Followers

Friday, January 28, 2011

UCAPAN ADALAH DOA @BY WALI BAND INDONESIA


Aku sayang kamu..jangan tuduh aku...

Again...!!!!!!!!!!

Dia marah aku lagi. Aduyai. Tak tawu lah kenapa. Lately ni asyik dimarah je. Apa aku punya salah pun aku tak tawu. Pening kepala aku ni ha.

Kalau lah boleh remove semua masalah macam delete folder, kan best? Tak payah susah payah.

Thursday, January 27, 2011

Saya Dapat Roommate Baru !!!!!

Actually aku dah lama nak post pasal roommate baru aku. He he he. And she doesnt know pon yang aku tulis pasal dia dalam blog aku. Well, for this three weeks, nope, four weeks, dia a.k.a Mizah stay with us, replace roommate lama aku. Aku perkenalkan dia as roommate because dia kena duduk di bilik aku. So, roommate la.

Dalam masa empat minggu ni, kami tak pernah ada sesi perkenalan dengan dia. Kami means me and housemate ku. Tak pernah duduk-duduk bertujuh-tujuh and buat sesi soal kenal keluarga or anything yang macam tu. We just know her name, her hometown, and thats all. Itu aje. And at that time rasa macam kehilangan. Dulu, kami tujuh orang, pergi mana-mana pun sama-sama, never split, but now, dah jadi enam orang. Bila seorang dah keluar, terasa macam tak normal je hidup. Ha ha ha.

Lemme told you first pasal budak-budak rumah 17. We, gelarkan diri kami budak-budak rumah 17 because rumah kami nombor 17. He he he. Last year, masa awal-awal tahun, masa mula-mula masuk sini, memang tak kenal each other. Kenal dua tiga orang, but dalam seminggu, we can get along. Dengan sangat mesra. Tapi biasalah bila mula-mula baru nak kenal tuh, too many conflict yang timbul. Tak puas hati lah, bertengkar, berkira, perli-memerli, all of that is normal masa tu. Kemudian masuk second sem, still ada yang berconflict tapi just di awal sem. Bila dah masuk bulan kedua semua dah can get along very well. Macam tak boleh bak dipisahkan. Ha ha ha.

And this is the third sem we are here, but seorang dah keluar and ganti dengan new housemate. Just like I said before, tetiba rasa macam tak normal aje. Even kami kat sini dah empat minggu, tapi kami masih janggal nak berborak or bergurau dengan dia. Bukan tak cuba, tapi lebih pada cuba. Gurauan kami semua disambut dingin. Bila kami menegur, dia macam tak dengar. Nak kata pekak, impossible lah sebab boleh dengar lagu-lagu korea kat laptop dia. So, bila dah jadi macam serba tak kena, six of us, ambil langkah, buat tak tahu aje. He he he. Still ambil berat bout her, tapi tak bercakap sangat. Bercakap bila betul-betul penting. Bila betul-betul penting tu pun kadang-kadang jawapan nye just anggukan and gelengan je. Aduyai. Apa nak buat. Terima aje lah.

Ingat lagi, masa dia belum masuk lagi rumah ni. Kami semua fikir boleh ke die ni adapt dengan cara kami. And, jawapannya macam tak boleh je. He he he.

Hurm, ada sekali tu, kawan-kawan dia datang rumah. And I heard she's laughing. Ha, betul. Dalam hati, tak sangka dia pon pandai ketawa. Ingatkan pandai senyum, geleng and angguk je. Ha ha ha.

Entah bila kami akan serasi as housemate and roommate. Masih menunggu.

Sunday, January 23, 2011

Miss Earth Canada...my name!!!! haha

Last night, bosan-bosan aku google nama aku at youtube. Memang tak ada kerja lah kan kalau sampai google-ing nama sendiri at google search and youtube. Okay nama aku LATEESYA. Aku nak google sebab aku fikir nama aku jarang-jarang ada at Malaysia ni. But, bila google, OMG, seriously nama aku memang tak femes at Malaysia, but at Canada that name is the name of Miss Earth Canada. Ha ha ha. Sangat kelakar because aku tak pernah amek tawu pasal contest-contest macam ni, and bila saja-saja nak google-ing tetiba ada. Ha ha ha. Then, untuk close up muka dengan lebih dekat aku search images google. Ha ha ha.


Lateesha Ector( Miss Earth Canada)

Look at her. Ada satu persamaan dengan aku. Satu sahaja ye. Warna kulit. Ha ha ha. Kulit hitam. Ha ha ha. By the way, her name takdelah exactly like mine. Ade lah satu dua ejaan yang tak sama. But, its pronounce is still da same. Yea, whether Lateesya, or Lateesha, or Latitia, its still same pronounciation. So, just consider sama lah.

Ha ha ha. Miss Earth Canada. When I told my friend, Pain, she asked me a very funny question but macam logik. Ha ha ha.

The question nye "dengan planet mana kau bertanding Teesya?" .










p/s: Planet Marikh kot...hehehe

Hari ni baru jumpe....

Hari ni baru jumpa lagu yang aku suka nak tempek kat blog ni. So far macam enjoy bila dengar lagu macam tu. Tak la slow sangat or jiwang sangat or laju sangat. Actually nak tempek lagu Stacy - Jahat tapi macam funky sangat. Serabut kepala aku. Ha ha ha.







p/s: nak gi tido dah ni...nantok...hehe

Saturday, January 22, 2011

Jahat.......

Aku sudah serik bercinta 
Kerna asyik berakhir dengan kecewa 
Tapi sejak hadirnya dia 
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no) 
Hati pula kata pergi (go baby go) 
Benarkah cinta itu buta 
Kerna tak nampak apa selain dia

Aku aku 
Bagaikan sudah terkena mantera cinta 
Dari manakah kau datang menyerang 
Diriku diriku 
Yang disangka kebal 
Oh jahatnya kamu 

Jahatnya kamu 
Engkau engkau 
Penyebab diriku terigau-igau 
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu 
Ku mahu ku mahu denganmu selalu 
Oh jahatnya kamu 
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi 
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi 
Walaupun belum bersedia 
Tapi hatiku mendesak dan menggesa



p/s: I want you!!


Wednesday, January 19, 2011

Terlanjur cinta...



Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita

Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta
Karna sekali cinta aku tetap cinta


Monday, January 17, 2011

Sape nak belikan aku HandPhone baru??

Siapa?? Siapa yang nak tolong belikan HandPhone baru kat aku?? 

HandPhone ni nak kata nazak tidaklah jugak. Still boleh mesej, still boleh mms, still boleh call, still boleh 3G, still boleh receive call. Memang tak nazak kalau bab function-function tu. Boleh diguna sepenuhnya. Tapi yang tak bestnye housing aku tuh, dah tercabut bahagian belakang. Mentang-mentang lah HandPhone ni beli dengan exboy, die pon nak ikut lingkup jugak. Haish parah ni.

Nak HandPhone baru jugak....huhu (macam tak bersyukur kan?)

Saturday, January 15, 2011

nama je Cepat Sedia, tapi................

Being in the bus for more than ten hours memang macam bodoh..Nama je bus Cepat Sedia, tapi service bodoh nak mampos.. Bus delay for 30minutes.. Dah lah delay, lambat pulak gerak. I dont know what kind of management yang diorang pakai. Very-very poor management. And the speed of the bus, I dont know lah, memang speed kena 60km/hour ke for buses?? If memang kena 60km/hpurs, suppose tak kena ade delay. The other bus only take seven to eight hours to reach Seremban, but this bus, OMG, memang lembab gile. It took more than ten hours. 

Time management diorang memang sangat low. Whether the driver yang tak ikut time or what, aku tak tahu lah. Tapi, masa berhenti at one of the hentian, hmm Bukit Gantang if not mistaken, the driver said, he gave us 20 minutes time to go to the toilet, to eat, to pray and to anything you wanna do. But, after 20 minutes, pintu bus still tutup lagi. Entah mane pergi bus driver tu. Memang tak patuh pada janji. If you said 20 minutes, 20 minutes lah. Kenapa nak sampai lebih-lebih pada tu? Pandai ingatkan orang lain, tapi diri sendiri macam bangang.

If the driver tu umo 50 or above, I still can consider. Tapi bukan. Still young, still tough. And kalau letih ade ganti-ganti pon. Memang menyusahkan semua orang. If it's not the only bus, memang bus tu dah tak laku.

Aku akan buat complain, tapi before aku buat complain kat orang-orang sepatutnya, aku nak lepas marah at sini dulu. Huh, puas hati.....

Thursday, January 13, 2011

Tidur Maghrib..

Petang tadik after class, balik rumah semyang Asar sume, mata mengantuk tahap gaban punya. Memang kepala nak carik bantal aje. Aku tengok jam, "dah pukul 6 petang". Orang tua cakap tak baik tido lepas Asar. And aku ada dengar yang tidor lepas Asar ni memang tak elok. Tapi aku mengantuk gile. Kepala aku yang gemok and besar ni dah selamat dah atas bantal. Mata yang memang sedia kuyu ni, memang terus tutup je lah.

............................................................................

Bila terjaga, tengok jam dah pukul 7.33 malam. Ni namanya tidur maghrib. Mak aku kata tak baik tidur Maghrib, nanti setan kacau. Tapi aku rasa setan tak kacau aku kot. Sebab aku takde mimpi ngeri or seram ke ape ke. He He He. Riak. Maaf. Ha Ha Ha. Sudah lewat ni. Seram pulak aku rasa. Owh, aku mau tidor.

Selamat malam semua. He He He. Teringat pulak kat Faizal Tahir.

Tuesday, January 11, 2011

Anyone??..








I'm thinking of changing "SIMPLE ITU AKU" layout. 
Anyone yang ade layout cantik-cantik or tahu macam mana nak create or tahu any website yang offer free background untuk blog??











Monday, January 10, 2011

Practical training....

Next semester will be my practical training. So sekarang ni tengah mencari tempat untuk praktikal. By the end of this month, I should have a place to go. Tapi, awal-awal lagi my dad dah warning, buat praktikal dekat dengan rumah. It wil be easier for u, kata ayah. Owh sangat frust sebab ingat nak buat dekat negeri lain instead of Kedah. Ayah kata susah kalau buat jauh-jauh, nanti nak kena cari rumah sewa lagi, transport lagi, and macam-macam.Yerp, aku tawu ayah risau. Hehehe. 

So, macam mana sekarang? Sape2 yang ada idea untuk aku buat praktikal??

Sunday, January 9, 2011

I like !!!







Have such a great time with person I love and I care...
Cant wait for next 'great time'...
He He He...








Wednesday, January 5, 2011

Bilaakumerapu.....

Sejak frust semester lepas, sampai effect aku punya study, aku punya berat badan turun, CGPA turun, semua menurun, aku dah nekad taknak jatuh cinta. Taknak terlibat dalam love matter dah. Even aku couple dengan seorang lelaki yang pun putus cinta cam aku gak, tapi aku takde tanamkan rasa cinta pun dekat dia. Aku just cakap aku sayang dia and jangan paksa aku untuk cinta dia. Hurm, nampak gaya dia boleh faham apa yang aku nak. Aku dah serik nak jatuh cinta. And sampai sekarang pun memang takde mencintai mana-mana manusia kat dunia ni (manusia berlainan jenis and bukan muhrim). 

Relationship aku dengan pakwe sekarang ni pun aku tak sure camne boleh kekal sampai sekarang. Padahal aku dah terus terang dengan dia yang aku cuma sayang dia tapi takda cinta. Sayang and cinta is different kan? Bagi aku sayang tu perasaan yang timbul bila kita kenal siapa orang yang kita kawan tu. Sebab aku memang sayang semua orang yang rapat dengan aku. And cinta pulak perasaan yang sangat pelik, yang bila jumpa orang yang kita cinta tu akan rasa berdebar-berdebar, rasa suka sangat, rasa sayang yang lebih-lebih, rasa nak tengok die je, and macam-macam lagi benda yang tak masuk akal bila rasa cinta. So, dalam kes aku ni, aku kategorikan sebagai sayang sebab kami memang rapat, and kenal perangai buruk masing-masing. 

Time will heal semua kesakitan yang ada. Cuma lambat atau cepat je. And I think I need a lot of time to get rid of him. Aku memang dah taknak jatuh cinta lagi. Sebab bila aku frust, effect aku gila-gila punya. Result menonggeng, jatuh golek-golek CGPA aku. Cuma tak gagal je. Mujur. 

But, theres a man, yang suddenly appear dalam hidup aku. Yang tak payah nak kejar-kejar, tak payah susah payah cari like before, yang memang ada 24-7 untuk aku. Even pakwe aku pun jarang luangkan masa untuk aku. Just imagine, korang tengah frust gila, taknak bercinta semua and tetiba ada seorang yang caring pasal korang. Mesti tertarik kan?? Tak banyak tapi at least sikit pun mesti ada rasa suka kan?? Hurm, harap tak jatuh cinta sudah lah. Hurm, bosan sudah nak melayan perasaan. Sekarang ni, nak concentrate on study lah pulak. Hancur lebur yang sem lepas, sem ni nak kena cover balik. Nak kena study hard and smart. Hurm....

Monday, January 3, 2011

1st day..

Today is the 1st day kuliah kat UiTM Arau. Rasa macam tak percaya aku dah masuk Semester 6 or orang panggil part 6 lah. Agak banyak story yang macam-macam duk dengar bila balik dari class.

And sekarang my housemates tengah discuss nak pergi berjalan-berjalan weekend ni. tapi dari tadi duk bincang, blom dapat decision lagi. Hahaha...and by this weekend aku maybe tak join diorang because ade program lain yang dah lama plan. Heheh sorry guys.

Hurm. Before lupe, harini memang 1st day yang agak tak best. Bila bangun pagi lambat, subuh jadik subuh gajah (wujud ke istilah nie), and tetiba hujan pulak. Satu hal nak redah hujan. Mula-mula nak tuang kelas tapi tak best pulak. Pergi jugak redah-redah hujan. Dah lah kena pusing UiTM. Memang meronda dulu before sampai class.

After class, pergi teman Marina ambil skuter die kat Jeti Kuala Perlis. Penat jugak kena naik motor, sampai tak pegi tutorial class. Mujur lecturer tak amek kehadiran.

Then, pegi class petang. Tengah dalam keadaan cuaca yang panas tu, boleh pulak awan menangis lagi. Hujan turun, tapi renyai-renyai. So, kira boleh lagi nak class. Sampai sekerat jalan, lebat pulak. Basah lagi. Masuk class, lecturer pulak tak datang. Aduyai, geram gile. Tapi nasib baik tak hujan dah. He he he.

Saturday, January 1, 2011

luahan hati

2011......

Sekarang ni dah masuk tahun 2011..bermakna umur aku dah masuk 23 tahun...kalau ikut tahun lah...kalau ikut bulan still 22 lagi. Tapi perangai masih macam budak 13 tahun. Mak aku lah yang cakap. Padahal kalau dah kahwin memang anak dah tiga.

Sepanjang tahun 2010, memang ramai kawan-kawan aku yang melangkah ke alam perkahwinan. Umur tak menjadi masalah. Memang waktu yang seswai untuk kahwin lah orang kata. Cuma tinggal aku and berapa kerat je kawan-kawan yang masih bujang. Padahal anak member dah umur 3 tahun, siap panggil auntie lagi. Owh dah tua rupanya. Terima je lah. Ye dok. Hehe

Bila melangkah ke tahun baru nie, aku melangkah dengan azam yang sama macam tahun lepas. Tapi mestilah ada sikit yang beza dari yang tahun lepas. Apa yang aku azamkan tuh biarlah rahsia aku je. Hehe. Cuma aku harap aku akan lebih bahagia pada tahun ni, lebih ceria, lebih semangat and semuanya nak lebih lah. Benda yang lepas-lepas tuh, aku harap semua aku dah buang masuk tong sampah. Hehe.

Kalau nak fikirkan ape yang jadi tahun lepas, memang banyak. Kematian orang yang kita sayang, perkahwinan orang yang kita sayang, masalah putus cinta, masalah gagal dalam test, masalah banjir di Arau, and macam-macam. Yang paling happy bila dapat lesen. Haha. Even dapat lesen kereta tetap tak boleh nak bawak. Coz aritu aku bawak kereta terlanggar rumah orang. Maklumlah tak pandai nak undur, kemek bontot kereta ayah aku. Dua hari aku tak keluar bilik. Huhuhu. Memang sangat best. Hehe...

Hurm........thats all lah untuk tajuk ni.. entah pape kan..hehe