Followers

Saturday, December 8, 2012

Anything.

Assalamualaikum.

Nak merepek meraban meroyan lagi hari ni. 

Masalah datang tak berhenti. Aku dah mula nak give up. Aku dah mula rasa nak maki-maki orang. Dan aku dah mula rasa perasaan dendam. Kenapa aku? Kenapa mesti aku?

Kerja tetap tak ada. Kerja tak tetap pun tak nampak punca dah. Tak nampak jalan dah. Tanya mak ayah sekejap okey, sekejap tak okey. Adik-adik? Lagi tak boleh nak tanya la. Hidup diorang pun sama je. Friends? Tak tahu nak tanya siapa. Sebab bila aku tanya, aku yang akan dipersalahkan. Bila aku mintak pendapat, aku jugak yang akan disalahkan at last. Fikiran aku ni, dah buntu dah. 

Hm. Selama ni takut nak buat solat istikharah. Malam ni InsyaAllah, aku akan buat. Walaupun aku takut akan keputusan yang aku akan buat nanti, aku kena jugak buat solat istikharah tu. Untuk aku tahu matlamat hidup aku, tujuan hidup aku. 

Ahhhh. Tension. 

Please dont be too desperate Lateesya. You have a long way to go, InsyaAllah. Live your life to the fullest. Masalah semua tu anggap satu cabaran. 

.

Nak rasa happy pun susah. Sekarang bertambah tension, sebab adik aku yang lepas SPM tu, dah dapat kerja pun. Aku? Banyak tempat aku mintak, tapi tak dapat pun. Macam mana? Aku tak ada duit sendiri. Bila keluar gi cari kerja dekat sini, semua tak mau aku. Apa malang aku ni? Atas kepala aku ni, eyh tak, dahi aku ni ada tulis perkataan SIAL ke? Pembawa malang ke?

Kalau tak rasional, memang lama dah aku buat kerja haram. Nauzubillah. Hm. 

.................................................................................

: Smile. Jangan sedih sangat. 

2 comments:

Edy Fee said...

jgn marah2
jgn lpas gram pd org tak besalah..be positif

TSYA'Z (~_^) said...

geram. :))