Followers

Tuesday, May 14, 2013

....

Terjaga dari tidur yang aku kira tak berapa nak lena. Termenung sekejap. Memikirkan mimpi yang mengacau tidur malam tadi.

Dia. Dia lagi. Sekarang kerap betul aku mimpikan dia. Ya Allah. Dia sudah jadi suami orang. Kenapa aku still mimpikan suami orang tu.

Dan dengan otomatiknya, aku teringat kisah-kisah dulu.

Ternyata dia tak pernah terhapus dari ingatan aku. Buat awak dan isteri, semoga berbahagia. Aku harap aku takkan mimpikan dia lagi.

Pergi jauh-jauh. Jangan pernah muncul di hadapan aku lagi. 

Friday, May 10, 2013

Assalamualaikum.

Malam-malam sunyi macam ni terganggu dengan bunyi Wechat. Tahu kan Wechat tu apa? Salah satu aplikasi terbaru untuk pengguna telefon pintar.

Ha ha ha. Teknologi memang sangat berkembang sekarang kan? Serata dunia. Sampaikan budak umur 5 tahun pun pandai nak guna smartphone.

Contohnya anak saudara aku. Pandai sungguh. Tak tahu la macam mana boleh pandai guna. Sama jugak macam adik aku. Pandai guna smartphone, tab bagai lagi. Dilahirkan di zaman milenium memang itu la gayanya kot.

Berbanding kita dulu yang handphone pun tak kenal. Dapat pegang Nokia 3310 pun dah cukup seronok. Itu sepuluh tahun dulu la. Punya la cepat teknologi sekarang.

Ha ha. Ini saja nak test handphobe sebenarnya. Hi hi.

Ok bye.

Selamat malam.

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13

Assalamualaikum.

Sudah beberapa hari berlalu. Pilihanraya ke-13 sudah pun diketahui keputusannya. Sini nak kongsi pengalaman pertama kali aku sebagai seorang pengundi.

Menjelang PRU-13.

Malam sebelum hari yang ditunggu-tunggu, sempat aku dan family melihat-lihat sekitar bandar Sungai Petani. Meriah. Mengalahkan Hari Raya. Dan malam tu aku terasa Sungai Petani terlalu ramai orang. Sebelum ni biasa-biasa saja. Tak terlalu ramai, tak terlalu sikit. Malam tu, dah jadi macam pesta.

Parti-parti pula, sibuk berkempen. Perarakan itu dah menjadi rutin harian bila menjelang PRU. Ada ynag guna motor, ada yang guna kereta. tak kurang yang naik lori. Berkempen untuk parti masing-masing. Dan berkempen untuk parti masing-masing tak menjadi satu kesalahn berat, asalkan mengikut syarat yang dah ditetapkan. Cuma yang terkilan nya, bila melihat budak-budak dipergunakan semasa berkempen.

Budak yang belum cukup umur untuk mengundi pun. Sepatutnya mana boleh macam ni. Kalau sesuatu terjadi, budak-budak ni yang akan dipersalahkan. Parti mana, itu aku tak mahu cakap apa-apa. Komen aku cuma, seharusnya mereka yang bertanding, atau mereka yang menguruskan soal kempen, harus lebih peka. Peka terhadap sekeliling. Aku cakap macam ni sebab melibatkan golongan yang tak tahu apa itu politik, dalam perarakan mereka. Sebab adik aku yang umur 18 tu, jahil politik ni, ikut berarak sekali. Heyh. Come on la. Jangan dibuat macam ni lagi. Budak-budak yang tak layak mengundi ini, jangan dilibatkan sekali. Jadi apa-apa susah. Parents nak kena jawab.

Hari kejadian.

Excited melampau sebab 1st time ni nak mengundi. Bangun awal-awal pagi. Pukul 9 pagi dah dalam barisan dah. Tunggu giliran. Kira tak excited sangat la kan, sebab lambat jugak. Sebelum aku dah ramai. Lagi excited ha. Dalam duk menunggu tu, sempat jugak menjeling-menjeling. Owh. Tikam Batu ada jugak orang-orang handsome ye. Ha ha ha. Selama ni tak nampak pun. Mana hilang agaknya. Owh ye. Aku mengundi untuk Dun Pantai Merdeka.

Habis mengundi sekitar jam 10.15 pagi. Kemudian balik rumah, siap-siap terus balik kampung. Nak melihat-lihat kemeriahan pengundi-pengundi di sana. Balik kampung adalah salah satu perkara yang aku suka. Happy bila balik kampung. Sedara sepupu sepapat ramai balik untuk mengundi. So, faham-faham la. Sangat bising okay. Biru jari masing-masing. Tapi diorang punya jari macam pakai inai ha. Aku pulak calit sikit je kat atas kuku tu.

Malam pulak excited nak dengar keputusan. Balik KL malam tu jugak jam 9 malam. Dalam kereta siap nak dengar Nasional fm okay. Tak pernah aku dengar, malam tu catat sejarah.

Selepas pilihanraya.

Barisan Nasional menang lagi. 

Untuk ini, banyak komen-komen dari kawan-kawan yang aku dengar. Baik buruk semua ada. 

Aku, tak mau komen apa-apa. Ini bergantung pada setiap individu. Pendapat masing-masing berbeza. Cuma yang pasal undi dari Bangladeshi, itu aku agak terkejut jugak la. Memang mengamuk orang-orang Malaysia.

Tapi, aku ada terbaca satu post dalam FB, dari seorang pemuda Bangladesh yang aku kira dia menetap dan bekerja di Malaysia. Luahan hati dia perlu jugak diambil kira. Sebab kita semua manusia. Dan antara Bangladeshi yang masuk negara kita ni, ada yang beragama Islam. Orang yang mempergunakan mereka-mereka ni memang perangai bangsat. Ada akal tapi guna lutut untuk berfikir. Ini saja komen aku. 

Pasal parti mana-mana yang masih lagi bertelagah tu, cukuplah. Berhenti lah. Melayu sama Melayu yang bertelagah. Malu. Malu pada bangsa lain. Kalau nak bertelagah jugak, jangan di depan orang lain, jangan di depan kaum lain. Malu sikit.


Selesai. 

Ok bye. 

Friday, May 3, 2013

PRU 13 :)

Assalamualaikum. 

Hye hye hye. Hari ni Jumaat. 3 May 2013. Dua hari lagi nak mengundi. Excited habis, sebab ini first time mengundi. 

Telefon Mak dua hari lepas, buat soalan bodoh tanya Mak. Nak kena undi yang mana eh? Owh. Mengundi pun nak kena tanya Mak ke? Bercinta tak reti tanya Mak dulu pun kan? :P. Tapi serius, aku keliru nak memilih pemimpin. Yang benar adil tak salah gunakan kuasa. Mak cakap pilih parti bukan orang yang mewakili parti. Mak cakap buat pilihan dengan hati sendiri. Bukan ikut cakap orang. Mak cakap pilih yang rasa layak nak memegang tampuk kepimpinan negara. PAS, PKR, DAP, BN atau apa parti sekalipun, pilihlah. Semua terletak di tangan sendiri. Jangan terpengaruh dengan orang. 

Tapi yang sedihnya, aku baru je beberapa hari lepas google siapa calon-calon pilihanraya. Hik hik hik. Nampak tak? Nampak tak yang aku ni tak ambil tahu perkembangan semasa langsung? Even hari penamaan calon pun, aku tak tengok siapa calon-calonnya. Harus kena lempang tak? Harus kan? 

Menjelang pilihanraya tahun ni, terasa macam pesta. Tambah-tambah tempat aku tinggal sekarang ni. Lembah Pantai. Situ memang gamat sentiasa. Penuh dengan penyokong-penyokong BN dan PKR tu ha. Malam-malam penuh motor-motor pergi berkempen. Tak pakai helmet pulak tu. Memang kebal kepala masing-masing. Sibuk berkempen, sampai lupa peraturan jalan raya. Kalau accident, kempen kemana kepala kemana. Kan dah susah nanti. 

Aku sebenarnya tertanya-tanya apa kelebihan Lembah Pantai. Kalau Putrajaya aku tahu lah kenapa nak berebut sangat. Maklumlah. Jahil sikit pasal politik negara. Balik nanti kena berguru dengan Mak. 

Ok bye. 




p/s: Dah pukul 6 lebih. Jom sambung kerja lepas tu balik. Mengundi. :P