Assalamualaikum. :)).
Rabu petang. Dapat call dari LMS. One of the account and audit firm in Sg. Petani. Memula tu jawab call pun malas-malas. Sebab ingat nak gi tidur je. Tidur petang. Bila dah jawab, suara sebelah sana dengan cerianya tanya, ini Lateesya ke? Dah dapat kerja belum? Tinggal kat mana? Dengar macam tu pun dah boleh agak "Owh. Ini ada call untuk panggil interview kot". Memang dah assume macam tu. Dan memang betollah tekaan aku kan.
So, ditetapkan keesokkan harinya, hari Khamis aku kena pergi interview tu jam 11 pagi. Ya Allah. Punya la susah nak cari tempat tu. Lepas dapat call petang Rabu tu, terus ja pergi cari tempat interview. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa. Hujan pulak turun lebat. Terus shoot balik rumah. Malam baru gerak gi cari pulak dengan ayah. And we manage tu find it. Kecik je tulis. Dekat tepi pintu. Kalau tengok dari jauh memang tak jumpa la. Tengok punya la tengok. Baru nampak. Nasib baik jugak before pegi malam tu, sempat tengok google map. Kalau tidak, sampai pagi pun memang belum tentu aku jumpa.
Tak sangka pulak. Pergi interview jumpa senior masa zaman praktikal dulu ni. Dah gemok dah. Sebab pregnant. Dah setahun tak jumpa dia. Baru sedar. Cepat sungguh masa berlalu yer. Kemudian member praktikal aku pun ada datang juga untuk interview kat situ. Haih. Masuk interview nak nervous bagai. Senget sungguh. Ha ha ha. Tapi interview tu relax je la. Banyak jugak soalan dia tanya aku. Nak cakap aku tak boleh jawab, aku jawab jugak. Nak cakap boleh pun, macam tak tepat je. Apa yang dia tanya tu aku tau nak kira, tapi bila aku kena sebut dalam perkataan, aku rasa kosong. Ha ha ha.
Sampai interviewer tanya aku balik, macam mana boleh sampai Degree ni. Adoi. Sampai macam tu sekali lah. Lama pulak tu. 45 minit aku duduk atas kerusi tu. Adoi. Kebas punggung. Turn member aku pulak, 15 minit macam tu je. Gila. Sekejap. 3 kali ganda kurang dari aku. Aku tak sure dia nak hire siapa antara kami. Sebab inteviewer tu bagitau depa nak ambik seorang saja. Tapi yang pelik, dia tanya aku pasal akaun yang banyak. Member aku pulak dia tanya pasal audit yang banyak. Ikut dia la.
At least aku ada pengalaman diinterview. Dan disebabkan itu, petang tu jugak, aku gi Hasani Bookstore, cari buku akaun Form 5. Ha ha ha. Dan buku budak poli duk guna. Ha ha ha. To refresh back my memories. Kena buat macam tu la. Nanti kalau ada interview lagi, I am well prepared. Hihi. InsyaAllah.
Yang aku dapat, basic kita kena kuat. Mana-mana pergi pun orang akan tanya basic. Kalau tak tau basic, nak buat yang lain macam mana kan? Hikhik. Itu la. Tak prepare betul-betul lepas tu gelabah.
My 1st time went for interview. :))
No comments:
Post a Comment