Hari Jumaat nanti, result keluar. Serius nervous yang amat. Bayangkan kalau tetiba ada paper sangkut. Menangis aku.
Tu la. Dulu suruh study betul-betul taknak. Kan dah nak menagis je kerja ye dak? Hikhik.
.............................................
Owh ye. Congratz to my bestie, Miss Nana, sebab berjaya sambung master di UTM Skudai mula bulan 9 ni. Alhamdulillah. Aku je ni ha duk terhegeh-hegeh lagi dekat degree tak habis-habis lagi. harap-harap result yang keluuar nanti tu tak ada la yang nak kena repeat bagai.
............................................
Malam ni sedikit emosi sebenarnya. Aku pun tak tahu la mana yang tak kena. Aku sebenarnya ada masalah sikit. Masalah diri aku sendiri tak bersangkut paut dengan family. Makin lama makin aku sedar, yang aku ni bad tempered. Bila rasa marah tu, aku akan sembur sesiapa je. Even my parents. Ya, aku salah. Aku tau tu. Dosa besar tu.
Aku rasa dari dulu aku ada sifat pemarah ni. Tak boleh orang salah sikit, mesti aku melenting je. Tapi, aku pendiam dulu. Tu yang buat tak ada orang nak bercakap dengan aku. Disebabkan aku tak banyak mulut, aku banyak diam, so, aku kurang nak marah orang sebab tak ada siapa yang nak cari pasal kan? Bila aku mula membesar, aku tinggal di asrama. If ada yang baca blog aku dari mula, mesti tau la aku sekolah asrama mana kan. Dah nama tinggal di asrama aku mula bergaul. Mulut aku ni bercakap jugak kadang-kadang. Aku bercakap tapi sikit-sikit je. Banyak tak la. Sampai la satu tahap dari sedikit tu aku dah cakap banyak. Peramah terlebih pulak.
Bila dah macam tu, aku ni yang jenis pendam je apa aku rasa mula berubah. Aku sembur je semua orang. Apa yang aku tak puas hati semua aku akan cakap even dengan mak ayah aku sendiri. Aku memang tak heran. Aku jadi degil yang teramat sangat. Pelajaran aku merosot dari hari ke hari. Orang cakap sikit je, tapi aku balas banyak. Memang sangat pemarah. Tak tahulah aku ni jenis manusia apa. Dengan adik-adik aku, aku lagi jadi pemarah. Kesian jugak adik-adik aku tu. Kena sembur je.
Kemudian, bila masuk universiti, aku berubah lagi. Tak marah-marah. Tahan je. Apa orang buat, apa orang cakap diam je. Sekali sekala je aku bersuara tentang rasa tak puas hati aku. Tapi dalam nada tak marah. Marah tu kesukaan syaitan kan? Bila marah kita jadi tak stabil kan? So, aku cuba jadi tak marah. Dekat universiti aku tak marah, tapi bila balik rumah, bad tempered aku menjadi-jadi. Semua yang jadi kat uni, aku lepaskan kat rumah habis-habisan.
Tapi sekarang masalah ni tak habis-habis lagi. Sifat marah aku tu tak pernah hilang pun sebenarnya. Dengan adik aku yang kecik sekali pun, aku cepat marah. Pantang salah sikit. Dulu, tangan aku rajin mencubit, tapi sekarang dak tak ada. Aku marah je. Nak cubit or tampar dah tak berani nak buat. Takut nanti tak terkawal marah aku tu, lain pulak yang jadi.
Inilah masalah aku. Masalah hati. Dari kecik sampai besar. Owh yer. En BuahHati tahu macam mana nak kawal marah aku, sebab tu aku boleh bertahan dengan dia kot. Dengan yang sebelum ni, marah aku tak terkawal langsung. Lagi teruk ada la.
Tapi tu la. Aku tetap rasa tak suka dengan perasaan suka marah-marah ni. Aku lemas. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Sampai sekarang pun aku still cuba tahan semua rasa marah tu dalam diri aku sendiri. Dari orang lain yang teruk aku maki, baik aku cuba tahan sendiri je kan?
Aku rasa kan, aku kena jumpa kaunselor. Pakar motivasi. Kalau tak sampai bila nak simpan semua marah, semua rasa bengang ni sorang-sorang kan? Aku rasa aku ni sakit. Sakit hati. Sakit ni akan makan diri aku tak agak-agak? Boleh gila macam ni. Kan??
Tapi kan, aku rasa aku marah atas sebab tertentu. Even aku marah sekalipun, mesti ada sebab. Cuma bila aku dah marah, keadaan jadi tak stabil. Aku tak boleh fikir rasional. So, aku marah je.
Ahhhhhh. Tak faham dah dengan diri sendiri. Nak pergi jumpa doktor sakit jiwa. Agak-agak satu sesi terapi kena bayar berapa eyh?
............................................................................................
: Saya rindu dia. :((
No comments:
Post a Comment