Kawan ada macam-macam jenis dik. Ada yang bagi kebaikan, ada yang bagi keburukan, ada jugak yang tak bagi apa-apa effect langsung. Semata-mata kawan aja.
For me, kawan ada beberapa jenis.
Satu, kawan kelas. Ya lah, kawan dengan dia masa dia kat kelas je, sebab lepas tu dia balik rumah dia, kita balik rumah kita, esok pegi sekolah/kelas baru jumpa balik.
Dua, kawan kat rumah. Kawan ni jenis yang kita jumpa bila dekat rumah je, sebab masa kat sekolah/kelas, dia tak ada sebab dia tak sama sekolah/kelas dengan kita.
Tiga, kawan biasa. Ini jenis kawan-kawan yang kita kenal biasa-biasa saja. Kawan biasa ni lebih kurang sama je dengan kawan kelas and kawan kat rumah. He he he.
Empat, kawan masa senang. Kawan jenis ni melambak dalam dunia. Kawan yang sentiasa ada masa kita senang-senang je. Kawan-kawan macam ni mulut diorang memang manis macam makan gula. Bab-bab bodek memang terror.
Lima, kawan masa susah. Ha, ini boleh dikategori kawan baik, kawan rapat, and sahabat.Sebab, hanya kawan-kawan yang baik sahaja yang akan sentiasa bagi support dekat kita kalau kita sedang kesusahan. And semestinya masa kita happy pun, dia ada untuk sama-sama gembira dengan kita.
Setakat ni, baru lima jenis kawan ni yang akak discover sepanjang akak hidup di muka Bumi ni.
And, untuk awak, akak kategorikan awak dalam kawan no lima dalam list kawan baik.
Tapi, akak bukan kawan awak kan?? Sebab awak cakap kawan awak cuma empat orang. Sampai hati. Kalau akak bukan kawan, habis tu apa??
1 comment:
saye setuju sangat ngan akakkkk !!! heee :)
Post a Comment