Followers

Friday, April 19, 2013

Kuala Lumpur :)

Assalamualaikum. 

Tudia. Punya tak update. Tengok tarikh last, Disember. Sedih okay. Nampak sangat tak busy tahap macam mana sampai blog pun tak sempat nak update. Owh. Harap-harap masih ingat lagi apa yang jadi sepanjang 4 bulan ni. 

Kuala Lumpur. 

I live in Kuala Lumpur for now. Until when, I'm not so sure. Maybe sampai bosan nak menghadap KLCC tu, aku balik la Kedah balik. Tengok sawah bendang, aman biji mata, hati pun tenang senang lenang. 

Dah 3 bulan lebih bermastautin di Kuala Lumpur ni. Yang semua orang nak sangat datang sini tu. Apa yang ada kat sini entahlah. For me, Kuala Lumpur is just a place to earn money. Not more than that. Eyh. Ada satu lagi. Untuk dapat jodoh. Ha ha ha. Macam-macam jenis orang, macam-macam bangsa, macam-macam negeri, dan macam-macam negara. Tinggal pilih aje. Macam beli ikan pulak aku cakap kan. 

Lupa nak cakap, aku tinggal sini sebab aku bekerja kat sini. Kalau tak sebabkan kerja memang tak lah aku nak tinggal sini. Hari-hari tengok bangunan, tengok jem, accident pun. Bunyi siren ambulans lali je kat telinga. Padahal kalau di Kedah, jarang nak bunyi siren ambulans tu. Ini boleh dikatakan setiap masa. Kereta tak pernah kurang. Kecuali bila malam larut sangat-sangat tu ha. Kurang la 50%. :P

Sepanjang 3 bulan lebih kat sini, aku dah pergi banyak tempat. Tapi pasal tempat-tempat tu, aku cerita kat entry lain la pulak. Sedih sangat rasa kalau nak masukkan semua dalam satu entry. Mahu jari-jari aku ni menangis letih tekan keyboard. Okay. Terlalu hiperbola. Hm. Pergi banyak tempat means memang banyak. Sebabnya aku kat sini dengan sepupu-sepupu aku dan sedara sekampung. Rajin la berjimba bersuka ria ramai-ramai. Yang paling best, bila pergi sesuatu tempat, jalan nak pergi tu pandai, tapi bila nak balik rumah, sesat. Boleh sesat berjam-jam. Pusing jalan yang sama. Itu la masalah Kuala Lumpur ni. Jalan banyak, and bersimpul-simpul. Ha ha ha. 

Okay bye. Lain entry jumpa lagi. 

p/s: Awak, saya nak Galaxy Note 2 pink. Boleh? :P

1 comment:

Anonymous said...

X boleh.