Followers

Thursday, December 13, 2012

Aku marah. Tak yah baca kalau taknak.

Assalamualaikum.

Okey. Malaysia kalah. Mak cakap Thailand pakai bomoh. Ha ha ha. Dah nak kalah. Nak buat macam mana. Adat pertandingan. Macam aku yang kalah merebut cinta. Hik hik hik. Okey. Abaikan. 

Sekarang ni sebenarnya niat asal nak memarah memaki hamun seorang hamba Allah ni. Haih. Geram sungguh rasa. 

Sebelum ni, sebelum aku putus cinta lagi, ada seorang lelaki yang kononnya dah jatuh cinta dekat aku, suka dekat aku, ajak aku kahwin. Kahwin okey. Menikah. Memang terkejut tahap dewa la. Dengan tak pernah jumpa nya, cuma contact guna FB dan SKYPE dan PHONE. Ye, aku memang ada nombor handphone dia. Tapi jarang-jarang contact. Memang terkejut la bila dia cakap dia nak nikah dengan aku. 

Okey. Terus terang aku memang tak ada masalah dengan dia. Baik je dia tu. Dari cara dia berborak dengan aku. Aku suka dia. Tapi aku tak boleh terima dia lebih dari seorang kawan. Sayang. Memang sayang, tapi ada limit. Sayang sebagai seorang kawan. Sebab kenal dah lama. Bertahun. Waktu aku reject, aku cakap kat dia yang aku dan dia hanya kawan. Aku tak boleh nak terima dia, sebab dia kawan aku. Salah ke jawapan aku? Tapi aku kena marah pulak, sampai sanggup dia cakap aku ni punca dia takut nak berkawan dengan perempuan. Takut nanti dia dia suka perempuan tu and perempuan tu reject dia. 

Hello. What the hell lah kan? Aku cakap aku tak boleh nak terima lebih dari seorang kawan, dan dia kawan aku. Kalau jadi apa-apa kat hubungan tu hubungan kawan tu akan putus. Kan? Lagi satu alasan, dia bukan warganegara Malaysia. 

Yes. He is not Malaysian. He came from Yaman. Study kat sini and terus kerja kat sini. Aku tak nak kalau aku kahwin dengan dia, aku kena ikut dia balik negara dia. Aku tak nak. Aku nak duduk sini. 

Sebelum aku buat keputusan, aku tanya mak aku dulu. Macam mana kalau bukan Malaysian nak kahwin dengan aku? Mak aku tak setuju. Yang ini dia tak tahu. Aku ingat nak jaga hati dia dari tahu jawapan mak aku ni. Tapi, aku macam tersalah agak. Bila aku bagi jawapan aku sendiri, keadaan jadi worse. Bertambah-tambah. Sekarang dah tak contact langsung. Dia taknak aku contact dia langsung. 

Aku ke yang salah? Aku salah ke kalau aku reject orang?? Besar kesalahan aku tu??? Aku dah habis fikir dah. Macam-macam masalah. Ada tak dia fikir masalah aku yang bertimbun ni, berbanding dengan masalah aku reject dia? 

Aku pun kena reject jugak. Even aku yang putuskan hubungan cinta aku dengan En BuahHati. Dari luaran memang nampak aku yang nak berpisah. Tapi, orang tak tahu apa yang jadi. Aku yang tanggung sorang-sorang. Aku yang tanggung semua rasa tu sorang-sorang.

Dan aku rasa satu lagi silap aku, bila aku mengadu pada orang yang salah. Bukan mengadu. Lebih pada bercerita. Aku tak mengadu la pasal masalah cinta aku yang terbantut tengah jalan tu. Aku cerita pasal orang yang nak kahwin dengan aku. Dengan reason-reason aku menolak jugak. Boleh pulak dia nak blame aku. Dia pun bukan tahu full story. Lagi nak perli aku dekat status-status di FB tu. 

Weyh. Pergi mampus la. Aku memang rasa nak memaki orang. Aku ingat benda tu lama-lama dia takkan cakap lagi dah. Tak perli lagi dah. Ini tak. Mulut macam longkang. Aku cakap baik-baik. Dia tuduh aku macam-macam. Orang macam ni memang patut la kalau aku lawan balik pun. Sendiri punya diri pun tak terjaga, lagi nak sibuk hal aku. Suruh aku fikir hati orang yang aku reject tu. Hati aku, ada kau fikir? Tak ada pun. Aku hidup mati makan minum, tak ada fikir pun. tapi sibuk suruh aku fikir hati perasaan orang yang aku reject tu. 

Weyh. Normal weyh benda tu. Bengong. 

......................................................................................

: Memang marah sangat-sangat. 

Bukan penganggur

Assalamualaikum.

Aku dah bekerja. Hoyeah. Tapi teruk. Ha ha ha. Complain bagai. Kenyataannya memang teruk pun. Bangun jam 5.30 pagi, mandi, siap-siap for Subuh prayer, then 6.15 pagi memecut ke hospital. 

Yes. Aku kerja kat hospital. Jadi, doktor bersalin. Ha ha ha. Okey. Tipu. Budak akaun buat apa jadi doktor pulak kan? Aku kerja kat sebelah wad mayat. Wat mayat kat bawah, aku kat atas. :P. Suka nak membelit cerita kan. Aku mula kerja dah 4 hari dah. Penat tak payah nak cakap la. Memang penat gila la. Nak kena buat macam-macam benda. Alhamdulillah. Dalam tempoh 4 hari, aku boleh dikatakan agak cepat buat kerja. Ceh. Berlagak. Pegang pisau pun terkial-kial. Potong jari-jari ha. Huuuu.

Ha, dapat agak tak kerja apa? Hi hi hi. 

Cashier cum kitchen helper. Letih woi buat kerja ni. Pagi-pagi Subuh, orang tak bangun lagi, aku dah terpacak di kafeteria tu. Kalau pagi macam ni, kerja aku kitchen helper la. Segala mak nenek aku kena potong. Potong dengan cepat dan cantik. Supaya orang makan sayur segala nenek bagai tu, tak tercekik. Mati pulak bos aku kena saman. :P. Untuk penyediaan semua tu pun, ambil masa dari jam 6.30 pagi sampai 11 pagi. Itu pun belum tentu semua siap. Selalu business operate jam 11.30 pagi. Ha, pukul 11 pagi tu, apron aku campak ke tepi, and pergi ke kaunter la aku. Cashier pulak. 

Tadi sebut pasal bos kan? Baik bos aku ni. Short duit pun tak marah. Cakap slow je. Baik je. Siap bahasakan diri tu abang, and panggil kami yang bawah-bawah dia tu adik. Padahal dia tua setahun je dari aku. Pun bahasakan diri abang jugak dengan aku. Jem. Mulut aku kebas terus nak sebut 'ABANG'. Ha ha ha. Last-last aku panggil dia bos aje. Senang. Tak payah nak terbelit lidah aku sebut 'ABANG'. 

Sebelum ni aku cari kerja tak pernah nak dapat. Kali ni dapat pulak. Tapi biasalah, kerja ni memang teruk sikit. Letih je la. Tukang masak pulak, muka macam Fizo Omar pelakon tu. Ha ha ha. Cuma dia chubby sikit. Dan muda dari aku. Ada 4 tukang masak lelaki, dan hanya 2 tukang masak perempuan. Dan dalam 4 tu, 2 orang masih muda belia lagi. Umur 20 tahun. Sedap jugak masakan budak-budak ni. :)). Ha, lagi satu aku kerja setempat dengan adik aku. Ada aku cakap dia dapat kerja kat entry lepas. Yang tu la. 

Rasa pelik. Lepas putus cinta, terus aku kerja. Mungkin salah satu sebab untuk sibukkan diri. Sebab kedua dah tentu-tentu duit. Kat tempat kerja, walaupun baru 4 hari, aku dah agak mesra dengan geng-geng masak and cashier kat situ. Satu pencapaian hebat la buat aku. Sebab aku ni susah berkawan dengan orang. Selalunya akan ambil masa seminggu dua untuk jadi mesra. Hi hi hi. Seronok kerja kat situ. Cuma penat. Yang tak seronok kalau tiba-tiba ada makanan lebih, orang order tak ambil. Memang payah la. 

Malam ni ada bola tapi aku sibuk update blog. Hik hik hik. Okey bye. 

..................................................................................

: Cinta kau dan aku. 


Saturday, December 8, 2012

Anything.

Assalamualaikum.

Nak merepek meraban meroyan lagi hari ni. 

Masalah datang tak berhenti. Aku dah mula nak give up. Aku dah mula rasa nak maki-maki orang. Dan aku dah mula rasa perasaan dendam. Kenapa aku? Kenapa mesti aku?

Kerja tetap tak ada. Kerja tak tetap pun tak nampak punca dah. Tak nampak jalan dah. Tanya mak ayah sekejap okey, sekejap tak okey. Adik-adik? Lagi tak boleh nak tanya la. Hidup diorang pun sama je. Friends? Tak tahu nak tanya siapa. Sebab bila aku tanya, aku yang akan dipersalahkan. Bila aku mintak pendapat, aku jugak yang akan disalahkan at last. Fikiran aku ni, dah buntu dah. 

Hm. Selama ni takut nak buat solat istikharah. Malam ni InsyaAllah, aku akan buat. Walaupun aku takut akan keputusan yang aku akan buat nanti, aku kena jugak buat solat istikharah tu. Untuk aku tahu matlamat hidup aku, tujuan hidup aku. 

Ahhhh. Tension. 

Please dont be too desperate Lateesya. You have a long way to go, InsyaAllah. Live your life to the fullest. Masalah semua tu anggap satu cabaran. 

.

Nak rasa happy pun susah. Sekarang bertambah tension, sebab adik aku yang lepas SPM tu, dah dapat kerja pun. Aku? Banyak tempat aku mintak, tapi tak dapat pun. Macam mana? Aku tak ada duit sendiri. Bila keluar gi cari kerja dekat sini, semua tak mau aku. Apa malang aku ni? Atas kepala aku ni, eyh tak, dahi aku ni ada tulis perkataan SIAL ke? Pembawa malang ke?

Kalau tak rasional, memang lama dah aku buat kerja haram. Nauzubillah. Hm. 

.................................................................................

: Smile. Jangan sedih sangat. 

Friday, December 7, 2012

Aku dan dia.

Assalamualaikum. 

Pernah tak rasa perasaan cinta yang tak hilang walaupun dah break off? 

Tak tahu nak layan macam mana rasa hati yang satu tu. Susah gila. Aku break off sebab ada orang ketiga. Dan ada sesuatu yang buat aku tak boleh terima. Tapi, dalam masa yang sama, hati ni, masih ada dia. Tak boleh buang pun. Memang tak boleh buang la kot sebab ada memories dengan dia. Dia sentiasa ada di hari-hari istimewa dan penting aku. So, benda-benda tu tak boleh nak lupa. Kenangan pun bukan sesuatu yang boleh dilupakan kan? Hm. 

So, perpisahan yang berlaku sekarang ni lebih kepada memberi masa kepada diri masing-masing untuk bina hidup sendiri. Bina kerjaya sendiri. Bina diri sendiri untuk lebih berjaya. Sebab bila berdua keadaan seolah sukar. So, mungkin ini la yang patut kami lalui pada masa ni. Pada masa akan datang, jika perasaan itu masih ada, jika cinta itu masih terasa, dan jika jodoh itu kuat, InsyaAllah, hubungan itu akan sendirinya wujud. 

Kesilapan yang terjadi sekarang boleh dijadikan pengajaran untuk masa depan. 

Ada update status semalam. Hi hi hi. Dekat FB. Cakap jangan ubah diri saya. Hi hi hi. Maksud di situ adalah, 

"Jangan ubah diri saya kepada seseorang yang bukan saya, menjadikan saya lebih teruk dari diri saya sekarang. Kecuali dengan niat untuk menjadikan saya lebih baik dari sekarang, saya akan terima perubahan itu". 

Ini maksud tersirat yang ada orang yang tak faham. Takkan aku nak tulis panjang berjela kat dalam FB tu kan? Hikhikhik. Baiklah. 

Kita end di sini saja. Aku pun banyak nak merepek ni. Tapi malas nak menaip. Ha ha ha. MALAS itu memang masalah dunia. :))

..................................................................................

: Dia. Masih istimewa. 


Thursday, December 6, 2012

20 bulan

Assalamualaikum.

5.12.2012.

Ada kisah sedih nak kongsi dengan semua. 

Secara official nya, aku single lagi. 20 bulan aku bertahan, berharap untuk sampai ke jinjang pelamin, berharap untuk sampai bila-bila, tapi keadaan yang sedia ada memaksa kepada perpisahan. Sengketa selama sebulan, berakhir semalam. Sengketa melibatkan orang ketiga, berakhir semalam. 

Sedih memang sedih. Sebab hubungan tu dah sampai 20 bulan. Lama tu. Satu masa yang panjang untuk kenal hati masing-masing. Dan kami pulak kenal dari zaman persekolahan lagi. Cuma peritnya kurang terasa. Sebabnya aku dah bersedia. Aku bersedia sejak dari awal sengketa tu. Jadi, pahit tu kurang terasa. Sedih tu ada. 


Aku rasa doa aku diperkenankan. Sebab aku selalu minta kalau-kalau aku berpisah lagi, aku mintak dikurangkan rasa sakit tu, digantikan dengan rasa bahagia. Alhamdulillah. Bukan la rasa bahagia, cuma rasa sakitnya kurang. Kali kedua aku jadi macam ni. Banyak kenangan aku dengan En BuahHati. Dari jauh sampai dekat, sampai ada orang ketiga. Aku terpaksa lepaskan dia. Untuk dia belajar apa itu setia. Dan untuk dia belajar buat keputusan sendiri. Dan untuk dia tahu apa itu cinta. 


Biarlah. Aku ambil jalan yang paling mudah. Lepaskan. Lepaskan semua. Tanpa ikatan, lebih senang otak nak berfikir dengan waras. Lebih senang nak tentukan hala tuju sendiri. Lebih senang untuk diri sendiri merangka kehidupan masing-masing. Bila dah stabil, baru la kita cari pelengkap itu. Itu pun kalau ada jodoh aku di muka bumi ni. Kalau tak ada, redha je la. Semua dah ditentukan. Kita ikut saja. 

Nak kata aku serik bercinta, tak jugak. Andai aku bercinta lagi, cewah, tajuk lagu kan, haha, andai la aku bercinta lagi, aku dah takkan bawak si dia balik kerumah jump mak ayah. Kecuali kalau dia berniat untuk merisik, meminang dan sebagainya. Kalau saja-saja bawak balik, NO. Memang takkan. Aku tak mau dah. Itu InsyaAllah, aku kotakan. 

Dan En BuahHati, aku harap dia bahagia. Dengan keputusan yang aku buat ni, untuk kebaikan ketiga-tiga pihak. Bukan untuk aku seorang. Kalau aku boleh bertahan dengan perpisahan ni, kenapa tidak dia. Dia lelaki. InsyaAllah En BuahHati akan berjumpa dengan wanita yang sesuai dengan dia. Aku tidak menolak jika dia memang jodohku di masa depan. Sebab jodoh itu rahsia Allah. Sedar. Dah sedar sekarang. Berkawan la berapa lama pun, bercinta la berapa lama pun, kalau bukan jodoh, takkan bersatu jugak. Kan? 

Aku pernah kata, yang aku takkan mintak putus dari dia. Tapi kata-kata tu terpaksa aku lupakan sebab keadaan memang sangat memaksa. Kalau dia baca, harap dia faham. :)). 

......................................................................

: Saya harap awak bahagia. 

Tuesday, December 4, 2012

Berpada-pada laaa.......

Assalamualaikum. 

Dah solat Zohor semua? :)). Bagus kalau sudah. Kalau belum, pergilah buat ye. Hi hi hi. 

Baru-baru ni dapat berita yang kawan baik aku nak bertunang. Ya Allah. Dalam hati ni suka gila. Suka sangat sangat sangat. Berita kawan kita nak bertunang mesti la suka kan. Memang nak pergi rumah dia kalau dia bertunang. Benda ni jadi secara tiba-tiba. Tanpa ada angin yang meniup, tup tup bertunang. Masa konvo hari tu apa pun tak cakap. Mula-mula rasa tak percaya, sebab beberapa kali, kawan-kawan aku pernah je kenakan aku. Tapi waktu tu masih belajar lagi. So, kita boleh agak, diorang tipu and macam-macam. Tapi ni lepas habis study. Masing-masing ada kerja. So, tak pelik lah kalau nak bertunang dan menikah kan?

Elok aku happy-happy for her, tiba-tiba semua ni tipu. Uwaaaaaa. Rasa nak menangis pun ada. Kalau ye pun nak bergurau dengan aku, jangan la bergurau benda yang macam ni. Benda ni benda besar tau tak. Hal tunang nikah kahwim ni mana boleh buat main. Sampai hati gila buat aku macam tu. Tipu aku. Kesian kat aku.

Aku faham la niat nak bergurau dengan kawan-kawan. Okey. Tak apa. Tapi jangan la hal tunang ni. Buat nanti betul-betul nak bertunang, nak bernikah, lepas tu, tak ada orang percaya lagi macam mana? Haih. Sabar je la. Malas dah nak cakap apa-apa. Yang tau sekarang rasa kecik hati. Sangat-sangat. Sebab sampai hati main-main macam ni. Tak apa la. Aku kahwin tunang nanti tak nak cakap kat siapa-siapa pun. 

Entah la. Mungkin bagi sesetengah orang tak kisah dapat gurauan macam ni. Tapi aku, sumpah aku kecik hati sangat-sangat. Your bestie buat macam ni. And you get excited for no reason. Kena tipu, pastu excited. Hm. Sumpah kecik hati. Lagi kecik hati sebab mintak permission mak untuk pergi majlis tunang tu. Huuuuu.

.............................................................................

: I need you abg.