Followers

Friday, October 28, 2011

Bahan bacaan waktu senggang :)

Dulu dulu dulu ni, aku peminat setia novel. Bagi je lah novel apa pun, sure boleh habis baca dalam beberapa jam je. Lepas tu, dalam sehari boleh bantai dua buah novel sekaligus baca. Memang gila novel tak boleh blah.

But but but, sekarang ni kegilaan itu hilang. Nak kata dah hilang interest tu tak jugak sebab hari tu baru beli je dua buah novel. Okeyh, satu dah khatam, tu pun ambil masa tiga hari, and satu lagi on the way. Adeh, malas betul nak baca lah kalau banyak konflik. Tapi bukan novel lah kalau tak konflik macam tu kan?

Owh, aritu aku beli novel tajuk "TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH" and "JIRANKU KEKASIHKU". Ha, dua ni je pun berpeluh nak habis. Memang aku bercinta dengan bantal je untuk habiskan satu pun.

Dalam tak habis baca dua buah tu, bulan depan dah plan nak beli karya Siti Rosmizah. Tebal gila novel tuh, memang aku tak tahu lah bila agak habis. He he he. Plus with one more novel. Ingat nak beli karya Hlovate, "CONTENGAN JALANAN". Dia punya cover nampak sangat menarik. :)

Terasa nak mengumpul novel semula. Sekarang plus novel Bahasa Inggeris. Dah tengok kat kedai buku arituh, nampak menarik je. 

Owh, yang pasal novel "TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH" tu, bila aku baca aku terasa macam ada yang tak berapa nak kena. INI PENDAPAT AKU SAHAJA. Ayat mudah difahami, syukurlah, kalau tak, larat nak baca ayat bunga-bunga. Boleh muntah darah aku. Bagi aku ada lah sedikit yang tak berapa nak kena. Dari segi kelogikan (Betul eja macam ni? Garu kepala) . Aku bukan penulis, pemuisi atau apa untuk komen orang, tapi aku seorang pembaca yang mahu penulis itu menjadi lebih bagus lagi. 

Lagipun, ini penulisan pertama beliau yang diterbitkan menjadi novel, yang sebelum ni beliau menulis di dalam Penulisan2u je. So, semoga bertambah-tambah idea kreatif beliau untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik di masa akan datang. Best of luck for u. :)

Now, dah nak habes novel kedua. Ini pun ada sikit lawak. Tapi ayat-ayat beliau sangat menarik hati aku. He he he. 

Inilah yang aku buat masa senggang aku. Membaca. And aku ada jugak baca READERS DIGEST, MASTIKA, INFINITI, DARA, REMAJA, WANITA, and apa-apa bacaan yang boleh buat hilang bosan. Ha, tak lupa majalah siswa. Dulu rajin beli, sekarang je dah jarang beli. Heeee :p
....................................................................

: En BF, miss you :)

3 comments:

aamalinaazman said...

heeeee
aah kan...dulu sekejap je bole bace abis..hehehehe

ReramaBiru said...

~dah baca "JIRANKU KEKASIHKU"..hehe
best2..:)

TSYA'Z (~_^) said...

aimie: hehe tau xpa...skang ni, lain dh ha...dh xde cpt..terhegeh2 mmbaca...

blueice: for me, best jgak even ade sikit x logik kt situ...hahaha tpi novel mana yg logik sgt2 ye dak??