Followers

Wednesday, October 5, 2011

Aku hampir-hampir langgar orang naik motorsikal tadik !!

Huh, hampir melanggar. Tapi, aku rasa bukan salah aku. Ada ke patut memotong dekat corner? Boleh macam tuh? Ada cikgu driving school ajar ke, memotong mesti dekat CORNER?

Tak ada kan? So bukan salah aku. Tadi, aku mengelak sikit je dari dia takut tersentuh. Kalau tak, selamat dia masuk dalam parit kat sebelah tadi. And masa mengelak tu, mujur tak ada kereta kat jalan sebelah sana. Kalau tak, aku yang boleh mampos kat situ tadi. Kurang hajar sangat kenapa tah.

Agak-agak la nak memotong. Even kecik comei aje motor tuh, tapi janganlah sampai menempah kubur. Aku pun taknak fobia bawak kereta. Nak memotong pun, tunggu jalan stret. Ha, pecut la sampai tercabut meter pun tak apa. Aku tak kisah. 

Ai, semalam kelmarin membebel dekat pemandu lori, hari ni penunggang motosikal pulak buat hal. Sabar aje lah. 

.

Before balik tadi, around 5 o'clock, got a call from UiTM Arau, from Mr David S.Levin. Bukan sebab aku buat salah dengan universiti ye kawan-kawan, tapi ini sebab Mr David ni nak datang melawat next two weeks. Beliau nak tengok report, tapi report aku mana siap lagi. Adehh. 

Mesej En BF cakap tak pandai buat report, pastu dia cakap

: Blogging tahu, buat report tak tahu pulak.

Hu hu hu. Diam aje lah ye. Bila En BF nak start membebel, kite harus diam. Kalau tak nanti, nak dengar siapa membebel. 

..............................................................

: Sayang kamu ketat-ketat :)

2 comments:

Hans Hanis said...

alhamdulillah xjadi apa2

Anonymous said...

alhamdulillah kamoo oke.. haish! go go report! EH! :)