Followers

Wednesday, November 23, 2011

Katak pun jadi rebutan. Haih :))

Sekarang ni balik rumah petang-petang, ayah mak adik terpacak depan komputer. Ingatkan buat apa bersorak bagai bergelak ketawa sakan. Kot lah tengok cerita lawak dekat youtube ke ape ke. Eyh, mak ayah aku mana tahu youtube tu apa. 


Satu petang tu, aku masuk rumah terus gi depan komputer. Nak tengok lah apa yang dibuat. Rupanya main game. Adeh. Gamat rumah ni. Macam nak runtuh hanya kerana game. My mom, my dad and my adik lawan sesama sendiri game tu. 

Nak tahu game apa? 


ZUMA. 

Padahal Zuma ni dah lama kan kan kan? Ini sebab kat rumah tak ada komputer so tak ada lah nak main game sampai macam tu punya mengadap bahagia tengok katak jelir lidah tuh. Dulu dulu dulu ni ada komputer but since my lil bro rosakkan komputer tu, terus tak ada. 

Ni pun komputer baru beli ha. Mak beli dekat siapa, I dont know sebab balik-balik kerja aje memang dah ada komputer dalam rumah ni. 

Ada satu malam, mak main game Zuma tu sampai pukul 2.30 pagi. Bila tanya, mak cakap dia geram tengok katak tu. Lepas tu esoknya sakit kepala demam terus. Haih. Zuma punya pasal. Aku pun tak faham kenapa boleh addicted sampai macam tu sekali. 


Tapi, seronok tengok semua berkumpul depan komputer hanya kerana Zuma tu. Gelakkan adik yang tak pandai nak main, gelakkan ayah yang lambat gerakkan cursor, gelakkan mak yang suka menyakat ayah main game. Ha ha ha. 

Ingatkan yang nak main lebih tu adik kecik tuh, rupanya silap. Ayah dengan mak yang over. Tak apa lah. Mainlah. Jangan lingkup komputer sudah lah. Ha ha ha. 

..............................................................

: Haih, rindu lah kat dia. :))

No comments: