Followers

Saturday, October 30, 2010

Mimpi sama lagi.............

Untuk semester ni, sepanjang aku ada kat Arau ni, aku selalu mimpi benda yang sama...before ni, aku rasa cam aku ada post pasal benda ni, tapi tak sure if aku dah delete or what entry tuh...

Aku mimpi pasal ULAR lagi......weyh, seyes menakutkan kowt...macam takde binatang lain aku nak mimpi...its always ULAR....macam-macam color.....but, ular-ular tu yang selalu datang lam mimpi aku tuh, macam-macam jenis....entahlah ular jenis ape kan...tapi banyak lah..and scary tau mimpi ular...sebab setiap kali aku mimpi, aku kena lari dari ular tu.....sebab geli kat ular tuh...

Latest, aku mimpi ular color kuning kehijauan..and agak besar jugak la..even aku tak pegang die and die tak datang dekat aku....sumpah aku boleh jerit dalam tidur if that snake came near me...luckily its not...huhuhu...tapi bukan satu ekor...ada dua ekor which is yang satu lagi tu sebok membelit my fren...entah kawan aku yang mana tak tawu lah..and the other one yang kuning tadi tu just staring at me but didn't came near me...

Pernah dulu aku bagitahu mak aku..and mak aku cakap hati-hati lah..sebab mungkin ada orang yang tengah dengki nan aku and nak buat something dekat aku...tapi till now, theres nothing happened...tapi aku tetap ingat la pesan mak aku tuh...

OR maybe semua tuh, cuma mimpi..well orang cakap mimpi mainan tidur and tak payah nak fikir sangat..but, if just mainan tidur kenapa nak banyak kali mimpi binatang yang sama....why not lembu?? kuda?? kambing?? kucing?? or any animals....sangat tak suka bila kena mimpi ular....takut......

Friday, October 29, 2010

Behave okay !!!!

Masa pergi withdraw duit kat Bank Islam and Maybank, dalam masa dah nak balik tu, ade sorang makcik ni tolak motor belakang motor aku...and then dia boleh langgar aku punya motor and say nothing....wah, tak boleh blah sebab buat muka kat aku......dia langgar aku and dia buat muka...entah pape...at least say sorry and smile..takde lah aku nak ngamok...luckily aku punya motor tu tak calar or plat nombor tercabut or what..kalau tercabut makcik memang nak kena...

Hello, behave lah...makcik dah tua kot...and you should know how to behave..kalau sebab tak hormat orang yang lebih tua tadi, memang la aku jadi manusia berdosa....nasib baik aku masih ingat adab melayu.....bila makcik buat muka taik, aku senyum ja...okay takpa...lain kali akan ada balasan lain kat makcik...

Haishhh....bukan nak mengamuk apa, cuma even kau dah tua, tak payah la nak tunjuk muka berlagak bagai...tolong lah....

BEHAVE OKAY!!!!!!!!

Thursday, October 28, 2010

Allah swt Maha Adil.............

Ramai gila yang cakap kat aku macam ni....ye, aku tahu Allah swt memang maha adil maha kaya maha pengasih maha penyayang....tak cakap pun tahu...orang yang bukan Islam pun tahu...

Tapi, bila bab-bab keadilan nie cuba disentuh oleh seseorang yang lain cara hidup yang tidak ikut cara hiduo yang digariskan dalam Al-Quran...dia berbicara mengenai keadilan..

Keadilan Allah swt.....dia cakap Allah swt maha adil...memang tepat sekali, tidak sia-sia kecik-kecik dia belajar kat sekolah agama...

Yang terlintas dalam otak aku ni adalah keadilan dia dan juga kita terhadap bumi Allah ni...and keadilan kita terhadap orang-orang lain, keadilan kita terhadap semua makhluk dan keadilan kita kepada Allah swt....

Bila cakap pasal keadilan nie, kita nak orang adil dengan kita...tapi cuba fikir kita adil tak dengan orang lain??Patutnya bila kita nak orang adil dengan kita, kita patut adil dengan orang tu jugak kan??

Kes ini sama lah dengan adil kita terhadap Tuhan kita.....Allah memang maha Adil...sape buat salah kena hukum....di akhirat...tapi sekarang di dunia lagi Allah dh tunjuk....tapi bila Allah dah tunjuk keadilan Dia, ade lagi manusia-manusia jahil ni nak cakap Allah itu tak adil.....ape lah nak jadi....korang buat jahat, mesti la kena hukum...adil lah tu kan?? Betol??? Adil kan???

Bila buat baik, Allah balas kebaikan kat kita....bagi ganjaran pahala kat kita...doa kita dimakbulkan...ini tidak, sibuk cakap pasal Allah maha Adil...tapi kita sendiri pown tak adil pada Tuhan kita...contohnya, solat lima waktu....kena la cukupkan...baru lah adil...barulah Allah bagi pahala....lagi contoh, buat amal jariah....tapi amal jariah kita mesti la kena seiring dengan segala yang wajib laen....ni, bila yang wajib tak buat tetiba amal jariah merata ceruk ada nama dia....ape kes tuh??? Bila kena timpa bala, lagi tak nak pikir pasal semua salah dosa yang dah buat tuh...duk salahkan takdir pulak....

Aishhhh...tak faham sungguh....lagi satu psal orang yang nak cakap pasal keadilan nie dekat aku, cuba tengok korang adil tak kat diri sendiri?? and kat orang laen...entah pape je....cermin dulu okay....

Tuesday, October 26, 2010

benci bila takde MOOD nak study....

Sangat benci bila buka buku tapi taktau nak mula dari mana...Benci bila dah mula mata ada setan gayut-gayut suh pegi tido...Benci bila baca teori tapi tak boleh nak faham.....

Mood pegi mana??

Bila takde mood nak buat study semua, tangan mula gatal nak menulis kat blog ni....yep, inilah caranya aku lepas bengang...on laptop cari blog...tulis merapu meraban...tapi mood tak mai mai jugak....aish....dah paksa diri satu pagi......yang boleh hadam cuma dua soalan.....dua soalan pendek aje....haish......tak de kesan langsung kalo nak jawab paper esok-esok nie....

Okay dah....nak pegi tengok tv lah....tak sedar diri lusa dah ade paper akaun yang killer tahap apa tah tu still lagi nak pergi menonton tv...huhu

Life Quotes....

While google-ing the best sayings/quotes, I found this..


At Age of 4 success is not peeingin your pants.
At age of 12 success is having friends.
At age of 16 success is having a driving license.
At age of 20 success is having sex.
At age of 35 success is having money.
At age of 50 success is having money.
At age of 60 success is having sex.
At age of 70 success is having a driver license.
At age of 75 is having friends.
At age of 80 success is not peeing in your pants..



Hidup macam roda...bila dah tua, kita akan lalui balik benda yang sama.....hehe......



p/s: just thinking what will I be years from now....

Monday, October 25, 2010

Solat Hajat...

Last night, aku solat Isya' lewat..dalam pukul 12.45 malam..memang lewat sangat...alpa dengan hal dunia, hal akhirat dilupakan..moga diampunkan Allah swt...lepas solat, teringat nak buat solat hajat...maklumlah hari ni nak jawab soalan final yang first...tapi, hati rasa macam tak tahu nak buat..lupa macam mana mendirikan solat hajat...

Duduk atas tikar sejadah, lama.........berfikir......yang aku tahu surah yang perlu dibaca...yang selalu dibaca...tapi rakaat 1 atau 2, tak tahu mana nak kena baca...rasa berdosa sangat sebab bila nak exam, baru aku fikir nak buat solat hajat....yang aku faham namanya hajat iaitu meminta jadi memang haruslah dibuat pada waktu nak final nie kan?? 

Aku teruskan juga solat hajat sebagaimana yang pernah aku lakukan dulu..sebagaimana yang aku ingat...dah cukup 2 rakaat...dah selesai solat...aku berdoa moga solat itu diterima...

Habis je solat, cepat-cepat aku mesej kawan aku..nak telefon mak, confirm-confirm mak dah tido..jam 1 pagi dah...hurm kmudian aku tanya kawan aku macam mana buat solat hajat yang betul, yang mengikut tertib...rupanya solat aku salah...yang harus dibaca rakaat 1 aku baca di rakaat 2...begitulah sebaliknya...

Inilah padah bila nak exam baru nak buat solat hajat....

Terasa sangat yang diri sendiri ni sebenarnya cetek ilmu agama...lebih banyak ilmu dunia tetapi ilmu agama kurang...sedih..takpe, akan aku baiki....INSYAALLAH......

Friday, October 22, 2010

Aku perlukan seseorang..........................

Dugaan kepada aku datang bertimpa....aku masih kuat lagi ke?? Aku tahu Allah swt sayangkan aku...kerana itu DIA turunkan ujian demi ujian kepada aku...setakat ini aku mampu menanggung..tapi bagaimana pula nanti?? Apa lagi yang mampu aku lakukan sekiranya semuanya terbongkar?? Apa yang akan aku jawab sekiranya semua itu terbongkar??? Aku masih menanti apa lagi dugaan-dugaan yang akan aku terima.......

Semua itu bermain dalam otak fikiran aku hari-hari.....

Aku ingin berubah...tapi iman ku senpis kulit bawang...yang mudah ragu-ragu dengan apa yang ingin aku lakukan....dan aku perlukan seseorang untuk membantu aku menangani segala macam dugaan dunia...

Ya, orang akan cakap berdoa kepada Allah swt, semoga dipermudahkan...aku berdoa....tetapi aku memerlukan juga seseorang untuk membimbingku mencari jalan kebahagiaan...kebahagiaan yang abadi...

Aku tidak kuat untuk melangkah sendiri...Ya, aku punya keluarga, tapi aku malu menyatakn pada mereka, apa sebenar yang terjadi....aku punya kawan, aku malu juga menceritakan kisah yang berlaku, cuma kepada Allah tempat aku mengadu...tetapi dalam mencari keredhaan Allah, aku perlukan sesuatu..seseorang yang boleh aku percaya, yang boleh membimbing aku...


Thursday, October 21, 2010

surat untuk "future husband" and "future wife"...haha

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

....................................................................


saya tulis surat ni bkn sbb mengada-ngada tp juz nak awak tau yang inilah kehendak stiap wanita yg mungkin awak x taw... sbb awak kan lelaki... so,, u bismillah dlu sblm baca..

So, dear my future hubby...

Saya x pandai sgt nak speaking klu setakat skipping 2 blh la... saya x taw dr dunia mana awak dtg tp saya thu satu hari nanti awak akan saya temui sbg husband saya... dan pada hari kita bertemu saya harap sgt awk dpt terima saya seadanya sbgmana awk nak sy trima awk seadanya... lagipon saya tahu saya comei.. awak sy x taw la... hahahaha

saya harap bila saya tgk facebook awak nanti, awak x letak pic awak byk ngan pompuan2 seksi walaupon awak ckp awk x suka perempuan yg seksi... biasa la, ckp mulut lain, ckp ati lain kan... ehemmm... lgpon laki kan suka klu perempuan seksi dtg bergambar ngan diaorg sbb kononnya laku la kan... sbb suma perempuan nak bergambar ngan dia kan...padahal perempuan2 tu dah x jmpa laki lain nak tgkp gmbr pon... 

seterusnya,,, laki ni ibarat kit kat taw... bila bukak nmpk mcm susah nak patahkan padahal kepak skit ja dah patah... mcm 2 la jgk lelaki kan...bila kena goda ja sng sgt nak goyah imannya... padahal nak isteri yg beramal dan beriman... sdgkan imam awak 2 mampu ka awak pertahankan... saya harap sgt awk bkn cm kit kat taw...  

Lagi pun, kalau awak nak taw... x da perempuan dalam dunia ni nak kahwin dgn lelaki  yg konon ckp suci padahal x suci pon... kata x nak perempuan yg seksi tapi awak jaga x aurat awk?? sbb setahu saya laki pon ada aurat jgk kan... 

My future husband,

saya tak tahu pasal masa depan saya. saya pon x nak awk duit byk sbb klu duit awk byk nnti awak cakap awk mampu utk berkahwin lbih pd satu... saya bkn x nak bermadu dan saya bkn x nak payung emas tp saya cuma x nak awk disoal kat akhirat nnti sbb sy taw awk x mmpu nak berlaku adil pd suma isteri2 awk kan.... caring x saya?? sweet kan...

saya pon bkn x nak berhenti keja, tp saya pikirkan ttg gaji yg awk dpt... ckup x utk kita sekeluarga... ms akan dtg msti kita ada baby kan... sbb 2 sy pkir ttg ms akan dtg... forward thinking kan saya ni... perempuan mmg cmni... suka pkir utk ms akan dtg... takat nak buat mnum2 awk 2 pas blik keja ja saya watkan ek... sy x la kejam sgt... sbb sy taw klu sy x watkan nnti awk nak tmbh lg 1... setia sgt awk kan... 

Hmm. awak taw tak... saya pon x nak laki yg lembut sgt... sbb klu awk lembut sapa nak protect saya nnti... sbb sy ni lemah lembut skit... mak sy ckp dgn suami perempuan kena lemah lembut skit... klu x nnti dia carik yang lain... lgpon klu saya kasar nnti sllu sy gduh ngan awk... x psl2 masuk neraka saya nnti... isteri mithali kan sy... untung awk taw...  

My future husband,

awak taw tak... setahu saya kan memasak ni keja suami taw... awk tanya la mana2 ustazah @ ustaz sekalipun ttg tanggungjawab suami ka isteri memasak 2... saya berani jamin tu tanggungjwb suami... tanggungjwb isteri hanya layan suami dan jg anak ja... tapi kalau awk x reti memasak jgn isaw sbb saya x kan crik suami yang lain... saya masak la kat awk... tp brg2 awk la yg belikan ek... sbb awk jgk yg nak saya taw memasak kan... klu x nak crik yg lain kata awk... x phm btui sy... ckp syg tp keja nak crik yg len ja... lembut lidah manis madah btui la awk ni... ehemmm...

Actually, klu awk masak sekali sekala kat saya pon apa salahnya... sy x mintak pon awk msak hari2 tp stakat sebln skli ka kan... apa slhnya nak rs air tangan suami... mengeratkan lg hbgn suami isteri taw.. sdgkan nabi pon tlg isteri dia masak taw... awk pon msti nak ikut sunnah nabi kan... sbb klu hal nak kawin lbih pd 1 awk ckp nak ikut sunnah nabi... x kan bab nak msak x nak ikut kan... awk saya x mintak pon awk msk mcm kat hotel 5 star 2.. stkt saya blh telan dh la ek... 

saya harap awk blh jg diri awk sebelum kita bertemu... kalau blh, x yah kapel lgsg.. tp kalau kapel pon jgn la lbih2... maklum la.. awk kan laki... nnti ckp x thn nafsu plak... sbb bila awk dating akan ada org ketiga yg akan suh awk wat lbih pd 2... klu rs2 cm 2 ja awk byk la mengucap n zikir ek... awak snri cakap kan laki ni x leh caya... bkn saya... 

Akhir kata dari saya, bila kita kahwin nanti, saya masak, awk makan.. awk masak saya makan.. awak imam saya makmun.. awk bc doa saya aminkan... saya merajuk awk pjuk... awk merajuk awk tdo luar la ek.. hehehe... sweet kan... jadi, awk kena la cari saya... x kan saya nak cri awk plak... nnti kata perigi cari timba plak kan.. x manis org pndg... awk pon msti x nak sy dikebas org lain kan... awk cri taw... 



p/s: kali nie entry yg sgt pnjang...almaklumlah....surat dari lelaki kepada pihak perempuan..dan juga dari perempuan kepada lelaki.....intipati nya menarik juga.....

Wednesday, October 20, 2010

Kiblat..........

Kejadian nie terjadi pada awal bulan 7....awal sem dulu...masa tu mak and ayah aku datang temankan aku kat Arau ni...sebab budak rumah aku semua balik...

Dipendekkan cerita, petang tu baru kami sampai rumah sewa aku after keluar jalan-jalan...ayah aku nak solat Asar...pastu menghala ke arah kiblat yang laen dari kami selalu arah...aku pun nak pergi lah betulkan, kemudian ayah aku cakap kiblat beliau dah betul.......habis kiblat kami ke yang salah???...aku pon argue lah kan...kenapa pulak salah...

"Teesya, kiblat kita menghala ke arah matahari jatuh. Tapi bukan tepat-tepat arah matahari jatuh..kena serong kiri sikit..",

Owh...macam tu ke...cetek sungguh pemahamam aku tentang kiblat....terdiam aku, kelu tanpa kata...cuma merenung ke arah ayah yang sedang solat...

Aku tanya emak, kenapa mak tak bagitahu sebelum nie..mak cakap mak tak perasan arah matahari jatuh.. betul jugak sebab selama ni aku yang membentangkan sejadah kat mak aku and ayah aku pulak solat di masjid Arau tuh...jadi macam mana mak aku nak perasan...

Hurm...nasib baik lah mak ayah aku datang rumah tido sini...kalau tidak sampai bila pun kami akan salah kiblat....teruk tu...entah diterima ataupun tak ibadah kami...moga-moga diterima....

Tuan rumah sewa ni lah yang tunjukkan kiblat tu...aish, makcik tawu tak..makcik dah salah kiblat tuh?? hurm.....

Tuesday, October 19, 2010

regarding to the last post.....

I've been so confused...keep thinking the same thing all the night..tak tahu lah kenapa soal halal haram ni mula penuh dalam otak fikiran aku...dan aku rasa aku cuba menidakkan yang halal dan mengiyakan yang haram...sangat teruk rasanya...

Semalam tak boleh tido, and bila sudah bangun, hati, minda, masih memikirkan perkara semalam..perkara yang buat aku runsing sangat..perkara yang simple tapi dirumitkan oleh akal aku sendiri...pemikiran aku.....owh....kompleks sungguh rasa....soalan matematik tambahan lebih mudah...hahaha...

Tengah mandi pun boleh fikir....masa basuh baju, masa jemur baju, berfikir jugak...otak tak relax langsung...

Entry before ni, yang aku cakap kenapa tak boleh bercinta tu, apa salahnya...rupanya banyak yang salah...kalau niat kita betul pon, ia tetap tak menghalalkan cara..haram tetap haram...terima kasih kepada yang mengingatkan...membetulkan pemahaman aku yang terpesong...

And aku bercerita kat teman sebilik, bagitau dia apa yang aku baru tahu...and buat dia pun berfikir semalaman macam aku, sampai tak boleh tido...bila mangun tido pun still berfikir benda yang sama....

And ada seorang daripada kawan aku cakap, niat kita baek, tak apa kapel....ringan aja mulut ni nak menjawab, niat tidak menghalalkan cara..tapi kerana tidak ingin menimbulkan rasa tidak senang hati kawan, aku diamkan..sebab aku juga masih dalam couple...masih confuse...masih mencari jalan pulang...ada kesedaran cuma jalannya aku masih mencari...dari mana harus aku mula?? aku tak dapat nak fikir...

.......................................................................

Hahaha...nak masuk bab lain jap....semalam aku nampak seorang lelaki...and hati aku terdetik...and aku cakap aku nak kahwin dengan dia...tak tahu kenapa...tapi memang benda tu terlintas dalam hati aku....padahal budak lelaki tu aku tak kenal pon....cuma sekali-sekala ternampak di dalam kampus uitm ni...macam mana hati aku boleh terdetik nak berkahwin dengan dia...nak menikah dengan dia....

Moga-moga aku mendapat hidayah Allah swt......




Monday, October 18, 2010

kalo tak kahwin apa guna nak bercinta lagi??

Soalan pedas dari seorang sahabat yang memang prihatin...terima kasih...

Ye, aku tahu maksud kahwin, maksud bercinta dari perspektif kau...aku memang bercinta...bercinta yang kau cakap tak mengikut syarak tu...bercinta yang dari tulisan kau, buat aku rasa berdosa tu...

Bukan tak nak kahwin, tapi orang yang bercinta tak semestinya berkahwin kan?? Semua tu jodoh dari DIA kan??

Memang aku cakap aku tak fikir nak kahwin dengan dia, and dia pun tak fikir dengan nak kahwin dengan aku...tapi , mana kita tahu apa yang akan jadi masa depan...kau akan cakap aku berdosa ke kalau aku sayangkan dia? and kau akan cakap dia berdosa ke kalau dia sayangkan aku? sebab kami tak bernikah? Sebab kami bercinta?

Hurm.......sila bagi nasihat kau........

Kalo kapel, tak beerti kena kawen kan??

Perbualan di YM..........

Aku : Kau nak kawen? Bila?
Ali : Tahun depan nak tunang. Hujung tahun baru kahwin. 3/12/2012.
Aku : Kenapa tak kahwin terus? Korang dah kenal lama kan? 
Ali : A ah. 5 tahun. 

Hurm......kalau menurut fikiran aku lah kan, bila dah bercinta lama kenapa masih nak bertunang..Pertunangan tu adalah proses mengenali antara satu sama lain..tapi ni dah bercinta memang lama gila still nak tunang lagi...tunang tak menghalalkan apa pun kan...cuma mengikat dan untuk suai kenal lelaki dan perempuan yang nak kawen. So, bagi aku if da bercinta lama tu, tak payahlah nak tunang lagi....terus aja kawen...betul tak?

Ali : Kau pulak? Kau macam mana dengan balak comel kau tuh?
Aku : Entah. Aku tak pikir pun aku kawen dengan dia. Aku tak dapat nak fikir pon yang kami akan kahwin.
Ali : Kenapa?
Aku : Tak tahu la. Even aku pernah cakap yang dia kena kahwin dengan aku, tapi aku tak percaya pun yang dia akan kahwin dengan aku. Aku dah tak percaya laki sangat sekarang. Setakat kapel, tak beerti kena kawen kan??

Yang ini pulak soal kepercayaan...Yup, aku mengaku yang sekarang ni even aku banyak cakap pasal nak kahwin, tapi dalam hati kecil aku, dalam otak aku ni tak terfikir pon nak kahwin dengan BF aku yang sekarang ni..lagipun aku tahu dia pon tak terfikir nak kahwin dengan aku...kalau ade jodoh, ade lah kan...kalo takde tunggu je lah jodoh dari ALLAH...

Bab percaya dekat lelaki...buat masa sekarang kalau sebagai kawan aku percaya..tapi kalau melibatkan cintan cintun, susah banyak...aku memang kapel tapi bukan sampai tahap nak ajak kahwin ke apa..and aku tawu yang BF aku tu pun pikir macam aku...

Sebut pasal kahwin bagai ni, OMG, bila pergi kenduri kahwin, and the makcik-makcik, bila nampak aku, mulalah buat soalan bangang kat mak aku.."bila nak dapat menantu nie"....hello, tak yah nak sibuk bila mak aku nak dapat menantu...please lah....bagi aku hidup sendiri puas-puas dulu, kemudian nanti baru pikir...



Sunday, October 17, 2010

really not me......

For three days I cant sleep well...I cant sleep at twelve or one....I'll always sleep at four...and today it happened again...just don't know why...

This semester, its gonna last in three more weeks..I'll be sitting for the final papers by next week...but I'd do nothing...I didn't prepare for anything...for any subject...I'm wasting my time on facebook-ing, blogging, and so on...I'm updating my blog almost everyday...compared to last time...there are something inside me....that make me became sooo sooo sooo lazy....and I just can't handle it nemore....

I wanna study hard...I want to show him that I'll be good, I'll be okay in what Im doing...but I think I cant make it...

I'm sad....I dont know why I turn into this stupid girl...This is not Nur Lateesya....this is not me....I want my self back..the old one...that always being positive....not negative thinker like now...

God, help me..................................................

Thursday, October 14, 2010

Selesai sudah.....tapi....

Selesai sudah semua tugasan aku...kecuali, LAW 485...assingment yang paling last....yang aku belm sentuh satu apa pun..padahal kena submit hari isnin nanti before 12 noon....

Owh..sangat malas nak buat sebab kena tulis tangan...handwriting...minimum pages are 3 pages...maximum will be 5 pages....owh, malasnye nak buat..haha

Wake up early in the morning just to finish the assignment,...Ya Allah...sudah letih...malam-malam pun buat, tapi ape yang buatnye tak tawu lah.......too much time spend on the facebook-ing...hehehe......

Saya kuar kejap ye..................

Okay, dah balik...tadi pergi KFC jap....makan....hehe......back to the story....

Bangun pagi-pagi, bukak lappy, assignment depan mata.....gosok gigi pon tak dah...ngadap lappy, edit assignment, tak siap-siap jugak...padahal nak hantar petang...

Hahaha...pergi kelas tadi petang...lewat....bila dah sampai, kelas pun dah habes....masuk kelas just tandatangan je...tak pelah...at least lam buku kehadiran tu, aku hadir semua kelas...hahaha.......

Assignment kedua terakhir...dah submit tadi....dan yang terakhir....akan di submit hari Isnin nanti...before noon...........

is it true???

Owh............memang McD and KFC tu, kita as a Malaysian tak boleh makan eh??? dari Yahudi eh??? kenapa aku macam baru nak tahu semua nie??? Jap betolkan statement...bukan tak leh makan tapi digalakkan tak makan sebab asalnya Yahudi....

Hurm....my feveret ayam McD and KFC.....

Tuesday, October 12, 2010

When I read my first entry.......

Sangat kebudakan...langsung tak pandai susun ayat...langsung tak pandai nak buat mukadimah...langsung tak reti nak karang...ikut dan apa ada, semua taram je...main letak je dalam blog...hahaha...padahal nak bagi satu malaysia ni baca....

Its really funny...u guys penah ke baca balik ur 1st entry?? kalo tak pernah baca, sila pergi baca...see the difference....boleh tengok kalo ade kemajuan dalam menulis, or takde langsung...

And, as for me, I think I've improve....hahaha......

uuuwwwwwaaaa................

Petang-petang camni, orang duk tidor sedap aje lam bilik, aku bercinta dengan assignment.. tu lah...sape suruh tak nak buat masa weekend aritu.....sebuk dengan movie lah ape lah...padahal dak group datang rumah....mengong kan aku.....ha, sekarang siapkan sorang-sorang...padan muka!!!!!

Sunday, October 10, 2010

Facebook ku kembali.....

Few days ago, aku deactivatekan facebook aku...haha...yes, aku dah post semalam cakap aku deactivate facebook aku beberapa hari lepas kan?? Okay, sekarang dah aktif balik sebab masalah dah tiada...gone...selesai...jadi on balik....haha...agak rindu sam facebook...tapi bosan pulak tengok....untuk game aje lah aku on...and jawab semua notification pastu off....dah...tu je...hehe

promise ku 'patah'

Bangun pagi-pagi tengok-tengok ada 1 miscall kat nombor celcom...oooo....dia yang call.....mata yang layu ni, punya malas nak bukak pagi-pagi terus segaq....segaq tak mau-mau...jadi gila apa aku ni pun...pi duk tekan balik button hijau tu....tapi nasib la dia tu pun tak angkat...hahahahaha

Dah lepas tu baru aku ingat yang aku dah break aku nya promise...ai, promise dengan diri sendiri pulak tu....buat malu ja break promise dengan diri sendiri...hurm...GILA.........tak suka nya rasa macam ni....aduiyai...

Lapaq pulak....pi cari makan dulu nooo.....nanti nak merepek banyak lagi takda tenaga pulak....haha

Saturday, October 9, 2010

Pernah rasa jatuh cinta banyak-banyak kali tak???

Jatuh cinta banyak kali pada orang yang sama...?? Aku pernah.....selalu sangat.....selalu jatuh cinta pada orang yang sama berulang kali...

Dia rasa macam bunga yang nak layu tu, tak layu-layu,...sentiasa kembang je...malah, makin kembang...ha, camtulah yang aku rasa....tapi all these happened all time ago...sekarang ni, I fall in love olnly once..and lepas tu dah tak de rasa jatuh cinta banyak-banyak kali...aku pun pelik.....

Kalau nak ikutkan, everyday aku jatuh cinta....everyday tu macam hati aku kembang...setiap hari adalah hari baru...dan setiap hari adalah hari jatuh cinta....for what he did...for what he said...for what he thought..for every single things he did, I do fall in love...when I looked at him, I'm always nervous....walhal kenal berkurun ha...bila jumpa tetap menggigil...I'm so full of love at that time......sooooo in love....sampaikan tak peduli apa orang sekeliling buat...yang nampak cuma dia seorang...when he hold my hand...when he looked into my eyes....so sweet of him...

Well, its a long time ago...now, Im not with him anymore....haha stupid....kan?? pi ingat dia buat apa....buat sakit otak ja...

Now, Im with the new sweet baby...hahaha....I fall in love with him because he is caring, but hurm....sekarang ni macam dah tak je...hahahaha....tak pelah .....tak kisah...yang penting dia sayang aku lebih dari aku sayang dia...

~LOVE FOREVER~


~sekadar gambar hiasan~

sakit mental

I'm deactivating my Facebook account....~lalalalalallal~...syok jugak weh...dari tengok segala macam benda yang wat sesak kepala otak aku nie, better aku 'bercuti sebentar'........nak mention jugak that's for temporary...haha masih ada hati nak on balik...well, we'll see then....

Yesterday, aku jadi pelakon...percaya tak?? shooting kat KFC..Arau je ha...hello, for those yang baru lagi, or tak tau, ni nak bagitau, di Arau dah ade satu KFC...sila percaya di Arau dah ada KFC...I'm waiting for the pizza hut...agak-agak dorang bukak tak?? Ooopppsss....ade tak yang tak tawu Arau di mana?? PERLIS INDERA KAYANGAN...hahaha....okay dah lari jauh dah...

Actually kan, mental aku agak tak stabil...rasa entah ape2 je....hurm, selalunya yang ade boyfren, yang ade teman tapi mesra, akan cari boyfren and so on untuk luahkan sakit mental depa tu...kan kan kan?? koranmg jangan nak tipu...tapi aku nak cari sape bila mental cam ni?? parents?? hurm takkan bebankan masalah aku di kepala parents aku...

Hurm...pasal laki sorang ni...dia kata fed up dekat aku....wow, aku memang suka sangat...gila punya...dah dua kali kata camtu...aku nak buat macam mana lagi nak bagi puaskan hati dia?? aku cakap benda betol, dia kata tak....hello, aku tak larat la nak layan pangai bodo tak mau pikir hati orang tu...perangai hampa ja aku nak layan, pernagai aku sapa pulak nak layan?? hantu????....

Dari aku tak maki-maki dah la ni, aku rasa macam aku nak maki-maki balik ja...dari kau wat perangai elok la ni, satgio jadi ubah kot laen pulak jangan tanya pasai apa...semua orang satgi kena angin twister aku....ada botfren pon pi cakap fed up dengan aku....boyfren apa tah, bila gurlfren sakit macam ni, lagi nak kata macam tu.....otak letak kt lutut ka apa...??? pikir tak mau habis, kira nak marah ja....kalo camtu bek bunuh ja aku...lagi senang...tak payah kau nak tengok muka aku, tak payah nak dengar aku bercakap, tak payah dengar merajuk aku......kerat-kerat aku, bakar and buang ja lam longkang.....habes!!!!!!!!!!.......

Apa punya orang pun tak tau la.....aku tak mau dah faham dia...nak couple, couple la...cam dia kata, couple je la tak payah nak paam semua....ni satgi kalo tau aku tulis cam ni lam blog, mula nak mengamuk kat aku lagi...tak pa...mengamuk la,...aku nak tadah ja telinga dengar dia berleter......dah biasa dah semua nie...

Friday, October 8, 2010

why me???

Aku kecewa lagi...mereka boleh bahagia kenapa tidak aku..dugaan apa yang diturun kepada aku...cukuplah dugaan besar yang telah jadi pada aku...aku tak sanggup menanggungnya lagi...bukan mahu menyalahkan takdir....tidak sama sekali salahkan qada' dan qadar....tapi, sampai bila hidup aku akan jadi macam ni...aku menaruh harapan kali kedua....buat kedua kalinya juga, aku kecewa...dia yang kuharap mampu memberi sinar, juga mula pergi jauh dari aku....kerana ego aku kah??tak mungkin....tiada ego dalam diri aku rasanya...

Terlalu sakit jika diingat kembali detik-detik aku kecewa...dia hadir memberi semangat tapi akhirnya, dia melakukan yang serupa?? adakah aku yang salah?? kerana terlalu mempercayainya...aku tahu kasih sayang aku pada dia sama seperti yang pernah aku beri pada cinta lama...malah ku rasa lebih...tapi sedikit berjaga-jaga...takut berulang sejarah...dan dalam jaga-jaga itu, aku rasa sejarah mungkin berulang...aku cuma tunggu masa dan kata-kata dari dia...tak apa lah...dah biasa kecewa...boleh handle lah agaknya...

Dalam keadaan macam ni, aku automatically teringat pada exboy..teringat layanan dia pada aku yang tak ada bezanya dari layanan BF aku sekarang ni...aku memang bernasib malang dalam soal cinta...nak kata serik sangat, tidak juga...nak kata tak rasa serik langsung, sumpah tipu...

Mungkin kerana aku tak baik mana??? balasan untuk kekhilafan aku kah??? balasan dunia ke atas aku ke???

Thursday, October 7, 2010

dia meluat????????????????

Dia mula meluat dekat aku....Dia cakap dia meluat dekat aku....Dia cakap aku paksa dia....Dia cakap dia meluat dekat aku...aku masih perlu bertahan ke?? tak pun aku kena angkat kaki pergi jauh-jauh dari hidup dia?? 

Bila seorang lelaki cakap macam tu, ape patut aku buat?? aku dah mula nak tension..aku dah mula nak kuarkan air mata...aku dah mula nak jadi tak betol untuk kali kedua...aku dah cakap dia takkan tahan dengan aku...tapi cakap sanggup tahan...cakap sanggup macam-macam...realitinya, tak sanggup.....

Hurm.........memang orang kata bahagia takkan lama....aku tunggu je lah ape nak jadi...

Dah tu, Im losing one of my fren...so, no more besfren dah after nie...all will be inside me...







stupid things happened make me tired.......



Wednesday, October 6, 2010

theres many i wanna share, but...........







.......................................................................................







kenangan manis seperti gula...

Bila kepala mula pusing, otak mula jadi bengang sebab assigment last minit baru nak siapkan, mulalah nak cari something yang boleh hilangkan beban otak ni ha...salah satu nya tengok gambar-ganbar lama...

So, aku membelek lah gambar-gambar masa di MRSM Gerik dulu ni...zaman yang mana masa tu maresmag baru nak maju...zaman orang kata dahulu kala lagi...tak maju mana...Pekan Gerik tu pun sama..lagilah tak maju...masa zaman aku lah..tahun 2001-2003...

Sekarang ni, bila tengok balik gambar-gambar baru yang budak-budak ni upload kat Facebook rasa rindu yang amat kat sekolah tu...banyak gila perubahan....ya la...7 tahun tak jejak kaki kat sana...banyak lah yang berubah...dari kecik jadi besar...yang mana tak lawa jadi lawa...dulu ni, ada satu kes yang membuat tertubuhnya satu dinding, dah lupa panggil apa, dinding tempat kami semua lepas geram...ni semua sebab kes budak laki conteng dinding toilet lah....cikgu geram last-last buat dinding bagi kami semua yang creative-creative ni buat tempat conteng...tiap-tiap petang, kalau marah bawak pen, marker ka, cat ka pi buat grafiti kat sana....owh, memang creative sungguh...semua ada...dah tu everyweek orang-orang yang berkenaan datang lah cuci dinding tu...letak something untuk hilangkan benda-benda tu...kenangan manis...

Tapi sekarang ni, dah tak camtu dah...tengok gambar, dinding tu bersih je.....dulu rumput-rumput je ha, sekarang dah berbatu, bersimen bagai...lawa dah..macam tempat perhimpunan pagi-pagi before masuk kelas..pastu bangunan pon confirm-confirm dah lawa...surau pon sama...dewan selera tak tau lah macam mana...tak dapat nak agak perubahan....hehe....

Bila ingat balik kenanagn lama-lama camni, rasa macam nak laluinya sekali lagi...dengan orang yang sama, dengan sekolah yang sama, dengan suasana yang sama..

Ada jugak masa-masa takde air...owh...mrsm gerik memang femes dengan tak de air....ade sekali masalah air jadi, budak-budak perempuan mogok tak mau pergi kelas...tapi sebab takot dekat warden semua pergi jugak...dalam keadaan tak mandi...betapa malunya..tapi budak laki tak tawu pown...rahsia tetap rahsia...haha...jadi lepas tu bila sorang bangun mandi and cakap takda air, kami pun jalan la ramai-ramai pergi sekolah pukul 5 6 pagi gi mandi dekat toilet kat sekolah...pagi-pagi sekolah dah meriah yer!!...ada sekali sebab takda air, kena gi mandi kat sungai apa tah..jalan kaki ramai-ramai...haha...comel gila semua orang dengan muka tak mandi...

Bila hujan pulak, sekolah banjir..longkang-longkang full dengan air...budak-budak perempuan kena pakai stokin....jadi masa tu semua tanggal stokin...tapi tetap basah jugak kain masing-masing sebab segan dekat budak laki, takut budak laki nampak kaki...haha poyo gila....well dulu memang diajar malu dan sopan santun yang tinggi...

Kenangan yang sangat manis seperti gula...hehehe....

Sunday, October 3, 2010

workssssss................

Just realize that I have sooo many works to do..assignments, tests, quizzes...OMG....I'm gonna be crazy...nex week will be hectic week for me...with all the projects, yang tak complete lagi and ade yang belum start pun lagi...padahal it will be submit in two weeks time....ohhlalalalalalala.........

Padan muka aku...sape suh tangguh-tangguh.....banyak sungguh setan penghasut..,damn....


alangkah bahagia kalau dapat balik pada umur 5 tahun ni..

pemergian Walid

Aku malam ni baru ja balik ke Arau lagi..setelah 3 hari aku balik kampung kerana kematian salah seorang ahli keluargaku...

Belakangan ini sudah ada dua orang yang kembali kepada penciptanya....aku masih menunggu kalau-kalau masih ada yang akan mengikut jejak langkah mereka....moga-moga apa pun yang terjadi, aku sempat untuk melihat mereka buat kali akhir....cukup terkilan kerana tidak dapat menatap wajah orang yang aku sayangi..tak apa lah...bukan rezeki aku untuk melihat arwah buat kali akhir...semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman...

Masa dengar berita kematian arwah, kepala aku buntu...menangis pun tidak...apa pun tidak...tiada perasaan...seolah mimpi....cuba untuk tidur, tapi tak boleh....pagi esoknya, bertolak balik....balik terus ke kampung....tapi lewat sampai.....tak pa lah....bukan rezeki aku..niat untuk menziarah maklong....

Sebelum bertolak balik ke Sg Petani semalam, sempat maklong berpesan..supaya rajin balik menjenguk...InsyaAllah...kalau tiada apa, aku akan balik...tapi tidak mungkinlah selalu...kadang-kadang cuma...

Baru aku sedar, sepanjang 22 tahun aku hidup di dunia ini, tidak pernah sekalipun aku mendengar ceramahnya...rugi terasa...owh, mungkin bukan rezeki aku untuk belajar ilmu dari arwah...menyesal pun tak guna....lagipun setiap kali aku balik, Walid selalu di luar kawasan..mengajar di tempat laen...sewaktu beliau di kampung, aku pula punya tuntutan lain....tak apa...bukan rezekiku....

Setiba aku di sana, sewaktu hari kematian, hari sudah petang....beransur kurang tapi masih ramai...cuma tak seramai pagi itu....menurut cerita ahli keluargaku, suasana seolah di Makkah....semua kedengaran bergaung...tak seperti di tempat biasa....kalau ikutkan bahasa sekarang orang kata grand lah...murid-murid arwah sahaja sudah beribu..ditambah dengan murid-murid dari pondok laen...membuatkan suasana sangat-sangat sesak...betapa sayangnya mereka kepada tok guru mereka....

Itulah bahagian untuk beliau...dan kita pula?? bagaimana??takut untuk ku fikir...tapi harus difikir...umur makin meningkat petanda ajal sudah dekat............