Followers

Wednesday, November 30, 2011

Hoyeah !!! Syoknya....

Syoknya bila dah habis praktikal. Rasa macam hilang semua masalah. Suruh kerja pun jadi masalah kat aku eyh? Ha ha ha. Bukan sebab kerja, tapi sebab tak tahan dengan officemate. Haih. Tak usah nak cerita pasal diorang lah yer. Malas. 

Tapi tapi tapi memang rasa nak lompat lompat tinggi-tinggi ni. Syok tau habis praktikal.

Ha la. Time praktikal, tak dilayan as a staff. Tu yang tak best. 

............................................................

: Miss you :))

Friday, November 25, 2011

Acu nikah malam ni :))

Terkejut den tadi. Lori terbalik. Lori yang bawak kontena kat belakang tu. Elok ja terbalik. Terbaring kat tepi jalan. Tadi on the way balik rumah kebetulan lalu jalan tu. Aku rasa lori tu mesti terover senget, tu yang boleh terbalik. Sebab situ memang corner tajam punya. Confirm kalau orang yang jarang lalu situ, mesti tak tau sangat jalan tu dia punya corner tu bentuk L punya. Memang kena hati-hati sangat especially malam-malam. Sangat bahaya. 

Harap-harap pemandunya tak ada kecederaan serius, dan harap-harap tak ada penumpang selain pemandu tu je. Kalau ada penumpang mungkin penumpang tu teruk lah sebab terbalik ke sebelah kiri. 

.

Actually malam ni ada akad nikah Acu aku. Makcik aku yang bongsu sekali. Tapi, tak boleh nak balik hari ni, sebab esok pagi-pagi kena kerja half day. Huuuu. So, petang esok baru boleh balik. Sekarang tinggal berdua je dengan ayah, sebab mak dah balik dulu together with adik-adik. Huuuu. Sedih ni. Tak dapat tengok dia akad nikah. Esok pun entah pukul berapa sampai. Sebab esok balik naik motor je dengan ayah. Haih, sejam setengah jugak lah kalau naik motor balik sana. 

Yang tak best tak dapat nak gebang-gebang dengan kaum kerabat kat sana. Kenapa lah hari Sabtu kena kerja????

Kalau tak dah boleh balik kampung malam ni.

.

Selamat Pengantin Baru Acu. :)) Wish you happy always. With the pakcu. :))

.........................................................

: Love a lot :))

Wednesday, November 23, 2011

Abang, semoga bahagia selalu :))

18th November 2011. His birthday. My man born day. 

En BF dah genap 24 tahun. :)) 

Muda lagi kalau bagi lelaki kan? Masih boleh enjoy enjoy enjoy. 

Eyh, nak nyanyi dulu. Jom sama-sama.

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday abang
Happy Birthday to you.

Heee. :))


Selamat hari lahir. Semoga murah rezeki. Semoga mendapat banyak kebaikan. Semoga sentiasa sihat di mana berada. Semoga sentiasa SAYANGkan saya, semoga sentiasa dirahmati, semoga sentiasa bahagia dengan saya, dengan keluarga. 


Dari seorang 'ADIK' yang comel lagi memahami. Ehem, akulah tu. :))

Dan lagi satu lupa nak cakap dari tadi. Semoga impian kita bersama akan tercapai. Amin. 

.

Aku ada bagi kad untuk En BF, before En BF naik kapal hari tu. Tapi bila tanya balik, boleh cakap tak bawak. Geram betul. En BF cakap dia tinggal dekat rumah. Haih, harap dia simpan kat tempat yang selamat la, kalau tak nanti hancur dimain oleh 'anak-anak' dia kat rumah sana. 

He he he. Tapi tapi tapi, setahu aku  En BF akan simpan, sebab dia cakap dia masih simpan lagi kad raya aku bagi 7 tahun dulu tu. So sweet of him. 

Eyh ada hadiah juga. Baju je lah dua helai. Sebab tak tahu nak beli apa. But, at first niat nak beli kan towel, and kat hujung towel tu, nak jahit tangan nama dia and aku, but tak ada pulak towel yang cantik dekat Central Square tu. Semua skema punya towel. Tak best langsung. Last-last beli baju je lah. 

Tu pun salah saiz tau tak. Geram betollah dengan budak lelaki yang aku ukur baju tu. Tinggi dah sama, yang tak sama lebar tu pulak. Haih, ini sebab ukur dari jauh je. Takkan nak ukur dekat-dekat pulak kan? Last-last salah saiz. 

Tapi satu je salah. Lagi satu tu, betul. Terer tak? Tak payah tengok orang pun boleh belikan size yang ngam-ngam kata En BF. Itu lah, awal-awal taknak beli ikut instinct sendiri, tu yang boleh salah mula-mula. And baju tu dah selamat dipakai oleh adik En BF. Jadinya En BF sehelai, adik dia sehelai. 

He he he. I love you tau. :)) 

..........................................................................

: Lambat post ni keluar ye? He he he. Sorry ye En BF. Love you. :))

Katak pun jadi rebutan. Haih :))

Sekarang ni balik rumah petang-petang, ayah mak adik terpacak depan komputer. Ingatkan buat apa bersorak bagai bergelak ketawa sakan. Kot lah tengok cerita lawak dekat youtube ke ape ke. Eyh, mak ayah aku mana tahu youtube tu apa. 


Satu petang tu, aku masuk rumah terus gi depan komputer. Nak tengok lah apa yang dibuat. Rupanya main game. Adeh. Gamat rumah ni. Macam nak runtuh hanya kerana game. My mom, my dad and my adik lawan sesama sendiri game tu. 

Nak tahu game apa? 


ZUMA. 

Padahal Zuma ni dah lama kan kan kan? Ini sebab kat rumah tak ada komputer so tak ada lah nak main game sampai macam tu punya mengadap bahagia tengok katak jelir lidah tuh. Dulu dulu dulu ni ada komputer but since my lil bro rosakkan komputer tu, terus tak ada. 

Ni pun komputer baru beli ha. Mak beli dekat siapa, I dont know sebab balik-balik kerja aje memang dah ada komputer dalam rumah ni. 

Ada satu malam, mak main game Zuma tu sampai pukul 2.30 pagi. Bila tanya, mak cakap dia geram tengok katak tu. Lepas tu esoknya sakit kepala demam terus. Haih. Zuma punya pasal. Aku pun tak faham kenapa boleh addicted sampai macam tu sekali. 


Tapi, seronok tengok semua berkumpul depan komputer hanya kerana Zuma tu. Gelakkan adik yang tak pandai nak main, gelakkan ayah yang lambat gerakkan cursor, gelakkan mak yang suka menyakat ayah main game. Ha ha ha. 

Ingatkan yang nak main lebih tu adik kecik tuh, rupanya silap. Ayah dengan mak yang over. Tak apa lah. Mainlah. Jangan lingkup komputer sudah lah. Ha ha ha. 

..............................................................

: Haih, rindu lah kat dia. :))

Tuesday, November 22, 2011

Kena bercinta ke if umur dah 12 tahun??

I have few girlfriends yang macam adik-adik lagi yang muda belia remaja setaun jagung lagi. Ha, aku rasa bukan few tapi ramai sebenarnya. 

Pelik tau dengan mereka-mereka ni. Bercinta bagai nak gila. Itu trend ke apa? Dont you know your exam is more important than your love? Your study. Lebih penting kan dari segalanya? Kenapa nak memeningkan kepala dengan cinta-cinta yang tak menjamin dapat straight A's SPM tu? Sungguh tak faham.

Okay, ada jugak yang bagi alasan kat aku, yang ini semua untuk semangat masa study. Come on guys. Dengan bercinta, confirm-confirm dapat straight A's ke? Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri jugak. Memang ada cinta yang bagus tuh, tapi sangat-sangat sikit. Sangat-sangat sikit yang berjaya bercinta dari sekolah rendah sampai ke mati. Kenapa nak ambil risiko muda-muda macam ni. Besar risiko bercinta muda-muda belasan-belasan ni. Haih.


Lepas tu, lagi satu tak faham bila the parents buat tak tahu bagi kebenaran macam tu aje. Itu memang budaya ibubapa zaman sekarang ke? Anak umur 12 tahun dah ada boyfriend umur 17 tahun. Lepas tu buat in relationship kat facebook, which akan dilihat oleh semua umat manusia yang friend dengan kita. Umur 12 13 14 tahun dah pandai bercinta, dah pandai bersayang berabang berkanda berdinda berbagai-bagai lagi. 

For me sangat-sangat tak masuk akal okeyh?

Too young. If tanya aku, ini yang aku akan jawab. Too young to be in love, to know what is love between a man and a woman. They're just too young. 

Aku pernah buat kesilapan. Being in monkey love seawal usia 17 tahun, yang tak kekal pun. So, lepas tu aku rasa bodoh. Sebab tu aku ni tak pernah berjumpa dengan boyfriend cinta monyet tu semua. Bila aku rasa aku dah ready, baru aku jumpa. I was 20-year old bila start serius bercinta. 

20 tahun tu pun muda lagi sebenarnya, kan? Tapi consider okay, sebab you dah masuk universiti, you dah buat SPM you. You dah macam tahu apa yang you nak dalam hidup you. So, tak adalah macam gedik sangat. 


Sebut pasal monyet tadi kan, baru ingat masa pergi zoo dulu ada tengok monyet muda. Bila aku tengok monyet, baru aku tahu sebab apa budak muda yang bercinta orang panggil cinta monyet. Sebabnya, monyet yang kecik-kecik muda-muda lagi ni suka gedik-gedik melompat sana sini, so sama la tuh kan. Sama dengan orang yang gedik-gedik muda belia nak bercinta. 

You, SPM belum pass lagi dah sibuk cakap I love you until mati abang, cinta sayang pada abang selamanya, I cintakan you je, janji hidup mati sama-sama. Amboih. Gedik gatal merenyam sungguh. Kalau lelaki, lantak kau lah. Tak rugi sangat. Ini perempuan pun sama gedik. 

You masih hijau adik-adik. 12 13 14 15 tahun bukan masa bercinta.

Ha, kat Petronas, kat sebelah office aku kerja tu, selalu jadi port budak-budak balik sekolah lepak bercinta. Buruknya aku tengok. Haih, dunia aku ni ketinggalan sangat ke nak dibanding dengan dunia diorang tuh?

Ni nak tanya ni, kena bercinta ke if umur sudah 12 tahun?

Pernah sekali aku tanya seorang budak lelaki. Masa tu dia boyfriend kepada salah seorang sedara aku.

: Awak, awak sayang ke dekat Siti (bukan nama sebenar) ?

: Ye lah. Saya sayang Siti.

Bangga menjawab.

: Awak, awak rasa awak akan kekal ke dengan dia. Boleh ke janji dengan akak? Akak bukan apa, bukan nak halang sangat tapi ye lah, awak muda lagi, Siti pulak lagi lah muda. Boleh janji ke dengan akak, awak akan jaga dia?

: Errrr... heeee.

See, itu jawapan dia kat aku. Sampai sekarang pun tak ada jawapan. Last sekali aku tau, diorang dah putus dah pun. 

Hm. Letih dah. Nak rehat layan Cinta Elysa. Papai.


Sunday, November 20, 2011

Sabar ye awak :))

Mood En BF malam ni sangat tak baik. Haih, baru ingat nak mengacau hidup En BF malam ni, tapi since he is moody, batalkan aje lah niat tu. Tak pasal nanti aku sakit hati je. 

He was so busy since naik kapal dua minggu ni. Ada jugak En BF mengadu penat mengantuk semua but malam ni dah macam tak boleh tahan dah. Adoih. Baru dua minggu sayang awak duduk atas kapal tu. Macam mana nak buat sampai enam bulan ni??  :p

Tadi dapat mesej lepas marah. Ha ha ha. Rindu kot nak tengok muka En BF marah-marah tak puas hati. En Bf cakap, dia kerja melambak-lambak sampai nak tidur nak berehat pun tak sempat. And tidur dia cuma dari jam 12.30 malam sampai 6 pagi. 6 pagi tu dah kena terpacak kat tempat kerja. Memang gila. Kalau aku memang tak tahan nak kerja 12 hours non-stop. 

Lepas tu, En BF siap cakap macam dia sorang kerja yang melambak-lambak macam tuh. Macam orang lain tak kena kerja macam dia kerja. 

Macam mana nak pujuk dia ni? 

As his girl, dah tentu-tentu aku risau bila dia tak cukup tidur, tak cukup rehat. Even dia boleh tahan, tapi kalau hari-hari macam tu, haih, makin kurus la jawabnya. 

Tapi, bagi aku bila orang atas En BF bagi En BF kerja yang banyak, means En BF boleh buat kerja. Diorang puas hati dengan kerja En BF. Diorang nak latih dia sebab dia pun masih baru lagi. Aku pujuk dia macam ni jugak lah. Risau kalau En BF tak tahan daulat, tak pasal  mintak balik rumah nanti. 

Dah la En BF memang suka kerja kat laut, tak nak je kerja yang overload ni buat En BF patah semangat. Just harap En BF tak fikir yang negatif bila diorang bagi dia kerja yang banyak. 

.

Sabar ye. Ada kebaikan di sebalik semua tu. Awak hebat. Itu yang saya tahu. Awak tak mudah mengalah kan? I LOVE YOU  :))

Gedik sungguh

Ada majlis kenduri kahwin dekat hujung jalan masuk rumah aku. Kenduri kahwin anak dia. Okay, I can hear the gendang-gendang now, means pengantin dah sampai yer. Meriah jugak. Ingin jugak tengok pengantin tapi kemalasan tahap jebon ni meghalang. 

Tapi tadi aku dah gi makan dah. Sorang-sorang aje gi makan. Mak aku jadi mentara. Mentara tu orang yang pakai baju semua serupa tolong angkat pinggan cawan atas meja makan and orang yang akan tolong sepanjang majlis tu berlangsung. 

Sambil aku duk makan sempat lagi aku ushar-ushar orang-orang lain. And tetiba sedang aku duk melayan mata aku tuh, ada lah beberapa budak perempuan yang macam gedik sikit dari yang lain, baju pun macam nak hot je. Aku bajet dalam umur 15 16 tahun. Muka masing-masing cantik manis je. Mula-mula diorang dah chop tempat, tapi tahu lah kalau dah nama pun kenduri memang tak ada makna lah tempat kau chop tu takkan ada orang lain duduk kan. 

Jadi, sebab tempat diorang dah diambil so diorang duduk la semeja dengan aku yang memang kosong sebab aku pun makan sorang-sorang je. Ingatkan ada lah yang nak menegur aku tapi tak pun. Tapi, budak-budak tuh memang tak bertempat kalau nak bergosip mengumpat pun. buat macam aku tak wujud kat tengah-tengah tuh. Hai, sabar aje lah. Bergosip tu Ya Allah mengalahkan wartawan gosip dah. Sekejap berbisik-bisik. 

Aku makan tak tengok diorang, so aku tak tau macam mana muka diorang dari dekat. Tapi masa dah nak habis makan, aku pandang la sorang-sorang, hamboihh makeup bertempek ha. Kaler macam-macam kat muka tu. Pesyen tudung dah tentulah pesyen zaman sekarang punya tudung kan? Haih, siap control-control ayu bagai. Lelaki memang lah banyak kat situ kan. Tu yang control ayu lebih. Lantak kau lah budak-budak weyh. Memamg menyampah tengok. 

Gedik pulak aku tengok.

.

Tetiba terasa zaman aku telah jauh ketinggalan. Macam orang tua dah padahal aku muda lagi. Baru 23. 

Sungguh besar perubahan yang ada, sungguh besar jurang antara zaman aku dan zaman mereka-mereka. 

.............................................................

: Miss you En BF. Lama tak nampak :))

Haih, rindu pulak die :))

Rasa rindu yang melampau dekat En BF. Pelik betul. Rindu lain macam. 

.

Tak sabar nak tunggu habis praktikal. Tinggal berapa hari je lagi. Kalau ikut minggu, tinggal seminggu setengah. Haih, memang tak sabar nak angkat kaki. Aku tak sangka aku boleh bertahan. Enam bulan terasa sekejap je, dan aku ingat enam bulan akan mengubah aku jadi seorang yang lebih peramah, tapi ubah aku jadik pendiam lagi adalah. Ha ha ha. 

Tapi bukan sombong ye!!

Semalam kelmarin dulu, touching sikit dengan En BF. Memang geram sangat, tapi sabar je lah. Ada pulak buat ayat macam tu, rasa macam nak tumbuk-tumbuk je. Tapi tumbuk-tumbuk sayang je la. Kalau betul-betul kang, tak comel lagi lah En BF nanti. Tetiba dapat mesej ni.

: Goodnight sayang. Thanks sebab bersabar dengan kerenah abang, and faham abang.

OMG. Rasa nak melompat tinggi-tinggi tau tak. Aku tidur duk menyengih samapi mimpi-mimpi. Ha ha ha. 

Bila aku fikir balik, sangat mudah nak bahagiakan hati aku, sangat mudah nak senangkan hati aku. Sebab tu even aku nak lelaki yang sweet romantis habis, tapi En BF tak la romantis tahap dalam novel-novel cinta tu, tapi aku tetap senang and bahagia dengan dia. 

Tak perlu ayat-ayat manis sangat, sebab aku pun macam allergic je dengan ayat-ayat manis gula terlebih ni. Aku tak mudah percaya dengan ayat terlampau manis. Manis-manis buah pun okaylah. Kena dengan selera aku.

Mujur, En BF memahami perangai aku yang satu, tapi entah dia faham or tak. Or maybe dia pun sebenarnya macam tu. Jenis yang tak sweet sampai boleh kena penyakit kencing manis tuh. 

Cuma satu yang aku sangat pasti pasal En BF. Dia suka kalau dimanjakan. Sangat comel lelaki manja ni, tapi kalau kena pada tempat lah. Kalau tak, rasa nak kena pusing dengan angin twister aku, buat lah manja tak kena tempat. Dapat lah habuan. 

.

Untuk makluman, dulu ada berangan nak panggil 'ABANG' kan if dah kahwin. Okey, tak sempat kahwin lagi pun dah mula macam tu. Bila cakap dekat En BF, kita macam biasa dah la, sebab nak cakap gini if dah kahwin, tapi dia macam setuju je pulak if sekarang dah mula guna panggilan tu. Siap takmau tukar-tukar lagi. Ha ha ha. 

Okeyh, miss him so much so tak dapat nak elak bercerita pasal En BF malam ni :))


Friday, November 11, 2011

Jerawat aku macam berlian, kau ada??

Tajuk tak boleh blah kan??

Jerawat kat muka tertimbul-timbul dah macam berlian-berlian kat tudung bawal je. Besar-besar macam berlian tu lah jugak. Nak tengok muka sendiri pun dah macam aihh tak ada semangat ha. Sebab dah macam-macam buat, tapi tak ada apa-apa kesan pun. Huu, kalau batu berlian naik kat muka boleh lah jugak buat jual, tapi ini jerawat batu. Sibuk nak menempek kat muka. Harap-harap hilang cepatlah ye. Sedih tengok ha, sakit pulak tuh. 

.

Hari Raya kedua baru ni, AidilAdha baru ni, ada reunion sekolah rendah yang kali ketiga, dekat rumah salah seorang kawan sekolah. Tengok semua gadis-gadis, alahai, muka sebijik jerawat pun tak ada. Aku je ha yang penuh menempek kat tepi pipi ni. Segan jugak lah rasa. 

Tapi, nak cerita pasal lain. Bukan pasal jerawat tu. 

Bila separuh dari ahli kelas 6 Bernas tahun 2000 tu berkumpul, ada sesuatu yang aku rasa. Aku tetiba jadi diri aku yang dulu, yang hanya melihat lebih dari bercakap. Padahal sebelum ni ada jugak aku jumpa diorang, cuma masa yang hari tu sekali dengan guru kelas dulu-dulu. Mulut aku tak riuh macam biasa, macam kena kunci. Aku tak ada idea nak bercakap, aku tak ada benda nak sembang-sembang. And at that time aku cuma fikir yang diri aku yang zaman sekolah rendah tu masih ada. 

Means aku tak berubah sepenuhnya. Sifat pendiam tu masih ada. With the girls, ada la jugak sembang sikit-sikit, with the guys, hanya dengan Yunus dan Naim aku bercakap. Dengan yang lain-lain, aku kunci je mulut aku. Diam. Lagi senang. Hanya memerhati. Lebih mudah. Lebih selesa. 

Owh, cikgu-cikgu yang datang pun, masih kenal aku, and aku pun masih ingat lagi. :)

.

Aku lupa pasal raya pertama, ada photoshoot with my cuzzies. He he he. Gila kan? Pagi-pagi ray bersiap sakan sebab nak bergambar je, and its AidilAdha, sesuatu yang jarang dibuat aku and sepupu-sepupu aku. Btw, I just love this raya very much sebab dapat jumpa En BF jugak. 

He look cute with baju melayu (only baju), seluar jeans aje die nak pakai. He he he. Okeyh, dah rindu dia dah ni. :p

...........................................................................

: I miss you En BF :)


Tuesday, November 8, 2011

Sedih sedih sedih :( huuu

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua :)

.

Kalau boleh nak cerita yang happy-happy je dalam blog ni, tapi yang sedih-sedih tu, tak boleh jugak nak peram sangat kan? Boleh gila kan? 

Sumpah aku sedih sangat sangat sangat sekarang ni. Air mata ni kalau boleh tadah, dah penuh sebaldi. Nak mengadu kat siapa? Mengadu pada Yang Esa satu, lepas tu pada En BF. Jarang mengadu kat En BF. Selalu mengadu gedik-gedik je kat dia. Risau jugak mengadu kat En BF. Risau dia fikir yang bukan-bukan. Bukan biasa aku nak share-share masalah dengan orang. Aku pilih orang untuk share masalah. Sebab aku tau bukan semua tu suka dengar masalah orang lain. Tapi selalunya aku diamkan aje. Marah sendiri-sendiri, sakit hati sendiri-sendiri, mengadu kat diri sendiri, pujuk-pujuk sendiri-sendiri. 

Baru perasan, diri sendiri ni pendendam jugak rupanya. Simpan lama lama lama jadi pekasam, kemudian satu hari keluarkan semua sekaligus. Lepas tu siap ada niat nak balas balik. Sangat tidak baik. Langsung tak baik. 

Tapi, selalu ingatkan diri sendiri, jangan balas if berdendam sekalipun. Biarkan je. Sakit sendiri sudah, jangan sakitkan orang lain. Haih, bila bawak kereta selalu fikir apa salah diri sendiri. Kadang-kadang berangan aje kerja bila drive. Itu pun tak bagus. Memudaratkan diri sendiri dah tu. 

Terfikir jugak hidup yang masih menumpang ni. Walaupun masih dalam tanggungjawab mak ayah, tapi sangat sangat sangat terasa diri sendiri ni menumpang. Menumpang duit mak ayah. Menumpang kereta mak ayah. Menumpang rumah mak ayah. Agak-agak bila ada suami nanti, aku akan terasa macam ni lagi tak? Takut jugak dikata menumpang suami. :)

Dah situ cukup. Letih la pulak kalau macam ni. Buat bodoh je la even aku ni pandai. Sempat lagik tuh nak poyo-poyo. Ha ha ha. Ini nama pujuk diri sendiri. 

Tapi En BF pun ada pujuk-pujuk jugak tadi. Terima kasih, terima saya seadanya. :)

.

Saya sayang keluarga saya, cuma saya tak dapat nak tunjuk sayang saya. 

.....................................................................

: En BF sayang saya kan? :) 

Thursday, November 3, 2011

Done. 3 hari je :)

10.50 malam.

Habis baca novel karya Siti Rosmizah, 7 Hari Mencintaiku. Sumpah best. Layan je. Macam-macam feeling ada, tapi tak boleh blah, novel ni pun pakai 'abang sayang' jugak. Keinginan membuak-buak. Ha ha ha. En BF, tukar jom?? 

Gedik. Tak pasal aku kena dengan si dia nanti. Ha ha ha.

Aku duk ingat aku akan habis baca novel tebal gila tuh dalam masa dua minggu. Sebab dua novel before ni, aku baca sampai seminggu. Tapi disebabkan novel tu best best best sangat sangat sangat, aku habiskan jugak. Kalau ikutkan taknak berhenti membaca langsung tapi sebab fikir nak kerja esok pagi nya, itu yang berhenti-berhenti jugak tuh. 

Next week after raya haji, nak gi cari novel lagi. Ini yang susah ni kalau dah gila novel balik. Rasa nak usung semua bawak balik rumah. Kalau lah ada beriban duit ha. Dah lama buku dengan rak-rak sekali aku beli letak kat rumah ni ha. 

.

Tadi telefon Ieda. Lama sungguh tak telefon ibu tuh. Ingat nak dengar suara Dobok, anak manja dia tu, tapi tak kesampaian. Dobok still kat rumah pengasuh. 

Pastu dapat soalan maut, bila nak kahwin dia tanya. Dia cakap asyik tulis dalam blog, tapi bila yang betul nya. Ha ha, tak sangka sempat dia membelek blog aku. Blog dia, tak reti-reti nak update pun ha. He he nanti aku kahwin, aku inform ye Ieda, cuma tak tahu la kau dapat datang ke tak. Maklumlah anak nak masuk dua, takut time aku kahwin, anak dah empat. Siapa tahu kan?

Okey okey dah la. Nak pergi tido. Dah lewat ni. Bye. Salam.

................................................................

: En BF, lepas kahwin, nak panggil awak 'Abang'. Eyh, awak cakap nak kahwin dengan saya kan? He he he. :)