Interview BEL
Ini kira last test untuk semester ni. Macam mana nak hadapi interview. Mende ni pun kena belajar. Macam mana duduk, macam mana nak cakap, macam mana expressi badan, muka, tangan, kaki. Macam mana guna bahasa mata.
Tadi dah settle. Merapu meraban jawab soalan dari lecturer. Gilo. Bila bercakap, kita boleh dengar suara kita kan? Yang aku agak okay, aku rasa aku tak lah berterabur penggunaan ayat BI aku. Setakat yang aku tengok, Puan macam faham apa yang aku cakap. So, maksudnya tak lah aku bercakap macam bahasa ayam. Or bahasa itik.
Result test 2 MAF
Ini lagi satu. Dapat ciput je. Tak tahu lah lecturer tu yang straight sangat or aku yang mengong. Teori tulis melambak, markah 1/2 je. Aku nak kena hafal ayat buku ke? Hurm, aku yang tak reti agaknya. Calculation, careless. Hilang berlambak marks. Aduyai, tak tahu lah nak jadi apa dengan MAF.
Result test 2 QMT
Membanggakan jugak. Hasil dari kena marah dengan Miss every week, so dapat la result yang okay lah tu. Mintak-mintak final punya result lagi okay. Nak A. Ha ha ha.
Love Story
Tiap-tiap hari mesej. Tiap-tiap hari berkasih sayang. Tiap-tiap hari menggedik. Ha ha ha. Sampai satu tahap, tak tau nak cakap apa. Ha ha ha. Tapi, dia gila-gila. So, ada je benda yang nak sembang.
Well, semalam aku lupa aku ada janji dengan dia tak nak contact lagi dengan K. Aku pulak gi bagitau dia. And dia menuntut janji tu dari aku. Rasa serba salah. Aku tak tahu apa dia rasa. Dia cakap dia okay, tapi macam tak okay. Silap aku juga. Aku treat dia macam yang sebelum ni yang memang tak kisah langsung. Hurm, ke memang tak boleh bagitau BF sekarang tentang cerita-cerita kita yang dulu? Aku cuma nak jujur. Aku berkawan je. Aku nak dia faham, tapi aku rasa aku yang kena faham dia. And tetiba aku rasa lepas ni, pasal budak-budak yang ada dalam hidup aku, biar aku je yang tau. Belum cukup lama kami kenal untuk dia faham macam mana aku. Apa yang aku rasa. And sama lah macam aku. Masih peringkat awal lagi.
No comments:
Post a Comment