Followers

Thursday, December 13, 2012

Bukan penganggur

Assalamualaikum.

Aku dah bekerja. Hoyeah. Tapi teruk. Ha ha ha. Complain bagai. Kenyataannya memang teruk pun. Bangun jam 5.30 pagi, mandi, siap-siap for Subuh prayer, then 6.15 pagi memecut ke hospital. 

Yes. Aku kerja kat hospital. Jadi, doktor bersalin. Ha ha ha. Okey. Tipu. Budak akaun buat apa jadi doktor pulak kan? Aku kerja kat sebelah wad mayat. Wat mayat kat bawah, aku kat atas. :P. Suka nak membelit cerita kan. Aku mula kerja dah 4 hari dah. Penat tak payah nak cakap la. Memang penat gila la. Nak kena buat macam-macam benda. Alhamdulillah. Dalam tempoh 4 hari, aku boleh dikatakan agak cepat buat kerja. Ceh. Berlagak. Pegang pisau pun terkial-kial. Potong jari-jari ha. Huuuu.

Ha, dapat agak tak kerja apa? Hi hi hi. 

Cashier cum kitchen helper. Letih woi buat kerja ni. Pagi-pagi Subuh, orang tak bangun lagi, aku dah terpacak di kafeteria tu. Kalau pagi macam ni, kerja aku kitchen helper la. Segala mak nenek aku kena potong. Potong dengan cepat dan cantik. Supaya orang makan sayur segala nenek bagai tu, tak tercekik. Mati pulak bos aku kena saman. :P. Untuk penyediaan semua tu pun, ambil masa dari jam 6.30 pagi sampai 11 pagi. Itu pun belum tentu semua siap. Selalu business operate jam 11.30 pagi. Ha, pukul 11 pagi tu, apron aku campak ke tepi, and pergi ke kaunter la aku. Cashier pulak. 

Tadi sebut pasal bos kan? Baik bos aku ni. Short duit pun tak marah. Cakap slow je. Baik je. Siap bahasakan diri tu abang, and panggil kami yang bawah-bawah dia tu adik. Padahal dia tua setahun je dari aku. Pun bahasakan diri abang jugak dengan aku. Jem. Mulut aku kebas terus nak sebut 'ABANG'. Ha ha ha. Last-last aku panggil dia bos aje. Senang. Tak payah nak terbelit lidah aku sebut 'ABANG'. 

Sebelum ni aku cari kerja tak pernah nak dapat. Kali ni dapat pulak. Tapi biasalah, kerja ni memang teruk sikit. Letih je la. Tukang masak pulak, muka macam Fizo Omar pelakon tu. Ha ha ha. Cuma dia chubby sikit. Dan muda dari aku. Ada 4 tukang masak lelaki, dan hanya 2 tukang masak perempuan. Dan dalam 4 tu, 2 orang masih muda belia lagi. Umur 20 tahun. Sedap jugak masakan budak-budak ni. :)). Ha, lagi satu aku kerja setempat dengan adik aku. Ada aku cakap dia dapat kerja kat entry lepas. Yang tu la. 

Rasa pelik. Lepas putus cinta, terus aku kerja. Mungkin salah satu sebab untuk sibukkan diri. Sebab kedua dah tentu-tentu duit. Kat tempat kerja, walaupun baru 4 hari, aku dah agak mesra dengan geng-geng masak and cashier kat situ. Satu pencapaian hebat la buat aku. Sebab aku ni susah berkawan dengan orang. Selalunya akan ambil masa seminggu dua untuk jadi mesra. Hi hi hi. Seronok kerja kat situ. Cuma penat. Yang tak seronok kalau tiba-tiba ada makanan lebih, orang order tak ambil. Memang payah la. 

Malam ni ada bola tapi aku sibuk update blog. Hik hik hik. Okey bye. 

..................................................................................

: Cinta kau dan aku. 


1 comment:

Edy Fee said...

sweetnya bos mcm tu.hahahaha