Followers

Friday, May 3, 2013

PRU 13 :)

Assalamualaikum. 

Hye hye hye. Hari ni Jumaat. 3 May 2013. Dua hari lagi nak mengundi. Excited habis, sebab ini first time mengundi. 

Telefon Mak dua hari lepas, buat soalan bodoh tanya Mak. Nak kena undi yang mana eh? Owh. Mengundi pun nak kena tanya Mak ke? Bercinta tak reti tanya Mak dulu pun kan? :P. Tapi serius, aku keliru nak memilih pemimpin. Yang benar adil tak salah gunakan kuasa. Mak cakap pilih parti bukan orang yang mewakili parti. Mak cakap buat pilihan dengan hati sendiri. Bukan ikut cakap orang. Mak cakap pilih yang rasa layak nak memegang tampuk kepimpinan negara. PAS, PKR, DAP, BN atau apa parti sekalipun, pilihlah. Semua terletak di tangan sendiri. Jangan terpengaruh dengan orang. 

Tapi yang sedihnya, aku baru je beberapa hari lepas google siapa calon-calon pilihanraya. Hik hik hik. Nampak tak? Nampak tak yang aku ni tak ambil tahu perkembangan semasa langsung? Even hari penamaan calon pun, aku tak tengok siapa calon-calonnya. Harus kena lempang tak? Harus kan? 

Menjelang pilihanraya tahun ni, terasa macam pesta. Tambah-tambah tempat aku tinggal sekarang ni. Lembah Pantai. Situ memang gamat sentiasa. Penuh dengan penyokong-penyokong BN dan PKR tu ha. Malam-malam penuh motor-motor pergi berkempen. Tak pakai helmet pulak tu. Memang kebal kepala masing-masing. Sibuk berkempen, sampai lupa peraturan jalan raya. Kalau accident, kempen kemana kepala kemana. Kan dah susah nanti. 

Aku sebenarnya tertanya-tanya apa kelebihan Lembah Pantai. Kalau Putrajaya aku tahu lah kenapa nak berebut sangat. Maklumlah. Jahil sikit pasal politik negara. Balik nanti kena berguru dengan Mak. 

Ok bye. 




p/s: Dah pukul 6 lebih. Jom sambung kerja lepas tu balik. Mengundi. :P

No comments: