Followers

Monday, September 24, 2012

Guru yang tak layak digelar guru.

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Sebelum nak mula bebelan aku pagi-pagi ni, aku nak MINTAK MAAF kepada CIKGU-CIKGU yang baik hati dan bertanggungjawab. 

Sebab entry kali ni berkaitan dengan guru. Guru yang kurang ajar. Jadi, buat guru lain mohon jangan terasa ye. 

Sesetengah cikgu ada yang kurang ajar. Sedar tak tugas guru tu apa? Mendidik anak bangsa kan? Itu tujuan utama kan? Tapi, ada la sesetengah guru yang aku jumpa, kerja dia nak cari masalah dengan pelajar. Kerja dia tak puas hati dengan pelajar. Kerja dia nak sebelahkan pelajar yang ada keluarga kaya. Yang keluarga biasa-biasa ni tak dilayan. Bercakap pun kurang ajar nak mampus. Tambah pulak kalau keluarga yang miskin. Tak dilayan terus. 

Sebenarnya perangai ni perangai beberapa orang guru yang aku kenal yang berperangai macam ni. Apa dia ingat keluarga biasa dan susah tu tak ada hati. Tak ada perasaan? Boleh buat report tak pasal guru-guru yang macam ni? Ada pangkat, ada jawatan tinggi, tapi kurang ajar sangat-sangat. Denga ibu bapa pelajar pun kurang ajar. Ingat kami ni pergi sekolah nak bakar sekolah ke nak cakap kurang ajar dengan kami macam tu? Lain la kalau aku bawak geng masuk sekolah bakar sekolah. Itu boleh lah nak buat garang-garang dengan aku. 

Guru-guru yang macam ni la yang buat aku kesian kat guru-guru lain. Disebabkan sebilangan kecil, yang lain pun terkena sekali. Kalau dah perangai busuk macam tu, aku tak tahu macam mana dia naik pangkat boleh dapat jawatan tinggi. Kau layak ke dapat pangkat tu? Cikgu-cikgu aku, even kami buat perangai, tak ada yang marah kami pun. Tapi kau kau kau ni, kami tak buat apa pun kau boleh marah-marah dan buat kurang ajar macam tu? Dekat mak bapak mak bapak pelajar pulak tu? Kau ingat kau besar sangat?

Tapi lain pulak kau layan bila mak bapak pelajar tu Menteri. Orang kaya. Baik sungguh. Semut pun kau tak berani nak pijak. Kalau boleh kau nak duduk bawah tapak kaki diorang tu. Jadi pelapik kaki pun kau sanggup. Macam tu kau panggil diri kau cikgu? 

Haih. Ini geram yang melampau. Aku simpan je. Tapi tunggula satu hari. Aku akan ambil tindakan dekat guru-guru yang macam ni. Kalau tak, apa guna kementerian kan kalau tak boleh ambil tindakan dekat guru-guru salah laku ni. Kalau pelajar diorang boleh ambil tindakan, guru pun mesti boleh jugak kan? Tunggu je la. 


3 comments:

Edy Fee said...

arghh tugas guru mkin mencbar skrg,ngan perangai budak n mak bapak lg.arghhhh

TSYA'Z (~_^) said...

Edy fee: dah kurg ajar sgt. lain la kalau ibu bapa pun kurg ajar, kira untuk defends diri sdri, okey lah jgak. ini tak. mrh mak ayah kita mcm mak ayah kita ni budak kecik. entah pape je. ni untk sebilangan je edy ye.

Edy Fee said...

hurmm seblingan tp tetap cmaran imej.guuhuhu