Followers

Thursday, October 18, 2012

When you are the one and only girl :)

When you are the one and only girl in your family. Ahh. Semua kerja nak kena buat. Celik je mata, keluar bilik, then you will see lots of house chores that wait for you. Macam aku hari ni. Bangun pagi, tengok dapur je, sinki penuh dengan periuk pinggan bagai. Aku pelik jugak, mana datang semua ni. Semalam dah habis basuh dah before sleep. Ha ha ha. Baiklah. Aku seorang je anak dara dalam rumah ni. Dan anak sulung pulak. And I have to do everything. I have to know everything. Dah macam mak-mak dah. My 'kids' selalu lempar-lempar barang dalam bilik macam tu je. And, I need to clean all the stuff in their room. Ponek la den oii. Macam tak pernah duduk asrama budak-budak ni. Sepuk sekor-sekor baru tau. 

Well. Bukan semua yang macam aku mungkin. Kalau anak bongsu perempuan mungkin la jarang buat semua kerja rumah. Itu aku tak tahu la. Ini based on my experience je. My mom, terlampau rajin. Sampai semua benda suka pusing-pusing, susun-susun balik. Im not that rajin. So, I will just clean where I should clean. The super rajin mom kadang-kadang jadi malas. So, you as a first daughter have to take care all of the chores. Tapi dalam banyak-banyak kerja tu semua, aku sangat lah tak suka jemur baju dan lipat baju. Adoi. Itu yang paling malas aku buat. Aku suka mengemas rumah. Ha ha ha. 

Tu la. Bila dah jadi anak perempuan sorang-sorang dalam rumah tu, nak tak nak kena buat jugak semua tu. Nak memberontak macam mana pun, kena buat jugak. Terpaksa. Malas macam nak mati pun kena jugak buat. Kalau tak buat, siapa lagi nak tolong buatkan semua tu. Ye dak? My mom, selalu bangun awal hari-hari. Dalam pukul 4.30 pagi dah bangun. Adik-adik aku bawak bekal pergi sekolah, pergi kerja. Ayah pun bawak bekal. So, mak akan bangun pagi-pagi bukak radio pukul 7 pagi lepas semua keluar rumah, dan radio tu membingit di telinga aku. Dan selalu weekdays, aku jarang bangun awal. Tapi even tak bangun awal pun, celik mata je, dah nampak apa benda nak kena buat. Weekends pulak, mak panggil nama je and pesan itu ini. Things have to be done before mak ayah balik dari pasar. So, bangun jugak la buat semua kerja, kemudian baru tidur balik. Ha ha ha. Tidur at noon okay!!!

Mula-mula dulu, mak kena bagi arahan, apa kena buat, macam mana. Tapi, bila umur pun dah meningkat, tahu-tahu sendiri apa nak kena buat. Sebab tu bila dah besar ni, mak suruh itu ini rasa macam nak bebai. Orang Kedah cakap memberontak tu bebai. Hi hi hi. Sebab kita sebenar tau nak buat apa, cuma bila dah hari-hari buat, akan rasa malas. Owh. Masa tu rasa macam nak hentak-hentak kaki bebai tak mau buat. Ha ha ha. But kena buat jugak la. Sebab you are the only girl. Mana ada lain dah. Kena jugak. Its a MUST. And COMPULSORY. Ha ha ha. 

Owh yea. Dalam rumah ni ada seorang lagi pertambahan umat. Perempuan. My cousin. Setahun dah duduk sini. Agak aku malas sangat, aku arahkan je dia buat. Tapi budak umur 15 tahun, mana nak cantik sangat kerja dia. Kadang-kadang lain aku cakap, lain dia buat. Owh. Sabar je. Biarkan. Aku pun dulu macam tu. Siap duduk asrama, masak pun tak tahu. And this 15-year-old girl, aku kadang-kadang suruh dia masak. Ha ha ha. Sedap jugak. Aku dah jadi macam mak aku. Duduk depan TV, sambil mulut potpetpotpet suruh ambik itu ini, suruh buat itu ini, sampai jadi masakan tu. Ha ha ha.

Respect to my mom, because mak boleh buat semua kerja ni sorang-sorang tanpa bantuan. Anak-anak tau merungut je. Bila aku fikir macam tu, aku buat apa yang aku mampu. Ye la. Kadang-kadang bangun pagi semua dah clear dah. Cuma bab baju-baju tu je la perlu dijemur dan diangkat. Dan sometimes kena memasak. Tapi dah biasa dah buat semua tu. Dah tak jadi masalah. 

Ha. Pasal mak aku ni, ada satu tabiat dia. Bila aku dah mengemas semua, menyapu, membersih, rumah still nampak bersepah di mata dia. Padahal aku rasa aku dah habis kemas dah. Tak tahu dah nak kemas apa, nak sapu apa, nak basuh apa. Mak still akan cakap, kenapa bersepah sangat ni. Mula-mula tu macam geram jugak la. Penat ni kemas-kemas, tapi duk cakap sepah-sepah, tak reti buat kerja. But the I realise something. Ada jugak kadang-kadang tu aku suruh cousin aku yang kemas, sementara aku kat bilik. Bila dah habis kemas, aku tengok, aih, kenapa nampak bersepah lagi. Agaknya ini yang mak aku nampak bila aku mengemas. Actually benda memang dah kemas, cuma dalam kepala kita, kita ada cara masing-masing untuk mengemas, so,  bagi mak, macam ni nampak kemas, bagi aku macam tu nampak kemas. Padahal, sebenarnya semua dah kemas dah. Mentaliti. :)). Ha ha ha. Tak puas hati dengan kerja orang lain la tu agaknya. :P.

Tapi tapi tapi, apapun untung bila anda jadi anak dara sorang-sorang dalam rumah dan anak sulung. Senang hidup nanti. Tahu macam mana nak handle house chores itu penting. Sebab nanti-nanti nak kahwin kan. Malu kalau jadi anak dara sorang tapi tak pandai. Ha ha ha. Mau mak mentua baling belanga kat muka. :P. Well, sekurangnya tahu untuk mengemas rumah walaupun tak berapa pandai masak. Hikhikhik. 

So, lelaki di luar sana, sila letak hantaran lebih sikit ye untuk the only girl in the house. Hikhikhik. 

............................................................................

: Bakal mak mentua saya cerewet tak ye? :P

Friday, October 12, 2012

My 1st Interview :))

Assalamualaikum. :)).

Rabu petang. Dapat call dari LMS. One of the account and audit firm in Sg. Petani. Memula tu jawab call pun malas-malas. Sebab ingat nak gi tidur je. Tidur petang. Bila dah jawab, suara sebelah sana dengan cerianya tanya, ini Lateesya ke? Dah dapat kerja belum? Tinggal kat mana? Dengar macam tu pun dah boleh agak "Owh. Ini ada call untuk panggil interview kot". Memang dah assume macam tu. Dan memang betollah tekaan aku kan. 

So, ditetapkan keesokkan harinya, hari Khamis aku kena pergi interview tu jam 11 pagi. Ya Allah. Punya la susah nak cari tempat tu. Lepas dapat call petang Rabu tu, terus ja pergi cari tempat interview. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa. Hujan pulak turun lebat. Terus shoot balik rumah. Malam baru gerak gi cari pulak dengan ayah. And we manage tu find it. Kecik je tulis. Dekat tepi pintu. Kalau tengok dari jauh memang tak jumpa la. Tengok punya la tengok. Baru nampak. Nasib baik jugak before pegi malam tu, sempat tengok google map. Kalau tidak, sampai pagi pun memang belum tentu aku jumpa. 

Tak sangka pulak. Pergi interview jumpa senior masa zaman praktikal dulu ni. Dah gemok dah. Sebab pregnant. Dah setahun tak jumpa dia. Baru sedar. Cepat sungguh masa berlalu yer. Kemudian member praktikal aku pun ada datang juga untuk interview kat situ. Haih. Masuk interview nak nervous bagai. Senget sungguh. Ha ha ha. Tapi interview tu relax je la. Banyak jugak soalan dia tanya aku. Nak cakap aku tak boleh jawab, aku jawab jugak. Nak cakap boleh pun, macam tak tepat je. Apa yang dia tanya tu aku tau nak kira, tapi bila aku kena sebut dalam perkataan, aku rasa kosong. Ha ha ha. 

Sampai interviewer tanya aku balik, macam mana boleh sampai Degree ni. Adoi. Sampai macam tu sekali lah. Lama pulak tu. 45 minit aku duduk atas kerusi tu. Adoi. Kebas punggung. Turn member aku pulak, 15 minit macam tu je. Gila. Sekejap. 3 kali ganda kurang dari aku. Aku tak sure dia nak hire siapa antara kami. Sebab inteviewer tu bagitau depa nak ambik seorang saja. Tapi yang pelik, dia tanya aku pasal akaun yang banyak. Member aku pulak dia tanya pasal audit yang banyak. Ikut dia la.

At least aku ada pengalaman diinterview. Dan disebabkan itu, petang tu jugak, aku gi Hasani Bookstore, cari buku akaun Form 5. Ha ha ha. Dan buku budak poli duk guna. Ha ha ha. To refresh back my memories. Kena buat macam tu la. Nanti kalau ada interview lagi, I am well prepared. Hihi. InsyaAllah. 

Yang aku dapat, basic kita kena kuat. Mana-mana pergi pun orang akan tanya basic. Kalau tak tau basic, nak buat yang lain macam mana kan? Hikhik. Itu la. Tak prepare betul-betul lepas tu gelabah. 

My 1st time went for interview. :))