Assalamualaikum.
Sedih. Menangis boleh?
Tapi, menangis tak pernah selesaikan masalah. Cuma mungkin boleh mengurangkan sikit rasa sakit hati, rasa kecewa, rasa marah.
Stress. Bukan stress kerana kerja. Tapi kerana manusia. Macam tak wajar kalau aku luahkan perasaan aku kat sini. Dulu, mungkin boleh. Sebab dulu aku menulis tanpa fikir kesan baik buruk atas diri aku. Yang peribadi harus tetap peribadi. Tak boleh dikongsi sebarangan. Kan?
.....................................................................
Iron Man.
Oh. Tony Stark. Anda mengganggu tidur saya. Ha ha ha. Lempang nak?
Aku tengok cerita ni semalam. Memang best. Berapa bintang? Erk. Jangan tanya. Tak tahu nak ratingkan macam mana. Yang pastinya, aku suka. Sangat best. Action movie kan memang kegemaran aku. Mujurlah cerita yang tak menghampakan. Sebab sejak keluar trailer, aku menghitung hari nak tengok cerita ni. Filem yang tak rugi pun kalau tengok. Pelakonnya bagus. Pengarahnya lagi bagus. Berteknologi tinggi. Berimaginasi tinggi.
Bayangkan boleh masuk dalam otak manusia lain. Cari bukti pembunuhan pun tak payah nak pergi tempat kejadian. Duduk dalam bilik sendiri pun boleh. Bagi arahan gunakan suara. Kan bagus kalau memang ada dalam dunia nyata. Ha ha ha.
Pokok pangkalnya aku suka. Sekarang tak sabar nak tengok Fast & Furious 6. Lambat lagi keluar. Elok habis gaji, baru muncul cerita ni. Sejak duduk KL ni, rajin aku masuk panggung wayang. Dari cerita bodoh, sampai cerita pandai.
Cerita bodoh tu contohnya cerita Kerat 14. OMG. Bukan nak cakap lah kan tapi kenyataannya memang bodoh. Bunuh. Lari. Kena tangkap. Kes pembunuhan ni, best kalau pembunuhnya diketahui bila dah end of story. Ini tak, awal-awal lagi dah tahu siapa bunuh. Memang tak ada yang menarik mana pun. Tapi tapi tapi, pelakon cerita tu hebat-hebat okay? Aku pun tak faham kenapa kualiti jadi macam tu. Salah siapa?
Lepas tu, dah tak tengok dah cerita Melayu kat wayang.
Sebelum ni, pernah sekali tengok cerita Klip 3GP. Ini lagi satu cerita yang buat aku menyesal beli tiket wayang. Rasa nak mintak balik duit.
Ini pandangan peribadi aku. Pandangan orang lain mungkin berbeza dari aku. :)
Tak sabar tunggu end of month. Nak melawat panggung lagi. Ha ha ha.
Lunch hour sekarang. Tapi malas makan. Okay bye. :)
p/s: Kau ada di sini.
No comments:
Post a Comment