Kalau orang nak dengki dengan kita, macam-macam cara boleh buat kan? Sihir pun orang boleh buat kat kita.
Jiran aku. Kesian sangat dekat dia. Dia lelaki. Baru sangat kahwin. Bulan Febuari kalau tak salah aku. Selepas kahwin selama beberapa hari, lepas dah settle semua majlis, diorang balik Kuala Lumpur. Duduk sana dalam dua minggu,( tak sampai dua minggu aku rasa) tengok-tengok dah balik rumah mak dia balik.
Aku tanya mak aku, kenapa cepat diorang balik. Rupanya dia sakit. Aku ingatkan sakit yang biasa-biasa yang mybe bila duduk dekat dengan mak dia, dia akan sihat. Sebab adalah dalam dua tiga hari aku tengok dia happy je, nampak sihat, bertenaga.
Masa tu, mak aku tak bagitahu pun. Then aku tanya la, cakap sakit, tapi tak nampak macam sakit pun. Then, mak kata sakit ni buatan orang. Owh. But he just looks fine to me.
Then, masa tu aku nak balik Arau dah, then mak cakap, yang lelaki tu kena santau. Memang terkejut gila. Santau satu ilmu hitam yang sangat bahaya. Aku kesian gila dekat jiran aku tu.
Dah pergi macam-macam tempat untuk berubat. Dari boleh berjalan sampai terbaring atas tilam je. Baru ni aku balik rumah, mak kata dia duduk macam tu la.. Santau tu payah nak buang. Kesian si isteri. Menjaga siang malam. Menangis je la isteri dia. Mau tak menangis husband jadi macam tu. Tambahan pulak, baru sangat kahwin.
Kahwin dalam dua minggu, then suami sakit. Sampaikan isteri kena berhenti kerja.
Mengikut kata orang la, bukan aku yang kata okay, ada orang dengki dengan perkahwinan diorang ni. Sebab tu buat santau kat lelaki tu. Yang dengki tu pulak perempuan. Entah lah. Kita tak tahu mana betul mana salah. Harapkan dia cepat-cepat sembuh dan kehidupan dia dan isteri berjalan seperti biasa.
Sekarang dah masuk bulan Jun, dah tiga bulan. Semoga mereka berdua suami isteri tabah menempuh ujian ni.
No comments:
Post a Comment