Followers

Monday, October 18, 2010

Kalo kapel, tak beerti kena kawen kan??

Perbualan di YM..........

Aku : Kau nak kawen? Bila?
Ali : Tahun depan nak tunang. Hujung tahun baru kahwin. 3/12/2012.
Aku : Kenapa tak kahwin terus? Korang dah kenal lama kan? 
Ali : A ah. 5 tahun. 

Hurm......kalau menurut fikiran aku lah kan, bila dah bercinta lama kenapa masih nak bertunang..Pertunangan tu adalah proses mengenali antara satu sama lain..tapi ni dah bercinta memang lama gila still nak tunang lagi...tunang tak menghalalkan apa pun kan...cuma mengikat dan untuk suai kenal lelaki dan perempuan yang nak kawen. So, bagi aku if da bercinta lama tu, tak payahlah nak tunang lagi....terus aja kawen...betul tak?

Ali : Kau pulak? Kau macam mana dengan balak comel kau tuh?
Aku : Entah. Aku tak pikir pun aku kawen dengan dia. Aku tak dapat nak fikir pon yang kami akan kahwin.
Ali : Kenapa?
Aku : Tak tahu la. Even aku pernah cakap yang dia kena kahwin dengan aku, tapi aku tak percaya pun yang dia akan kahwin dengan aku. Aku dah tak percaya laki sangat sekarang. Setakat kapel, tak beerti kena kawen kan??

Yang ini pulak soal kepercayaan...Yup, aku mengaku yang sekarang ni even aku banyak cakap pasal nak kahwin, tapi dalam hati kecil aku, dalam otak aku ni tak terfikir pon nak kahwin dengan BF aku yang sekarang ni..lagipun aku tahu dia pon tak terfikir nak kahwin dengan aku...kalau ade jodoh, ade lah kan...kalo takde tunggu je lah jodoh dari ALLAH...

Bab percaya dekat lelaki...buat masa sekarang kalau sebagai kawan aku percaya..tapi kalau melibatkan cintan cintun, susah banyak...aku memang kapel tapi bukan sampai tahap nak ajak kahwin ke apa..and aku tawu yang BF aku tu pun pikir macam aku...

Sebut pasal kahwin bagai ni, OMG, bila pergi kenduri kahwin, and the makcik-makcik, bila nampak aku, mulalah buat soalan bangang kat mak aku.."bila nak dapat menantu nie"....hello, tak yah nak sibuk bila mak aku nak dapat menantu...please lah....bagi aku hidup sendiri puas-puas dulu, kemudian nanti baru pikir...



2 comments:

Bijen M. said...

Kalau tak berkahwin apa guna nak bercinta lagi?

TSYA'Z (~_^) said...

mesti berkahwin ke??? bergantung pada jodoh jugak kann