Followers

Friday, April 26, 2013

Petang Jumaat :)

Assalamualaikum.

Petang-petang tak ada kerja. Bosan. Bos pun tak bagi kerja. Regular work dah siap. Nasiblah kalau nampak aku macam tak buat kerja. Bosan nak mati.

Gaji pun belum siap kira lagi. Bosan. 

Beberapa minggu ni, aku asyik merengek nak handphone. Tapi tak tahu lah apa masalahnya sampai sekarang tak boleh nak beli. Bila cukup bajet je, mulalah ada masalah. Hm. Tekanan jugak rasa. 

Tadi, lunch dekat Burger King. Member belanja. Ingatkan dah boleh save duit untuk hari ni sementara nak tunggu gaji. Rupanya tak. Ada seorang India, datang dekat aku mintak sedekah. Aku dalam hati nak tak nak bagi. Lepas tu muka dia nampak kesian sangat. So, aku bagi je la. Untuk dia beli makanan. Lepas tu, bila aku pusing-pusing cari dia, aku tengok dah tak ada. So, aku consider dia dah keluar dari situ. Rezeki dia lah tu. 

Tak tahulah dia menipu ke apa. tapi dah dia mintak tolong. So, aku bagi je lah. Mana tahu nanti hari aku pulak yang macam tu. Harap-harap ada yang membantu. 


Semalam, pergi melepak di Titiwangsa Park. Bukan nak pergi jadi zombi lagi okay. Ha ha. Just pergi makan-makan. Bawak makanan dari rumah. Makanan ringan-ringan je. Sedap jugak kalau makan ramai-ramai. Teringat masa kecik-kecik dulu. Berkelah di sungai belakang rumah. So, semalam dapat berkelah tepi tasik pun jadilah. tak dapat sungai pun kan. Lepas tu, pergi hantar member balik kampung sorang. Sedih. Ha ha ha. Okay tipu. Tak sedih pun. :P

Sekarang layan lagu Bunga-bunga cinta Misha Omar ni. Lama pulak tak dengar. 

Dua tiga hari lepas, salah seorang kawan aku cakap, kalau diploma, ijazah or apa-apa kelulusan dari Bangladesh, tak diterima kerajaan Malaysia. Dia pun dengar benda tu dari salah seorang staf pejabat kerajaan. So, aku pun mula lah meng-google, negara kita ni nak kelulusan yang macam mana, dari negara mana. Haruslah aku google kan, sebab aku kerja dengan orang Bangladesh, yang tinggal di US dan dah jadi US citizen dah pun. Even top management kat sini pun semua berasal dari Bangladesh sana. 

Kalau sesiapa ada link boleh bagi aku. Aku nak tengok. :)



p/s: Dah janji tak nak cakap pasal Handphone lagi. Sedih sendiri. :P

No comments: