Duduk atas tikar sejadah, lama.........berfikir......yang aku tahu surah yang perlu dibaca...yang selalu dibaca...tapi rakaat 1 atau 2, tak tahu mana nak kena baca...rasa berdosa sangat sebab bila nak exam, baru aku fikir nak buat solat hajat....yang aku faham namanya hajat iaitu meminta jadi memang haruslah dibuat pada waktu nak final nie kan??
Aku teruskan juga solat hajat sebagaimana yang pernah aku lakukan dulu..sebagaimana yang aku ingat...dah cukup 2 rakaat...dah selesai solat...aku berdoa moga solat itu diterima...
Habis je solat, cepat-cepat aku mesej kawan aku..nak telefon mak, confirm-confirm mak dah tido..jam 1 pagi dah...hurm kmudian aku tanya kawan aku macam mana buat solat hajat yang betul, yang mengikut tertib...rupanya solat aku salah...yang harus dibaca rakaat 1 aku baca di rakaat 2...begitulah sebaliknya...
Inilah padah bila nak exam baru nak buat solat hajat....
Terasa sangat yang diri sendiri ni sebenarnya cetek ilmu agama...lebih banyak ilmu dunia tetapi ilmu agama kurang...sedih..takpe, akan aku baiki....INSYAALLAH......
No comments:
Post a Comment