Followers

Tuesday, November 8, 2011

Sedih sedih sedih :( huuu

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua :)

.

Kalau boleh nak cerita yang happy-happy je dalam blog ni, tapi yang sedih-sedih tu, tak boleh jugak nak peram sangat kan? Boleh gila kan? 

Sumpah aku sedih sangat sangat sangat sekarang ni. Air mata ni kalau boleh tadah, dah penuh sebaldi. Nak mengadu kat siapa? Mengadu pada Yang Esa satu, lepas tu pada En BF. Jarang mengadu kat En BF. Selalu mengadu gedik-gedik je kat dia. Risau jugak mengadu kat En BF. Risau dia fikir yang bukan-bukan. Bukan biasa aku nak share-share masalah dengan orang. Aku pilih orang untuk share masalah. Sebab aku tau bukan semua tu suka dengar masalah orang lain. Tapi selalunya aku diamkan aje. Marah sendiri-sendiri, sakit hati sendiri-sendiri, mengadu kat diri sendiri, pujuk-pujuk sendiri-sendiri. 

Baru perasan, diri sendiri ni pendendam jugak rupanya. Simpan lama lama lama jadi pekasam, kemudian satu hari keluarkan semua sekaligus. Lepas tu siap ada niat nak balas balik. Sangat tidak baik. Langsung tak baik. 

Tapi, selalu ingatkan diri sendiri, jangan balas if berdendam sekalipun. Biarkan je. Sakit sendiri sudah, jangan sakitkan orang lain. Haih, bila bawak kereta selalu fikir apa salah diri sendiri. Kadang-kadang berangan aje kerja bila drive. Itu pun tak bagus. Memudaratkan diri sendiri dah tu. 

Terfikir jugak hidup yang masih menumpang ni. Walaupun masih dalam tanggungjawab mak ayah, tapi sangat sangat sangat terasa diri sendiri ni menumpang. Menumpang duit mak ayah. Menumpang kereta mak ayah. Menumpang rumah mak ayah. Agak-agak bila ada suami nanti, aku akan terasa macam ni lagi tak? Takut jugak dikata menumpang suami. :)

Dah situ cukup. Letih la pulak kalau macam ni. Buat bodoh je la even aku ni pandai. Sempat lagik tuh nak poyo-poyo. Ha ha ha. Ini nama pujuk diri sendiri. 

Tapi En BF pun ada pujuk-pujuk jugak tadi. Terima kasih, terima saya seadanya. :)

.

Saya sayang keluarga saya, cuma saya tak dapat nak tunjuk sayang saya. 

.....................................................................

: En BF sayang saya kan? :) 

2 comments:

Popoi said...

jgn sedih2~~

Nuramalina Aziz said...

kenape ni tsya??whats u prob? u can count on me if u want.