Followers

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran :))

Assalamualaikum semua. :)).

Salam lebaran buat semua sahabat-sahabat blogger sekalian, dan juga sahabat-sahabat yang bukan blogger jugak. Terasa lama tak update. Tak sempat ha nak update. Sibuk sikit. 

Okeylah. Di malam raya ni aku nak mintak maaf kalau ada salah dan silap. Ataupun kalau ada terkasar bahasa ye. Aku mengaku yang aku banyak jugak mengeluarkan kata-kata yang tak berapa sedap nak dengar. Ampun maaf dipinta ye kawan-kawan. 

Mula dengan bulan baru ni, (Syawal) insyaAllah, aku akan cuba untuk tak menulis entry yang berbau kemarahan dan makian. Ha ha ha. Aku nak menulis bila aku happy je. At least happy moment aku tu akan buat aku ingat kenangan indah-indah je. Dan aku cuba untuk tidak menulis sesuatu yang tidak baik dan tidak patut untuk ditulis di blog ni. :)).

Terasa singkat kan bulan puasa tahun ni. Pejam celik pejam celik tengok-tengok dah habis dah puasa. Esok dah raya dah pun. Kebammmm kebommmm dah taman aku ni ha. Owh ye, aku tak balik kampung raya ni. So, silalah jemput datang ke rumah ye. Hehe. Okey. Poyo. Jemput datang rumah tapi tak bagi alamat kan? Sengal kan aku. Tapi serius ni, kalau nak datang bagitau. Nanti cek bagi alamat naaaa. :)). 

Kalau balik kampung pun, tak tau jugak nak beraya dengan siapa. Ramai yang tak ada. Tak meriah. Dulu dulu, kalau tak balik kampung rasa macam tak lengkap raya kan? Tapi bila dah besar ni, masing-masing pun merantau, semua pun dah berkahwin ada anak suami semua, so, untuk berkumpul ramai-ramai macam dulu, susah pulak. Tahun ni pulak macam semua dah merancang untuk balik kampung partner yang lagi satu. So, aku and family aku pun buat keputusan beraya je la kat rumah sendiri ha. 

Sedara makcik pakcik semua, sila lah datang rumah. Hihih. Dah lama kan tak datang sini kan? Datang ye raya kali ni. Dan jangan lupa bawak duit raya. :)). 

Dan, bagi yang nak gi beraya esok ke rumah kawan-kawan ke sedara mara ke, sila hati-hati ye. :)).

Lastly, SELAMAT HARI RAYA again. Happy holiday. Semoga berbahagia dengan family tercinta. :)).

Saturday, August 11, 2012

Angan-angan (1)

Aku rasa semua orang pun suka berangan kan? Aku tak terkecuali la. Angan-angan aku banyak. Banyak sangat. Yang aku rasa tak mampu nak capai. Yang ada sesetengah dari tu macam bodoh pun ada. Memang bodoh bila berangan nak masuk pertandingan ratu cantik. Kan? Ha ha ha. 

Masa aku tadika, berangan nak jadi doktor. Doktor, doktor, doktor. Bila orang tanya besar nanti nak jadi apa. Doktor jawapan aku. Kemudian bila aku mula belasn tahun, masuk sekolah menengah, masih lagi doktor, tapi dengan scope yang lebih kecil. Doktor sakit puan. Ha. Padahal bila kau tengok darah, kau rasa pitam kan Tsya. Ha ha ha. Lepas tu, tukar lagi bila masuk universiti. Ini lebih kepada cita-cita. Untuk bergelar seorang doktor falsafah dalam bidang perakaunan. Ada tak? Ha ha ha. Yang aku tahu, aku nak cuba untuk dapatkan title Dr di pangkal nama aku. Tak dapat jadi doktor di hospital, so, cubalah jadi doktor falsafah ye dak?

Aku suka baca majalah DARA, majalah REMAJA, dan macam-macam majalah lagi la. Terdetik satu keinginan. Yang pasti bila orang dengar akan ada yang gelakkan aku. Nak jadi model majalah DARA. Hah. Ambik. Ini macam mengarut. Ha ha ha. Muka tak cantik mana lepastu ada keinginan nak jadi model majalah pulak kan. Adoi. Memang ini agak mengarut. Ini salah satu angan-angan aku yang aku rasa takkan terjadi kot. Entahlah. Kita tak tahu kan.

Lepas tu, aku suka sangat tengok rumah. Kawan-kawan aku cakap aku silap ambik course. Sepatutnya aku ambik architcture. Ha ha ha. Padahal kenyataannya aku tak reti pun nak design rumah ke apa ke. Aku suka tengok rumah yang cantik-cantik. Terutama sekali rumah papan. Rumah kayu. Nampak menarik kalau dijaga rapi kan? So, bertambah lagi angan-angan aku. Ini lebih pada keinginan. Untuk ada rumah yang macam ni. One day mesti nak beli rumah macam ni. Tercapai or tak, tunggu aje la.

Satu lagi, bila belajar akaun ni, ingat duit je. Ha ha ha. Bagusnya lah hai, kalau aku boleh sign duit-duit tu. Ha ha ha. Nak ganti gabenor sekarang la pulak. Cita-cita. Tapi, setahu aku punyalah ramai umat manusia kat Malaysia ni yang nak ganti Gabenor kita sekarang ye dak? Hi hi hi. 

Kadang-kadang terasa angan-angan aku bodoh. Tapi, ada yang okey jugak. 

Nanti sambung lagi. Banyak angan-angan aku ni. Ini sikit baru. Okbai. :))

Friday, August 3, 2012

Macam mana result aku??

Disebabkan nervous yang melampau maka aku ni tidak tidur sampai sahur tadi. Duk check emel je padahal dah tentu-tentu tak ada emel untuk aku kan. Jadi, kemudiannya aku ambil keputusam untuk terus tidur sahaja. Dan bangun keesokkan harinya aje. 

Bukak je biji mata, terus teringat keputusan exam. Ya Allah. Nervous lah hai. Terus bangun buka streamyx, bukak laptop, masuk UiTM Student Portal. Pagi-pagi macam ni selalu laju je server. 

Tak dan nak get ready lagi, tangan aku dah tekan log masuk dah. Terbentang depan muka result. Terus nampak yang paling bawah dulu. Owh. Then tengok banyak-banyak kali atas bawah atas bawah atas bawah. Lepas tu, baru tengok hujung sekali, COMPLETE. Alhamdulillah. Selesai sudah Ijazah aku. Tengok pointer pulak, oh. Cukuplah tu. Lepas. 

Lepas dah semua. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. 

Macam-macam perkara jadi dalam nak habiskan ijazah ni. Susah sangat ha. Tapi, alhamdulillah, I managed to finish it on time. 

Owh yer. Aku berangan untuk sambung Master. Hikhik. Tapi selalu orang pandai-pandai je akan diapprove. Huuu. Boleh ke tidak? 

Okey bai. Nak pi mandi. Tak senonoh kan aku. Tadi kan dah cakap bangun tidur terus capai laptop je. Hikhik.

Okbai. 

....................................................................................

: En BuahHati, saya boleh mintak hadiah kat awak tak :))

Solat Berjemaah - Rapatkan Saf :))

Kawan-kawan semua. Hari ini hari keputusan peperiksaan pelajar Ijazah UiTM keluar ye. Dan dan dan dengan dukacitanya dimaklumkan result aku takleh tengok lagi. Tak dapat pun ikut emel. Member lain dapat ikut emel. Sabar je la. Lambat pulak nak tau result. Jam 9 pagi esok baru boleh tengok. Huwwaaaa. Nak nangis dulu. Sobs. 

.......................................................................

Malam ni, pergi terawikh yang ke 14 malam. Selalunya ayah akan bawak ke lain-lain masjid. Lain masjid lain jemaah. So, dapat kenal lebih ramai orang kat SP ni. At least bila bertembung di mana-mana pun, boleh la cam kan? :)).

Sebut pasal solat, solat berjemaah itu bagus kan? Berganda ha pahala solat jemaah. Cuma yang aku pelik la kan, Imam sebelum solat akan suruh kita rapatkan saf. Di semua masjid, Imam akan selalu ingatkan. Tapi, even Imam dah suruh pun masih ada yang tak rapatkan saf. Yang lelaki bahu kena berlaga kaki pun kena berlaga. Yang itu aku tak tahu la sebab aku tak duduk di bahagian lelaki ni. Yang perempuan ni ha. Jemaah-jemaah perempuan, tak rapatkan saf pun. Renggang-renggang duduknya. 

PEREMPUAN tak payah rapatkan saf ke? Musykil jugak aku. Aku ni lembab jugak bab berjemaah ni. So, aku nak tanya,

PEREMPUAN TAK PAYAH RAPATKAN SAF KE??? 

Benda ni terjadi di setiap masjid yang aku pergi. Sedangkan masa aku belajar di sekolah menengah kami disuruh merapatkan saf. Bahu ni kena bersentuhan. Kaki tak la kan, sebab perempuan kena rapatkan kaki. 

Contoh. Macam baru-baru ni. Dalam minggu lepas, aku pergi sebuah masjid dekat dengan sebuah taman. Dari Isyak, sampai ke witir yang akhir sekali, saf tak rapat. Semua nak berdiri atas sejadah masing-masing. Taknak share. Sekali saf bergerak, sejadah diheretnya sekali. Lepas tu berdiri tegak atas sejadah sendiri. Ya Allah. Sejadah tu besar. Bila dibentang untuk sorang-sorang diri je guna, memang akan ada ruang-ruang kecil di antara makmum. Aku nak mencelah tak boleh, sebab tak muat nak masuk. Bila tak mencelah, nampak benor renggangnya. 

Agak-agak hari tu aku dapat tak pahala berjemaah? 

Padahal masa kat masjid tu, ada ceramah pasal solat. Ustaz dah pesan dah pasal saf-saf ni. Tapi memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Entah. Aku cuma terfikir, saf aku ni sah ke tidak jemaahnya. Dapat pahala jemaah ke tidak? Ada sekali tu, sesudah terawikh yang kelapan, ramai yang keluar masjid kan? Tak kisahlah yang itu. Masalahnya yang tinggal ni pun, tak rapatkan saf jugak. Kadang-kadang aku pening, macam mana nak rapatkan saf. Aku ke kiri, kanan aku tak bersentuh bahu, dan sebaliknya. 

Pening betol. Kadang-kadang terfikir, baik solat kat rumah je kalau nak duduk sorang-sorang macam ni.

Dan lagi satu, bila kaki melangkah masuk dalam masjid. Ini yang aku kurang gemar. Bukan tak suka masuk masjid. Suka. Yang tak berapa berkenan tu, orang-orang dalam masjid tu tengok macam orang yang masuk masjid tu pakai bikini pulak. Tak tau la apa ada di fikiran diorang tu semua kan. Kalau melihat disertakan sekali dengan senyuman, hati ni takkan berprasangka bukan-bukan. Ini tidak, muka macam tak puas hati. Dalam masjid tu buat muka macam tu. Sabar je la. 

Senyuman lagi satu. Aku ni tabiat dah. Kalau jumpa ramai-ramai orang tua, or muda, tak kisahlah kat mana pun, even aku ni garang, pemarah macam singa pun, aku tetap akan senyum. Senyum aku ni sampai ke telinga, tapi tak berbalas pun. Berpaling muka lagi ada. Memang cari marah aku betul. Elok aku senyum, kau buat muka bangang pulak kan. Tak kira la tua ke muda. Hina sangat ke nak balas senyuman orang lain? Susah sangat ke? Aku anggap mulut diorang yang tak reti senyum ni, kena gam kot. Itu yang keras kematu je bibir tu. Suruh senyum pun susah. Belum lagi aku bersembang. Haih. 

Ok dah. Nervous sebenarnya ni. Tapi sempat lagi merepek. 

Owh. Tolong jawab soalan aku ni. 

PEREMPUAN PUN KENA RAPATKAN SAF KAN? 

..............................................................................................

: Setahun empat bulan. :))

Thursday, August 2, 2012

Emosi. Marah.

Hari Jumaat nanti, result keluar. Serius nervous yang amat. Bayangkan kalau tetiba ada paper sangkut. Menangis aku. 

Tu la. Dulu suruh study betul-betul taknak. Kan dah nak menagis je kerja ye dak? Hikhik.

.............................................

Owh ye. Congratz to my bestie, Miss Nana, sebab berjaya sambung master di UTM Skudai mula bulan 9 ni. Alhamdulillah. Aku je ni ha duk terhegeh-hegeh lagi dekat degree tak habis-habis lagi. harap-harap result yang keluuar nanti tu tak ada la yang nak kena repeat bagai. 

............................................

Malam ni sedikit emosi sebenarnya. Aku pun tak tahu la mana yang tak kena. Aku sebenarnya ada masalah sikit. Masalah diri aku sendiri tak bersangkut paut dengan family. Makin lama makin aku sedar, yang aku ni bad tempered. Bila rasa marah tu, aku akan sembur sesiapa je. Even my parents. Ya, aku salah. Aku tau tu. Dosa besar tu. 

Aku rasa dari dulu aku ada sifat pemarah ni. Tak boleh orang salah sikit, mesti aku melenting je. Tapi, aku pendiam dulu. Tu yang buat tak ada orang nak bercakap dengan aku. Disebabkan aku tak banyak mulut, aku banyak diam, so, aku kurang nak marah orang sebab tak ada siapa yang nak cari pasal kan? Bila aku mula membesar, aku tinggal di asrama. If ada yang baca blog aku dari mula, mesti tau la aku sekolah asrama mana kan. Dah nama tinggal di asrama aku mula bergaul. Mulut aku ni bercakap jugak kadang-kadang. Aku bercakap tapi sikit-sikit je. Banyak tak la. Sampai la satu tahap dari sedikit tu aku dah cakap banyak. Peramah terlebih pulak.

Bila dah macam tu, aku ni yang jenis pendam je apa aku rasa mula berubah. Aku sembur je semua orang. Apa yang aku tak puas hati semua aku akan cakap even dengan mak ayah aku sendiri. Aku memang tak heran. Aku jadi degil yang teramat sangat. Pelajaran aku merosot dari hari ke hari. Orang cakap sikit je, tapi aku balas banyak. Memang sangat pemarah. Tak tahulah aku ni jenis manusia apa. Dengan adik-adik aku, aku lagi jadi pemarah. Kesian jugak adik-adik aku tu. Kena sembur je. 

Kemudian, bila masuk universiti, aku berubah lagi. Tak marah-marah. Tahan je. Apa orang buat, apa orang cakap diam je. Sekali sekala je aku bersuara tentang rasa tak puas hati aku. Tapi dalam nada tak marah. Marah tu kesukaan syaitan kan? Bila marah kita jadi tak stabil kan? So, aku cuba jadi tak marah. Dekat universiti aku tak marah, tapi bila balik rumah, bad tempered aku menjadi-jadi. Semua yang jadi kat uni, aku lepaskan kat rumah habis-habisan.

Tapi sekarang masalah ni tak habis-habis lagi. Sifat marah aku tu tak pernah hilang pun sebenarnya. Dengan adik aku yang kecik sekali pun, aku cepat marah. Pantang salah sikit. Dulu, tangan aku rajin mencubit, tapi sekarang dak tak ada. Aku marah je. Nak cubit or tampar dah tak berani nak buat. Takut nanti tak terkawal marah aku tu, lain pulak yang jadi. 

Inilah masalah aku. Masalah hati. Dari kecik sampai besar. Owh yer. En BuahHati tahu macam mana nak kawal marah aku, sebab tu aku boleh bertahan dengan dia kot. Dengan yang sebelum ni, marah aku tak terkawal langsung. Lagi teruk ada la. 

Tapi tu la. Aku tetap rasa tak suka dengan perasaan suka marah-marah ni. Aku lemas. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Sampai sekarang pun aku still cuba tahan semua rasa marah tu dalam diri aku sendiri. Dari orang lain yang teruk aku maki, baik aku cuba tahan sendiri je kan? 

Aku rasa kan, aku kena jumpa kaunselor. Pakar motivasi. Kalau tak sampai bila nak simpan semua marah, semua rasa bengang ni sorang-sorang kan? Aku rasa aku ni sakit. Sakit hati. Sakit ni akan makan diri aku tak agak-agak? Boleh gila macam ni. Kan??

Tapi kan, aku rasa aku marah atas sebab tertentu. Even aku marah sekalipun, mesti ada sebab. Cuma bila aku dah marah, keadaan jadi tak stabil. Aku tak boleh fikir rasional. So, aku marah je. 

Ahhhhhh. Tak faham dah dengan diri sendiri. Nak pergi jumpa doktor sakit jiwa. Agak-agak satu sesi terapi kena bayar berapa eyh? 

............................................................................................

: Saya rindu dia. :((