Followers

Monday, September 27, 2010

berubah.......

Aku teringin nak balik zaman dulu-dulu...zaman kenakalan aku tak keterlaluan..zaman yang aku kira aku masih anak gadis yang baik, walaupun melawan ibu bapa menjadi tabiat (tabiat ketika masih mentah)..tapi ketika itu aku masih terkawal...masih di dalam kawalan...segala aktiviti ku masih di dalam pengetahuan mak ayah...

Tapi sekarang semua sudah berubah...banyak yang aku rahsiakan dari mak ayah..tambahan, aku tidak lagi dekat dengan keluarga...makin banyak perkara-perkara yang buat aku menyesal...dugaan..memang semua itu dugaan...dugaan kerana tidak dapat nak mengawal diri sendiri..tidak matang dalam membuat keputusan...bila dah buat, baru nak berfikir...Ketenangan hati aku terusik bila aku mula berfikir akan kesilapan-kesilapan aku...aku mahu berubah..menjadi lebih baik...menjadi lebih bahagia...menjadi lebih tenang...

InsyaAllah.....aku akan cuba berubah menjadi hamba Allah yang baik, manusia yang berguna kepada dunia, anak yang taat pada ibu bapa, kakak contoh kepada adik-adik, dan sahabat yang baik pada kawan-kawan and last but not least, gadis yang sempurna untuk si dia.....

.....................................................................

Buat yang ku sayang,
Sama-sama lah kita berubah ye..menjadi lebih baik, menjadi lebih beriman....InsyaAllah, segala doa kita akan dikabulkan Allah...

No comments: