Followers

Tuesday, November 22, 2011

Kena bercinta ke if umur dah 12 tahun??

I have few girlfriends yang macam adik-adik lagi yang muda belia remaja setaun jagung lagi. Ha, aku rasa bukan few tapi ramai sebenarnya. 

Pelik tau dengan mereka-mereka ni. Bercinta bagai nak gila. Itu trend ke apa? Dont you know your exam is more important than your love? Your study. Lebih penting kan dari segalanya? Kenapa nak memeningkan kepala dengan cinta-cinta yang tak menjamin dapat straight A's SPM tu? Sungguh tak faham.

Okay, ada jugak yang bagi alasan kat aku, yang ini semua untuk semangat masa study. Come on guys. Dengan bercinta, confirm-confirm dapat straight A's ke? Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri jugak. Memang ada cinta yang bagus tuh, tapi sangat-sangat sikit. Sangat-sangat sikit yang berjaya bercinta dari sekolah rendah sampai ke mati. Kenapa nak ambil risiko muda-muda macam ni. Besar risiko bercinta muda-muda belasan-belasan ni. Haih.


Lepas tu, lagi satu tak faham bila the parents buat tak tahu bagi kebenaran macam tu aje. Itu memang budaya ibubapa zaman sekarang ke? Anak umur 12 tahun dah ada boyfriend umur 17 tahun. Lepas tu buat in relationship kat facebook, which akan dilihat oleh semua umat manusia yang friend dengan kita. Umur 12 13 14 tahun dah pandai bercinta, dah pandai bersayang berabang berkanda berdinda berbagai-bagai lagi. 

For me sangat-sangat tak masuk akal okeyh?

Too young. If tanya aku, ini yang aku akan jawab. Too young to be in love, to know what is love between a man and a woman. They're just too young. 

Aku pernah buat kesilapan. Being in monkey love seawal usia 17 tahun, yang tak kekal pun. So, lepas tu aku rasa bodoh. Sebab tu aku ni tak pernah berjumpa dengan boyfriend cinta monyet tu semua. Bila aku rasa aku dah ready, baru aku jumpa. I was 20-year old bila start serius bercinta. 

20 tahun tu pun muda lagi sebenarnya, kan? Tapi consider okay, sebab you dah masuk universiti, you dah buat SPM you. You dah macam tahu apa yang you nak dalam hidup you. So, tak adalah macam gedik sangat. 


Sebut pasal monyet tadi kan, baru ingat masa pergi zoo dulu ada tengok monyet muda. Bila aku tengok monyet, baru aku tahu sebab apa budak muda yang bercinta orang panggil cinta monyet. Sebabnya, monyet yang kecik-kecik muda-muda lagi ni suka gedik-gedik melompat sana sini, so sama la tuh kan. Sama dengan orang yang gedik-gedik muda belia nak bercinta. 

You, SPM belum pass lagi dah sibuk cakap I love you until mati abang, cinta sayang pada abang selamanya, I cintakan you je, janji hidup mati sama-sama. Amboih. Gedik gatal merenyam sungguh. Kalau lelaki, lantak kau lah. Tak rugi sangat. Ini perempuan pun sama gedik. 

You masih hijau adik-adik. 12 13 14 15 tahun bukan masa bercinta.

Ha, kat Petronas, kat sebelah office aku kerja tu, selalu jadi port budak-budak balik sekolah lepak bercinta. Buruknya aku tengok. Haih, dunia aku ni ketinggalan sangat ke nak dibanding dengan dunia diorang tuh?

Ni nak tanya ni, kena bercinta ke if umur sudah 12 tahun?

Pernah sekali aku tanya seorang budak lelaki. Masa tu dia boyfriend kepada salah seorang sedara aku.

: Awak, awak sayang ke dekat Siti (bukan nama sebenar) ?

: Ye lah. Saya sayang Siti.

Bangga menjawab.

: Awak, awak rasa awak akan kekal ke dengan dia. Boleh ke janji dengan akak? Akak bukan apa, bukan nak halang sangat tapi ye lah, awak muda lagi, Siti pulak lagi lah muda. Boleh janji ke dengan akak, awak akan jaga dia?

: Errrr... heeee.

See, itu jawapan dia kat aku. Sampai sekarang pun tak ada jawapan. Last sekali aku tau, diorang dah putus dah pun. 

Hm. Letih dah. Nak rehat layan Cinta Elysa. Papai.


5 comments:

eddy syrol said...

susah lah..zaman ni kecik2 dah couple..kalau cinta monyet takpe, ni cinta betul2 cam dewasa. kes dekat sekolah tpt my sister mengajar, ada murid pompuan tahun 5 frust giler bercinta sampai lari masuk belukar.hohohoho..terukkkk...

TSYA'Z (~_^) said...

eddy syrol : Serius?? Smpi mcm tu sekali.. teruk kott... org dewasa pon xde msuk belukar kalo frust

Nursabrina (Rin Sora) said...

Ish2...bukn nk bngga ke pe..aku dulu2 pun x prnh nk kisah about cinta nih...sampaikn dorang pnggil aku anti-cinta..lwk btol!

Unknown said...

Sy setuju sangat

Unknown said...

Sy setuju sangat