Rupanya malam ni dapat tahu anak jiran aku belakang rumah, yang mak aku kata kawan zaman kecik aku, meninggal dunia. Dan cara dia meninggal amat tragis. Kemalangan jalan raya. Mungkin salah diri dia sendiri, tapi ikut maklumat jiran-jiran aku, arwah terlanggar divider jalan. Bagi orang Sg Petani, divider depan ULEK MOTOR tu, dekat tempat main futsal. And, and kereta dia remuk melambung ke jalan. Kereta arwah jadi seketul, macam tin air yang kita pijak pakai kaki untuk jual dekat recycle, macam itu lah perumpamaan dia. And arwah tersepit di dalam kereta tak boleh nak dikeluarkan sampai lah bomba datang.
Takziah buat keluarga mangsa.
Hm, telinga aku biasa berdesing. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang biasa saja. Dan biasanya bila telinga aku berdesing, akan ada kematian. Orang bijak pandai kata, daun yang mewakili orang meninggal itu terkena daun kita yang masih hidup, sebab itu telinga kita berdesing. Bukan nak cakap aku boleh rasa atau apa, tapi memang itu hakikat. Sebelum ni Paklong aku meninggal, telinga aku berdesing. Tup tup dapat berita. Sedih tau bila kita dapat rasa ada orang nak pergi, and kita tak tahu siapa orang tu, just tunggu berita dari orang-orang lain.
Lepas ni akan ada kematian lagi. Sebab pernah orang cakap dekat aku, kematian berlaku setiap saat, sama seperti kelahiran. Tapi maksud aku sekarang kematian orang-orang yang berada di sekeliling aku yang mungkin aku akan kenal. Selalunya akan berturut-turut menjadi tiga orang, kemudian baru akan jadi normal. Dan macam tu lah seterusnya.
I just dont want any of my relatives meninggal sebab excident. I cant accept that. Kalau nak meninggal, meninggal cara normal. Tapi, ajal semua ketentuan di tangan Allah SWT. Kita tak tahu rahsia yang disebalik semua kejadian.
p/s: jangan bawa kereta melebihi had laju dan sesuka hati. Ingatlah yang tersayang.
4 comments:
Tercatat di dalam al quran tiada manusia tahu bila kematian akan dtg... bawa btobat
Sama-I'm experience the same too, since 2015. Memula igt cam tahyul, superstition, syirik etc, but when it happen often, I start to think about it.
Mcm sy... Sejak abg kandung sy koma telinga sy tak henti2 berdesing esoknya abg sy dh meninggal.. Skrg dh limpas ke-7harinya tapi telinga sy masih berdengung
Telinga sya bdesing kerap sangat bulan pose baru ni .ye suami sya djemput ilahi 28.4 2021
Post a Comment