Followers

Wednesday, June 29, 2011

Stunt atas jalan

On the way for work this morning, aku accident. Someone terlangar motor aku and aku stunt atas jalan tadi. Mujur tak ada apa-apa yang teruk jadi. Just luka-luka kecil je kat tapak tangan and ada kat tempat-tempat lain. Tapi my right hand cant be move sangat. Gerak sikit je dah sakit. Tak boleh nak genggam tangan and gerakkan jari.

Teruknya nak pakai baju pun I need my mom's help.

It happened so fast tadi. I dont realize there was a motorcycle right behind me because aku tengah mengelak dari motor yang berhenti depan aku. Saat jatuh, aku terus pandang belakang tengok if ada kereta.

Ada.

Memang terus bangun sakit-sakit and menangis tepi jalan. Lagi takut kalau duk tengah jalan. Kereta bukan nampak kita. Biasalah, kalau accident rakyat kita memag prihatin. Ada empat pakcik tunggu sementara adik aku nak datang ambil. One of them yang langgar aku. An old man. Aku senyap ja. Bila dia say sorry, aku senyum ja.

Got MC for two days.

Jumaat kena kerja and duk fikir macam mana nak bekerja denga file-file yaang berat tuh, sebab tangan aku tak boleh pegang barang.

Dada pun terasa sakit lagi. Tidur susah. Sakit bila bangun.

Nak makan ubat. Chow.



p/s: berhati-hati di jalan raya

Tuesday, June 28, 2011

Geram betol!!!

Sangat geram. Dari pagi tadi sampai ke malam. Bongok punya line. And bengang dekat lappy aku jugak. Entah pape lah. Geram sangat. Rasa macam nak campak laptop ke laut. Tak boleh nak detect wifi rumah aku. And aku terpaksa guna lappy adik aku yang kecik nak mampus ni. Sakit biji mata aku ha.

...................................................

Next week, my sweet hunny bunny, will be off to laut. He got a call tadi siang to be on board vessel Bunga Azalia next week. Terus ketenangan aku masa buat akaun tadi tergugat. And tetiba aku punya bank recon tak balance.

Bukan tak bagi dia pergi. Bukan tak bagi dia belayar. Tapi rasa sedih. Aku belum sempat nak jumpa dia lagi. Harapan dia balik sekejap sebelah utara  ni. Sementara nak tunggu dia balik. Enam bulan is a long time, but I know I can handle myself, and I'll wait for him.

................................................

Satu hal lagi. Keyakinan untuk dia tinggal aku. Sampai dia bagi greenlight dekat aku. Untuk cari boyfriend lain. Ha ha ha. Macam mana nak cari lain kalau seluruh hati ni ada dia je. Tidur malam nampak dia je. Bangun pagi pun nampak dia je. Sebab gambar wallpaper handphone muka dia.

Aku mungkin ada kawan-kawan lelaki tapi sekadar kawan. Itupun kadang-kadang setaun sekali, sekali sekala, baru nak muncul diorang tu.

Just got a message. Dia kurang yakin dengan aku. Tak pe lah. Tak yakin takpe. Sukahati la. kalau dah kahwin, aku mesti kena tinggal berbulan-bulan jugak. Sama je macam sekarang. Tapi terpulang lah. Yakin ke tak ke, aku tetap nak tunggu dia. Hurm.

Bila fikir-fikir, rasa geram jugak dekat dia.



p/s: percaya padaku...

Monday, June 27, 2011

Balik lah, plish!!!

Hoh, penat gini. Menunggu masa yang sesuai untuk jumpa dia and masa tu tak datang-datang pun. Geram. Marah. And kenapa aku tak bercinta dengan dia dari zaman study lagi? Kan bagus. Boleh jumpa every month, or week. Sebab Segamat dengan Melaka satu jam je. Aduyai.

Sekarang ni, dah nak masuk 3 bulan, jumpa 5 minit je. Mana boleh jadi. I hope he will be home next weekend. Bolehlah jumpa hari Ahad. Tapi kena tunggu gaji dia. Harap-harap ada gaji, and bolehlah dia balik Gerik.

Bolehlah aku pergi Baling or Gerik, takpun dia datang sini. He he he. Miss him lorh. Teringin nak spend time macam orang-orang normal couple. Ini aku nama je bercinta, jumpanya tak. Hadoi, dia kata. He he he.

Risau. Takut tak sempat jumpa bila dia naik kapal. 6 bulan woo nak kena tunggu. Sanggup memang sanggup nak tunggu, tapi nak kena jumpa dulu before kena tunggu untuk tempoh panjang tu.


with his new hairstyle.



p/s:sayang hope b will be home cepat-cepat. 

Friday, June 24, 2011

Nak kahwin!!

Nak kahwin!!

Ha ha ha. Tengok facebook member yang dah kahwin, anak sorang dua, adoi, terasa aku dah tua. Esok-esok masa aku kahwin, anak diorang silap-silap dah umur 12 tahun. 

Kena lah menunggu dia. Tapi, layak ke aku jadi bini dia? Hurm, berat ni. Berat sangat. Layak tak layak kena pikir banyak sebab family kita nanti mungkin ada rancangan lain untuk kita. And dia pernah jugak cakap akan ikut pilihan family kalau itu yang mak ayah dia nak. And aku, berputih mata je la. Harap-harap jodoh dengan dia.  Amin. 

...................................................................

Tapi, serius cemburu tengok orang berkepit denganlaki diorang, and aku alone. BF pun jauh. Takkan nak keluar dengan jantan lain pulak. Melampau. Tak pasal aku kena reject nanti. Adoi.

Hm.............................................................



Thursday, June 23, 2011

3 weeks in practical

Tertidur after maghrib tadi without mandi, and terjaga around 11.40, sebab bunyi mesej from the 'baby', and sekarang tak boleh tidur pulak dah. Tapi aku dah pergi mandi tau. Ha ha ha.

Rasa macam rindu dia malam-malam macam ni. Gila.

...........................................................................

Working experience. Ramai orang tanya 'how's your practical', 'is it hard', 'how about the majikan', 'the staff okay ke' ..

Well, practical berjalan dengan baik even sometimes kau akan rasa malu sangat bila kena tegur buat double entry pun tak betul, padahal belajar akaun sampai degree. Sebab aku kena tegur salah letak expenses. Itu jadi masa mula-mula belajar guna UBS, which I am confuse yang mana satu credit and mana debit. So, aku main taram je, and last-last kena betulkan balik. Leceh kalo kena betulkan dalam UBS. MYOB is easier. Rupanya column atas tu, credit, column bawah debit. Dah hafal dah sebab malu takut kena tegur lagi. Ha ha ha.

Then, for the whole three weeks been there, aku rasa aku mula selesa kat sana. And even kena marah dengan bos, the staff cakap aku buat kerja cepat. Tadi, kena key in lebih kurang tujuh buku cash bill. Yang nipis yang  setiap buku ada dalam 50 pages. And, siap dalam pukul 5 petang. Diorang bagi dalam pukul 4 camtu. And diorang cakap aku cepat. Ha ha ha. Mahu tak cepat. Aku ada banyak lagi kerja lain yang duk tunggu. Habis satu, kena siapkan yang lain pulak. Takkan nak buat lambat-lambat. Lagipun benci lah tengok file melambak atas meja. Ha ha ha.

Sangat lain dari masa belajar. Time study dulu kerja macam mana banyak pun tak reti nak siapkan cepat-cepat. And I think after practical nanti kerja aku mesti siap cepat. Ha ha ha.

Report tak tulis lagi. Haish, penuh dengan draft aje. Minggu depan S/U nak tengok. Macam mana ni??

Wednesday, June 22, 2011

Air ape? Air tebi....

Sekarang setiap petang pukul 5.30, adik aku ada training bola sepak. For kids lah. Tabika Kemas punya. Sebab adik aku yang umur 6 tahun terpilih untuk team bola sepak tabika dia. And everyday, except for saturday and friday, diorang akan berlatih. 

Since first day, masa hari pemilihan pemain, coach dah panggil adik aku BECKHAM. Ha ha ha. Diorang kata dia pandai sepak bola, and pandai gelecek bola. Tak salah aku dia striker. And one of penyumbat goal terhandal. Seorang lagi penyumbat goal, his bestfren, Haris. Dua-dua budak ni coach cakap pandai main. 

Tapi, aku tak heran kalau adik aku pandai main. Sebab the abangs kalau balik rumah, asyik kerja sepak bola je. And of course la diorang yang mengajar adik main bola. So, no wonder la adik aku ada skill masa main bola. The abangs dah train awal-awal. Sekarang cuma nak train dia main dalam pasukan je. And my mom as the manager. Ha ha ha. 

Satu hari masa dia balik rumah, dia bawak balik air sekali. Satu je la. Satu plastik. Mak aku mintak. Then minum. Pastu dia boleh cakap 

: Mak, janganla minum air tebi adik sampai habis.

Ha ha ha. Bersembur mak aku. Aku sekali yang tengah khusyuk layan TV, gelak kuat-kuat. Bayangkan lah. Air tebi dibantainya cakap. Padahal itu air tebu. Ha ha ha. Merah padam muka. Malu. 

..............................................................

Pagi-pagi tadi, lebih kurang jam 10 lebih pagi, aku kena marah dengan bos. Mula-mula bos membebel aku buat tak tahu je, kemudian dia panggil aku masuk bilik dia. Gara-gara kertas recycle, aku kena marah. Terasa jugak lah tadi. Tapi, adatlah kan kalau kena marah. But, sejak aku kat situ 3 weeks yang lalu, first time aku tengok dia marah, and yang pasti aku la yang kena marah. Sebab yang orang lain bila dirisik-risik tak de pun kena marah. Hu hu hu. Malu gila. Depan staff lain pulak tu. 

Satu hari tebal muka. And bodohkan je telinga and senyum je depan bos. 

................................................................

Mengantuk dah. Tidur jom. Bye. 


Saturday, June 18, 2011

.....................

Header aku dah tukar. Ha ha ha. Poyo kan? Letak gambar BF. Adoiyai.

Tapi, biarlah. Gambar edit, bukan gambar berpelukan or tak senonoh.

En Ahmad Huzair, tak marah kan???

He he he...

Sunday, June 12, 2011

Aku suka Fasha Sandha :)

Have you seen JUVANA? Cerita TV3 tu. Malam-malam Isnin pukul 9.00 malam. 

Kenal hero dia tak?

Kalau tak kenal meh nak cepuk sorang-sorang. 

First time aku mention nama ZAHIRIL ADZIM dekat kawan-kawan aku, diorang gelakkan aku and cakap tak kenal. Siapa orang tak famuos yang ko cakap tu? Oh my. Aku geram. And aku cakap satu hari nanti semua akan kenal dia. Well, satu hari tu dah agak lama sampai. Satu Malaysia dah kenal dia rasanya. 

Aku actually tak tahu pun bila masa dia jadi artis. Aku start suka tengok lakonan dia since cerita MERAH PUTIH and KAMI. But, aku tahu nama dia pun sebab cerita MERAH PUTIH. Tapi, siapa eyh pelakon perempuan tu? Tak ingat pulak. 

Abaikan.

Ha ha ha. Time JUVANA aku tak pernah miss tengok. Macam ni rupanya kalau dah betol-betol minat artis. But aku tak ada lah sampai tahu semua asal usul and cerita dia. Not a fanatic fan. Tapi, bila BF tanya, tengah tengok cerita apa, aku mention aku tengah tengok BF aku berlakon. Ha ha ha. Semua orang especially yang masih kanak-kanak macam aku akan cakap artis-artis yang diorang suka tu BF/GF diorang. Dah banyak bukti okay? Bukan saja-saja cakap.


ZA

Contoh:
Sorang kawan aku ni minat Pretty Zinta. Pelakon hindi yang comel tu. Siap cakap itu GF dia. And for girls, cakap itu kakak dia. Normal dah. 

Kakak kawan aku

Hm Fasha Sandha? Kenal tak? Kenal kan?

I like her a lot. Memang ratu kontroversi but she is very talented. She is superb okay kalau berlakon. I do like her a lot. Semua yang pasal kontroversi tu nak buat macam mana. Lagipun orang-orang yang buat gossip ni tentu akan gila kalau tak ada gossip. 

But buatlah cerita apa pun, I still like her. She's amazing lah. Cantik and very talented. And tahu nama kawan-kawan aku gelar aku? Teesya Sandha. Ha ha ha. But I like it. Just member-member je la panggil macam tu. 

Baru perasan aku tulis tajuk macam nak cerita pasal Fasha je, tapi tak. Ha ha ha. Layan je lah. 




tapi dia lebih cantik wearing jilbab





Telinga berdesing and kematian, ada kaitan???

Pagi tadi, telinga berdesing tiba-tiba. Aku terkejut sampai tak boleh fokus buat kerja. Dengan perut yang memulas, sakit. Telinga berdesing, menandakan ada orang yang akan meninggal. Dalam sibuk bekerja sempat juga aku fikir siapa yang akan meninggal.

Rupanya malam ni dapat tahu anak jiran aku belakang rumah, yang mak aku kata kawan zaman kecik aku, meninggal dunia. Dan cara dia meninggal amat tragis. Kemalangan jalan raya. Mungkin salah diri dia sendiri, tapi ikut maklumat jiran-jiran aku, arwah terlanggar divider jalan. Bagi orang Sg Petani, divider depan ULEK MOTOR tu, dekat tempat main futsal. And, and kereta dia remuk melambung ke jalan. Kereta arwah jadi seketul, macam tin air yang kita pijak pakai kaki untuk jual dekat recycle, macam itu lah perumpamaan dia. And arwah tersepit di dalam kereta tak boleh nak dikeluarkan sampai lah bomba datang.

Takziah buat keluarga mangsa.

Hm, telinga aku biasa berdesing. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang biasa saja. Dan biasanya bila telinga aku berdesing, akan ada kematian. Orang bijak pandai kata, daun yang mewakili orang meninggal itu terkena daun kita yang masih hidup, sebab itu telinga kita berdesing. Bukan nak cakap aku boleh rasa atau apa, tapi memang itu hakikat. Sebelum ni Paklong aku meninggal, telinga aku berdesing. Tup tup dapat berita. Sedih tau bila kita dapat rasa ada orang nak pergi, and kita tak tahu siapa orang tu, just tunggu berita dari orang-orang lain.

Lepas ni akan ada kematian lagi. Sebab pernah orang cakap dekat aku, kematian berlaku setiap saat, sama seperti kelahiran. Tapi maksud aku sekarang kematian orang-orang yang berada di sekeliling aku yang mungkin aku akan kenal. Selalunya akan berturut-turut menjadi tiga orang, kemudian baru akan jadi normal. Dan macam tu lah seterusnya.

I just dont want any of my relatives meninggal sebab excident. I cant accept that. Kalau nak meninggal, meninggal cara normal. Tapi, ajal semua ketentuan di tangan Allah SWT. Kita tak tahu rahsia yang disebalik semua kejadian.





p/s: jangan bawa kereta melebihi had laju dan sesuka hati. Ingatlah yang tersayang.

Saturday, June 11, 2011

Rupanya...................

Rupanya, bila penat bekerja, balik rumah dengar pulak suara adik-adik kecik riuh rendah, rasa nak marah and geram. And bila sudah bekerja ni jugak buat kita rasa taknak menonton. Cerita di televisyen semua jadi tak menarik. Kan? Ke aku je?

If dulu, aku ingat segala mak nenek siaran televisyen, but sekarang for this two weeks, yang aku nampak bila balik rumah is my bed, my pillow, my mucuk masyam, and senagkatan itu lah. Bed is priority lah. Bukan nak cakap aku sibuk gila kat office. But, when you bekerja di account firm, macam aku, memang nak habis cepat je kerja. Nak skip-skip tak boleh. Pegang handphone, sembunyi-sembunyi. My handphone was on silent all the time. No vibrate too. Semua senyap. Yang dengar bunyi computer and typing aje. And voices of the chinese of course.

Speaking about them, 1st day kerja diorang tanya umur aku in chinese. Mesti la aku tau jawab. Belajar. Then, 3rd day, they speak chinese to me. OMG. Diorang ingat aku terer. Ha ha ha. Aku faham diorang sebut computer je. yang lain tu, aku bodohkan je. Ha ha ha.

And hari ni, hari tak bertuah aku sebab cirit birit. Toilet yang tak pernah aku masuk tu, hari ni aku melawat 5 kali jugak lah. Sakit sangat. Ingat nak ambil MC je tapi tak berbaloi pulak. So, kerja je lah macam biasa. Petang tadi, laoban panggil suruh tolong dia cuci bilik dekat pantry tu. Nak letak anak dia. Habes semua file dilap. Bersih-bersih tanpa habuk pun.Almaklumlah anak kecik, sebulan baru. His wife nak masuk office balik, so anak kena bawak sekali. Bagus sungguh laoban, sayang anak bini sampai macam tu.

Eh, aku lari topik rasanya. Ha ha ha. Lantak lah. Kalau dah mula nak membebel tu, memang lari segala topik pon. Okay, nak melawat tandas lagi. Papai.

Wednesday, June 8, 2011

Mr Uzer new cut..

Rambut nya yang dulu panjang and agak messy tu, dah dipotong. Ha ha ha. His willing lah. Seminggu balik rumah, then kena panggil pergi office. Nak tak nak, kena la potong rambut extra panjang tu.

Well, I think I like his new hair more. Nampak tegas and lebih gagah (any other words yang sesuai apa eyh?). Hurm, okay, smart lebih la maksud aku. Ha ha ha. Mengada kan puji BF sendiri? Okay, Mr Uzer, nanti belanja Mrs Uzer pegi makan-makan, jalan-jalan buang masa okeh? Deal!!! Ha ha ha.

Itu saja nak bagitau. Papai. I love you.

Owh, gambar? Dalam phone. Later will upload lah. He he he.

Tuesday, June 7, 2011

Mr Uzer

Baru-baru ni genap dua bulan mengenali hati budi perangai Huzair. Walaupun kenal dah lama sangat, tapi tak sama dengan kenal yang sekarang ni. Samalah dia pun. Kenal aku pun baru dua bulan. Dua bulan terasa cepat. Tak macam yang sebelum ni. Masa dah jadi sangat cepat kan sekarang?

4 June 2010 lepas, orang sebuk kenduri kendara, aku sebuk duk pikir cara jumpa dia. Kebetulan dia ada kenduri dekat kampung aku. Sempat lah aku jumpa dia walaupun sekejap sangat. Tak sempat nak sembang-sembang sangat pun. Aku tengok dia, dia tengok aku. Itu je. Hilang lah rindu sikit. Itu first time jumpa lepas dua bulan couple. Huh, gila kan? Couple dah dua bulan jumpa baru sekali tu pun berapa minit sangat. 

Love your hair sweety. 

Tapi serius nervous. Jantung aku ni macam nak tercabut je. Bongok sungguh. Tangan aku menggigil je. Bongok jugak tangan ni. 

Nampak dia buat pertama kali setelah dua bulan bercinta, hurm, dia masih sama macam dulu. Gaya berdiri dia tak pernah berubah. Sama macam first time aku kenal dia. Pakaian pun macam tu jugak. Long sleeves, and tangan tu dilipat-lipat naik atas. If not mistaken lah. He he he. 

Aku teringin nak tengok mata dia, tapi tak boleh. Jadi segan. Ada tak orang segan jumpa BF sendiri? Ke aku sorang je yang macam tu? Tapi sempat la belek-belek muka dia sampai la ke kaki. Ha ha ha. Dalam duk segan kambing tu sempat jugak membelek. 

Hujung minggu ni baru berangan nak pergi jumpa dia, tapi masalah. Dia dah kena panggil pergi office. Baru sangat dia balik kampung. Jadinya, tak dapat lah jumpa sebab sorang kat ibu negara, sorang dekat utara. Jauh tu. Enam jam kalau nak sampai sana naik bus. Naik kereta, mustahil pulak sebab dua-dua tak ada kereta. Kalau ada kereta sendiri, dah lama dah aku sampai KL tuh. 










p/s: I miss you.

Wednesday, June 1, 2011

Practical training cont..

Hari pertama praktikal, diajar macam mana nak key-in data guna UBS. Dulu ajar MYOB. Padahal bila tanya cina tu, dia sendiri tak tau MYOB tu apa. Senget sungguh. Baik tak payah suruh belajar. Mujur tak ambil sijil. Kalau tak, rugi jugak. He he he.

Then, dapat file syarikat 'nama dirahsiakan' dua fail tebal. Sesak jugak la nak buat. Tu pun tak siap-siap lagi. Belum bagi yang lain lagi. Aku rasa aku buat kerja macam kura-kura tadi. terhegeh-hegeh. Ha ha ha. Esok kena speed lebih sikit.




p/s: love you.......hehehe

Program Motivasi Semetrik 2011

Sepatutnya dah lama update pasal Program ni, tapi sebab orang TM tu duk buat lambat-lambat pasang streamyx kat rumah, makanya lambat jugak lah post pasal ini.

Actually program ni dah lama dah. Two weeks ago, aku join pihak Alumni Semetrik untuk handle program motivasi kat sekolah. Bermula hari Sabtu dan berakhir jam 2.30 petang keesokan hari. Tarikh 14 Mei - 15 Mei. Semua berjalan dengan baik, walaupun ada sedikit masalah dengan masa dan juga beberapa masalah teknikal dengan baik.

Tapi, yang agak mendukacitakan, penglibatan dari Alumni sendiri. Tak ramai yang join and barisan fasilitator diambil dari pihak lain. Yang hadir cuma aku, Farhana (batch 7), Abg Sahir (batch 1), Zack (batch 1) and Izad (batch 6). Setakat yang aku nampak dan kenal dan tahu.

He he he. Setakat itu je la. Nak update banyak-banyak, malas. Sudah malam. Nyte.