Followers

Wednesday, June 19, 2013

Hadir lagi cinta di hati

Assalamualaikum.

Ha ha ha. Tajuk jiwang tak ingat.

Seingat aku dah lama aku tak update pasal kehidupan cinta aku kat sini. Berkongsi cuma di facebook dan wechat saja. Ho ho ho. Mentang-mentang la wechat tengah famous sekarang ni.

Kecewa lagi. Seperti biasa. Sehingga aku rasa kehidupan aku ni untuk rasa kecewa saja. Tapi, bila difikir balik, setimpal dengan rasa kecewa tu, ada bahagia. Bahagia yang tak hadir dengan cinta. Bahagia dari segi lain. Dari segi kehidupan aku. Mempunyai pendapatan sendiri. Alhamdulillah. Dikurniakan kawan-kawan yang memahami. Bersyukur. Terima kasih Allah.

Untuk cinta.

Tak malu untuk aku ceritakan di sini. Aku pernah suka dan sayang pada seorang lelaki. Bukan bangsa Melayu. Bukan warganegara juga. Dari Bangladesh. Orang mengata sana sini. Bila orang baca di sini pun, aku tahu akan ada suara-suara sumbang yang akan mengata aku. Hm. Berbalik kepada dia. Dia baik. Sangat baik. Umur 33 tahun. Berusia lebih 8 tahun dari aku. Tapi aku senang dengan dia. Dah merancang untuk bersama. Walaupun aku tahu banyak halangan yang akan aku dapat.

Tapi, seperti selalu. Aku kecewa lagi. Sebabnya, harus ikut kemahuan keluarga. Terpaksa dia balik ke sana demi keluarga dia. Hilang satu sahabat yang sangat baik untuk aku. Owh. Dia bukan buruh. Dia manager aku. He he he. Aku pun pandai memilih jugak. Bukan sembarangan pilih. Bukan main rembat.

Dalam kecewa tu, ada yang menghulur salam. Ingin mengenal lebih dekat. Aku terima. Ha ha ha. Kami digosip bersama. Itu lawak. Ha ha ha. Akhirnya untuk mengubat luka yang ada, aku terima dia. Seikhlas hati bila dia kata akan terima aku seadanya aku. Siapa pun aku. Sungguh. Perasaan sayang itu mula terasa. Memang belum kuat tapi aku tahu aku mula sayang dia. Tapi aku tak letak harapan tinggi. Aku berserah. Aku dah terlalu biasa dikecewakan.

Kalau macam ni, ada yang akan kata, mudahnya aku sayangkan orang lain sedangkan aku baru putus cinta. Ha ha ha. Aku tak ada jawapan untuk itu. Aku cuma memilih untuk diri aku. Aku malas nak fikir apa orang kata. Orang yang mengata tu tak tahu pun kisah hidup aku. Tak tahu pun apa yang aku tanggung. Dan tak tolong aku pun bila aku perlu bantuan. Mengata je yang lebih. Manusia. Hoho. Pesan untuk diri sendiri jugak. Nak buat macam mana. Kalau aku tiba-tiba rasa sayang. Rasa suka. Ini ujian untuk aku rasanya.

Banyak ujian untuk aku rupanya. Aku je yang tak sedar. Masih nak leka dalam dunia sendiri. Tapi alhamdulillah. Dikirimkan untuk aku seseorang. In sha Allah dia adalah orangnya yang akan membimbing aku. In sha Allah. Tuhan masih sayang aku. Terdetik dalam hati. Ya, Tuhan sayang aku. Diberi aku ujian yang bertimpa. Ditemukan aku dengan pelbagai jenis manusia. Untuk buat aku bijak berfikir mana terbaik mana yang buruk. Untuk aku sedar mana harus diikut, mana tak harus diikut.

Bersyukur atas segalanya. Aku cuma boleh berdoa, apa yang dikirimkan sekarang, itu lah sebaiknya. Mudah mudahan.

Salam Jumaat.