tapi pemerhatian aku tak lah setajam saintis-saintis, ahli falsafah and yang berkaitan. Pemerhatian normal. Yang suka melihat telatah sekeliling, melihat kejadian sekeliling. Itu aje. Sekadar memerhati, mengisi masa senggang aku. Melalui pemerhatian, kita boleh belajar kan? :)

Aku memang simple orangnya. Mudah. Tak susah nak deal dengan aku. Tapi kadang-kadang orang tak faham. Jadi simple pun susah. So, kena jadi belit-belit sikit macam shawl duk pakai tiap hari tuh. 

Satu lagi, aku bukan materialistik. Sungguh. Aku suka duit. Memang suka sangat. Ada duit semua boleh buat. Tapi, aku bukan materialistik which mean aku tak kisah dengan siapa aku berkawan. Aku sendiri pun dari keluarga biasa yang tak pernah diajar mewah. Mak selalu pesan, nak dapatkan apa pun, usaha sendiri. Even dah kahwin pun, usaha sendiri untuk dapatkan apa yang kita nak. Jangan meminta-minta sangat pada suami. 

Yes, jangan meminta-minta. Aku tak suka meminta-minta. Kalau nak minta pun, dengan parents, itu pun after thinking thousands times. Then, if aku minta sesuatu dari mak ayah aku, dapat or tak dapat belakang kira. Tak dapat, nak buat macam mana kan? Nasiblah. Kalau dapat, Alhamdulillah. 

Dengan En BF, pun aku tak suka nak meminta. Even aku selalu cakap nak rumah sebijik, kereta dua bijik, tapi itu cakap aje. Bukan minta. Kalau aku nak, aku usaha sendiri. 

Risau jugak kalau En BF salah faham, tapi aku rasa dia memahami. Apa yang aku sebut depan dia tu, hanya untuk berkongsi impian. InsyaAllah aku cuba tunaikan impian aku. Itu pun kalau boleh. Berangan tak salah kan? 

Lagi? 

Dah malas nak tulis. Nanti tulis lagi. :)

.........................................................................

: En BF, sayang awak :)

Saturday, October 8, 2011

Aku mood buruk!

Mood hari ni tak baik. Actually sepanjang minggu ni mood tak baik. Kena marah dengan bos, kena tuduh dengan bos, balik rumah dengan masalah kat rumah, pastu malam ni ingat boleh cakap dengan En BF, boleh nak hilangkan segala mood tak baik tu, tapi tak. Mood En BF pun kreko, sampai aku pun kena tempias. Nak buat lawak pun tak boleh.

Mood tak baik aku berlaga dengan mood tak baik dia, jadi api terus. Memang aku terasa sangat malam ni, tapi aku boleh buat apa? Merajuk, marah, semua tu takkan dilayan En BF. Menangis? En BF tak bagi menangis sebab benda remeh. 

Tapi, perempuan tetap perempuan. Tak bagi menangis, tahan lah macam mana pun, kalau empangan dah pecah, tak adanya nak cepat berhenti. 

Lately ni, selalu menangis sorang-sorang. Nak bagitahu En BF, nanti takut dia cakap aku cengeng. So, sendiri-sendiri menangis, sendiri-sendiri pujuk. Tak manja okay!

Parents? Hm, banyak lagi masalah dalam rumah ni mak ayah kena selesaikan. 

Itu yang nak telefon cakap dengan En BF tu, at least ada yang boleh dengar aku merepek bagai. At least, aku rasa bahagia, tapi salah time pulak. Memang padan muka aku lah. 

Okay, air mata macam tak mau berhenti pulak. Dah tak nampak tulisan. Okay okay, selamat malam. 

..............................................................

: En BF, saya sayang awak lebih dari yang awak rasa. 


Wednesday, October 5, 2011

Aku hampir-hampir langgar orang naik motorsikal tadik !!

Huh, hampir melanggar. Tapi, aku rasa bukan salah aku. Ada ke patut memotong dekat corner? Boleh macam tuh? Ada cikgu driving school ajar ke, memotong mesti dekat CORNER?

Tak ada kan? So bukan salah aku. Tadi, aku mengelak sikit je dari dia takut tersentuh. Kalau tak, selamat dia masuk dalam parit kat sebelah tadi. And masa mengelak tu, mujur tak ada kereta kat jalan sebelah sana. Kalau tak, aku yang boleh mampos kat situ tadi. Kurang hajar sangat kenapa tah.

Agak-agak la nak memotong. Even kecik comei aje motor tuh, tapi janganlah sampai menempah kubur. Aku pun taknak fobia bawak kereta. Nak memotong pun, tunggu jalan stret. Ha, pecut la sampai tercabut meter pun tak apa. Aku tak kisah. 

Ai, semalam kelmarin membebel dekat pemandu lori, hari ni penunggang motosikal pulak buat hal. Sabar aje lah. 

.

Before balik tadi, around 5 o'clock, got a call from UiTM Arau, from Mr David S.Levin. Bukan sebab aku buat salah dengan universiti ye kawan-kawan, tapi ini sebab Mr David ni nak datang melawat next two weeks. Beliau nak tengok report, tapi report aku mana siap lagi. Adehh. 

Mesej En BF cakap tak pandai buat report, pastu dia cakap

: Blogging tahu, buat report tak tahu pulak.

Hu hu hu. Diam aje lah ye. Bila En BF nak start membebel, kite harus diam. Kalau tak nanti, nak dengar siapa membebel. 

..............................................................

: Sayang kamu ketat-ketat :)

Tuesday, October 4, 2011

Kita bila nak dapat pulak? :p

Bila berFB, memang akan selalu tengok budak ni! Budak ni adalah anak kepada pasangan suami isteri Azam dan Ieda. Aish, nak publish gambar dia, but I need permission from the parents lah.

Okeyh, dah dapat permission. 5 minit aku tunggu. He he he. 



Walaupun tak pernah jumpa si kecit ni, tapi I know one day mesti akan jumpa jugak. Tak ada masa la sekarang. Kalau pergi Ipoh tu, jauh. So, nak kena plan betul-betul. Plus, aku sendirik tak tahu Ipoh tu macam mana ha. 

Okeyh, nanti dah boleh cakap panggil auntie Mummy Tsya tau! He he he. 

Tengok gambar baby je mesti mengeluh dekat En BF. 

: B, member sayang dah bersalin. :)

: Wow, kita bila nak dapat pulak? 

Okeyh, dua-dua diam. Ha ha ha. 

Even aku ni garang macam rimau adik aku yang 6 tahun tu kata, tapi perasaan untuk ada anak sendiri tu tetap meluap-luap, membuak-buak. Walaupun tak kahwin lagi. Semalam tengok berita, rasa terkejut seorang ibu memcampak bayi dari tingkat dua pangsapuri. Gila apa. Sampai hati. Segarang-garang aku macam rimau pun, tapi aku takkan sampai hati cederakan seorang bayi. 

Hm, serius nak anak sendiri. Tapi kena kahwin dulu, baru lah boleh dapat anak. Kalau dapat anak before kahwin, aish, pelik dah tu, kecuali anak angkat lah. 

.

Semalam kelmarin dulu, ada belek-belek post-post lama Cik INTAN. Suka jugak menempek lama-lama kat blog tuh. Baru tahu boipren Cik Intan tuh, pelaut rupanya. Owh, jadik kita sama la. En BF kite pun pelaut jugak he he he. 

Tanya En BF, kot-kot la dia kenal, tapi tak kenal. Sebab diorang company lain-lain. 

..................................................................

: Rindu :)

Lori gelong :p

Arini nak cakap pasal lori. Lori besar besar besar besar punya. Bukan sebab suka, tapi tak suka. Bukan tak suka lori, tak suka orang yang bawak lori. Huh. 

Aku tahu aku punya lesen P aje, tapi jangan nak mengusik sangat lah. Kadang-kadang aku rasa orang-orang yang bawak lori ni (sesetengah) bodoh nak mampus. Menyelit-nyelit. Kau ingat kau bawak keta kancil ke hape? Aku memang sakit hati gila kalau tengok pemandu lori tak berhemah macam ni. Menyampah gila. Dah la besar, gabak, lagi nak nyelit-nyelit bagai. 

Lepas tu, kalau dekat penunggang motosikal, suka bunyi hon yang kuat nak mampus tu. Gila. Tercabut jantung aku, kau ada nak ganti? Kalau ada yang jatuh sebab dengar kau punya hon, kau ada nak tolong sambut? Tak ada pun kan? Gila. 

Aku pun tak faham dengan sesetengah pemandu lori ni. Suka hon orang dekat tarffic light. tak boleh lambat sikit, ada aje yang kena hon. Bodoh betol. 

...................................................................

: En BF keluar dengan En Habib. :)


Saturday, October 1, 2011

Bunga :)

: B, member office sayang dapat bunga. Birthday dia hari ni. BF die bagi. So sweet la.

: Aiseyman, sayang nak bunga jugak ke?

Ha ha ha. Aku tahu En BF mesti tengah buat muka time ni. Elok pulak dia baru bangun tidur. 

Hari ni, tak sangka birthday one of my officemate. Dia sendiri pun lupa hari ni birthday dia rasanya. Yang paling best bila dia dapat bunga dari boyfriend dia. Sweet rasa. Satu hari ni muka bahagia je berseri-seri mengalahkan bunga yang dia dapat tu.

Tapi, bukan boyfriend dia hantar, orang kedai bunga yang hantar.

: Morning, bunga ini untuk KY Tan.

: Untuk siapa?

: KY Tan. Ini tulis KY Tan.

: Ya meyh? Bagi tengok. Ada kad?

Penghantar bunga hulur resit,

: Owh, Maggie Lau. Bukan KY Tan. 

Pelik jugak kalau bagi KY Tan. Itu nama bos. Takda pasal orang dah bagi bunga dekat bos ye dok? Laki pulak tu. Lainlah kalau perempuan. 

Aku tengok dari jauh aje. Pastu dah habis kerja, pergi pegang bunga tuh, rupanya, bunga betul. Ingatkan bunga plastik. Sabar je lah. Its 'two lips'. Sangat cantik bungkusan dia. Malam ni confirm dapat hadiah lain lagi.

Tapi, okaylah bagi orang yang pandai hargai bunga. Aku pulak, mungkin salah seorang yang tak pandai nak hargai bunga. Well, tak pernah dapat, so cant say apa-apa la. Ha ha.

..............................................................

: En BF, rindu awak. :)

Penangan En BF :)

Semalam kelmarin (bahasa apa ni), aku nak online. Macam biasa la, before online kena make sure En BF dah balik rumah, and duk online jugak. I mean on Yahoo Messenger. Sekarang malam-malam selalu YM aje. Senang. 

Lepas tu, aku ni, punya la duk dengar lagu AHMAD dekat aku punya blog tu, sampai password untuk YM salah. Aku cuba banyak kali jugak, tapi still macam tu. Bila aku fikir-fikir apa yang aku tekan tadi, baru aku perasan, aku gi taip AHMADHUZAIR. Huh, memang kalau cuba sampai tahun depan pun tak akan boleh log in YM tu. 

Sabar je lah. Macam mana boleh tak perasan. Ha ha ha. En BF cakap aku gelong. Ha ha ha. Gelong sebab ingatkan awak lah, tahu? :)

.....................................................................

: I miss you :) . Bila lah yer.