Followers

Sunday, February 27, 2011

Ada orang..

Ada orang ajak aku bercinta. 
Orang yang aku tak pernah kenal langsung.
Gila.

Sakit putus cinta belum habis, nak tambah satu lagi masalah?
No, dah serik. 
Sangat serik sampai rasa nak jadi tak normal.

Ada orang yang aku sedang tunggu.
Tapi, dia dah pergi jauh dari aku.
Tak ada jodoh mungkin.

Minta DIA berikan yang terbaik buat diri.
Minta DIA lakarkan cinta yang terindah buat diri. 
Minta DIA memberi keberkatan dalam cinta itu.

Cakap pada diri sendiri
Apa yang terjadi ada hikmah.
Kenapa aku ditemukan dengan lelaki itu pasti ada sebab.
Kenapa aku jatuh sayang pada orang itu, pasti ada juga sebab.

Kecewa itu perasaan yang normal.
Walaupun sakit, mesti kena rasa.


Ya, berbalik pada yang mula-mula.
Dia ajak aku bercinta.
Aku cakap NO, serik.
Dia macam kecewa.

Pada fikiran aku, biar lah dia kecewa sekarang. 
Sementara perasaan sayang tu tak bercambah-cambah, meluah-luah.
Kalau dah bercambah lagi lah susah.

Pada fikiran aku sekarang, aku cuma nakkan perubahan pada diri aku. 
Nak jadi lebih baik.
Azam diri sendiri. 
Dah lama dah nak berubah. 
Dah cuba dah sikit-sikit.
Tapi takdalah sampai nak pakai tudung purdah-purdah or labuh-labuh.
Tapi, satu hari nanti tak tawu lah kan.

Owh, dah lari topik.
He he he.

Nak cakap pasal orang tu, yang ajak aku kapel.
Tapi melalut sampai ke lain.
Takpelah. 
Sampai sini je lah.

Letih.
Baru balik dari camping.
Ini kita cerita hari lain okeh??
He he he.




p/s: Assignment tak siap lagik....uuwwaaaa




Tuesday, February 22, 2011

A Contest..

Well, a contest. Yea, Im gonna talk about this contest. For people who wearing shawl, who likes wearing shawl, you are suggested to enter this contest. Contest ni dari AnggunKlasik. Yang jual shawl secara online and ada jugak kedai actually.

Ha ha ha. And for your information, aku pun masuk jugak. Konon segak habis nak hantar borang sume. Anyway, diorang dah accept pun form aku. Ha ha ha. And my pic pon dah diupload for the contest. He he he. Kalau nak ikut sape cantik baru boleh hantar borang or join contest-contest macam ni, memang aku tak de peluang lah. Tapi disebabkan aku ni sangat positive, confident diri tu comel, so tak menjadi masalah. Ha ha ha. Why not kan?? Show them who are you. Lantaklah menang ke tak ke. Belakang kira cuz itu bukan kerja kita. He he he.

Okay okay okay. Back to the main topic. Contest ni perlukan orang yang memakai shawl sahaja. SHAWL SAHAJA. Faham? Tak boleh selain shawl. And not limited kepada shawl yang dibeli dari mereka (Anggun Klasik). Boleh pakai dari mana-mana pon asalkan benda tuh SHAWL lilit-lilit kepala tengkuk semua tu. And, borang perlu di submit before 28th February ni. Ini pun aku baru tahu. Aku pun baru join okay.

And apa lagi ya? Ha, gambar yang hendak disubmit mesti clean and clear. Maksudnya gambar tu jelas-jelas tunjuk kau pakai shawl. Ha, ikut link ni. Sila click. Cepat!!!

He he he. Chiow.



p/s: Ha ha ha. Aku memang sangat confident!! 

Monday, February 21, 2011

I hate you!!!





I hate you because you make me miss you. I do miss you a lot. I really want you to be by my side. I know one day, you akan pergi jugak dari hidup I, tapi buat masa ni, I nak you ada di sisi I. Takkan you tak boleh nak faham semua tu?? 






Sunday, February 20, 2011

We at D' Kontena...


Just some pictures edited by me and Farah Ain


From left:  Marina, Yati, Paah, Tsya, Aida, Nad

Menarik. 



Smily faces. 


Owh. Ini bila bosan tunggu makanan tak sampai-sampai.


photogediks everywhere. He he he.



Hurm??



Love this!!!















Okay Nadia. Do not 'kemek-kemek' ur nose like this nemore. He he he.


Actually, this was our first time makan at D'Kontena. Those yang tak tahu where the place is, ha, ni nak cakap, cafe ni terletak di sebelah C'Mart (mall untuk orang-orang Arau), he he he. So, for semua yang datang Arau and tak tahu nak makan kat mana, korang boleh makan dekat sini. Ada western and ada tradisional jugak. Sambal belacan kaw punye. 

Hurm. Aku promote kedai ni, but aku lupa theres no pictures of the kedai. He he he. Sorry lah. Btw, takdelah macam havoc sangat dia punya hiasan tu, just okay je untuk makan-makan. Hurm, but I dont care sangat pasal design-design, janji makanan tu boleh lalu anak tekak and sodap, its okay. Ha ha ha. Makanan sini sedap tau. 

Saturday, February 19, 2011

Suatu Pagi...

Di pagi yang sangat sejuk, nyaman and best....

Mak: Kakak hang tak bangun lagi ka Fifi?
Fifi: Dak lagi mak.

Mak diam, sambil teruskan kerja.

Fifi: Mak....
Mak: Apa dia?..
Fifi: Kakak tu nak jadi apa eyh mak? Macam mana dia nak kahwin nanti eyh mak?
Mak: Awat pulak?
Fifi: Ha la. Bangun lambat. Esok kalau kahwin laki dia tak makan pagi la. Tidoq tak mau bangun pagi.

Mak ketawa.

Kurang asam punya adik. Hish, sibuk sungguh.




p/s: bukan selalu membuta sampai ke tengahhari..

Tuesday, February 15, 2011

Hama Di Hujung Bulu Ketiak..

Tajuk tiada kena mengena dengan entry. Cuma kata-kata dari kawan aku saja.

Petang tadi, wif the housemates and kawan-kawan housemates, kami pergi main bola jaring dekat UiTM punya court. Actually aku tak pandai main bola jaring. Sangat-sangat tidak pandai. And apa-apa jenis bola pon aku tak pandai main. Yang aku tahu main cuma permainan yang guna bola kecik-kecik saja. Contoh macam tenis, pingpong pon bolehlah, or badminton. Ini je kot yang aku tahu main. Yang bola besar, aku cuma minat dengan volley ball or dalam bahasa Melayu, bola tampar. Yang lain semua fail. I am not the type yang boleh pegang bola. Bola tak nak melekat dekat tangan aku. Pegang sekejap je dah jatuh.

Sudah lebih 10 tahun aku tak main bola jaring. Masa darjah 6 dulu, pernah main sekali je. Masa tu pun main sebab cikgu suruh main kalau tak kau tak lulus exam PJK. And sekarang ni, kali kedua main bola jaring. Masa dekat MRSM dulu pun tak main bola jaring. Main bola tampar secara bodo-bodo dengan member-member je. Hurm, I prefer bola disepak-sepak dari dipeluk-peluk. Huh. Sangat tidak suka, okay!!!

And bila dah tua bangka macam ni baru nak cuba-cuba main bola jaring, memang susahlah. Tangan tak lekat pegang bola, baling bola tak kuat, nak shoot bola tak reti. Hurm, so kije aku tadi cuma gelak-gelak, lari-lari, tepis-tepis. Enough!! Lepas ni, tak nak main dah. Fullstop.





p/s: Bola yang satu direbut-rebut. Hurm penat tau.

Monday, February 14, 2011

If you don't sayang me, don't call me sayang..

If you sayang me, then you can call me sayang. Okay?


Huh, memang agaknya dah biasa bagi beberapa orang and sesetengah lelaki yang gemar memanggil perempuan dengan panggilan 'sayang' or honey or sweetheart. Even tiada apa-apa hubungan. Aku sangat tidak suka bila orang yang saja-saja nak panggil aku 'sayang' padahal dia tu tak kenal pun aku siapa, mana aku tinggal, siapa mak ayah aku, and tentang aku lah. Just kenal dalam dua tiga jam tapi mulut tu dah berbuih panggil sayang. Hey, gila ke? Aku ni nampak macam desperate sangat ke nak korang panggil aku camtu??

I can accept if orang yang panggil aku sayang tuh, my friends, my family, my boyfriend (for this time being, tiada boyfriend), future husband ke or sesiapa yang memang kenal aku and rapat dengan aku. Sebab aku pun takkan gunakan perkataan 'sayang' tu untuk orang-orang yang aku tak kenal, tak tahu asal usul bagai. 

Aku memang always cakap dekat lelaki-lelaki yang guna perkataan 'sayang', jangan panggil aku camtuh if dalam hati kau takde aku. Sayang kat mulut je buat apa. Aku tak nak. And aku tak desperate. Okay?? Faham??

Kadang-kadang kita akan dapat satu call dari orang-orang yang kita tak kenal. Bila kita jawab phone call, the person yang call tu akan dapat tau kite perempuan or lelaki. Then, if kite perempuan, dia akan keep calling us. Dan, memang menyampah because lepas tu, akan panggil kite 'sayang'. Hey, go to hell lah with your 'sayang' penipu tu. Dia tak tahu pun bentuk muka kite macam mana. Kenal suara je. And bila dah jumpe, if kite ni tak menepati ciri-ciri dia nak, mulalah, perkataan 'sayang' yang mula-mula guna tu, hilang. Panggil kau aku pulak. Bodoh!!

For me, kalau nak panggil macam tu., you should have some perasaan sayang towards the person. Sebagai adik, kakak, or abang angkat ke, sebagai kekasih ke, or sebagai kawan ke. Kawan rapat la. Bukan kawan biasa. 

If you don't sayang me, don't call me sayang. Faham??


Owh.. cuma untuk hiasan..








p/s: bukan lelaki je, perempuan pun ade yang sukati-sukati guna perkataan ni.

Boleh kalo nak cakap "aku mengantuk"?

Semalam aku tidor pukul 4 pagi. Kemudian mentang-mentang hari ni hari Ahad, aku lajak tidor sampai pukul 11 pagi. Kemudian duk golek-golek atas tilam tak berapa nak empuk tu, lama-lama sampai pukul 12 tengah hari, baru lah bangun. Okay, jangan salah faham ye. Subuh tidak solat kerana dapat cuti. He he he. 

Lepas tu, after makan, aku buat lah kija umah aku yang sangat-sangat sikit and senang tu. Buat tapi tak leh concentrate, mata asyik nak pejam ja. Sangat mengantuk okay!! Bantal pulak kat sebelah. Memang terus letak kepala. Tidur sampai pukul 7 mlm. Budak-budak rumah pulak pergi main bola jaring tak balik-balik lagi masa tu.  Melampau gila kan tidur???

And sekarang, actually dari tadi lagi dah mengantuk ha. Boleh, kalau aku nak tidor sekarang?? Ha ha ha. 

Gudnyte!!!

Sunday, February 13, 2011

WEDDING KAK AMY..

Ini pada 20th November last year , tapi baru nak post tahun ni. Erk, tak lambat kan? Tak pe kan? He he he.


Ini masa hari akad nikah. See. The pengantin is so loklaq. He he he.



Hantaran from the gurl. From us lah. Hasil kerja tangan the pengantin herself and my mom and my cousins from mother's side. Yang kahwin ni from my father's side. 


Ha ha ha. This is the Kak La. One of my cousin from mother's side.


Okay. Interframe adelah wajib. Gedik-gedik dengan pengantin perempuan adalah perlu. Heh.


Shasha. From father's side. 


Erk? Shasha's sister, Akma or Laili. Senang cite nama dia Laili Akma. He he he.


Look at the baby first. He's cute kan? Die sangat baik dengan kami semua. Tak menangis even so many tangan nak dukung dia. So sweet of him. We love him. Nama dia, oopss, lupa!!. He he he. The gurl in green is Yanti, Akma and Shasha's sister. 

Conclusion, they are my cousins from father's side. He he he. Ini je taw gadis-gadis from father's side include adik pengantin and seorang lagi girl, kecik lagi named Diela. Only us. He he he.


Masa ni gedik nak makan icecream. Bila beli, takmau makan pulak sebab malu semua orang yang datang kenduri tengok budak besar umur 20 taun makan icecream depan all the keciks. He he he. So, dengan terpaksa aku kasi icecream aku at my youngest brother. 


Bilik pengantin on kenduri day. My mom set up this bilik, and actually ada dua side. Yang ni side first.


Kakak Amy.


Adik pengantin perempuan which means cousins aku. Mastura.


Makan time. Well, pengantin makan agak gelojoh. Lapar nye pasal. He he he.


Ni pixca dekat rumah lelaki. The next day after kenduri at pengantin perempuan punya rumah. 


Suppose pixca ni di atas pixca di atas. Okay? Paham? He he he. Sebab ni pixca before pergi rumah lelaki.


Ha ha ha. Menggedik lagi. Sibuk nak bergambar dengan pengantin padahal dah beratus pixca aku dgn pengantin. He he he. 


Dari kiri: Mak aku, Abg Amer, Kak Amy, and Maksu Suzila. 


Ha, habes. Penat aku susun gambar ni. Ikut flow majlis. Ni lah majlis kahwin yang first dari ayah aku punye side. Sikit je anak-anak dari sebelah ayah aku compared to my mother, memang tak leh lawan lah. Yang gurl just ada 7 orang. Minus yang dah kahwin ni sorang, tinggal lagi 6 orang. He he he. 






p/s: I'm the second eldest gadis dalam 7 orang tuh. Ha ha ha. 

Saturday, February 12, 2011

WEDDING NAYAH...


Hantaran from the bride's side. Look not so santik, but okaylah dari diorang tak bagi langsung. He he he. Nak demand, baut sendiri okay!



Owh, ini time makan beradab. The guy in the red shirt yang setting up the table, ya lah, dia pun kerja yang macam-macam ni, so, he know lah nak set up table macam mana.


My toksu, kena paksa duduk semeja with the pengantin. Puny la kami letak sudu, toksu still guna tangan untuk makan. He he he. Comei la toksu.


Pixca syok sendiri adalah wajib. Ini adalah tradisi kami anak-anak dara menenggek dekat pelamin pengantin untuk sesi gedik-gedik. Ha ha ha.


Okay, another pixca of us.


Pengantin at the meja makan lagi. Owh pengantin lelaki lil bit malu, but pengantin perempuan macam tak control langsung. Dunia sudah terbalik. Ha ha ha.


When the bersanding session. Hurm, gambar not so clear, almaklumlah pakai enpon murah camni, risiko gambar tidak clear adalah tinggi.


This is our beloved tokwan pakteh. Panjang sungguh nak panggil. Kalau tokteh je kan senang. He he he.


Ha ha ha. One more pixca gedik. With my sepupu-sepupu, and the gurl in red is my niece. Owh, muda-muda I dah ada niece. And actually yang paling tua sekali umur 18 tahun kot. He he he.


Okay, meja pengantin yang konon ala-ala hotel, but not so hotel because buat simple-simple je. Hasil kerja the lelaki in red tadi, and also my Mom. 


woot woot....Its me again. Ha ha ha. Blog aku, mestila banyak pic aku. He he he.


The pelamin created and sponsored by my makcik Nah, and her eldest son. Sekarang dah bukak bridal shop dah. Just untuk set pelamin and the meja makan and bilik tidur. Baju, kalao kau nak, pergi cari kat butik. Not provided. He he he.


Actually, all the pictures here tak arranged betol-betol. Aku just upload and terus letak je. Soo lazy of me nak susun-susun balik. He he he.




p/s: bila pulak giliran aku? 

Friday, February 11, 2011

Apakah itu kawan??

To BOY, 

Kawan ada macam-macam jenis dik. Ada yang bagi kebaikan, ada yang bagi keburukan, ada jugak yang tak bagi apa-apa effect langsung. Semata-mata kawan aja. 

For me, kawan ada beberapa jenis. 

Satu, kawan kelas. Ya lah, kawan dengan dia masa dia kat kelas je, sebab lepas tu dia balik rumah dia, kita balik rumah kita, esok pegi sekolah/kelas baru jumpa balik. 

Dua, kawan kat rumah. Kawan ni jenis yang kita jumpa bila dekat rumah je, sebab masa kat sekolah/kelas, dia tak ada sebab dia tak sama sekolah/kelas dengan kita. 

Tiga, kawan biasa. Ini jenis kawan-kawan yang kita kenal biasa-biasa saja. Kawan biasa ni lebih kurang sama je dengan kawan kelas and kawan kat rumah. He he he.

Empat, kawan masa senang. Kawan jenis ni melambak dalam dunia. Kawan yang sentiasa ada masa kita senang-senang je. Kawan-kawan macam ni mulut diorang memang manis macam makan gula. Bab-bab bodek memang terror. 

Lima, kawan masa susah. Ha, ini boleh dikategori kawan baik, kawan rapat, and sahabat.Sebab, hanya kawan-kawan yang baik sahaja yang akan sentiasa bagi support dekat kita kalau kita sedang kesusahan. And semestinya masa kita happy pun, dia ada untuk sama-sama gembira dengan kita. 

Setakat ni, baru lima jenis kawan ni yang akak discover sepanjang akak hidup di muka Bumi ni. 

And, untuk awak, akak kategorikan awak dalam kawan no lima dalam list kawan baik. 

Tapi, akak bukan kawan awak kan?? Sebab awak cakap kawan awak cuma empat orang. Sampai hati. Kalau akak bukan kawan, habis tu apa??


Mr Azam and Mrs Azam happy family






Looking at their face now, memang penuh dengan kegembiraan. With their newborn baby boy, menambahkan lagi kegembiraan yang sedia ada. I do miss them a lot. Especially the mother, Ieda. We are bestfriend since form 4 till now ( I think so), kan Ieda kan? 

And...

Zaman kecik-kecik dulu, kena rotan pun sama-sama. Ha ha ha. But now, she'd been a mother. A mother to a hero named Ahmad Faris Fahmi bin Ahmad Azam. And I, still single mingle lagi. 

By the way, her husband is also my bestfriend. We went to the same school, Ieda sekali lah. Kiranya diorang ni bercinta zaman sekolah, and kahwin when masing-masing umur 21 tahun and dapat baby end of last year. Betul hujung tahun kalau tak silap 30th December 2010. Hurm siapa yang cakap bercinta zaman sekolah tak kan ke mana?? See, diorang sampai beranak pinak ha. He he he. 

Bila dah jadi mother ni, perangai dia pun dah jadi laen, ye lah, dah jadi mak orang dah takde sangat perangai gila-gila macam aku dah ha. Talking to her sekarang ni, rasa macam aku ni masih umur 13 tahun and dia 23 tahun. Ha ha ha. The way of thinking dah berubah agaknya, and so do the hormon. Dia hormon mak-mak and aku hormon muda belia lagi. He he he. 

Ape-ape pun moga-moga dapat jadi IBU and AYAH yang baik buat si kecil ni. Wish you happy family till the end. Love ya..




masa jadi raja sehari...


before perut meletup.. masa ni baru 6 bulan lebih..


their lil cute adorable baby...hehe...


p/s: Auntie Teesya sayang Faris...hehe

Thursday, February 10, 2011

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?

Marilah kite sama-sama memahamkan article ni, and mengucapkan salam dengan penuh...just for sharing...



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??






Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)




baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.



Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



 Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”




Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.




Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.




* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”




Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya

Monday, February 7, 2011

Single, lelaki dalam mimpi, dan gadis itu..

Ha ha ha. Aku jadik single lagi sekali. Mengikut saranan dari Mr. B****. Haruslah berkahwin kalau hendak bercinta dalam erti kata sebenar. Punya lah lama Mr. B**** ni duk berdakwah dekat aku (melalui FB), baru sekarang nak ikut saranan beliau. He he he. 

Being single for this time, langsung tak ada rasa apa-apa pun. Dulu bagi effect yang teruk atas diri aku, but now, tak effect pon. Mahu say sorry kepada si dia. Aku tahu kau sayang aku, tapi better break off lah demi kebaikan bersama. Kalau dijodohkan, tak akan ke mana. Betul tak?? Jodoh kita kan dah ditetapkan sebelum kita ke dunia lagi, jadi setiap orang tuh mesti ada jodohnya. Lambat atau cepat sahaja. Kalau kita dapat yang kurang elok, itu dugaan buat kita. Kalau dapat yang baik, Alhamdulillah. Kalau dah dikata jodoh dari Allah SWT, memang tak boleh nak ditolak lah, kan kan kan??? Baik atau buruk terima seadanya. 

Cakap-cakap pasal jodoh ni, few days ago, masa cuti Chinese New Year ( Happy CNY kepada yang menyambut), aku ada satu mimpi. Dalam mimpi tu, aku sudah bersuami. Maknanya dah kahwin lah kan. Perasaan aku dalam mimpi tuh sangat bahagia, and aku tahu aku sangat suka and sayang lelaki tu, yang kononnya 'husband' aku. Tapi, aku tak tahu muka dia macam mana, samar-samar je, yang aku tahu cuma gerak geri dia, cara dia senyum, memang buat aku senang. Suara dia?? Tak bercakap pun dengan aku. Senyum ja. Mimpi yang tak pelik ni, dah banyak kali aku mimpi. Walaupun situasi yang lain-lain, tapi orangnya still sama. Perwatakan still sama. Tak berubah. Setiap tahun mesti ada dua tiga kali mimpi 'dia'. Wujud atau pun tak 'dia' di dunia nyata, entah lah. Orang cakap, mimpi itu mainan tidur. Kalau nak di'compare'kan dengan 'kawan lelaki' yang aku duk berkawan selama ni, tak seorang pun macam 'dia'. Ha ha ha. Kalaulah boleh masuk dalam dunia mimpi. Memang bahagia sungguh. Bolehlah tanya siapa dia, mana tinggal, no fon ke, kan?? Tak lah tertanya lagi. He he he. 

Ha, tadi masa keluar pintu pagar rumah ni, nak pergi kelas, I saw someone, yang exactly like orang-yang-bagi-aku-sakit-hati-sangat-semester-lepas-yang-effect-teruk-gila-dekat-aku lalu depan rumah aku dengan motor dia. Maybe budak tu baru balik kelas. She looked at me and smile. And me too, buat benda yang sama. And my feeling, tak rasa geram pun, tapi rasa happy sangat bila nampak muka dia, then baru terfikir, "hey, dia tu kan yang ambil BF kau dulu, yang kau happy sangat apasal".  Ha ha ha. Sudah hilang perasaan geram and marah seiring dengan hilangnya 'cinta' aku pada cinta lama. Setakat ingat aje, tak memberi maksud apa-apa. 

Hurm...too many cerita in one entry kan?? Actually ada lagi nak cerita, but in other post. And takkan tulis sekarang because nak gi wat kija laen. He he he. 






p/s: kalaulah lelaki di dalam mimpi itu benar-benar wujud..