Followers

Thursday, May 31, 2012

Sedikit cemburu :))

Dah ramai yang mengakhiri zaman bujang. Dah ramai jugak yang bunting pelamin. Dah ramai jugak yang melahirkan. Dan tak kurang jugak beranak dua. Alhamdulillah. Gembira tengok kawan-kawan macam ni. 

Aku? 

Okey. Jangan tanya. Ha ha ha. 

Sedikit cemburu jugak melihat kebahagiaan kawan-kawan. Hidup yang telah dilengkapi. Menuju fasa-fasa baru. Harap bahagia hingga ke syurga.

:))

Tapi kan sedih jugak sikit. :)). Sebab bila aku memerlukan kawan-kawan, aku dah tak boleh nak cari dorang lagi. Sebab dorang semua ni ada keluarga sendiri, tak sempat dah nak fikir pasal masalah-masalah lain ye dak? So, duduk diam sorang-sorang, then lama sikit lupa lah masaah tu. Senyum balik. Tak menyusahkan kawan-kawan kan?

Mungkin satu hari nanti aku akan jadi salah seorang dari mereka-mereka. Ada suami, ada anak, dan sudah pasti tak ada masa untuk fikir masalah orang lain. Masalah sendiri pun dah banyak. 

Jadi, yang paling baik, jangan banyak complain, satu hari nanti aku macam tu jugak. :)) 

Semalam,

Mak : Sya, ayah cakap cepat-cepat la sikit kahwin. Sementara ayah ada duit nak buat kenduri. Nanti kalau duit dah habis, susah la pulak. 

Aku : Malas la nak fikir. Tekanan. :)). Nantilah dulu. 

Aku cuma rasa sekarang bukan masa yang sesuai. En BuahHati pun tak cakap apa-apa. So, aku diam je la. Rasa takut pun ada. Takut tak kahwin-kahwin. 

........................................................................

: Ambil sebanyak masa kamu mahu. Bila sudah habis masa tu, datang lah pada aku. :))


Tuesday, May 29, 2012

Money. :)))))

Bila lama tak bukak, jadi pening sebab www.blogger.com ni sekarang muka baru, kan? So, pening sikit. Plus lama pulak tak update. Ha ha ha. Malas sebenarnya.

..............................................................

Ini masalah keluarga actually. But, I think its not a secret since everyone knew our problems. 

Masalah kewangan. Aku siang malam fikir nak habis study cepat. Dulu-dulu ni pernah fikir taknak sambung ijazah pun. Masalah ni dah lama. Bertahun dah. If I'm not mistaken, its almost 7 years. But, we survived. With some helps from uncles, aunties, and ramai lagi. Thanks a lot. 

Hm. Its been 7 years. Betul la tu. Since kami ada pertambahan seorang ahli keluarga baru. But, takkan nak cakap sebab dia, jadi masalah kewangan ni kan? Bukan macam tu. Setiap anak ada rezeki masing-masing kan? Cuma nak cakap sejak itu lah kami mula hadapi masalah kewangan. Tapi masa tu boleh tahan lagi sebab I got my PTPTN to further study. Adik pun dapat bantuan sekolah, I guess. Adik lagi satu pun, tak guna banyak expenses sangat. And yang last sekali pun, selalu ada rezeki dia di mana-mana. 

Tapi, masalah tu makin tahun makin menjadi. And tahun ni, paling teruk aku rasa. Aku tak boleh nak menyimpan langsung. I dont know why. Ayah pulak, company dah tutup. So, tak ada kerja dah. Ini la benda paling aku takut sekali. Bila ayah aku kena berhenti kerja time aku ni tak habis study lagi. At least aku or adik aku dah habis study, so, salah seorang dari kami, kerja and boleh tanggung family. 

Itulah. Apa yang kita selalu harap, takkan selalu terjadi kan? Tetiba dalam kepala otak ni menyesal sambung ijazah. Kalau aku terima offe kerja dulu tu, tak ada kot macam ni hidup aku. But then, bila fikir balik ini dah jadi takdir. Ketentuan. Nak tak nak kena ikut jugak. Dulu dah buat pilihan, so kena teruskan dengan pilihan yang dibuat tu. 

Nak mengeluh panjang-panjang, rasa macam tak patut pulak. :((

Kebetulan. Ada BuahHati. So, hamba Allah yang seorang ni selalu menolong aku. Tapi, aku dah naik malu dah. Banyak benda yang dibagi, banyak yang ditolong. Even dia seseorang yang aku sayang, tapi aku tetap malu jugak. Tak tahu lah kenapa. Hmm. 

Sebab tinggal lgi sebulan untuk habiskan semester akhir ni, aku kena bertahan jugak. If jadi macam ni 2 years ago, dah lama dah aku quit study. 

Plus, I know nothing about accountancy. Macam rugi je aku belajar selama ni. Kalau orang tanya kat aku 'capital requirement' tu macam mana, sumpah aku tak tau nak jawab. Its my luck bila aku pass exam untuk paper akaun. Untuk paper lain, aku tak banyak masalah, but when it comes to accountancy, aku macam bodoh tak tau nak jawab apa. Boleh dikatakan kat sini, yang aku survived sebab subjek-subjek lain. :))

Dah. Tensen dah. 

Line Celcom buat perangai pulak malam ni. Gila. Macam aku jugak. 

........................................................

: Thanks a lot En BuahHati. <3 


Friday, May 11, 2012

Okay. Blur sekejap.

:))

Konvo kawan-kawan dah dekat. So, tadi pergi Kangar untuk beli sikit hadiah kat dorang. Kemudian terfikir, hadiah mak belum beli. Hadiah En BuahHati pun belum beli lagi. Haih. Nak beli apa pun tak tau. 

Kejap lagi nak pergi AlorStar. Boleh la kalau nak cari hadiah sekali kan? :)).

Nanti update lagi. Tak banyak masa sekarang. 

Peace. 

.............................................................

: En BuahHati dah balik. Sukanya saya. :))