Dah ramai yang mengakhiri zaman bujang. Dah ramai jugak yang bunting pelamin. Dah ramai jugak yang melahirkan. Dan tak kurang jugak beranak dua. Alhamdulillah. Gembira tengok kawan-kawan macam ni.
Aku?
Okey. Jangan tanya. Ha ha ha.
Sedikit cemburu jugak melihat kebahagiaan kawan-kawan. Hidup yang telah dilengkapi. Menuju fasa-fasa baru. Harap bahagia hingga ke syurga.
:))
Tapi kan sedih jugak sikit. :)). Sebab bila aku memerlukan kawan-kawan, aku dah tak boleh nak cari dorang lagi. Sebab dorang semua ni ada keluarga sendiri, tak sempat dah nak fikir pasal masalah-masalah lain ye dak? So, duduk diam sorang-sorang, then lama sikit lupa lah masaah tu. Senyum balik. Tak menyusahkan kawan-kawan kan?
Mungkin satu hari nanti aku akan jadi salah seorang dari mereka-mereka. Ada suami, ada anak, dan sudah pasti tak ada masa untuk fikir masalah orang lain. Masalah sendiri pun dah banyak.
Jadi, yang paling baik, jangan banyak complain, satu hari nanti aku macam tu jugak. :))
Semalam,
Mak : Sya, ayah cakap cepat-cepat la sikit kahwin. Sementara ayah ada duit nak buat kenduri. Nanti kalau duit dah habis, susah la pulak.
Aku : Malas la nak fikir. Tekanan. :)). Nantilah dulu.
Aku cuma rasa sekarang bukan masa yang sesuai. En BuahHati pun tak cakap apa-apa. So, aku diam je la. Rasa takut pun ada. Takut tak kahwin-kahwin.
........................................................................
: Ambil sebanyak masa kamu mahu. Bila sudah habis masa tu, datang lah pada aku. :))
No comments:
Post a Comment